Rabu, 17 Desember 2008

JANGAN KAMU NAK SALAHKAN JURULATIH DAN PENJAGA GOL SAHAJA... PENYERANG JUGA BERSALAH... DAN PERTAHANAN

Umum sudah tahu yang pasukan Malaysia pulang awal (lagi) dalam kejohanan bolasepak Piala Suzuki pada minggu lepas.

Sesudah penjaga gol Malaysia, Helmi Eliza Elias, menghiburkan penonton dengan aksi kelakar badut di tengah padang sehingga menyebabkan Malaysia tersingkir dari kejohanan, timbul pula isu adakah jurulatih Satiananthan, akan disingkirkan dari posisinya menjadi perbualan. Akhirnya pihak FAM perlu mengekalkannya.

Rasanya, tidak manislah kalau kita cuma salahkan jurulatih dan penjaga gol. FAM sendiri perlu buka mata dan mengaku kesalahan mereka. Setelah sekian lama, Malaysia sering gagal di pentas ASEAN, FAM hanya tahu menuding jari pada jurulatih dan pemain sahaja. FAM sendiri kena mengaku kesalahan mereka yang sering memporak perandakan liga bola sepak kita.

Ok. Malas nak cerita pasal tu semua. Tapi semua orang asyik menyalahkan penjaga gol dan jurulatih Malaysia. Tahukan kamu bahawa penyerang juga menjadi punca kekalahan skuad kita di Phuket? Kenapa?

Ini kerana Aidil Zafuan telah pun kahwin secara senyap-senyap dengan Rita Rudaini. Difahamkan mereka telah berkahwin di Songkhla, Thailand. Mungkin kerana risau jika-jika tok kadi yang menikahkan mereka itu juga berada di stadium dan memecahkan rahsia ini, itu sebabnya Zafuan gagal bermain dengan baik.... Atau mungkin dia memang teruk kot.

Entahlah macam-macamlah dunia ni. Tetapi berita ini memang mengecewakan keluarga Zafuan. Ya lah, mak mana yang tak sedih kalau anaknya membelakangkan keluarga. Malu pun ia juga tu. Macam gambar kat bawah ni tulis, perasan malu lebih sukar nak di buang dari peluh.

Apa-apa pun, tahniah pada Rita Rudaini dan selamat berbahagia bersama suami muda anda.

==================================

Belum buat cerita baru di Tears Don't Fall. Masih keliru nak buat cerita jenis apa pula lepas ini.

Kamis, 11 Desember 2008

PERBUALAN PENDEK

Berikut adalah beberapa perbualan pendek yang aku alami atau aku dengar sepanjang beberapa minggu lepas:

PERBUALAN 1

Antara Boss Tempat Aku Praktikal (BTAP) dengan jejaka handsome bernama Amirul (aku)

BTAP:
Macam mana kerja kat sini? Ok tak?

Aku:
Ok je, pak cik. (Aku panggil boss aku pak cik je).

BTAP:
Office aku ni memang kecoh sikit. Tapi kalau kau tengah tak happy, memang elok la kau datang sini.

Aku:
(Ketawa)

BTAP:
Ni... Kat sini, kau tak payah datang awal-awal sangat. Dalam pukul 9:30 ke, 10:00 ke. Ok la. Kau buat kerja sikit sampai lunch hour, lepas tu kau balik. Kat sini kau jangan buat kerja banyak-banyak. Nanti kau sakit badan.

Ha, tengok tu! Boss aku suruh aku balik awal. Bukan aku yang saja mau balik awal tau...

PERBUALAN 2

Antara kawan aku (kawan) dengan aku.

Aku: Aku benci betul la time cuti sekolah ni.

Kawan:
Kenapa pulak?


Aku:
Kau tengok la kat Summit ni. Penuh dengan budak-budak melepak. Buat semak je. Dah tu memekak je.


Kawan:
Ye la tu.. Biasa la, budak-budak baru nak naik.


Aku:
Tu la... Semak aku rasa. Benci aku.


Kawan:
Agaknya kan, masa kita jadi budak sekolah dulu, mesti student-student U masa tu benci kat kita jugak macam kita benci budak sekolah melepak kat Summit ni.


(Diam sekejap...)


Aku:
Ye la kot... Tapi bila budak-budak ni dah besar, dah masuk U jugak, mesti diorang pun rasa menyampah gak kat budak-budak sekolah ni.


Kawan:
Ye la tu....


(Diam kejap...)


Kawan:
Tapi kalau diorang tak masuk U, macam mana?


(Diam lagi...)


Aku:
Tapi aku rasa masa kita sekolah dulu, perangai kita tak macam diorang kan? (Saja tak nak jawap soalan tadi)


Kawan:
Ye kot...


(Diam lagi...)


Aku:
Jom pergi McD. Makan Prosperity Burger.


Kawan:
Jom....


Perbualan tiada hala tuju...

Sudah update episod baru di Tears Don't Fall

Selasa, 02 Desember 2008

KISAH PRAKTIKAL

Hai!!!!!!

Bertemu lagi dalam blog aku yang tak berapa nak sihat ini.... Setelah sekian lama aku gagal untuk mengupdate blog ini atas alasan kesibukan tahap gaban, akhirnya aku berjaya juga mengupdate kan blog ini.

Sebenarnya aku juga amat rindu untuk menulis di blog ini. Dan amat rindu juga untuk membaca blog-blog kamu.

Ok. Sebenarnya banyak benda yang aku ingat tulis untuk kamu semua. Tetapi oleh kerana sudah terlalu lama tidak menulis, aku sudah hilang kesemua idea untuk aku luahkan ke blog ini.

Ok. Umum sudah tahu yang aku kini sedang menjalankan kegiatan atau aktiviti yang digelar praktikal. Disesetengah IPTA atau IPTS, ia juga digelar sebagai L.I (Latihan Industri), Industrial Training, Working Training, atau Training sahaja.

Praktikal ini bertujuan konon-kononnya untuk memberikan pengalaman berkerja kepada para siswazah. Tetapi kebiasaannya pelajar yang praktikal hanya akan diberikan tugas untuk menjadi tukang photostat, tukang faks dokumen, susun fail, pembancuh kopi, tukang bank-in kan duit, berbual dengan mak cik cleaner, keluar merayap bersama pekerja pejabat tempat kamu praktikal itu (dengan erti kata lain, curi tulang sama-sama) dan juga keluar dating dengan pelajar IPTA/S yang juga menjalankan praktikal di tempat kerja yang sama (aku hampir buat benda ini... Hampir!!!!)

Sebelum ini, aku pernah menjalankan praktikal di TM Batu Pahat (Telekom) semasa aku belajar di Politeknik Merlimau. Dan aku tak sangka aku perlu sekali lagi membuat praktikal sekarang di UiTM Segamat.

Aku kini sedang menjalankan praktikal di sebuah syarikat yang aku terpaksa rahsiakan namanya untuk keselamatan aku dah syarikat tersebut. Aku praktikal di Batu Pahat sahaja. Kenapa? Sebab aku dapat berjimat dari membayar duit sewa rumah dan lain-lain perbelanjaan kerana aku kini menentap di rumah ibu bapa ku... hehehehe...

Syarikat ini merupakan milik bapa kepada housemate aku, Yan (bukan nama dalam I.C.). Yan juga praktikal di syarikat ini. yan akan mengambil aku di rumah setiap pagi dan kami ke pejabat bersama-sama.

Aku memulakan praktikal pada 1 Disember yang lalu. Pada hari Isnin yang lalu. Setakat entri ini di tulis, aku sudah 2 hari menjalankan aktiviti praktikal. Mari kita lihat jadual kerja aku dan tugas-tugas yang aku lakukan sepanjang 2 hari ini.

ISNIN

9:15 Pagi
Pergi ke pejabat bersama Yan. Bila sampai di pejabat, tiada orang yang berada di sana.

9:30 Pagi
Pejabat di buka. 10 minit kemudian, bos (ayah Yan) sampai. Berkenalan dengan pekerja-pekerja lain.

10:00 Pagi
Mula membuat tugasan (cepat betul dah dapat kerja). Menyusun data-data perniagaan syarikat tersebut di mana data tersebut adalah rahsia syarikat dan aku tidak boleh memberitahu kepada kamu. hehehehe....

12:30 Tengahari
Berhenti buat kerja. Main internet. Masuk myspace. Laju siot internet kat office ni.

1:30 Tengahari
Keluar makan. Pergi ke kedai yang agak jauh.

2:45 Petang
Pulang ke rumah selepas lunch.

SELASA

10:00 Pagi
Sampai ke pejabat. Lebih lewat dari semalam.

10:15 Pagi 
Mula buat kerja sedikit.... Sambil berinternet lagi.

12:45 Tengahari
Balik ke rumah. Dah penat bekerja.

5:00 Petang
Keluar main bowling dengan mak aku.

Kamu lihat sendiri jadual kerja aku. Sibuk tak aku ketika praktikal ni? Hahahahahahaha.....

Aku dah update episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall.

Jumat, 28 November 2008

HEHEHEHE...!!!!!

Akhirnya aku dah ada talian internet sendiri..

Tapi sekarang amat sibuk...

Sibuk dengan kenduri kahwin sepupu aku...

Dan sibuk sikit kerana akan memulakan latihan praktikal bulan hadapan....

Jadi entri baru bermula bulan disember..

Jumpa lagi bulan depan...

Ala... Tinggal berapa hari je lagi kan?

Senin, 17 November 2008

MAKLUMAN!!!

Aku dah tak duduk di rumah sewa lagi...

Bererti aku sudah tiada talian internet...

Bukannya aku tak mahu update di kafe siber....

Tapi suasana di kafe ini bising dengan budak-budak tidak matang ataupun dah matang tapi main Counter Strike sambil terjerit-jerit sampai satu Summit Batu Pahat boleh dengar suara mereka...

Update seterusnya bila aku pasang talian internet di rumah aku sendiri tak lama lagi...

Tunggu aje lah ye?

Jumat, 14 November 2008

BAHASA BAHASI

Sudah agak lama aku tidak mengupdate blog ini. Bukan agak lama, tapi memang lama jugalah sebenarnya.

Wandai berkata, aku sudah tepu untuk mengupdate blog ini. Bukannya aku tepu sebenarnya. Tapi aku amat sibuk sekarang.

Aku amat sibuk untuk mencari tempat praktikal aku untuk semester hadapan. Aku akan memulakan sessi praktikal aku pada 1 Disember 2008 dan sehingga hari ini, aku masih belum mendapat tempat praktikal. Jadi, kamu faham kan erti sibuk aku ini? Menggelabah mencari tempat praktikal.

Akhirnya, peperiksaan akhir semester telah berlalu. Aku menamatkan paper aku pada 5 November 2008, antara yang terawal di UiTM. Sekejap sahaja satu semester sudah berlalu. Kini sudah sampai masa untuk aku meninggalkan rumah sewa ini.

Sepanjang 1 semester di sini, berbagai karenah yang aku lalui bersama housemate aku ini. Perangai housemate aku kali ini amat berbeza dengan housemate aku di Merlimau atau di 32 Jementah.

Apa yang menarik di rumah sewa ini, mereka ada bahasa sendiri yang sering mereka tuturkan. Mereka mencipta bahasa ini supaya orang lain tidak faham apa yang kami bualkan walhal kadang-kadang kami sendiri pun tidak faham. Kadang-kadang aku pun asyik terkeliru kerana aku masih baru di rumah ini.

Antara bahasa yang mereka gunakan ialah:

1. Hottie Panties

Bermaksud perempuan yang cun dan hot dan tidak memakai tudung (free hair). Kadang-kadang merujuk kepada seorang perempuan dan kadang-kadang merujuk kepada sekumpulan perempuan (sekumpulan Hottie Panties).

2. Cuttie Panties

Bermaksud perempuan yang cun dan hot tetapi memakai tudung. Kadang-kadang merujuk kepada seorang perempuan dan kadang-kadang merujuk kepada sekumpulan perempuan.

3. Free Thinker

Perempuan yang free hair (tak pakai tudung). Aku juga tak pasti kenapa jadi free thinker pulak bunyinya.

4. Baggers

Maksudnya beg.

5. Baggers Bola

Beg yang di gunakan untuk menyimpan but bola sepak mereka. Merupakan paper bag dari Pasar Raya Jusco.

6. Bootie Lemon

Bunyi macam makanan, tapi sebenarnya but bola.

7. ABC Lemon

Nama gelaran baru kawan aku, ABC.

8. Booklet

Maksudnya buku.

9. Paperless

Maksudnya kertas. Walaupun ianya sebenarnya bermaksud tiada kertas.

10. Penis

Ok. Macam lucah. Tapi maksud sebenarnya ialah Pen.

11. Penis Driver

Pun macam lucah. Tapi sebenarnya pen drive.

12. Budak-budak Deepest

Bermaksud budak-budak yang mengambil diploma. Biasanya orang panggil "budak dip".

13. Berbual Jagoan

Berbual mengenai hal-hal lelaki samada benar atau tipu.

14. Ya-ya kelapa

Orang yang beria-ia sangat tapi hampas pun tarak.

15. Hamlet

Maksudnya helmet.

16. Abang Bubur, Abang Roti, Abang Naga, Abang kawasan

Kod pangkat di dalam rumah ini. Aku sendiri tidak tahu mana satu pangkat tertinggi dan aku juga tidak tahu apa pangkat aku.

Itulah serba sedikit tentang bahasa rumah ini. Ada banyak lagi. Tapi aku sendiri pun dah tak ingat.

Ok. Berjumpa lagi. Maybe lepas ini aku agak susah nak update blog kerana akan terputus talian internet. Tapi tidak bermakna aku akan meninggalkan dunia blog. Bye for now.

Aku dah update episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall.

Jumat, 07 November 2008

SETIAP MANUSIA PASTI AKAN MELAKUKAN KESILAPAN

Sebagai manusia yang dicipta oleh Allah (jika kamu bukan islam, mungkin kamu akan percaya kepada teori bodoh Darwin), kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan.

Ya!! Memang telah tertulis yang tiada manusia yang di ciptakan sempurna tanpa melakukan kesilapan (kecuali Nabi Muhhammad S.A.W.), jadi tidak hairanlah kalau kamu akan melakukan kesilapan dalam hidup kamu.

Kadang kala, ada manusia yang selalu melakukan kesilapan di dalam hidup mereka. Ada yang amat berhati-hati dalam membuat sesuatu tindakan, namun masih juga melakukan kesilapan.

Ada manusia yang sering melakukan kesilapan mereka tetapi kesilapan yang dibuat adalah kesilapan yang kecil dan kesilapan yang dibuat tidak membeikan kesan atau impak buruk terhadap kehidupan mereka.

Ada manusia yang amat jarang membuat kesilapan. Mungkin hanya melakukan 1 kesilapan sahaja sepanjang kehidupan mereka tetapi kesilapan yang dibuat adalah amat besar hingga mampu memusnahkan hidup mereka.

Ada juga yang membuat kesilapan dan menjadi bahan ketawa dan hiburan terhadap kesilapan yang mereka buat. Contohnya ada pada gambar dibawah:


Ok, mungkin kurang jelas. Biar aku zoom kan kepada kamu...


Ya!!! Tertulis di situ "PINTU KECESAMAN". Sepatutnya "PINTU KECEMASAN". Inilah contoh kesilapan yang sering menjadi bahan ketawa orang...

Ehem... Intro entri ni bunyi macam serius sahaja. tapi sampah je isi nya... Hehehe...

======================================

Aku dah update episod cerpen yang baru di Tears Don't Fall.....

Senin, 03 November 2008

KEMBALI

Ya, aku kembali setelah sekian lama tidak mengemaskini blog ini. Bukan aku sengaja tidak update blog ini, tetapi aku begitu sibuk bercuti... Eerr.. Maksud aku, belajar di waktu-waktu study week ini.

1. Exam Fever

Ya. Final exam tiba lagi. Saat yang paling di gusari oleh semua pelajar universiti, tidak kira IPTA atau IPTS. Paper aku akan bermula pada 5 November dan tamat pada 5 November juga.

Tahun ini, universiti aku, UiTM Segamat, memerintahkan pelajar-pelajar mereka untuk print slip exam sendiri. Aku tak tahu samada UiTM aku sahaja yang berbeuat demikian ataupun semua UiTM pun begitu juga.

Dan ini membuatkan aku sedikit pelik juga. Kenapa UiTM Segamat berbuat demikian? Adakah UiTM ingin menjimatkan kos kerana telah kehabisan bajet? Atau memang sengaja supaya dapat menggunakan duit print slip exam itu untuk menjalankan projek pembangunan untuk UiTM ataupun di songlap duit itu? Entah la...

2. Adakah teori memandang buah dada wanita benar-benar boleh memanjangkan umur dan membuatkan lelaki lebih sihat adalah benar?

Salah seorang housemate aku yang membaca blog aku bertanya pada aku setelah membaca entri aku yang lepas. Lebih kurang macam ini: 

Kawan aku (KA): Kau agak-agak kajian doktor ni betul ke?

Aku: Entah. Kenapa eh?

KA: Cuba kau fikir betul-betul. Kalau kau pandang breast yang besar, sedap dan montok macam breast Leah Dizon ke, Sharifah Sofea ke, boleh la jadi sihat. Habis kalau kau pandang breast seorang nenek yang dah layut ke, dah pancit ke, dah senget ke.... Kau agak-agak makin panjang umur ke, makin pendek umur?

Ada betul juga apa yang housemate aku kata kan ni....

3. Perubahan Model Blog Ini

Aku sudah mengubah model untuk blog ini. Saja aku ubah model blog kerana inginkan pembaharuan pula.

Kali ini, aku memilih Alessandra Ambrosio sebagai model blog ini. Alessandra Ambrosio baru sahaja melahirkan anak pertama pada 24 Ogos yang lepas, jadi sekarang ini dia sudah habis pantang dan sudah boleh untuk bertugas dan menerima tawaran dari aku untuk menjadi model untuk blog aku... Hehehe...

Ada permintaan dari pembaca blog aku yang mahukan Megan Fox untuk menjadi model rasmi blog ini. Jangan risau, aku akan cuba menghubungi beliau selepas ini.

Ok, sampai sini sahaja aku membebel hari ini. Hingga berjumpa lagi.

======================================

Aku sudah update episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall..... 

Rabu, 22 Oktober 2008

.....DAN AKU BERHARAP PANDANGAN WANITA TERHADAP LELAKI AKAN BERUBAH SELEPAS MEMBACA ENTRI INI

Maaf... Aku agak jarang-jarang mengupdate blog aku sejak kebelakangan ini. Bukan aku malas atau sudah bosan dengan dunia blog, tetapi aku kurang sihat atau stabil sejak kebelakangan ini.

Malah, aku juga agak jarang melawat blog rakan-rakan kerana aku sering tertidur cepat dan tertidur tanpa aku sedar. Maksudnya, semasa aku mahu membuka laptop aku pada pukul 11 malam, bila aku buka suis, aku tutup mata sekejap, dan sedar-sedar sudah pukul 9 pagi.

Tabiat batuk dengan teruk semasa tidur membuatkan kawan-kawan serumah ku berasa tidak tenteram dan selesa mahu tidur. Maafkan aku ya kawan-kawan serumah.

Dalam aku tidak sihat, aku ada melayari internet dan terjumpa keratan akhbar ini di blog atau website seseorang... Aku tidak ingat di mana. Cuba baca keratan akhbar di bawah.

[Klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar]

Aku, aku terangkan sedikit kepada kamu. Menurut survey yang dijalankan, merenung ke atau melihat breasts (buah dada dalam bahasa ibunda kita) adalah baik untuk kesihatan seseorang lelaki dan boleh memanjangkan umur.

Melihat buah dada (aku rasa baik aku guna istilah breasts saja. Lebih manis bunyinya) selama 10 minit adalah sama baik dengan bersenam di gym selama setengah jam. Merenung breast mampu merendahkan tekanan darah dan mampu mengelakkan serangan jantung.

Jadi, mulai hari ini, aku ingin menyeru kepada para wanita supaya jangan salah anggap kepada kami kaum lelaki kerana merenung ke arah breast kamu. Kami hanya ingin menjadi lebih sihat dan hidup lebih lama. Jangan anggap kami mata keranjang. Kami lakukannya untuk kesihatan (hehehehe.....). Kami pun bukan nak sangat merenung breasts kamu semua (ketawa nakal... huhuhu...).

Kepada kaum wanita, jangan marah jika kawan-kawan atau teman lelaki kamu merenung ke arah breasts kamu. Ini semua adalah untuk kesihatan (ketawa lagi... Hahahahaha...)

Aku mula terfikir kini. Mungkin Hugh Hefner (orang yang mencipta Majalah Playboy), masih panjang umur walaupun kini berumur 82 tahun. Adakah dia panjang umur kerana selalu melihat breast model-model yang berbogel dalam majalah Playboy dan di Playboy Mansion nya? Entahlah... Mungkin sahaja kot?

================================

Aku dah update episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall. Dah abis dah cerita ni.

Kamis, 16 Oktober 2008

KENAPA KUALITI KERJA PEKERJA DI SEKTOR KERAJAAN KURANG BERBANDING SEKTOR SWASTA

Umum sudah tahun yang kualiti kerja bagi staf di Sektor Kerajaan adalah kurang sedikit berbanding pekerja di Sektor Swasta.

Ok. Mungkin kurang banyak.

Tidaklah aku menuduh semua pekerja di Sektor Kerajaan begitu (masih ada yang berkualiti tinggi, tapi tidaklah begitu ramai) tetapi boleh dikatakan 80% (atau mungkin lebih) mengamalkan gaya kerja ala-kadar.

Aku pernah bekerja di Telekom Malaysia (kini namanya TM). Aku rasa mungkin pada masa itu, TM baru mengubah portfolio syarikat mereka dari Sektor Kerajaan ke Sektor Swasta.

Cara pekerja mereka bekerja memang memeningkan kepala aku. Ada seorang pekerja Sales Departmen, duduk di pejabat sepanjang hari. Tidak keluar untuk mencari pelanggan.

Jika kamu bekerja di City Bank, dan kamu adalah bekerja di Bahagian Sales, kamu tidak patut berada di pejabat sepanjang masa. Kamu hanya perlu punch-in, kemudian keluar mencari pelanggan supaya mencapai target sales untuk bulan tersebut.

Itu tak campur pula dengan seorang makcik kerani yang tiap pukul 12 tengahari sudah pulang ke rumah kerana ingin menonton rancangan Diari Akademi Fantasia (pada musim tersebut, Diari AF keluar pada pukul 12:30 tengahari dan 8:30 malam) dan hanya pulang pada pukul 3 petang.

Kalau hari Jumaat petang pula, memang jarang-jaranglah mereka akan pulang ke pejabat setelah lunch our.

Kawan aku, ABC, yang bekerja di Agro Bank (baru diswastakan pada pertengahan tahun ini), dengan nama asal Bank Pertanian, juga memberi komen yang sama terhadap rakan sejawat dia di pejabat.

ABC ni selalu jugalah marah kepada pekerja lain kerana cara kerja mereka yang acuh tak acuh itu. Tak masuk lagi dia pernah memarahi bossnya dengan ayat "Bos ni lembap la!!!"

Kenapa perkara tersebut terjadi? Mungkin kerana mereka yang bekerja dengan kerajaan telah menetapkan "mind set" didalam kepala mereka, "Ala, kerja kerajaan ni selamat sikit. Kalau malas pun tak pe, tak kan kena buang kerja."

Ini mungkin menjadi salah satu faktor utamanya. Setelah mengkaji serba sedikit tentang perkara ini, aku akhirnya berjaya menjumpai punca yang menyebabkan sikap pekerja di Sektor Kerajaan menjadi sedemikian rupa.

Mereka tersalah tafsir maksud "Sentiasa memberikan 100% dalam pekerjaan" menjadi seperti gambar di bawah:


Dan sekarang, baru kita tahu kenapa mereka bersikap demikian....

Aku dah update episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall.

Senin, 13 Oktober 2008

CARA-CARA MENGURANGKAN PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN

Tadi, housemate aku, C-Sern, bercerita sakan tentang abangnya yang baru bertunang pada weekends yang lepas.

Dia bercerita tentang cincin tunang abangnya yang berharga RM 1,200. Bagi aku, agak mahal juga harga cincin tersebut. Kemudian, C-Sern juga memberitahu yang duit hantaran untuk perkahwinan abangnya bernilai RM 15,000. Wow!! Mahal juga tu.

Sepupu perempuan aku yang sebaya dengan aku juga akan melangsungkan perkahwinan pada bulan November ini. Pada cuti sekolah. Dia juga ada berkata tentang harga majlis kenduri yang begitu mahal.

Semakin hari, perbelanjaan kita semakin meningkat. Begitu juga dengan perbelanjaan kahwin. Sebagai seorang yang masih bujang dan akan melangsungkan perkahwinan bila jodoh sudah sampai, aku amat risau akan perkara ini kerana aku akan berkahwin suatu hari nanti.

Oleh itu, dengan sedaya upaya aku cuba memikirkan cara paling terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan semasa majlis perkahwinan. Berikut adalah beberapa cara yang aku rasa agak terbaik dan boleh di ikuti:

1. Buat majlis perkahwinan pada bulan puasa.

Nah. Bila bulan puasa, semua orang tak boleh makan pada waktu siang hari. Jadi, buatlah di bulan puasa. Tetamu akan datang untuk memberikan salam kaut pada bapa pengantin, dan di bawa ke dalam untuk melihat pengantin bersanding.

Juga dapat potong budget pasukan kompang kerana tak kan lah mereka ingin berkompang pada waktu panas terik kan?

2. Buat majlis perkahwinan tanpa menyediakan juadah makanan

Ok, mungkin jika dibuat bulan puasa adalah kurang baik kerana pengantin sudah "halal" dan takut-takut mereka bersetubuh pada waktu siang dan akan menyebabkan si suami terpaksa puasa 2 bulan untuk menggantikannya.

Jadi, tak usah sediakan lauk-pauk. Pengantin akan bersanding dan tetamu hanya datang tengok sahaja. Bila tetamu tanya kenapa tiada makanan, cakap sahaja lah begini, "anggap sahaja macam window shopping. Pergi jalan-jalan di shopping complex tapi tak beli apa-apa."

3. Menyuruh tetamu membawa makanan sendiri

Yang ini lebih mudah. Pada kad jemputan, tulis dengan font yang besar ayat ini: "Makanan tidak di sediakan. Sila bawa juadah sendiri."

Bukan sahaja dapat berjimat, malah tetamu juga puas hati kerana boleh makan makanan kegemaran mereka pada majlis perkahwinan anda. Housemate aku, Hafiz, yang tidak makan nasi pasti gembira kerana boleh bawa roti High 5 di kenduri kahwin anda nanti.

4. Adakan majlis perkahwinan pada hari bekerja

Buat kenduri perkahwinan anda pada hari bekerja. Isnin hingga Jumaat. Lebih terbaik jika jangan terkena pada cuti sekolah. Jadi, agak sukar untuk mereka mahu ke kenduri tersebut.

Lebih terbaik bila anda tetapkan waktu makan pada pukul 2:30 petang hingga 4:30 petang.

5. Buat majlis perkahwinan di pasar malam

Tempatkan pelamin pada hujung di satu pasar malam. Tetamu terpaksa menempuh pasar malam untuk ke bahagian pelamin. On the way tu, pasti mereka akan beli makanan di pasar malam. Selesai satu masalah.

6. Kahwin serentak dengan semua adik beradik

Jika kamu di lahirkan dalam keluarga yang besar, ia amat menguntungkan.

Pakat sahaja semua adik beradik kamu untuk kahwin serentak. Kos untuk perbelanjaan kenduri dapat di kurangkan. Bayangkan jika kamu ada 9 adik beradik. Kos untuk satu majlis perkahwinan berjaya di bahagikan kepada 9 bahagian.

Siapkan satu pelamin sahaja. Bergilir-gilir ketika ingin bersanding. Mahu lebih jimat? Mudah sahaja. Gunakan baju pengantin yang sama untuk setiap adik beradik. Selepas satu pasang pengantin bersanding, buka baju bersanding itu dan beri kepada adik yang mahu bersanding pula.

7. Tumpang majlis perkahwinan orang lain

Adakan majlis perkahwinan di sebelah majlis perkahwinan orang lain. Bila tetamu anda datang dan ingin menjamu selera, suruh mereka ambil makanan di majlis bersebelahan.

8. Tempatkan lokasi majlis perkahwinan di tempat yang susah nak dikunjungi oleh tetamu

Jika kamu tinggal di Semenanjung Malaysia, kamu nyatakan lokasi majlis perkahwinan di Sabah/Sarawak. Dan juga sebaliknya bagi yang tinggal di Sabah/Sarawak.

Tapi, jika kamu rasa para tetamu masih boleh sampai ke destinasi yang dimaksudkan, nyatakan yang kamu langsungkan majlis perkahwinan di Fiji, Hawaii, Madagascar atau mana-mana negara yang kamu suka.

Tapi, jangan pula tulis kamu mahu membuat majlis di Israel, dapat pulak pasport Malaysia masuk Israel. Nanti nampak sangat tidak logiknya.

9. Beri peta palsu untuk lokasi majlis perkahwinan anda

Jangan bagi peta yang betul pada kad perkahwinan. Beri lokasi palsu. Jadi semua tetamu akan sesat. Jika tetamu telefon untuk bertanya, jangan angkat.

Pada hari esok, kamu memohon maaf kepada tetamu dan kata kedai kamu mencetak kad perkahwinan yang tersalah cetak peta, walhal kamu yang memang tak mahu buat majlis perkahwinan.

Jika mereka tanya kenapa tak angkat telefon, kata yang kamu sibuk melayan tetamu.

10. Letak iklan di akhbar

Tangkap gambar anda dan pasangan anda berpakaian pengantin dan hantar ke semua akhbar tempatan. Macam iklan jenis satu muka surat penuh tu.

Beli satu muka surat surat khabar dan letak gambar tersebut dan tulis: "Maka dengan ini si polan bin polan telah selamat di ijab kabul dengan si polan binti polan pada (tarikh)....". Lebih mudah bukan? Malah lebih jimat kos.

Itulah cara-cara terbaik yang aku dapat fikirkan dalam masa setengah jam untuk mendapatkan cara mengurangkan kos majlis perkahwinan anda. Bagaimana? Ada berani ke mahu cuba?

=====================================

P/S: Aku dah update episod baru cerpen di Tears Don't Fall

Sabtu, 11 Oktober 2008

HAH?

Terkejut aku apabila membaca berita yang Artis Bollywood yang konon-kononnya macam best sangat, Shah Rukh Khan, mendapat darjah atau pangkat sebagai Datuk.

Dia akan mendapat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang diberikan oleh Tun Mohd Khalil Yaakob.

What the Fuck...??? Kenapa pulak kita nak bagi darjah kebesaran kita itu kepada orang bukan warganegara kita? Apakah sumbangan beliau sampai dia layak menerima pangakat Datuk ni?

Kononnya, Si Shah Rukh Khan ni diberi pangkat Datuk kerana nanti mamat ni boleh la tolong promosikan Melaka/Malaysia di India. Ya lah tu, alasan macam tak masuk akal je aku rasa.

Kalau nak beri pangakat Datuk pada dia sebab mahu menyuruh beliau mempromosikan Malaysia, baik bagi je pangkat Datuk tu pada pemandu pelancong. Mereka pun selalu juga mempromosikan Malaysia.

Tak faham aku. Lagi satu masa si Michelle Yeoh dapat Dato'. Dia pun tidak menempa nama beliau di Malaysia tetapi kita agung-agungkan beliau apabila dia menjadi Bond Girl dan bagi pangkat Dato' pada dia dengan senang.

Dan aku juga pelik pada Malaysia ni, suka sangat bagi pangkat Dato', Tan Sri ni pada orang dan kadang-kadang aku rasa orang tersebut tidak layak mendapat pangkat Dato'/Datuk/Tan Sri.

Contoh, M. Daud Kilau. Hanya sebab dia pandai bergelek, terus dapat pangkat Dato'. Sharifah Aini, hanya sebab dia penyanyi lama, pun dah boleh dapat Dato'. S.M. Salim, lagi aku pelik entah macam mana dia boleh dapat Tan Sri.

Kalau diberikan pangkat tersebut kepada ahli sukan, aku agak setuju kerana mereka mengorbankan masa mereka untuk berlatih 8-9 jam sehari untuk mewakili negara kita dan kejayaan mereka akan mengharumkan nama negara kita. At least, ada la sumbangan untuk negara.

Baru-baru ini barulah ahli sukan seperti Nicol David dan Lee Chong Wei mendapat gelaran itu. tapi ramai pula yang mempertikaikan pangkat yang mereka dapat. Kenapa bila para artis yang dapat, tiada pula yang bising?

Jadi, mari kita tunggu bila pula Brad Pitt akan dapat gelaran Dato'. Atau mungkin Leah Dizon juga boleh dapat Dato' kan? Apa-apa pun boleh jadi di Malaysia ni walaupun sepelik mana pun. Ya lah, Malaysia Boleh kan?

=====================================

Aku dah update episod baru di Tears don't Fall.

Minggu, 05 Oktober 2008

BARU AKU TAHU AKU SEORANG GREEN LANTERN

Your results:
You are Green Lantern























Green Lantern
100%
Superman
90%
Batman
60%
Supergirl
55%
The Flash
55%
Iron Man
55%
Catwoman
50%
Hulk
50%
Spider-Man
45%
Robin
45%
Wonder Woman
40%
Hot-headed. You have strong
will power and a good imagination.


Click here to take the Superhero Personality Test


Aku ingat dapat jadi Batman... Malang Betul...

P/S: Aku belum sempat update episod baru cerpen aku... Nanti dulu ya?

Kamis, 25 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Kepada semua pembaca blog Warmness On The Soul dan Tears Don't Fall, di sini aku ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada nukilan aku yang mungkin menyinggung perasaan kamu, membuat kamu marah, membuat kamu ketawa sampai pecah perut, tension hingga pecah kepala, marah hingga terbatal puasa dan lain-lain lagi.

Sempena di pagi lebaran ini, di harap anda semua dapat menyambut Hari Raya di sisi keluarga tercinta. 

Update blog yang seterusnya ialah selepas aku naik cuti hari raya. Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Senin, 22 September 2008

AKU DAPAT AWARD JUGA!!!


Aku dapat award!!! Bukan!! Blog aku yang dapat award. Tapi secara teknikal nya, kira akulah yang dapat award ini.

Aku mendapat award ini dari dakchomey Farah Amira. Menurut pemberi award ini, dia memberikan award ini kerana:

"wlupown x jadikan fara as ur model rasmi blog tp fara tetap akan bg coz dia telah melakukan perubahan yg smart dlm blog dier..i like it…"

[Quote rasmi dari blog beliau]

Terima kasih la ya. Aku pun tak berapa tahu sebenarnya yang perubahan ini smart. Aku tengok biasa-biasa sahaja. Anyway, terima kasih banyak-banyak ye. Bukan tak nak ambil Farah sebagai model rasmi blog ini, tetapi Leah Dizon terlampaulah cute hingga tergoda melihat senyuman beliau. Hehehe....

Yang pasti, pasti dakchomey marah gila dekat akau kerana agak sekian lama aku telah di tag, baru kini aku baru mahu buat tag tersebut. Sabar ya adik Fara, dalam bulan puasa ini perlu bawak banyak bersabar.

Ok. Mula-mula kena copy ruled dia ni.

When the recipient has received their respective awards, :D
Here are some rules to be followed:

1. The award may be displayed on a winner’s blog.
2. Add a link to the person who you received the award from.
3. Nominate up to seven other blogs.
4. Then add their links to your blog.
5. Add a message to each person that you have passed the award on to in the comments section of their blog.

Congratulations!!!
Here they are:

1. Puaka Petaka. Dulu aku pernah tag dia sekali. tapi dia tak buat pun. So, kali ni dia kena buat juga.

2. Penanya? Secara fizikal aku tidak mengenali dia. Aku hanya mengetahui tentang beliau sikit-sikit apabila dia membuat tag tentang dirinya.

3. Weed and bandages. Lebih di kenali sebagai Ms. Weed. Dia mempunyai jalan hidup yang agak kompleks. Aku mahu dia menjadi lebih kompleks.

4. Wandai. Kerana dia sudah lama tidak melawat blog aku. Nak bagi dia refresh sikit.

5. Diya. Saja nak tag dia kerana ramai orang melawat blog beliau.

6. Fairuz Mokhti. Dia pun dah lama tak ke blog aku.

7. Encik Bulus. Rakan se"Liverpool" aku.

----------------------------------------------

Aku dah update episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall. Ada undian baru pada blog tersebut. Jangan lupa undi.

Kamis, 18 September 2008

PENDEK SAHAJA

Aku tidak boleh tidur. Selepas menemankan housemate aku bersahur, aku terus tidak dapat tidur hingga kini. Tapi aku tak kisah sangat sebab aku memang mahu pulang ke Batu Pahat pada pukul 8 pagi ini.

Ok. Sebenarnya aku tidak punya idea untuk entri terbaru pagi-pagi ini. Tetapi aku teringat beberapa perkara yang di bualkan sepanjang minggu lepas bersama kawan-kawan ku.

Antara tajuk yang aku bincangkan ialah mengenai Orang Melayu di Singapura.

Kami berbincang mengenai mereka yang di katakan tertindas di sana. Orang Melayu di Singapura boleh di katakan tidak bernasib baik berbanding kita di sini.

Tetapi, aku jumpa satu statement, di blog ini, yang ada kaitan dengan perbincangan aku dan kawan-kawan aku ini:

"Pada masa yang sama juga mungkin ada orang berkata orang Melayu di sana (Singapura) jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.

Cuba kita lihat dari sudut begini pula.

Di Singapura, kaum bukan Melayu pimpinan Lee Kuan Yew dahulu yang kononnya mengamalkan nepotisme, dan hanya menjaga kepentingkan kaum sendiri. Akibatnya kaum Melayu ketinggalan. Di sini pula, kita dipimpin bangsa sendiri, yang telah dari dahulu menjaga kepentingan sendiri, tetapi kita masih juga banyak ketinggalan. Sekurang-kurangnya mereka di sana ketinggalan mungkin sebab tidak diberi kepentingan. Kita di sini sudah diberi kepentingan pun masih ramai yang ketinggalan."

Pedas juga bunyinya tu. Seperti ada yang betul pada statement tersebut. Mungkin ada di kalangan kamu yang tak setuju dengan statement itu.

Jadi apa kata kita bincangkan statement tersebut. Aku amat berharap pada sesiapa yang selalu berkunjung ke Singapura atau ada saudara di sana dapat memberikan pendapat bersama sebab aku sendiri pun tidak pernah ke sana dan tahu keadaan orang melayu di sana.

-------------------------------------------------

Tak sempat nak sambung episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall. Nanti bila senang aku sambung.

Selasa, 16 September 2008

PUJIAN DARI KAWAN

Petang tadi, aku ke bazar Ramadhan bersama kawan aku yang bernama Syahrin, atau nama manjanya, ABC.

Kami pergi ke satu gerai menjual kuih. ABC memang sengaja mahu ke gerai tersebut kerana ingin usha awek yang jual kuih di gerai itu. Keinginan ABC semakin meluap-luap apabila kami ternampak dia memakai baju yang seksi, hingga mengurangkan pahala puasa kami.

Maka hari ini, kami pergi ke gerai itu. Kali ini, kami berpeluang untuk melihat awek tersebut dengan lebih dekat. Memang ayu awek tersebut. berkulit cerah. Mukanya nampak semakin ayu apabila dia ketawa.

Maka ABC pun membeli kuih di gerai tersebut. Tapi dia tidak pula cuba bergurau atau tekan ayat untuk tackle awek tersebut. Selepas membeli kuih dari gerai tersebut, kami pun beredar.

Di dalam kereta Savvy kepunyaan ABC, kami berbual:

ABC: Boleh tahan eh awek tu? Kau perasan satu benda tak kat awek tu?

Aku: Apa eh?

ABC: Awek tu ada misai. Kata orang, kalau awek ada misai ni, biasanya kuat seks... hehehe..

Ya. Awek tu memang ada bulu halus di atas bibirnya. Tapi aku tak tau pulak pasal fakta yang di berikan oleh ABC itu sahih atau tidak.

Aku: Apasal kau tak tackle awek tu tadi?

ABC: Aku kalau pergi dengan kawan-kawan, aku kurang keyakinan sikit nak tackle ni. Lagi-lagi kalau kawan yang folow aku lagi handsome dari aku.

Aku tersenyum. Lalu aku ketawa. Kemudian, ABC juga terperasan lalu ketawa sekali.

Aku: Hehehe... Terima kasih, ABC..

ABC: Sial la. Boleh terlepas cakap pulak...

Maka termaktublah hari ini, yang ABC menjadi kawan lelaki aku yang pertama yang memuji aku handsome... Hahahahah.... handsome kah aku ini? Sila tanya ABC. Hahahaha... Aku gembira....

Aku dah update episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall.

Senin, 15 September 2008

CERITA BOLA.. LAMA TAK TULIS PASAL LIVERPOOL

LIVERPOOL VS MAN UTD

Sudah sekian lama penyokong Liverpool FC menantikan kemenangan ke atas Man Utd. Dan akhirnya, Liverpool berjaya juga. Terima kasih Ryan Babel atas jaringan kamu itu.

The score board never lie to you. It's Liverpool FC 2-1 Man Utd
Meraikan gol kemenangan yang di jaringkan oleh beliau
Si bodoh Robbie Keane yang tak de fungsi sepanjang perlawanan cuba menyibuk
Apsal pandang tempat lain tu pak cik? Macam tak ikhlas je salam tu

Aku tahu, dengan jumlah kewangan yang sikit berbanding Man Utd dan Chelsea, agak sukar bagi kami untuk bergelar juara liga. Tetapi sekurang-kurangnya, keputusan ini menceriakan kami penyokong Liverpool dan ada sesuatu untuk di ceritakan pada akhir musim nanti..

Bila la pak arab ni nak take over Liverpool agaknya ye?

-----------------------------------------------

Aku dah update episod baru di Tears Don't Fall. Ada poll undian kat bahagian tepi tu. Jangan lupa mengundi ya!!!

Selasa, 09 September 2008

PENING KEPALA

Entah kenapa, sejak bermulanya bulan Ramadhan ni, bila aku mengadap laptop untuk mengupdate blog aku, ada beberapa perkara akan terjadi pada aku:

1. Kepala aku akan pening tiba-tiba. Walaupun sebenarnya sebelum mahu mengupdate blog, kepala aku ok sahaja.

2. Segala idea aku untuk mengupdate blog ini, tiba-tiba sahaja hilang bila aku mahu mengupdate blog ini.

3. Oleh kerana aku berasa pening bila mahu mengupdate blog aku, jadi aku akan tulis entri-entri yang berkemungkinan akan aku pos di blog ini. Tiba masa untuk aku mengupdate blog, aku tak tahu entri yang mana satu yang aku mahu pilih untuk di pos kan. Akibatnya aku pening kepala dan tak jadi hendak mengupdate.

Jadi di harap semua pembaca bersabar menunggu update seterusnya.

Kepada dakchomey, tag anda akan saya akan buat kemudian hari. Bila sindrom pening ini hilang.

Walaupun aku pening-pening, sempat juga aku menyudahkan episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall. Enjoy.

Jumpa lagi.

Kamis, 04 September 2008

TERGAMAK KAU!!!

Aku terbaca di sebuah akhbar (tidak ingat dengan tarikhnya), dan aku terbaca kisah seorang cucu yang berusia 16 tahun merogol neneknya berumur 71 tahun.

Agak terkejut juga membaca berita tersebut. Ini berita lebih lanjut.

----------------------------------------------

PEKAN: Dia baru berusia 16 tahun lapan bulan dan sepatutnya masih meneruskan persekolahan. Bagaimanapun, akibat nafsu syaitan, dia tergamak merogol neneknya sendiri berusia 71 tahun yang juga cacat penglihatan, 19 Jun lalu.

Akibat perbuatannya itu, remaja dari Kampung Parit Panchor, dekat sini, itu kini terpaksa meringkuk di sebalik tirai besi apabila Mahkamah Juvana di sini, semalam menjatuhi hukuman tiga tahun penjara terhadapnya dan akan menjalani hukuman itu di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka.

“Kamu masih tidak insaf lagi ke? Sudah biasa buat ke? Tergamak kamu melakukan perkara itu (merogol) terhadap nenek sendiri,” tanya Majistret Sazlina Safie terhadap tertuduh ketika prosiding yang dijalankan secara tertutup, semalam.

Sazlina berkata demikian ketika memerintahkan remaja terbabit menjalani hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan merogol neneknya sendiri yang cacat penglihatan.

Remaja itu yang tidak diwakili peguam dikatakan tidak menunjukkan sebarang emosi ketika hukuman dijatuhkan, sebaliknya hanya menundukkan kepala beberapa kali ketika Sazlina membacakan alasan penghakiman.
Dalam penghakimannya, Sazlina memutuskan tertuduh yang sudah tidak bersekolah dan bekerja sebagai konduktor bas awam, didapati bersalah kerana bukti dan keterangan dikemukakan terhadapnya kukuh sekali gus membawa kepada pensabitan kesalahan.

Tertuduh, anak ketiga daripada lapan beradik itu didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan.

Terdahulu, Pegawai Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zumaidi Zulkifli turut mengemukakan laporan akhlak remaja berkenaan manakala pendakwaan kes itu dilakukan Cif Inspektor Mohd Nor Affandy Yusof.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, remaja berkenaan dikatakan pernah disyaki merogol adik perempuannya berusia empat tahun dua kali berdasarkan laporan dibuat pada 28 April 2007.

Berikutan itu, dia diperintah diletak di bawah pengawasan bapa saudaranya selama dua bulan di Triang, Bera, selepas dirujuk ibunya mengikut Seksyen 46, Anak Tidak Terkawal, Akta Kanak-kanak 2001 pada 9 Mei 2007.

---------------------------------------

betul-betul budak ni. Nenek umur 71 tahun pun sanggup dia rogol. Kalau dia rogol jiran sebelah umur 18 ke, macam ok jugak la (tapi perbuatan rogol memang tak ok ya?). Ini nenek umur 71 tahun. Tak tahulah aku.

Ini baru di katakan tak tertahan nafsu.

Tak update lagi episod baru cerpen aku. Malas pulak nak menaip di bulan puasa ni, walaupun kita tidak di galakkan bermalas-malasan di bulan puasa.

Kamis, 28 Agustus 2008

DI KALA BULAN BERWARNA BIRU

AMARAN: TAJUK ENTRI TIADA KENA MENGENA DENGAN ISI ENTRI. HARAP MAKLUM.

Apa yang aku nak tulis untuk entri ini mungkin satu tajuk lapuk. Tapi aku nak tulis juga.

Minggu lepas merupakan cuti semester 1 minggu pada pelajar-pelajar UiTM dan universiti dan IPTA yang sewaktu dengannya. Ramai yang bertanya pada aku, adakah aku terlibat dengan demonstrasi jalanan yang di buat oleh pelajar UiTM untuk membantah kemasukan 10% pelajar bukan bumiputera ke UiTM?

Aku tengok berita dan akhbar tempatan, pelajar-pelajar UiTM berbaju hitam dan membuat demonstrasi jalanan. Aku tidak tahu keadaan demonstrasi yang di buat di UiTM aku ni, UiTM Segamat sebab demonstrasi ini di buat pada hari Jumaat.

Aku tiada kelas pada hari Jumaat. Jadi, agak bermimpi lah aku mahu ke UiTM jika aku tiada kelas. Bukan aku sahaja, tapi semua housemate aku tidak ada kelas pada hari Jumaat. Jadi, kami satu rumah tidak terlibat dengan demonstrasi tersebut.

Menurut pelajar yang hadir pada demonstrasi di UiTM Segamat itu, ramai pelajar perempuan yang terlibat dalam demonstrasi tersebut. Aku sendiri tak tahu. Jika ada pembaca blog aku yang hadir pada demonstrasi itu, sila beri maklumat kepada aku pada bahagian komen ya?

Berbalik kepada soalan yang di lontarkan kepada aku, adakah aku terlibat dengan demonstrasi jalanan yang di buat oleh pelajar UiTM untuk membantah kemasukan 10% pelajar bukan bumiputera ke UiTM?

Jawapan aku: Tak!!!

Kenapa aku tidak terlibat? Sebab aku ada beberapa kesangsian sedikit untuk terlibat dalam demonstrasi ini.

Pertama, demonstrasi ini dibuat untuk menghalang dan membantah kemasukan 10% pelajar bukan bumiputera ke UiTM. Bagi aku, kemasukkan mereka akan menambahkan sifat persaingan sihat pada bangsa melayu.

Aku mempunyai banyak pengalaman dalam belajar bercampur dengan pelajar bukan bumiputera, dan tidak bercampur dengan mereka.

Sewaktu aku belajar di sekolah menengah di Sekolah Tinggi Batu Pahat, aku telah di masukkan ke dalam kelas yang di beri nama Rancangan Khas (RK). Kelas RK adalah kelas di mana hanya pelajar melayu sahaja yang mempunyai keputusan cemerlang dalam UPSR yang di benarkan memasuki RK (aku sekelas dengan Azman/Athena ketika ini).Sepanjang 3 tahun (tingkatan 1,2 dan 3), kami belajar di dalam kelas yang tidak bercampur dengan bangsa cina dan india.

Apabila masuk tingkatan 4, kami mula bercampur kelas dengan bangsa cina. Apa yang terjadi kepada kami dari kelas RK? Kami gagal bersaing bersama mereka. Pelajar melayu yang memang belajar sekelas dengan bangsa Cina dan India dari tingkatan 1 hingga 3 tidak mempunyai masalah untuk bersaing. Melalui keputusan PMR pun, kebanyakan pelajar RK gagal mendapatkan keputusan cemerlang manakala pelajar bukan RK berjaya dengan cemerlang dan ramai yang menyambung pelajaran ke asrama penuh dan MRSM.

Kelas aku, 4 Sains 1 dan kemudian 5 Sains 1, mempunyai 42 pelajar. 12 Melayu, 28 Cina dan 2 India. Dalam 12 Melayu, 8 antaranya adalah pelajar RK (yang mana masuk ke kelas ini atas dasar kuota) dan 4 lagi pelajar Melayu bukan RK.

Sepanjang tingkatan 4 dan 5, pelajar-pelajar RK (termasuk aku) gagal bersaing dan sering menduduki 8 tangga paling bawah dalam senarai pelajar. Manakala 4 Pelajar Melayu bukan RK dapat bersaing dengan baik dan mampu tersenarai dalam golongan 10 pelajar terbaik.

Di sini sahaja, aku sendiri dapat menilai bagaimana sifat daya saing pelajar Melayu yang tidak bercampur dengan bangsa asing.

Kemudian, aku menyambung pelajaran aku di Politeknik Merlimau. Politeknik menjalankan dasar bercampur dengan bangsa Cina dan India.

Di dalam kelas aku, cuma ada seorang sahaja amoi dari 24 orang pelajar kelas aku (kelas aku ni 21 perempuan, 3 lelaki. Henat kan?). Tapi amoi ni pandai. Jadi kami sentiasa belajar and push ourself supaya amoi ini tidak menjadi best student dalam kelas kami. Biarlah pelajar Melayu dari kelas kami yang naik ke pentas sebagai pelajar terbaik. Secara terus terang, aku juga amat rajin di Politeknik. Kalau tiada kuiz dan test, aku tetap akan study.

Dan ia menjadi kenyataan, biasanya amoi ini mendapat tempat ke-3 dalam kelas. Kawan aku, seorang lelaki, berjaya mendapat anugerah pelajar cemerlang setiap semester. (Siew Lih, kalau kau terbaca blog aku ni, jangan marah ya? Ini persaingan sihat kan? Tak salah kan?)

Apabila aku masuk ke UiTM, 100% bumiputera rockers.... Eerr... 100% pelajar bumiputera. Semuanya melayu. Bila ramai sangat Melayu berkumpul, rasa malas timbul. Aku juga menjadi seorang pemalas di sini.

Menurut kawan aku, apabila dia baru mahu mula belajar, kawan-kawan akan datang dan berkata, "Apa barang belajar, bukan ada test pun esok". Lalu kawan-kawannya menarik kawan kawan aku dan mengajak kawan aku ni main game lah, tengok tv, main kad dan sebagainya. Bukan kawan aku sorang sahaja. Aku yakin kamu juga pernah mengalami situasi yang sama.

Jadi, disini aku dapat ulas yang pelajar Melayu di UiTM kurang daya saing. Lagipun, bukankah UiTM ada membuka peluang pelajar dari Brunei dan negara lain untuk masuk ke UiTM? Jadi, kenapa tidak 10% kepada bukan bumiputera.

Sebab kedua aku tidak menyertai demonstrasi ialah apabila aku teringat tentang apa yang ustazah aku ajar di sekolah agama dulu. Menurut ustazah aku, "kita kena berlaku adil pada semua orang tidak mengira apa jua agama mereka."

Jadi aku mula terfikir, adilkah demonstrasi ini. Menghalang bangsa Cina dan India dari menuntut ilmu. Aku cuba cari Piagam Madinah.

Kamu patut tahu apa itu Piagam Madinah kan? Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia Islam. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal. 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam, manakala 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam.

Piagam Madinah juga menjadi guideline buat negara-negara Islam dalam membentuk perlembagaan negara mereka. Baca Lebih lanjut tentang Piagam Madinah di sini. Terima kasih kepada Encik penanya yang publish Piagam Madinah di blognya dan menjadi bahan rujukan aku.

Ini prinsip Piagam Madinah:
  • Al- Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.
  • Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
  • Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
  • Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
  • Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
  • Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.
  • Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan
  • Kebebasan beragama
  • Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
  • Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.
Yang aku warnakan dengan warna merah itu, ada kena mengena dengan negara Islam yang berbilang agama (bukan bangsa, agama ya? Islam tidak membezakan bangsa, hanya agama).

Dengan kata lain, kita seperti menyekat hak bangsa agama lain sedangkan Piagam Madinah yang di gubal oleh Nabi Muhammad S.A.W. menyuruh kita saling membantu sesama warganegara dan bertanggungjawab dan bersifat adil kepada semua rakyat tanpa mengira agama.

Mungkin bangsa Melayu yang memerintah Malaysia tapi ekonomi negara kita di pegang oleh bangsa bukan bumiputera. Jadi, bukankah baik jika kita bertolak ansur sedikit. Kita saling memerlukan sesama bangsa kan?

Sebab ketiga aku tidak menyertai demonstrasi ialah demonstrasi ini secara tidak langsung menghalang mereka dari menuntut ilmu.

Setahu aku, ilmu di turunkan oleh Allah S.W.T. kepada semua hambanya dan kita mestilah berkongsi ilmu tanpa mengira agama. Bukankah Islam tidak menggalakkan sifat kedekut ilmu, bukan? Ilmu adalah milik Allah dan bukan milik orang melayu. Kita tiada hak untuk menghalang mereka menuntut ilmu.

Sebab keempat, demonstrasi ini hanya akan menimbulkan perasaan perkauman yang kuat dalam Malaysia. Dalam Islam sendiri tidak menggalakkan perkauman. Ingat, Islam tidak pernah membezakan manusia melalui bangsanya.

Oleh di sebabkan kita tinggal di negara berbilang bangsa, eloklah jangan menimbulkan sentimen perkauman.

Takut juga aku pada Malaysia ni. Nama negara Islam, tapi tidak pernah ikut perundangan Islam. Mahkamah Syariah sangat lemah. Pegangan negara lari sedikit demi sedikit dari Piagam Madinah dan sifat perkauman berleluasa sedangkan Islam tidak menggalakkan perkauman.....

--------------------------------------

Itulah sedikit sebnyak pandangan 5 sen aku. Mungkin ada yang tidak bersetuju dan berkata fakta aku salah sama sekali. Tidak mengapa. Kita semua memang mempunyai pandangan berbeza.

Jika apa yang aku taip kali ini mungkin salah di mata kamu, maafkan lah aku. Aku manusia yang tidak lari dari kesempurnaan.

Kalau ada pandangan, sila komen.

--------------------------------------------

Berjaya juga aku publish entri ini (setelah 3-4 hari terperuk sebagai draft) sebelum aku pulang ke Batu Pahat untuk cuti panjang aku. Aku cuti sampai hari Rabu. Huhu...

Aku tak update lagi kisah cerpen aku. Tak sempat. Naik cuti aku update lah ye?

Rabu, 27 Agustus 2008

HUJAN BATU DI TEMPAT SENDIRI, HUJAN EMAS DI TEMPAT ORANG. UNTUNG LAGI TEMPAT SENDIRI. KENAPA UNTUNG PULAK?

HUJAN BATU DI TEMPAT SENDIRI.
HUJAN EMAS DI TEMPAT ORANG.
UNTUNG LAGI TEMPAT SENDIRI.

Ok. Aku rasa, kamu semua mesti pernah dengar peribahasa di atas kan? Atau mungkin perkataan "tempat" tu boleh di ganti dengan "negeri", "negara" dan apa-apa perkataan lain. Tapi maksudnya masih sama.

Bila aku fikirkan balik, peribahasa ini teramatlah salahnya. Kenapa? Mari kita bincangkan bersama.

Sebenarnya, aku pernah berdebat dengan orang lain tentang perkara ini. Dimana orang ini menyokong peribahasa ini.

Pada mulanya, aku berkata yang aku mahu berkerja di Kuala Lumpur kerana peluang kerja yang agak baik berbanding tempat aku. Bukannya di Batu Pahat tiada peluang kerja langsung, cuma di Kuala Lumpur lebih banyak.

Aku berkata demikian kerana melihat abang aku yang menganggur hampir setahun di Batu Pahat dan bila ke Kuala Lumpur, sebulan sahaja sudah dapat kerja. Begitu juga dengan 2 kawan aku yang lain.

Kemudian, ada oarang bertanya kepada aku, kalau dapat peluang kerja di UK, nak pergi tak?

Mestilah aku kata nak. Dan kemudian ada seorang pak cik berumur 40-an bersuara. Dia pun baca la peribahasa kat atas tu kuat-kuat dan berkata aku ni amak melayu yang dah tak ingat asal-usul dan lupa diri. Lupa daratan, tak ingat bangsa lah...

HOTAK KAU LA PAK CIK. Nak kena orang tua ni. Sedap-sedap kau nak kutuk aku.

Lalu aku mula berkata kepada pak cik itu.

"Ok la, pak cik. Cuba pak cik bayangkan yang pak cik duduk dekat kawasan yang tak de coverage hand phone. Lepas tu pak cik bukak kedai hand phone kat situ. Tapi pak cik bukak jugak kedai hand phone kat situ dan kedai pak cik tak laku."

"Lepas tu, pak cik dapat tau yang ada kedai kosong dekat Summit BP dan kalau pak cik meniaga kat situ, pak cik boleh jual 3 bijik hand phone sehari. So, adakah pak cik akan pergi ke "hujan emas kat tempat orang"? Atau pak cik sanggup menanggung "hujan batu di tempat sendiri", sampai kedai pak cik bungkus?"


Pak cik tu tak setuju. Dia cakap rezeki tu ada di mana-mana.

"Pak cik.. Rezeki tu memang la ada dekat mana-mana tapi tak semua rezeki berada pada tempat yang sama. Kalau kita tak berusaha mencari rezeki, rezeki tak kan datang pada kita."

Pak cik tu meneruskan protes. Dia tak percaya tentang teori aku. Mungkin sebab pak cik ni tidak pernah masuk ke universiti dan ambil subjek-subjek business dan marketing, tu yang dia tak berapa nak faham kot contoh yang aku bagi.

Ok. Bagi contoh baik sikit. Oleh di sebabkan majoriti melayu menganut islam(majoriti ya? Bukan semua. Sebab dah ada melayu yang bukan islam. Ingat kes Lina Joy?), aku bagi contoh berkaitan islam pula.

"Pak cik ingat lagi kan Kisah Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W. di lahirkan di Mekah. Nabi Muhammad S.A.W. mendapat wahyu pertamanya pada usia 40 tahun. Nabi Muhammad S.A.W. cuba menyebarkan ajaran Islam di Mekah tapi mendapat tentangan daripada masyarakat arab jahiliyah."

"Pada masa yang sama, ada sekumpulan orang Yathrib (bertukar nama menjadi Madinah selepas peristiwa hijrah) yang datang ke Mekah secara sembunyi dan menganut islam. Kemudian, orang-orang dari Yathrib mengundang Baginda untuk berpindah ke Yathrib untuk menyebarkan agama Islam."

"Nabi Muhammad S.A.W. melihat peluang untuk menyebarkan islam di Yathrib lebih baik berbanding di Mekah. Lalu, Baginda dan pengikut-pengikutnya berhijrah ke Yathrib. Maka terjadinya peristiwa Hijrah."

Tak berapa nak percaya dengan fakta aku ini? Rujuk di sini untuk sejarah Nabi Muhammad S.A.W. dan sejarah Hijrah.

"Pak cik nampak tak, Nabi Muhammad S.A.W. nampak "hujan batu kat tempat sendiri". Susah nak kembangkan islam dekat Mekah, tempat sendiri Baginda. Tapi Nabi Muhammad S.A.W. nampak "hujan emas di tempat orang", peluang kembangkan Islam di Madinah."

Pak cik tu terdiam.

"Dalam islam, kita di galakkan berhijrah kalau ia boleh mendatangkan kebaikan dan keuntungan pada kita. Sedangkan fahaman orang melayu pulak, jangan berhijrah ke tempat lain walaupun nampak kebaikan kat tempat orang. Macam dah bertentangan dengan islam ni."

Pak cik tu diam lagi.

"Tu la... Orang melayu sibuk kutip batu kat tempat sendiri... Bangsa lain pulak sibuk kutip emas kat tempat orang. Patut la melayu ni tak maju-maju dan makin mundur."

Pak cik tu terus beredar.

Jadi pada kamu di luar sana, sedarlah. Pegangan kita adalah kepercayaan kepada agama. Bukan kepercayaan, fahaman, kesusteraan, peribahasa bangsa kita. Lagipun aku sudah banyak kali dengar yang ada kepercayaan melayu yang bertentangan agama islam. Aku tidak berapa pasti tapi aku cuba buat beberapa kajian tentang itu.

Akhir kata, pastikan betul-betul kepercayaan melayu yang kamu pegang tu betul atau bertentangan dengan agama kita.

Tak setuju dengan apa aku tulis. Kita ada pandangan masing-masing. Dan.... Ini blog aku, sukati aku la nak tulis apa.

Ok. Renung-renungkan la apa yang aku tulis. Dan jika kamu ada idea atau pandangan bernas, mari kita berkongsi bersama.

Aku dah update episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall.

Minggu, 24 Agustus 2008

YANG MENJADI TUMPUAN AKU PADA OLIMPIK BEIJING 2008 KALI INI BAHAGIAN KE-2

Masih ingat entri aku tentang atlet perempuan yang menjadi tumpuan aku untuk Sukan Olimpik Beijing 2008 sebelum ini?

Ya. Pada entri yang lepas, aku bercerita tentang Hope Solo. Kali ini, ada satu lagi atlet yang menjadi tumpuan kali ini. Gimnas Amerika yang berasal dari Rusia, Nastia Liukin.

Mula-mula, aku tidak memberikan tumpuan sangat pada dia. Tetapi setelah beberapa persembahan mantapnya pada acara berpasukan, aku mula tumpukan pada dia. Dan yang paling hebat sekali, apabila Liukin berjaya mendapat pingat emas dalam acara individual all-around.

Hebat kan minah ni? Cuba tengok pada gambar di bawah. Yang pakai baju kuning tu. Cun juga. Siapa cakap atlet wanita tak lawa? Tidak menjaga kecantikan? Mana ada kan, Liukin? Hehehe....

Nastia Liukin telah mengiatkan aku pada Nurul Fatiha Abd Hamid. Semoga berjaya dalam bidang penyiaran Nurul fatiha.

Layan gambar-gambar ni dulu...










Kepada pembaca wanita, mesti sedikit bosan baca entri yang berkenaan Sukan Olimpik ni kan? (kerana isi entri bukan terarah pada sukan sangat pun). Ha!! Pembaca lelaki suka la tu!!

Kepada pembaca lelaki lagi sekali, jangan layan gambar-gambar di atas pada bulan Ramadhan yang mendatang. Di khuatiri hilang pula pahala puasa itu.

Aku dah update episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall.

Kamis, 14 Agustus 2008

PERUBAHAN KETARA PADA BLOG INI

Selamat kembali kepada pada blog yang tidak berfaedah ini, Warmness On the Soul.

Bagi kamu yang baru pertama kali sampai ke blog aku ini, tahniah aku ucapkan kepada kamu kerana berjaya juga menjumpai blog yang tidak berapa sihat ini.

Kepada kamu yang sudah biasa datang ke blog ini, pasti kamu perasan perbezaan yang paling ketara di blog ini.

Kamu tidak nampak? Itu hanya ada 4 maksud sahaja jika kamu tidak sedar akan perubahan yang berlaku pada blog aku ini:

1. Tahap rabun kamu sudah sampai pada tahap teruk betul.

2. Kamu mungkin sudah buta sebenarnya.

3. Otak kamu sudah agak lembab dalam memproses input yang masuk ke otak kamu.

4. kamu dah tak lama dah... 3 Jumaat je lagi.

Ok. Mungkin kamu agak terkejut dengan perubahan blog aku ini atau mungkin ada yang buat tak kisah dan tidak memperdulikan langsung perubahan blog aku ini. Tapi aku tetap mahu bercerita kepada kamu.

1. Blog header / kepala blog

Blog header ialah bahagian di mana tajuk blog ini tertulis berserta dengan gambar. Kebiasaannya, aku akan meletakkan gambar kartun sebagai header aku. Tetapi kali ini, buat pertama kalinya, aku meletakkan gambar manusia untuk header aku.

Model yang aku gunakan pada header tersebut ialah Leah Dizon. Sila google sendiri untuk melihat gambar beliau. Hanya pembaca lelaki yang di galakkan untuk meng"google" gambar Leah Dizon. Tapi kalau pembaca perempuan mahu juga, aku tidak mampu halang.

Kenapa aku meletakkan gambar Leah Dizon di bahagian header? Jawapannya mudah. Kerana aku suka melihat mukanya yang comel itu.... Tidak lupa juga pose seksi dari beliau (",)

Puas aku fikir dan pilih gambar-gambar futuristik dan gambar kartun yang aku mahu gunakan di dalam blog aku ini. Jadi, aku membuat perubahan untuk meletakkan Leah Dizon sahaja.

Secara tidak langsung, aku kini mengangkat Leah Dizon sebagai model rasmi blog ini. Tapi, aku harap tiada pembaca yang memberitahu Leah Dizon tentang perkara ini sebab aku agak takut juga kalau-kalau dia bakal meminta royalti dari aku pula.

2. Quote pada blog header

Jika kamu lihat betul-betul pada blog header itu, ada sebaris ayat tertera di situ. Tak nampak? Aku rasa kamu patut tahu apa maksudnya kan?

Ayat tersebut di ambil dari lagu Dear God nyanyian Avenged Sevenfold. Lagu ini agak slow atau mellow jika di bandingkan dengan genre metalcore yang dibawakan oleh Avenged Sevenfold. Ah, janji lagu ni sedap, sudah...

Kalau kamu tidak pernah dengar lagu ini, pergi dekat widget Youtube yang ada di sebelah gambar model rasmi blog ini, di bahagian kanan atas, taip Dear God dan tengok videonya.

3. Background / latar belakang

Jika kamu masih ingat, sejak blog aku ini wujud, latar belakang untuk blog aku adalah lebih berwarna hitam. Ya. Ia bertemakan kegelapan. Tapi kini, ia berwarna putih.

Kenapa aku ubah tema warna blog ini. Tiada maksud tersirat. Cuma, aku mahukan perubahan dan wajah baru untuk blog aku. Walaupun pada dasarnya, aku tidak meminati sangat gambar latar itu, tetapi aku tetap gunaknnya juga.

Ok. Itu sahaja yang aku mahu ceritakan di sini. Di harap kamu semua suka akan perubahan blog aku ini. Kalau kamu tidak suka, ADA AKU PEDULI?

Aku dah update episod baru cerpen aku di Tears Don't Fall. Enjoy beb.

Senin, 11 Agustus 2008

YANG MENJADI TUMPUAN AKU PADA OLIMPIK BEIJING 2008 KALI INI

Ok. Umumnya, semua orang tahu yang Sukan Olimpik Di Beijing sedang rancak berlangsung di Beijing. Jika kamu tidak tahu, aku boleh bagi kamu borang.

satu borang untuk kamu berpindah ke Planet Marikh dan satu lagi borang untuk berhenti jadi manusia.

Ok. Setakat entri ini di tulis, China dengan gagahnya sedang mendahului pungutan pingat dengan 9 pingat emas. tapi, sukan olimpik masih lama lagi. Macam-macam boleh terjadi.

Tumpuan kini lebih kepada Micheal Phelsps yang telah pun memenangi pingat emas dan sudah berjaya memecahkan rekod dunia. Malah, highlight kepadanya akan lebih kerana cita-citanya yang mahu mendapatkan 8 pingat emas dalam kejohanan olimpik kali ini.

Selain memberikan tumpuan kepada atlet yang sememangnya handal dan terkenal, tidak ketinggalan juga kepada atlet Malaysia, aku juga memberikan tumpuan kepada atlet yang kurang ternama, tetapi boleh tahan hebatnya (dan juga cantik... Ini khusus kepada atlet perempuanlah ya?)

Kali ini, tumpuan aku kepada Penjaga Gol pasukan Bola Sepak Wanita Amerika Syarikat, Hope Solo.

Biodata

Nama : Hope Amelia Solo
D.O.B : 30 Julai 1981
Asal : Richland, Washington, USA
Tinggi: 1.75 meter








Bukanlah aku berminat dengan dia kerana dia agak cantik, tetapi ketangkasan Hope Solo ini yang membuatkan aku agak memberikan tumpuan kepadanya. Kalau mahu di kira cantik, cantik dan comel lagi gimnas-ginmas dari Romania ataupun seorang pemain bola keranjang wanita Sepanyol yang aku tidak tahu namanya itu.

Ketangkasan Solo semasa perlawan menetang Norway dan Jepun tempoh hari membuatkan aku agak kagum dengan dia. Bukanlah aku mahu mengecilkan bakat pemain tempatan, tetapi aku rasa yang penjaga gol kebangsaan Malaysia (Skuad Lelaki) pun tidak setangkas minah ni.

Aku dengar cerita, Dollah Salleh mahu cari penjaga gol baru. Bolehlah ambil Hope Solo jadi penjaga gol Selangor. Lupa pulak, tahun depan dah tak boleh ambil pemain import. Makin jahanam Liga Malaysia ni.

Aku dah update episod baru untuk Tears Don't Fall

Kamis, 07 Agustus 2008

PERKARA PALING BODOH YANG PERNAH DI BUAT DALAM HIDUP

Sudah agak lama aku tidak menaip entri baru di dalam blog ini. Malah, ini merupakan entri pertama dalam bulan ogos ni.

Bukan aku tak nak malas nak menulis, tapi aku amat sibuk dengan beberapa perkara yang menimpa aku sejak kebelakangan ini.

Ok. Lupakan itu semua. Kita start dengan entri baru aku.

Entri ini agak pendek juga. Untuk membincangkan tentang satu perkara yang simple jek.

Semasa aku mahu pulang ke Segamat dari Batu Pahat, aku terdengar perbualan 2 orang sahabat yang dudk di depan aku di dalam bas ekspress.

Mereka berbual dengan perlahan tapi tak tahu la kenapa, tajam pulak telinga aku hari tu.

Kepada adik-adik sekalian, jangan suka curi dengar perbualan orang ye? Tapi sekali sekala tak pe tau?

Tajuk perbualan mereka ialah. "Perkara paling bodoh yang pernah di buat dalam hidup"

Pemuda 1: Aku rasa perkara paling bodoh aku pernah buat ialah aku tipu mak bapak aku yang result PMR aku dapat 8A.

Pemuda 2: Ye ke?

Pemuda 1: Ha'ah. Seminggu lepas tu. Kantoi lak result aku tu. Mampus aku kena libas dengan bapak aku.

Pendapat aku: Ok. Perbuatan pemuda ini memang sangat-sangat bodoh.

Jadi aku pun mula berfikir sendirian, apa perkara paling bodoh pernah aku buat di dalam dunia ni. Fikir punya fikir, sekali aku tertidur la pulak.

Akhirnya, sebelum aku tidur malam semalam aku teringat satu perjanjian syaitan yang aku buat dengan sepupu aku.

Aku bertaruh dengan dia yang aku mesti dapat awek sebelum tahun 2008 berakhir. Perjanjian itu di buat pada bulan Jun. Sekarang sudah bulan Ogos. Masa kini amat terhad.

Kini aku terfikir, ini memang benda bodoh. Kalau dalam drama atau filem (khusus nya filem Korea yang selalu memfokuskan tema cinta di dalam filem), mesti si Hero akan dapat juga girlfriend pada saat-saat akhir.

Tapi aku? Aku bukan hero filem Korea. Adakah aku berjaya mendapatkan girlfriend di saat-saat akhir nanti?

Apa kata kalau kamu semua berkongsi perbuatan kurang bijak anda bersama-sama. Dan cuba klasifikasikan perjanjian aku dengan sepupu aku ini. Adakah pada tahap bodoh biasa-biasa atau bodoh amat?

Akhir kata, siapa-siapa yang sudi jadi awek kontrak dengan aku. Start awal tahun depan, kita declare putus. Macam kahwin kontrak pula. Teringat cerita Full House

Oh ya. Hari ini 8 Ogos 2008 (080808), bermulanya Sukan Olimpik Beijing. Berikan sokongan penuh kepada Atlet negara. Mari kita tengok siapa dapat bawa balik RM 1 juta.

Aku dah update episod baru di Tears Don't Fall

Senin, 28 Juli 2008

LAGI GAMBAR PELIK

Lagi gambar yang agak pelik aku terima.

Aku tidak berapa pasti adakah gambar ini benar atau tidak. Tapi kalau di lihat-lihatkan, macam betul sahaja gambar ini.

Cuba anda lihat dan menilai sendiri.

Klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar.

Adakah ini kesan daripada kenaikan minyak?

Tapi patut drive lori ini letak dengan tulisan yang lebih besar, supaya semua pemandu di jalanraya atau lebuhraya boleh nampak.

Sangkut kain rentang sebesar-besarnya ke supaya semua boleh nampak.

Entahlah... Dunia dan maju. Zaman dah berubah....

Aku dah update episod baru di Tears Don't Fall.

Kamis, 24 Juli 2008

24 TAHUN DAHULU

TARIKH: 25 JULAI 1984
TEMPAT: KAMPUNG NAKHODA, SELAYANG, SELANGOR.
MASA: 3:30 PAGI

Pada waktu ini, seorang bayi lelaki telah dilahirkan oleh seorang wanita. Bayi yang comel dan bakal menjadi pemuda tampan dan kacak pada suatu hari nanti ini di lahirkan dengan cukup sifat dan hampir-hampir mendapat seorang kembar.

Bayi tersebut di berikan nama Amirul Idham Bin Abu Bakar. Hehehehe...

Selamat hari lahir yang ke-24 buat diri ku sendiri. Semoga panjang umur dan dilimpahkan dengan rezeki yang halal dan di berkati hidupnya.

Terima kasih kepada yang wish aku. Tidak kira samada kamu call aku ataupun SMS aku, terima kasih banyak-banyak.

Terima kasih kepada abangku, Abd Halim, akak iparku, Kak Eyda dan anak saudaraku Aatif Naufal yang menjadi orang pertama yang wish aku tadi, tepat pukul 12 tengah malam tadi. Pertama kali Naufal wish kat aku walaupun agak pelat.

Ibu dan ayah ku menjadi orang paling awal wish (di luar tarikh birthday aku) ketika pukul 9:30 malam. terima kasih. Jasa ibu dan ayah membesarkan aku tidak di lupai.

Terima kasih kepada cousin aku, Iqa, kawan-kawan Iqa dan kawan-kawan aku yang wish tadi. Terima kasih kerana still remember my birthday.

And finally, terima kasih juga kepada seseorang yang aku sudah lost contact dan tidak sangka akan wish birthday aku hari ini. Malah, dia menjadi orang pertama yang menghantar SMS untuk wish aku. Thanks a lot, girl (",)

P/S: Sesiapa yang mahu hantar hadiah kepada aku, sila tinggalkan alamat e-mel kamu di ruang komen. Nanti aku akan hantar alamat rumah aku dan kamu boleh hantar hadiah kamu kepada aku.

Aku belum update lagi cerpen aku. Belum ada idea.