Senin, 30 Mei 2011

finish

hi...
assment oh assment...hm this 1time design buildg.so bnyk prkra y ju2 bru bljr gk.
nseb la x kne attck dgn lctrer.so hpeflly this sem,studio A++++++.....
but sme nih ats tnjk ajr cik abg y bnyk mbantu.thnks so much...!!!
wlaupun slalu tdo time mngjar ju2.haaihhhhhssh.......=(
hm slsai sdah sume krja....smp xtdo mlm.bsgkang mata dgn drwg paper.
mmber ju2 ckp dh jd brung hntu dh ju2 nh.jge mlm,tdo siang.mata pun da lebam mmg mcm brung hntu kot...
but still kne redo for portfolio plk drwg nih...nk hdap dgn UTM.
mne la mse sbnrnye...pnt sgt.smetme pg studio pun x mndi....ooPPpsss!!!
hahaha....xd lah.jst x smpt nk pkai cntik2 jek.hehe....
kte cik abg,awl2 sem je cntik2 dah nk akhr sem sme dh xd.pkai pun men sarung je.nk cpt la ktekn...

nh design ju2,nme buildg nh 
``UNIQUE NATURAL BUILDING''


buildg nh ju2 stdy dr fmous arkitek,
``DANIAL LIBESKIND''

hm,dlm mse final nih ad cuti smiggu.ingt bly la blek kg...tp x dpt.
sdey kn kn kn....rndu sgt kt rumh tuh.lw dkrekn,1 sem 2 3 kali jek blek.but rmate ju2 tiap2 mgu blek.
hebat kn...hm tp ju fham npew prents ju2 xbg blek.
dye ckp duk je kt kuantn tuh,blajr bt kje....xyh slalu blek.
haaaaaa..tu la dye psan.tp mmg btul pon,mne la smpt nk blek.student crse architct nh mmg lh bz.

tkun x bt kje..hehe.ju2 tgh o9 sbnrnye tuh.....

nh bru blek dr assment trus bkak lptop nh(x mndi lg,buusyyukk...)
smpt nk post kt blog g...imprvment.
haha....ok lh,pd blog rdr korg stdy rjin2 ok.
gud luck...!!!

Cover Song atau Sampling Yang Seringkali Disalahertikan Sebagai Original Song

Tahukah kamu apa maksud cover song? Dalam bahasa ibunda kita, ia digelar sebagai lagu saduran. Apa pula maksud original song?

Original song bermaksud lagu asal yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi. Cover song pula bermaksud lagu yang dinyanyikan semula oleh penyanyi lain.

Sebagai contoh mudah, Lagu Jeritan Batinku asalnya dinyanyikan oleh P. Ramlee (original song) dan dinyanyikan semula oleh Azlan and The Typewriter (cover song).

Sampling pula bermaksud mengambil sebahagian lagu atau rentak lagu tersebut ke dalam lagu yang baru.

Ramai artis, tidak kira artis tempatan atau artis antarabangsa, suka menyanyikan semula lagu lama. Kenapa? Salah satu alasan paling mudah ialah lagu itu sudah pun popular dari zaman dulu. Jadi lagu tersebut senang diterima oleh umum.

Sebab kedua ialah lagu sendiri tak bagus dan macam tahi, jadi terpaksa nyanyi lagu orang lain untuk popular. LOL!

Sebab ketiga ialah sebagai tribute untuk artis kegemaran mereka itu. Seperti album lagu-lagu P. Ramlee yang dinyanyikan semula oleh artis-artis baru. Album tersebut merupakan tribute atau menunjukkan tanda penghargaan kepada bakti P. Ramlee kepada industri muzik.

Tapi sedihnya, ada juga sesetengah pendengar yang tidak tahu lagu-lagu tersebut adalah cover song ataupun sampling dari original song. Mereka ingatkan lagu yang dinyanyikan adalah original song

Biasanya perkara ini terjadi kepada pendengar muzik generasi baru, yang lahir dalam era Generation Z iaitu lahir antara awal 90'an sehingga sehingga awal 2000'an. 

Mereka degil dan tak mahu menerima muzik lama kerana mereka fikir muzik sekarang sangat cool dan muzik lama semuanya tak best. Tahi betul kamu. Mengaku Mat Rock tapi cuma dengar Hujan, Bunkface, Fallout Boys, All American Reject tapi tak mahu dengar band-band lama yang legend.

Banyak cerita tak guna, mari kita lihat cover song yang seringkali disalahertikan sebagai original song. Ini merupakan pemerhatian bebas dari aku. Tidak berkait dengan mana-mana pemerhatian atau kajian dari professor lain.


Don't Dream It's Over


Pada tahun 2003, kumpulan Sixpence Non The Richer yang pernah popular dengan lagu Kiss Me dan There She Goes, telah mennyayikan semula lagu Don't Dream It's Over.

Lagu tersebut menjadi hit di MTV dan menjadi siulan anak muda walaupun ia kurang berjaya di Billboard Chart dengan hanya mendapat kedudukan tertinggi di tangga ke-78.

Lagu ini menjadi salah satu lagu pop favorite kepada anak muda. Tapi mereka tidak tahu yang lagu ini sebenarnya adalah cover song sahaja.

Lagu ini asalnya dinyayikan oleh sebuah band pop rock yang bernama Crowded House.


Crowded House merupakan band dari Australia yang sudah pun merakamkan lagu ini dan me-release-kan lagu ini pada tahun 1986 lagi. Malahan, lagu ini mencapat tangga ke-2 Billboard Chart berbanding versi Sixpence Non The Richer yang hanya mampu mencapai tangga ke-78.


Redemption Song


Rihanna menyanyikan semula lagu ini sempena kempen Hope For Haiti Now, kempen khas untuk mengutip dana sempena Bencana Alam yang melanda Haiti pada awal tahun 2010.

Maka penuhlah wall Facebook di post dengan video Rihanna menyanyikan lagu tersebut dengan tambahan pujian "Best betul lagu baru Rihanna ni", "Rihanna kalau buat lagu, mesti best punya" dan lain-lain lagi.

Well kids, you're wrong!

Lagu tersebut adalah lagu asal daripada the legendary Bob Marley.


Lagu nyanyian asal dari Bob Marley ini berjaya mendapat tempat ke-66 dalam The 500 Greatest Songs of All Time yang dikeluarkan oleh Majalah The Rolling Stone. Lagu ini juga berada dalam Top 20 Political Songs.

Sebenarnya, ramai yang tidak puashati apabila Rihanna menyanyikan semula lagu ini. Mungkin kerana mesej lagu tersebut bagaikan tidak kena dengan bencana alam yang melanda Haiti.


Mimpi/ Sweet Dreams


Lagu Mimpi ini merupakan lagu nyanyian Altimet featuring Ning Baizura. Secara seriusnya, aku menyampah dengar lagu ini. Altimet mempunyai banyak lagu hit yang sering keluar dicorong radio, tapi lagu ini tidak termasuk dalam golongan lagu hit tersebut.

Tapi aku agak terkejut bila mengetahui yang ramai yang tidak tahu bahawa lagu ini adalah lagu sampling daripada lagu Sweet Dreams (Are made of This) nyanyian Eurythmics yang diterbitkan pada tahun 1983. 


Mungkin Altimet perlu belajar cara membuat cover song dari producer Sucker Punch.



Right Round


Ini satu lagi contoh sampling. Lagu Right Round dari Flo Rida ini (lagu ini annoying bagi aku. Maaf kepada peminat Flo Rida jika kamu terasa) adalah sampling dari kumpulan bernama Dead or Alive (yang juga annoying) yang bertajuk You Spin Me Round (Like a Record).


Lagu ini asalnya di-release-kan pada tahun 1984. Flo Rida sampling lagu ini untuk lagunya Right Round pada tahun 2009.

Anyway, both song is annoying. So, I don't give a damn with both song.


Take On Me


Semasa lagu ini di-release-kan pada tahun 2000, aku masih bersekolah dalam tingkatan 4. Puas aku cuba terangkan pada kawan-kawan aku yang lagu ini sebenarnya lagu lama. 

Sayangnya, Youtube hanya wujud 5 tahun selepas peristiwa ini, jadi aku pun tidak dapat mahu tunjuk pada kawan aku video di bawah ini.


Lagu ini asalnya dinyanyikan oleh sebuah kumpulan yang berasal dari Norway, A-Ha. Lagu ini di-release-kan pada 16 September 1985. Lagu ini berjaya menduduki tangga pertama Billboard Chart pada bulan Oktober.

Video musik ini merupakan arahan Steve Barron. Video ini berjaya merangkul 6 anugerah di MTV Music Video Awards dan menjadi salah satu muzik video ikonik dan menjadi muzik video yang merevolusikan video muzik selepas kehadiran video muzik ini.

Dan lagu ini merupakan salah satu lagu kegemaran aku.


Antara Hujan dan Airmata

Apa kata kalau aku tutup entri kali ini dengan lagu yang penuh nostalgia ini dari artis tempatan bertahap lagenda ini.

Lagu Antara Hujan dan Airmata adalah antara lagu lama yang sering diputarkan di radio. Tetapi, radio Sinar.Fm ataupun Era.FM sering memutarkan lagu ini versi Saleem Iklim.



Penyanyi asal lagu ini sebenarnya ialah Sudirman Haji Arshad.



Aku pelik juga kerana lagu versi Saleem yang selalu diputarkan di radio. Secara jujurnya, lagu veri Sudirman lebih sedap didengar berbanding versi Saleem. Suara Saleem terlampau leper jika dibandingkan nyanyian Sudirman dalam lagu asal.

==========

Ok. Cukup sampai di sini sahaja. Sebenarnya ada banyak lagi lagu yang aku boleh tulis. Tapi malas aku mahu menaip panjang lebar. Sekian buat masa sekarang.

Bagi generasi baru, bawak-bawaklah dengar lagu dari generasi lama. Tak semua lagu dari generasi lama membosankan.

Dan kepada generasi lama, dengarkan juga lagu-lagu baru yang ada. Tak semua lagu suck ass macam lagu Justin Bieber.

Jumat, 27 Mei 2011

Sesungguhnya Malas Itu Indah...

"Di sebalik satu kenyataan
Sesungguhnya malas itu indah
Tanpa ku terlibat dengan dosa-dosa
Dalam berusaha mencari sesuatu"


Aku malas mahu update blog. Agak sibuk dalam 2-3 hari ini. Jadi, khas untuk kamu semua. Lagu Malas dari kumpulan Teacher's Pet.


Lagu ini bukanlah tentang seseorang yang ingin menyatakan rasa malasnya. Tapi lebih dari itu. Hayati lirik lagunya di bawah. Lagu ini lebih bagus dari semua lagu Lady Gaga.

Bilaku pejamkan mata
Segalanya menghampiri
Ke layar rasa semalam
Termanggu sejenak

Malasnya ku melangkah ke sana
Mencari sempadan kehidupan
Yang selalu hilang sebelumnya

Di sebalik satu kenyataan
Sesungguhnya malas itu indah
Tanpa ku terlibat dengan dosa-dosa
Dalam berusaha mencari sesuatu

Kekurangan di sini
Sudah cukup buatku
Apa yang ku genggam
Itulah harapan

Kelebihan yang datang
Adalah kesyukuran
Selagi dapat menyedut ketenangan
Sehingga terasa di jiwa..
Nikmatnya

Kelebihan yang datang
Adalah kesyukuran
Selagi dapat menyedut ketenangan

Suka lagu ini? Cari sendiri di 4shared.com dan download sendiri. Aku MALAS mahu letak link di sini.

Rabu, 25 Mei 2011

Tabiat Pembaca Blog

Aku ingat lagi masa aku menulis tentang entri mengenai Hari Valentine. Ada pembaca yang tanya, "Mana dapat sumber ini? Apsal tak letak kredit?"

Begitu juga jika aku menulis entri tentang lagu. Bila aku menulis tentang siapa penulis lirik lagu tersebut atau dari mana si penulis lirik mendapat inspirasi untuk menulis lirik tersebut, pasti ada yang akan bertanya, "Mana dapat sumber ini? Apsal tak letak kredit?"

Ok. Biar aku bagitahu kamu hari ini. Kebiasaanya, aku mendapat sumber penulisan aku dari Wikipedia, Yahoo! Answer dan ask.com.

Wikipedia adalah sumber paling mudah untuk mendapatkan sumber informasi. Taiplah apa sahaja topik yang kamu mahu, pasti ada dalam Wikipedia.

Oleh kerana Wikipedia merupakan sumber yang sering diragukan jika digunakan secara formal, jadi aku tak letakkan kredit Wikipedia di dalam blog aku. Tapi bukannya 100% informasi dari Wikipedia adalah salah. Cuma tidak diketahui siapa yang menulis artikel tersebut di dalam Wikipedia kerana semua orang boleh mengeditnya. Itu yang menyebabkan Wikipedia jatuh hukum meragukan.

Tapi bukannya aku langsung tak letakkan langsung, kadang-kadang aku letakkan juga kalau aku malas mahu terangkan perkara tersebut secara panjang lebar di dalam blog.

Yahoo! Answer dan ask.com pula kadangkala mempunyai informasi tambahan yang biasanya Wikipedia tiada. 

Kadang-kadang, ada juga informasi yang aku ambil dari blog orang lain, tak kira blog dari Malaysia atau luar negara. Tapi biasanya, kalau aku ambil sumber dari blog orang lain, aku akan letak link blog tersebut. Malah, aku biasanya akan meminta izin penulis blog itu dengan meninggalkan komen diblog tersebut.

Atau kadang-kadang sumber yang aku dapat adalah melalui buku-buku yang aku pernah baca. Dan tidak semua buku tersebut kepunyaan aku. Ada yang aku pinjam dari kawan atau aku pernanh pinjam dari perpustakaan. Jadi, buku tersebut tidak berada di tangan aku, maka aku tidak boleh nak catatkan sumber informasi tersebut datang dari muka surat mana atau dari perenggan mana.

Satu lagi sebab kenapa aku tak meletakkan link Wikipedia, Yahoo! Answer atau ask.com ialah kerana aku tak mahu kamu semua asyik nak "bersuap".

Kamu tahu apa maksud "bersuap"? Senang cerita, kalau pensyarah kamu bagi assignment, pensyarah akan suruh kamu semua untuk mencari bahan sendiri bukan? Pansyarah kamu tidak akan bagi segala isi dan bahan bukan?

Sama seperti blog aku. Kalau kamu mahu tahu istilah-istilah atau perkara yang aku tulis dalam blog ini secara lebih mendalam, silalah Google sendiri. Kalau kamu ada talian internet untuk buka blog aku, pasti kamu ada talian internet untuk buka Wikipedia bukan? Jangan ayik nak "besuap" sangatlah ya?

Jadi selepas ini, jika aku tidak meletakkan sebarang link, kamu tahu yang sumner tersebut datang dari Wikipedia, Yahoo! Answer, ask.com atau buku yang aku pernah baca suatu masa dahulu. Kalau aku ambil dari blog orang, barulah aku letakkan link.

Tapi ada beberapa jenis artikel/entri yang kalau ditulis, pembacanya tak pula mintak tanya dari mana dapat sumbernya iaitu artikel/entri yang mempunyai hal kaitan dengan agama Islam, Yahudi dan sewaktu dengannya.

Sebagai contoh, entri tentang Hitler sebenarnya menyokong Islam. Yang kononnya Hitler menyokong Islam dengan membunuh Yahudi, selalu menggunakan ayat Al-Quran dalam ucapannya dan lain-lain.

Tanpa perlu bertanya kepada si penulis blog atau si penyebar artikel ini di Facebook dari mana datangnya sumber ini, kamu terus bersetuju dan terus mengeluarkan kata keramat, "Mohon share!" atau yang bersifat Islamik sikit, "Ana mahu share ini entri lah!"

Sekali lagi aku mahu terapkan, Hitler bukan menyokong Islam. Dia seorang diktator. Diktator akan melakukan apa saja untuk merealisasikan impiannya.

Kalau benar dia menyokong Islam, kenapa dia membenarkan rakan sekutunya Benito Mussolini membunuh etnik Islam di Afrika Utara (Maghribi, Tunisia, Mesir etc.). Menggunakan ayat Al-Quran dalam ucapan tak semestinya dia menyokong Islam. Membunuh orang Yahudi juga belum tentu menunjukkan dia menyokong Islam.

Perlu diingat, dalam tentera Hitler juga terdapat askar yang datang dari etnik Yahudi sebelum berlakunya Holocaust yang meragut semua nyawa orang Yahudi dan juga askar berbangsa Yahudi dalam tentera Hitler. Mana kita tahu, mungkin selepas memusnahkan semua orang Yahudi, Hitler mensasarkan Islam sebagai sasaran seterusnya pula?

Begitu juga dengan entri yang kononnya Pokemon sebenarnya dalam bahasa Yahudi membawa maksud "Saya Yahudi". Aku tanyalah dekat si penulis, mana dapat sumber tersebut. Haram sampai sudah tak bagi jawapan.

Yang kononnya Secret Recipe dibuat dari bahan yang tidak Halal. tak tunggu confirmation, tak tahu dari mana datang sumber, terus publish dekat blog.

Hari ini, Secret Recipe menyatakan meraka mahu menyaman mana-mana blog yang menyebarkan fitnah ini. Hah! Berebut semua delete entri tersebut. Tak tahu mana sumber, terus mahu post entri.

Itu belum masuk kes perkataan "salam" dan "bye-bye".

Kesimpulan yang aku dapat dari tabiat pembaca blog ialah kalau entri yang dibaca tiada kena mengena dengan agama Islam atau Yahudi, kita kena letakkan link sumber maklumat tersebut.

Kalau berkaitan agama Islam, Yahudi dan sewaktu dengannya, tak perlu kerana benda link sebagai sumber kerana orang akan terus percaya seratus peratus informasi tersebut.

Maaf kalau kamu terasa tetapi ini adalah kenyataannya. Orang Melayu senang mahu ditipu kalau menggunakan agama sebagai medium. Entah betul, entah tidak informasi tersebut, terus percaya sahaja.

Itu sebabnya aku malas mahu share info-info begini di blog atau Facebook. Kalau salah, tak pasal-pasal dapat dosa kering. Melainkan penulisan dari orang terkenal seperti Dr. Asri (Dr. MAZA), atau Ustaz Ismail Kamus yang meletakkan hadis atau ayat Al-Quran sebagai sumber, itu baru boleh percaya.

Lepas ini, aku mahu sebarkan yang kononnya Pavillion yang orang biasa panggil Pavy bermaksud "Saya orang Yahudi" (idea dari Twitter Obiefiend) ataupun perkataan Savvy dari Proton Savvy bermaksud "Saya pemandu berbangsa Yahudi". Mesti kamu percaya kan? Mesti kamu tak tanya pasal sumber kan?

Ok. Cukup sampai di sini. Semoga kamu semua lebih bijak menilai dan jangan asyik nak "bersuap" lagi. Adios!

Selasa, 24 Mei 2011

bosannya...

hi....
hm.hri ni bring sngt..jujue nk stdy pun xd smngt...msalh brtimbun2.
final da start but still relax.ape la nk jdi.kje pun x bt.2 hri lg nk sbmt...then t ad assmnt plk...
hhhhhhaaaaaaaaaaaaaa mmg x ready ok.....
azam dlu kate nk dekan,tp dekon dpt.mcm mne nk dpt lw da x stdy kn3.....



but,problm nh xkn hbs slagi org skit hati tgk kte kn..x bly tgk kte snang...
kte manusia x smua smpurna.manusia ada ksilpan dye....
tp kte x smstinya ble org brbuat jht dgn kita prlu d balas dgn kjhtan jgk...
kte x brhk nk mghkum ssorg mlainkn allah je y brhk mnghkum hmbanya...

ape yang kte buat.ape yang kte rase orang lain x tahu mlainkan hati kte shje...
sbb tu mnusia nh ske mghkum dgn prkra yang x btul...
bah kn ada yang dgr cerita dr org lain dan trus sme ikt.
skit nya hati ni....klau lh ad kuasa dah lame sumpah dye jd katak.
sptutnya slidik lah dlu,jgn kte main sme tduh enth btul ke tdk....
x kire lah tguran nh bg yang bsar,tua,ke kcik lg...

ble kte brckp atau bt smthg jgn lh ikt prasaan sgt...
kte pkrkn dlu pe yg prnah kte bt,prnh kte ckp ad bnd yg sme brlku p dri kte x???
malukn lw smthg tu prnh trjdi....nsihat lh dri sndri tu.tgk dri sndri kte dkt mne..
mne thap kte...mrndh dri sgt pown x  bgus,nk bgga dri lg x bgus...jauhkn lah....

ble dlm stu hbngan prshbatan,lg lh prlu kte plih yng mne kwan yang akan mmbntu kte dlm sush atau senang.kwn nih rmai...............tp nk cri yg btul2 tuh sush.sush sgt...
ble dpn kte dye ckp lain,blkg kte plak ckp lain.
tup2 dgr lah plak cite bruk psal kte.huihhhh mmg nk kne nh...kite bako je dye!!!

huihhhh...enuf ok jujue.jst do the bst fr yr self,and think yr fmily....its more bttr frm othr.
NO MORE....

Senin, 23 Mei 2011

Mencari Pasangan

"Mirul, cuba kau tulis pasal mencari pasangan. Tak la yang tipikal-tipikal sangat. Contoh macam saya nak pasangan yang beriman, memahami diri saya, romantik.. Bla, bla, bla.... Itu semua tipikal sangat. Buat yang lain sikit la. Buat la, ye?"

Sebenarnya entri ini aku tulis sebenarnya atas request kawan aku. Lebih kurang macam di ataslah ayatnya masa dia request dari aku. Sudah agak lama juga dia request suruh aku menulis entri ini. Tapi aku menolak.

Kenapa? Memang sangat kelakarlah seorang yang sudah 3 tahun hidup single mahu menulis entri tentang cara mencari pasangan. Memang loser-lah bunyinya kan?

Tapi setelah hampirt setahun dan aku pun rasa macam tak berapa sesuai mahu publish entri yang aku peram dalam draft aku memandangkan keadaan semasa, aku gagahkan jugalah menaip tentang tajuk ini.

Kebiasaannya bila ingin mencari pasangan, setiap orang mempunyai senarai ciri-ciri idaman bayangan pasangan impian mereka.

Ada mahu yang beriman, yang pakai tudung, yang seksi, yang sedang mata memandang, yang smoking hot, yang tahu memasak, yang mempunyai susuk badan yang menarik, yang mempunyai breast yang besar, yang tinggi, yang pandai berdikari, yang pandai buat lawak, yang kaya supaya senang nak bershopping, yang kaya dan tua supaya bila mati semua harta jatuh ke tangan dia dan boleh jadi janda kaya dan boleh pasang anak ikan yang lebih muda dan lain-lain lagi.

Jangan nak tipulah kamu tiada senarai pasangan impian kamu. Paling tak pun, kamu mesti ada sekurang-kurangnya 5 ciri-ciri pasangan impian kamu.

Tapi sebenarnya, buatlah senarai macam mana pun, pasti anda akan mendapat pasangan yang tak kan menepati 100% ciri-ciri yang anda mahukan. Kadang-kadang, cuma 10% sahaja yang menepati ciri-ciri apa yang kamu idamkan.

Macam aku sendiri. Salah satu ciri perempuan idaman aku ialah mempunyai rupa paras seperti Chinese Look. Tetapi dari 4 ex-girlfriend aku, cuma seorang sahaja yang mempunyai Chinese Look. 

Kenapa tak jumpa 100% sama dengan ciri-ciri yang kita idamkan? Adakah tiada lelaki/perempuan yang baik dalam dunia ini?

Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa kita gagal menjumpai pasangan yang 100%  menepati citarasa kita.

Yang pertama, manusia yang mempunyai ciri-ciri idaman kita biasanya menghampiri sikap sempurna. Dalam fikiran kita, kita selalu mengidamkan pasangan yang sempurna. Masalahnya, dalam dunia ini ada ke manusia yang super sempurna seperti apa yang kita idamkan? 

Yang kedua, kita mengidamkan pasangan yang mempunyai ciri-ciri yang kita impikan. Tapi masalahnya, adakah kita ini memenuhi ciri-ciri idaman pasangan kita? 

Kita punyalah payah sangat mencari pasangan yang mempunyai ciri-ciri idaman kita. Bila sudah jumpa, dia pula yang kata, "Awak tak memenuhi ciri-ciri idaman saya. Sorry."

Butthurt? Marah? Angin satu badan? Tak payah nak angin sangat. Remember how many people you reject because you said this word: "Awak tak memenuhi ciri-ciri idaman saya. Sorry."

In the end, benda ini terkena pada batang hidung kita semula.

Yang ketiga adalah biasanya yang terjadi kepada kita semua. Bila kita sudah jumpa pasangan kita yang sempurna dan memenuhi ciri-ciri yang kita jumpa, baru kita tahu yang sebenarnya kita tak mahukan insan yang terlampau sempurna seperti apa yang selalu kita impikan selama ini.

Bila kita sudah jumpa, dan kita dah berkenalan selama setahun dua, baru kita tahu yang sebenarnya ciri-ciri yang kita idamkan itu hanya muncul kerana pengaruh kita dari orang lain. 

Bila kamu tengok kakak kamu  mempunyai suami yang baik, kamu pun mengidamkan untuk mendapat suami yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti abang ipar kamu.

Tapi bila kita sudah dapat, baru kita sedar itu bukan ciri-ciri yang kamu cari. Tapi itu ciri-ciri idaman kakak kamu. 

Yang keempat, kadang-kadang kesempurnaan itu merimaskan. Memang benar kita mahu dapatkan pasangan yang memenuhi ciri-ciri yang kita mahu. Tapi itu apa yang kita fikir semasa kita belum jumpa. Bila kita sudah jumpa, baru kita tahu yang pasangan tersebut hanya sempurna dalam minda kita, tapi bukan sempurna untuk hidup bersama.

Timbul juga teori soulmate dan 'The One' yang selalu kita dengar. Itu aku kupas lain kalilah.

Jadi kesimpulannya, jangan letak harapan tinggi sangat dengan senarai ciri-ciri idaman yang kamu tetapkan itu kerana mustahil kamu boleh dapat 100% seperti apa yang kamu impikan. Kalau dapat 50% pun sudah kira beruntung.

Bagi yang dapat pasangan yang yang 100% memenuhi ciri-ciri idaman kamu, tahniah aku ucapkan. Jaga baik-baik. Jangan sampai kehilangan pula.

Ok. Aku rasa entri ini macam tak memenuhi langsung ciri-ciri apa yang kawan aku request kan. Well, what do you expect from a single guy like me to write about relationship?

Minggu, 22 Mei 2011

story...

this my new blog aftr blog lme y mnyepi...
hm...myb once year 1 blog....
n lme pn xtw pg mne....

aftr blog y bru nih xtw la rjin nk updte lg ke x...
if hve free time,i wll updte it....

dgn assngmnt y bnyk,b'blog ats drwing jla...
nh pn smpt lg nk bt bru..
wlau pn tw kje bnyk...duk rilex je...

nk tlis blog pun nnt smp mcm krtun nh dh.........
hehehe....ok see again.




Jumat, 20 Mei 2011

Movie Marathon: Thor & Fast Five: Rio Heist

Rasanya macam tak relevan untuk aku keluarkan entri ini sekarang memandangkan kedua-dua cerita ini sudah tidak ditayangkan lagi di pawagam.

Aku sepatutnya mengeluarkan entri ini minggu lepas. Tetapi kerana masalah teknikal (dan kesuntukan masa) aku tidak mengeluarkan entri ini. 

Oleh sebab aku sudah pun menaip panjang lebar dan rasa rugi pula tidak di publish-kan, maka aku tetap mengeluarkan entri ini.

==========

Minggu lepas, aku sempat keluar bersama pengantin baru Cendol, untuk pergi menonton wayang. Cerita pilihan kami (aku) adalah Thor dan Fast 5.


Thor


Thor adalah filem adaptasi dari komik Marvel hasil ciptaan Stan Lee, Larry Lieber dan Jack Kirby. Watak Thor diadaptasi dari watak mythology dari Jerman, iaitu watak seorang tuhan yang mempunyai kaitan dengan guruh, petir dan kilat.

Tapi bila menonton filem ini, Thor seakan-akan bukan lagi memegang watak sebagai tuhan. Tetapi hanya sekadar anak raja yang berada di ruang dimensi yang lain dari bumi.

Filem ini mengisahkan tentang Thor, seorang pewaris tahta Raja Asgard, yang suka bertindak melulu dan selalu membuat keputusan menggunakan kepala lutut sehingga menyebabkan ayahnya murka. Thor kemudian dibuat negeri dari Asgard. Thor telah dicampak ke bumi. Kuasanya telah ditarik dan dia menjadi seperti manusia biasa. Thor perlu bermuhasabah diri untuk mendapatkan kembali kuasanya.

Thor mempunyai seorang adik tiri bernama Loki, yang sentiasa cemburukan kebolehan Thor. Loki akhirnya berjaya merampas tahta dan maka terjadilah satu pertempuran untuk menentukan siapa bakal raja yang paling layak.

Jalan cerita nampak ringkas dan mudah tetapi cerita ini dipenuhi plot yang menarik dan lakonan yang mantap dari para pelakon. Aku merasakan filem Thor ini lebih baik dari semua franchise filem Iron-Man dan Hulk.

Ada post credit scene selepas credit habis dimainkan. Kira macam hidden scene atau easter egg kalau dalam DVD. Siapa yang cabut awal selepas cerita ini tamat, mesti tak melihat scene di bawah ini.



Scene ini menunjukkan hint untuk kesinambungan filem ini dengan filem The Avengers yang bakal ditayangkan tahun depan.

Tabiat post credit scene ini memang sudah bermula dari filem The Incredible Hulk, Iron-Man dan Iron-Man 2 lagi.

Post credit scene untuk Iron-Man


Post credit scene untuk Iron-Man 2



Tukul Thor sudah muncul!

Dengan kemunculan Tony Stark (Iron-Man) dalam filem Hulk, Nick Fury muncul dalam siri filem Iron-Man dan Thor, Tukul Thor dalam Iron-Man 2 dan perisai Captain America dalam Iron-Man dan Iron-Man 2, hint untuk The Avengers sudah semakin hampir. Bulan depan, filem Captain America bakal ditayangkan pula.

The Avengers bakal menampilkan Iron-Man, Hulk, Thor, Captain America, War Machine, Hawkeye, Black Widow (Natasha Romanoff), Nick Fury dan Maria Hill menentang Loki. Bakal menjadi satu filem epic.

Oh ya, Ada satu lagi superhero membuat penampilan cameo dalam filem Thor. Dia ialah Hawkeye. Hawkeye keluar semasa scene Thor cuba merampas tukulnya kembali yang terpacak dan tak boleh dicabut. Orang yang ditugaskan untuk memanah Thor ialah Hawkeye. Credit tu my friend, Rizuan Bulusan for this.

Hot chick alert: Natalie Portman sebagai Jane Foster


Fast & Furious 5: Rio Heist a.k.a. Fast Five


Secara jujurnya, aku tak pernah menonton siri filem The Fast & The Furious diwayang sebelum ini. Semuanya aku tonton melalui laptop aku, hasil kawan-kawan yang rajin men download.

Antara sebab utama aku menonton filem ini di wayang kali ini kerana Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock, ahli wrestling paling aku minati, berlakon dalam filem kali ini.

Selepas franchise filem The Fast & The Furious ini mendak selepas filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift dan kembali dengan impak yang lebih baik melalui Fast and Furious, Fast Five menampilkan aksi yang lebih menarik.

Scene lumba kereta agak kurang dalam filem ini berbanding filem-filem sebelum ini dan filem kali ini lebih fokus kepada misi mereka yang ingin merompak. Menurut pengarahnya, fielm ini memerlukan kelainan dari yang lain untuk memastikan jalan cerita ini lebih segar.

Penampilan The Rock sebagai polis juga membawa suatu idea yang baik. Rasanya The Rock adalah polis paling tough dan hebat yang pernah muncul dalam franchise filem ini.

Walaupun beliau bertindak sebagai watak utama, penampilan beliau sebagai polis yang hebat, bijak dan kadangkala bersifat humor memberikan impak yang menarik.

Hot chick alert: Elsa Pataky sebagai Elena Neves & Gal Gadot sebagai Gisele Harabo.

Oh ya, Fast Five juga ada post credit scene:



Eva Mendez, yang muncul dalam 2 Fast 2 Furious, memberikan fail kepada The Rock yang menyatakan yang Michelle Rodriguez (yang muncul dalam Fast and Furious) masih hidup. Ini bermakna ada sequel untuk filem ini dan The Rock akan berlakon lagi.

Ok. Sekian. Priest dan Pirates of Caribbean sudah keluar. Nanti aku cari peluang untuk menonton.

Rabu, 18 Mei 2011

Apa Yang Aku Belajar & Tahu Dari Televisyen

Setiap rumah pasti ada kotak hitam (kadang-kadang warna kelabu, silver, chrome etc) yang bernama televisyen atau mudah disebut dengan singkatan nama TV.

OK. Tak semua rumah ada TV, terutamanya rumah student yang terpaksa menyewa rumah kerana tidak cukup duit untuk membeli TV.

Setiap hari kita menonton TV. TV mendapat gelaran "The idiot box" kerana ia dianggap melalaikan seseorang daripada tanggunjawab dan juga memaparkan hiburan yang tidak baik untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Ramai orang kata TV tidak memberikan sebarang kebaikan kepada si penonton. This is not true! Sebenarnya banyak benda yang kita dapat belajar daripada TV.

Daripada TV, aku dapat belajar & tahu yang cinta terhalang akan berakhir dengan kebahagiaan. Tak kiralah ia terhalang dari segi darjat, dari segi si cantik dan si buruk rupa, terhalang kerana kemunculan sepupu yang sudah ditunangkan smeenjak kecil, pasti akhirnya cinta akan bersatu.

Daripada TV, aku dapat belajar & tahu yang jika hero dikepung oleh sekumpulan penjahat, jangan risau. Penjahat tidak akan masuk menyerang secara serentak. Mereka akan menyerang seorang demi seorang. Ini memberikan hero peluang untuk pukul seorang demi seorang, sehinggalah semua penjahat ditewaskan oleh hero.

Daripada TV, aku dapat belajar & tahu yang sekumpulan perempuan yang berkerja dikilang, tapi mampu menyewa rumah sewa 2 tingkat yang besar dan dilengkapi dengan TV 40 inci, sofa dan segala kelengkapan mewah dalam rumah.

Dari pada TV, aku dapat belajar & tahu yang hero tidak akan mati walaupun terperangkap dalam bas yang dipenuhi dengan bahan letupan. Kalau hero mati sekalipun, kematiannya akan memberikan impak kepada orang yang hidup (Perjuangan hero akan diteruskan oleh watak lain). Manakala penjahat pula kalau mati, terus mati katak.

Daripada TV, aku dapat belajar & tahu yang kalau hero kena tembak dengan 20 orang sekali pun, peluru tersebut tak kan mengenai sasaran. Malahan, hero yang seorang itu mampu membunuh kesemua penjahat tanpa sebarang kecederaan atau ditembak walaupun sekali.

Daripada TV, aku dapat belajar & tahu yang tugas CSI bukan setakat mencari punca kematian seseorang, malahan mereka juga mempunyai kuasa untuk turun menagkap pesalah bersama pihak polis.

Daripada TV, aku dapat belajar & tahu yang orang yang pewatakan baik (hero) semuanya kacak, jambu dan good looking. Manakala orang yang berpewatakan jahat semuanya bermuka hodoh, bengis, muka macam tayar lori, muka pecah rumah, muka rumah tak siap dan sewaktu dengannya.

Daripada TV, aku dapat belajar & tahu yang Polis Malaysia adalah antara polis terbaik di dunia. Bagilah apa saja kes pun, pasti dapat diselesaikan dengan mudah. Tapi kenyataannya... Hhhmm...

OK. Sampai di sini sahaja buat masa ini. Mood menulis tiba-tiba terbantut. Kalau ada mood, aku sambung lagi senarai ini.

Senin, 16 Mei 2011

Selamat Pengantin Baru, Cendol!!!

Pemberitahuan:
Istilah "Cendol" dan "ABC" dalam entri ini adalah nickname kawan-kawan aku. Bukannya nama ais parut yang dicampur dengan bahan pemanis untuk dimakan sewaktu panas. Harap maklum!

=======

Sepatutnya aku taip entri ini pada Jumaat yang lepas. tetapi oleh kerana server Blogger.com down dan aku tidak boleh mengupdate blog ketika itu. Hujung minggu aku pula penuh dengan aktiviti, jadi aku tak berkesempatan nak mengupdate blog.

Pada 7 Mei yang lepas, Cendol telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan yang dikenalinya sewaktu zaman persekolahan, Ziana.


Seperti apa yang ABC kata dalam blog dia, selepas Cendol berkahwin, dia bakal kehilangan seorang kawan.

Ada betul juga apa yang ABC tulis. Selepas Cendol kahwin, mungkin dia sudah tiada masa lagi untuk melepak dengan kawan-kawan lagi. Kalau dia balik ke Batu Pahat, pasti dia tidak akan keluar melepak dengan aku lagi.

Mujur aku sempat juga melepak dengan dia semasa dia pulang ke Batu Pahat selepas dia bernikah. Sempat jugalah aku layan wayang cerita Thor dengan dia.

Tapi itulah kehidupan. Kehidupan semasa bujang dan kahwin memang jauh berbeza. Masa lepak bersama kawan-kawan mungkin bakal berubah menjadi waktu meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak.

Kehidupan mula berkisar kepada anak yang sedang membesar. Kalau mengabaikan anak, takut lain pula jadinya pada anak-anak nanti.

Kawan-kawan yang masih bujang pasti bosan kerana setiap kali pelawaan untuk lepak bersama akan ditolak oleh kawan yang sudah mendirikan rumah tangga. Kawan-kawan yang masih bujang pasti merungut. "Susah betul nak jumpa dia semenjak dia dah kahwin ni."

Jangan salahkan kawan tersebut. Mereka sudah berkahwin. Mereka sudah punya komitmen. Memang agak sukar untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan.

Oleh kerana aku bakal berkahwin dalam usia yang agak lewat (aku sudah berumur 27 tahun. Mungkin kahwin umur 30 tahun) dan kebanyakan kawan-kawan kini sudah mula berkahwin, aku sudah mula merasai kehilangan seorang demi seorang kawan-kawan.

Kalau dahulu, meja makan tempat kami melepak punyalah panjang. Cantum 3-4 meja baru semua boleh dapat tempat duduk. 

Sekarang? Nak dapat satu meja penuh pun sudah payah. Kadang-kadang melepak berdua saja.

Tapi satu hari nanti, aku juga bakal berkahwin. Bakal punya isteri dan anak. Tak mustahil aku akan meninggalkan kehidupan bujang dan berumah tangga. Mungkin pada masa itu, aku pula yang susah mahu melepak dengan kawan-kawan... Melainkan kalau aku orang terakhir yang berkahwin dari kelompok kawan-kawan.

"Bila kau nak kahwin?"

Satu soalan yang maha berat untuk dijawab. Biasanya soalan tersebut akan aku jawab dengan satu senyuman paling sweet yang boleh aku lakukan atau 2 jawapan tipikal, "Lama lagi.." ataupun "Aku belum ada awek la. Macam mana nak kahwin."

Tapi tulah kenyataannya, aku memang belum ada kekasih buat masa ini. Kali terakhir aku terlibat dalam hubungan serius ialah hampir 4 tahun yang lepas.

Selepas tamat hubungan tersebut, aku lebih suka berkawan atau date dengan perempuan secara suka-suka sebelum akhirnya kami hanya menjadi kawan sahaja.

Melihat dari keadaan aku dan kawan-kawan aku, memang tak mustahil aku bakal menjadi orang yang terakhir berkahwin.

Ah! peduli apa aku. Pertama kahwin ke, terakhir kahwin ke.. Janji aku kahwin juga satu hari nanti. Baut apa mahu pecah kepala fikirkan benda yang tak pasti ini kan?

Apa-apa pun, aku ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kawan ku, Norazman Bin Saniran (Cendol) dan pasangannya Noorziana Bte Yoof (maaf kalau salah ejaan nama). Semoga kamu berdua bahagia sehingga ke akhir hayat.

Nampaknya Cendol sudah move on dalam kehidupannya. Dari bujang kini sudah berkahwin. Mungkin sudah sampai waktunya untuk aku pula move on dalam kehidupan aku.

Bukan mahu kahwin, tapi move on yang lain.

Rabu, 11 Mei 2011

Kisah di Hospital Sultan Ismail

Hospital 1

Sepanjang sebulan yang lepas, kehidupan aku, mama dan kawan aku, Fauzi, adalah berkisar di Hospital Sultan Ismail (HSI)

Mama menjalani rawatan susulan di HSI kerana Hospital Besar Batu Pahat tidak menyediakan Rawatan Radioterapi.

Setiap pagi, kami akan bangun di awal pagi untuk memulakan perjalanan dari Batu Pahat ke Johor Bahru. Boleh sahaja kalau kami meninggalkan mama di dalam wad, tapi kasihan pula dengan mama yang terpaksa tinggal bersendirian di sana. Hati kami pun rasa kurang senang juga meninggalkan mama seorang diri di Johor Bahru.

Maka kami mengambil keputusan untuk berulang. terima kasih kepada Fauzi kerana sudi membawa kami sekeluarga ke Johor Bahru. 

Abah aku hanya turut serta dalam sessi menghantar mama pada awal-awal sahaja kerana kemudian abah disahkan keletihan sehingga sakit. Dan pada hari Ahad yang lepas, abah aku dilangar kereta. Bahunya patah. Tolong doakan Encik Abu Bakar cepat sembuh ya, kawan-kawan sekalian.

Tiada apa yang menarik di HSI. Ya lah. Nama pun hospital. Penuh dengan bau ubat. Sepatutnya aku menjadi manusia yang sihat kerana terbau bau ubat setiap hari.

Semasa aku dirawat di Hospital Batu Pahat akibat Pembedahan Hernia, aku ternampak ramai jururawat pelatih yang comel-comel belaka. Tapi di HSI, tiada jururawat yang pelatih yang comel-comel pun.

Tapi ada yang lebih menarik iaitu doktor pelatih. Melihat doktor pelatih yang comel memegang stetoskop dan mengenakan jubah putih memang menarik.

Tapi kalau mahu tackle doktor pelatih, perlu ada modal besar. Dan melihat diri aku yang sekarang ini... Aku batalkan sahajalah niat tersebut.


Hospital 2

Semasa aku dan mama menunggu untuk menjalani rawatan radioterapi, kami akan menunggu di ruang menunggu sebelum dipanggil masuk ke dalam bilik rawatan. Hanya mama aku sahaja yang masuk ke dalam bilik rawatan. Aku tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik tersebut.

Semasa menunggu di bilik menunggu, aku berkenalan dengan pesakit-pesakit lain yang juga sedang menunggu giliran.

Salah seorangnya ialah seorang cikgu berbangsa India yang menghidap kanser tekak. Sebagai seorang cikgu, dia sangat fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Malahan, pakaiannya juga sangat kemas, mengenakan seluar slack dan baju kemeja ketika peri menjalani rawatan.

Dia sering membawa surat khabar yang disediakan di ruang menunggu tersebut. Satu hari, dia mencapai Harian Metro. Kemudian, dia pun bertanya kepada aku:

"Mana wartawan Harian Metro ini boleh dapat semua tajuk berita yang pelik-pelik ni? Suami kelar isteri... . Datuk saudara rogol cucu..... Tikam mertua kerana hilang sabar... Mana mereka dapat sumber berita yang pelik-pelik ini?"

Sambil tersenyum, aku menjawab, "Berita yang pelik, memang senang nak dapat. Tapi berita yang betul dan benar, bukan mudah nak dapat. Lagi-lagi dekat negara yang bernama Malaysia ni."

Cikgu India tersebut terus tergelak dan beberapa orang lain disekeliling kami tersenyum kecil.


Hospital 3

Sebenarnya, ada 2 ruang menunggu bagi sesiapa yang sedang menunggu giliran untuk menjalani rawatan radioterapi. Ruang yang pertama ialah yang paling hampir dengan bilik radioterapi. Bilik dimana aku dan cikgu India berbual dalam kisah di atas.

Ruang yang kedua berada di luar sedikit dari bilik rawatan. Kelebihan ruang kedua ialah ia mempunyai TV dan mempunyai rak buku yang dipenuhi dengan majalah Reader's Digest, Cleo dan Female.

Ya! Akhirnya, aku boleh membaca majalah Cleo tanpa dipandang serong oleh orang lain seperti di Popular atau MPH.

Aku ada terjumpa gambar Intan Ladyana pakai skirt pendek (sangat pendek) dalam Cleo. Hot gila!

Walaupun aku ada membawa buku untuk dibaca semasa menunggu mama menjalani rawatan, kadang-kadang aku baca juga Majalah Reader's Digest, Cleo dan Female itu. Bukan apa, majalah tersebut bukan aku beli tiap-tiap bulan. Jadi baik aku baca majalah tersebut.

Ada seorang amoi yang selalu ada di situ. Dia lebih muda dari aku. Muka boleh tahan cute. Amoi tersebut suka membaca novel fiksyen berbahasa Inggeris. Novel seakan-akan novel Twilight. Tapi amoi tersebut sama juga seperti aku, kadang-kadang dia juga membaca majalah yang berada di rak buku tersebut.

Satu hari, aku ternampak amoi tersebut membaca Reader's Digest yang memaparkan senarai 50 orang yang dipercayai di Malaysia. Datuk Nicol David mendapat kedudukan pertama dalam senarai tersebut.

Tiba-tiba amoi itu bertanya kepada aku, "Excuse me. Can I ask you something?"

"Yes. What is it?"

"I love you. Can you be my boyfriend?"

Ok. Aku menipu. Ini soalan yang amoi tersebut mahu tanya: "Who is Azwan Ali?"

Aku terkejut dengan soalan amoi tersebut. "Why you wanna know about him?"

"I just curious. I didn't know who is he. But he's in this list.."

Amoi tersebut menunjukkan senarai 50 orang yang dipercayai di Malaysia. Untuk pengetahuan kamu, Azwan Ali berada di tangga ke-50.

Memang aku terkejut juga. Bagaimana rakyat Malaysia tergamak mengundi beliau sebagai "orang yang boleh dipercayai".

Azwan Ali? Percaya? Ppfffttt.... Ramai lagi orang lain yang sepatutnya boleh berada dalam senarai tersebut. Bagaimana Azwan Ali boleh berada dalam senarai tersebut?

Apa yang aku jawab pada amoi tersebut? Aku cuma jawab Azwan Ali seoramg pengacara terkenal di RTM. Itu sahaja.

Tak kan lah aku mahu jawab, "Dia ni seorang pengacara yang selalu mencarut dekat blog dan twitter. Perkataan 'hanjeng', 'propa', 'setan' adalah mainan beliau dalam blog dan twitter."

Ok Malaysian, I am very ashamed on you. Tergamak kamu undi Azwan Ali sebagai orang yang dipercayai. Targamak kamu semua....

Senin, 09 Mei 2011

Semalam, Hari Ibu.....

Semalam, Hari Ibu yang disambut secara meluas diseluruh dunia. Selamat Hari Ibu. Selamat Hari Ibu buat semua  kaum hawa yang sudah bergelar ibu.

Hari Ibu disambut untuk mengenang pengorbanan dan jasa seorang ibu yang tak pernah penat menjaga dan mendidik kita menjadi insan manusia yang berjaya (kalau tak berjaya, itu lain cerita).

Baru-baru ini, ada tersebar satu artikel di Facebook yang mengatakan Hari Ibu haram disambut oleh umat Islam. Berikut ialah sedikit petikan dari artikel tersebut:

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”
Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Ok. Dari petikan artikel di atas, ia menyatakan yang Hari Ibu pada zaman dahulu disambut untuk meraikan ibu kepada dewa tersebut.

Dengan kata lain,sambutan Hari Ibu disamakan dengan Hari Valentine yang disambut untuk memperingati St. Valentine.

Tetapi, seperti yang aku pernah tulis dalam entri dahulu tentang Hari Valentine, ada perbezaan antara Hari Valentine yang asli (memperingati St Valentine) dan Hari Valentine Moden (hari dimana Esther Howland menipu duit semua manusia).

Hari Ibu moden lebih kepada meraikan pengorbanan ibu kita yang membesarkan kita selama ini dan bukannya hari nak meraikan ibu dewa. Hari Ibu yang kita sambut sekarang tiada kena mengena dengan dewa-dewi tersebut.

Apa salahnya kita luangkan sedikit masa meraikan ibu kita yang sudah penat menjaga kita selama ini kan?

"Tapi Mirul, kalau kita nak meraikan mak kita, hari-hari lain pun boleh. Tak payah nak tunggu hari ibu pun boleh kan?"

Memang betul. Tapi adakah kita bagi hadiah hari-hari dekat ibu kita seperti kita bagi hadiah pada Hari Ibu? Adakah kita mengucapkan ucapan penghargaan kepada emak kita setiap hari? Yang sudah tinggal berjauhan dengan ibu kamu pula, ada ke kamu menelefon ibu kamu setiap hari, bertanya khabar dan mengucapkan rasa sayang kepada ibu kamu?

Tidak, bukan? Jadi tak salah rasanya kita meluangkan masa sehari untuk menghargai jasa ibu kamu. Sambutlah hari tersebut (dan juga pada hari lahir mereka) dengan niat menghargai pengorbanan ibu kamu.

Berbeza dengan Hari Valentine, hari tersebut menggalakkan maksiat, tapi Hari Ibu kan untuk meraikan ibu. Apa salahnya kan? Lagipun, Nabi Muhammad S.A.W. ada bersabda menyuruh kita menyayangi ibu kita lebih dari kita menyayangi orang lain. Rasanya, tak salah kita meraikan ibu kita kan.

Tapi entahlah, kadang-kadang bila fikir-fikir kan pening juga. Memandangkan Malaysia ini sekarang memang tengah trend haram-mengharamkan, aku pun boleh jadi pening juga. Sudahlah. Baik fikir benda yang lebih besar dari memikirkan benda yang remeh temeh ini. banyak lagi benda besar yang boleh merosakkan akidah yang kita patut fikirkan dari benda ini.

Apa pun, selamat Hari Ibu kepada ibu saya, Azizah Bte Ali. Terima kasih kerana membesarkan saya dan bersabar dengan saya selama 27 tahun. Begitu juga kepada ibu-ibu lain di seluruh dunia.

Jumat, 06 Mei 2011

Fanatiknya Dunia Ku

Dekat Malaysia sekarang, politik adalah satu benda yang selalu diperkatakan tak kiralah di kedai kopi, dekat McDonald, dalam disko mahupun dalam kelambu bersama isteri.

Kadang-kadang bila berbual pasal politik, mesti melibatkan emosi meluap-luap, lagi-lagi bila berdebat dengan orang yang mempunyai ideologi politik yang bertentangan.

Ada yang boleh kawal emosi tersebut. Ada yang tidak boleh. Sampai mahu bergaduh pun ada. Main hentak-hentak meja. Main hentak-hentak kaki. Cakap pun dah menengking. Nada suara tinggi. Sudah macam orang nak bertekak tentang perkara hidup dan mati pula.

Beberapa hari yang lepas, aku dan beberapa kawan bermain hashtags di Twitter. Sesiapa yang tak tahu apa itu Twitter Hashtags, boleh baca penerangan ringkas di sini. Senang cerita, main hashtags ini lebih kepada sarcasm & troll. Hashtags is Twitter inside joke.

Bagi aku dan semua kaki Twitter atau lebih mesra dengan gelaran Tahi Twitter, Twitter adalah tempat "main-main". Tempat bersembang dengan kawan di alam cyber, bergurau, berbual kosong, tempat untuk ber-sarcasm, berbual lawak bodoh dan tempat dimana kita boleh berbual secara tidak serius. Twitter ialah tempat untuk kita troll.

Yes! Nobody serious in Twitter. Even Dato Najib Razak also joking in Twitter. Kalau mahu serius, sila berhenti main Twitter. Sila pergi mesyuarat agung sekolah, surau, perpustakaan dan pejabat daerah jika mahu serius.

Tajuk hashtags kali ini ialah #KolejUMNO dan #KolejPKR. Hashtags kali ini bersifat sarcasm. Tapi memang kalau dah namanya hashtags, mestilah berbentuk sarcasm. Tidak ada yang serius. Nama pun "main hashtags", memang sah-sah lah main-main dan tidak serius.

Hashtags kali ini menggambarkan subjek atau apa-apa yang berkaitan jika Kolej UMNO dan Kolej PKR. Contoh:

#KolejUMNO - Semua pelajar puteri wajib TUDUNG NAMPAK JAMBOL .
#KolejUMNO - Sarjana Muda dalam Sains Politik Wang
#KolejPKR - Ijazah "main belakang". LOL!
#KolejPKR - Setiap kelas akan diadakan dimahkamah untuk menghormtai canselor yang selalu naik turun mahkamah

Kami semua main hashtags ini pada petang tersebut. Kami main dengan hati yang riang bagaikan musim panas di Amerika Syarikat. Eh?

Yang sokong UMNO pun selamba meng-sarcasm-kan UMNO dan yang menyokong PKR juga selamba meng-sarcasm-kan PKR. Dah nama pun main-main kan? Lagipun, Twitter memang tempat untuk orang yang tidak serius.

Tapi tiba-tiba, ada lah beberapa orang yang tak puas hati dengan aku sebab aku main hashtags tersebut. Yang menyokong UMNO marah dengan hashtags #KolejUMNO, yang penyokong PKR pula marah dengan hashtags #KolejPKR.

Ada yang menyelar aku orang Melayu tak kenang budi, pengkhianat bangsa, masih buta dan dikaburi dengan muslihat UMNO dan bermacam lagi.napa kam

I facepalm on this....

Macam aku cakap tadi, Twitter bukanlah tempat untuk berserius dan hashtags ialah tempat untuk tahi twitter ber-sarcasm dan troll (asalkan jangan melangkau batasan tertentu).

Semua orang main Twitter sebab mahu melepaskan segala bebanan. Twitter berbeza dengan Facebook. Di Twitter, tiada forum, tiada fan pages, tiada album, tiada poke, tiada Mafia Wars... Hanya boleh berbual sesama sendiri.

Nampak tak? Kalau di Facebook, kau boleh berdiskusi benda-benda serius melalui fan pages. Di Twitter, semuanya benda tak serius. Twitter adalah untuk orang yang mempunyai sense of humor yang tinggi. Hashtags hanya boleh dimainkan oleh mereka yang tahan dengan troll dan sarcasm. Hashtags is Twitter inside joke.

Dan satu lagi, kenapa kamu nak fanatik sangat? Kenapa taksub sangat? Relaks-relaks lah, bro! Benda ini menyebab aku terfikir, kenapa kita fanatik atau taksub sangat dengan ahli politik kita.

Aku rasa, perkara paling mudah untuk mencetuskan pergaduhan, perbalahan dan percakaran ialah apabila benda itu berkaitan dengan politik.

Kenapa kau nak fanatik sangat? Relaks lah. Kalau kamu tu beragama Islam, kamu patut tahu apa hukum taksub. Aku malas mahu tulis di sini. Aku bukan ustaz. Nanti ada yang menegur, "Kau bukan ustaz, tak boleh cerita hal agama."

Kadang-kadang aku rasa bersyukur juga sebab aku tak fanatik sangat dalam berpolitik. Aku tengok yang fanatik sangat ini, payah sangat gaya hidup mereka.

Yang menyokong BN, tak baca Harakah. Kadang-kadang mahu baca tapi takut pula kawan yang menyokong BN nampak pula. Sama seperti penyokong PR, Utusan adalah taboo bagi mereka.

Kamu gelak? Aku pernah nampak depan mata aku benda macam ini terjadi. Sebab itu aku kata aku lega aku tak fanatik sangat.

Kadang-kadang, melihat percakaran dua penyokong fanataik (fanatik sahaja. Yang tak fanatik, ok) boleh menjadi bahan hiburan bergenre komedi buat aku. Ada yang sampai berdiri sambil membulat-bulatkan mata. Sampai ada yang nak hempas-hempas barang. Terpekik-terlolong.

Itu belum tengok ahli politik itu sendiri yang bercakaran. Aku berani kata berita pukul 8 malam RTM dan TV3 lebih lawak dari Maharaja Lawak.

Ok. Aku penat. Malas mahu taip panjang-panjang. Jadi, moral of the story:

1. Twitter bukan tempat untuk orang yang serius. Tak suka dengan tweet aku? Sila unfollow aku. Aku malas nak block kamu. Jadi, sila unfollow aku ya?

2. Tak payah fanatik sangat. Cukup hanya dengan membuat pantauan secara diam-diam dan tunjukkan semasa pilihan raya nanti.

Rabu, 04 Mei 2011

Stranger, Again....


Apa yang ditunjukkan di dalam video di atas adalah proses bagaimana sesebuah percintaan berputik, dan apa yang terjadi apabila hubungan tersebut gagal dipertahankan

Stage 1: Meeting

Meeting adalah peringkat pertama sesebuah perhubungan. Untuk pertama kalinya, si teruna dan dara bertemu. Pertemuan tersebut menimbulkan perasaan cinta pandang pertama. Pertemuan kali pertama biasanya tidak melibatkan perbualan yang terlalu menyentuh peribadi. 

Pertemuan kali pertama ini biasanya menjadi modal untuk seri teruna (atau mungkin juga dara) merancang untuk membuat pertemuan kali kedua. Samada pertemuan kali kedua itu dirancang (meminta nombor telefon dan terus merancangan untuk menonton wayang bersama) ataupun stalking ke mana si dara selalu pergi dan buat-buat terjumpa beliau di sana (dalam video ini, si teruna pura-pura terjumpa di taman untuk berjogging dan berkata dia selalu berjogging walaupun sebenarnya si teruna sudah lama tidak teruna berjogging).


Stage 2: The Chase

The Chase adalah peringkat dimana si teruna dan dara masing-masing cuba mengenal hati budi dan tingkah laku pasangan masing-masing. bagi aku, ini adalah peringkat paling menyeronokan dalam proses perhubungan.

Setiap hari, kita akan mengetahui informasi terbaru tentang si dia. Hari ini kita tahu tentang makanan kegemarannya. Esok kita tahu muzik kegemarannya. Lusa kita akan tahu buku kegemarannya. Tulat kita akan tahu tentang makanan kegemarannya. Setiap hari, pasti ada perkara baru yang kita akan ketahui tentang dia dan akan mengujakan hati kita.


Stage 3: Honeymoon

Honeymoon adalah peringkat dimana si teruna dan si dara sudah bersepakat untuk bergelar sebagai pasangan kekasih. Pada peringkat ini, dunia adalah milik mereka berdua. Tiada siapa yang mampu menghalang mereka berdua. Semua yang dilakukan bersama menjadi saat paling indah dalam diri masing-masing.

Masing-masing sanggup berkorban untuk pasangan masing-masing. Walaupun si teruna baru pulang dari kerja dalam kepenatan, tetapi panggilan telefon dari si dara yang mengajak si teruna keluar membeli-belah tidak akan ditolak. Begitu juga dengan si dara. Bagi pasangan kekasih, apa sahaja sanggup di buat asalkan mereka dapat meluangkan masa bersama.


Stage 4: Comfortable

Comfortable adalah peringkat di mana pasangan masing-masing mula menunjukkan "wajah" mereka yang sebenar. Si dara yang selama ini bersopan santun kini boleh menunjukkan sikap kegila-gilaannya semula. Si teruna yang selama ini sopan di hadaopan si dara kini boleh kentut di depan si dara tanpa rasa bersalah.

Tetapi berada di peringkat ini menunjukkan hubungan sudah berada di peringkat yang matang. Pasangan tidak perlu lagi berpura-pura dan boleh berterus terang antara satu sama lain. Peringkat ini boleh menjadi penentu samada hubungan akan bertahan atau terus longar dan akhirnya putus.

Jika pasangan dapat bertahan, mereka akan berada di peringkat ini untuk beberapa tahun sebelum si teruna bersedia dan akhirnya pop the question, "Will you marry me?"

Jika si dara bersedia, mereka akan kembali ke peringkat Honeymoon dan berlanjutan sehinggalah mereka berdua mendirikan rumah tangga.

Dan jika pasangan gagal bertahan di dalam peringkat ini, mereka akan terus terjerumus ke peringkat ke-5.


Stage 5: Tolerance

Tolerance adalah peringkat dimana pasangan mula "bertolak-ansur". Dan dalam konteks ini, tolak-ansur yang dimaksudkan bukanlah sesuatu yang baik.

Tolak ansur di sini bermaksud sesuatu yang baik. Peringkat ini merupakan peringkat dimana pasangan mula tidak ambil kisah tentangan pasangan masing-masing. Insan yang dulu amat penting kini hanyalah sama dengan insan lain di dunia. Tiada lagi layanan istimewa terhadap pasangan masing-masing.


Stage 6: Downhill

Downhill ialah peringkat dimana kemesraan hubungan antara pasangan mula pudar. Tiada lagi gelak ketawa. Tiada lagi kata-kata romantis. Setiap perbuatan akan mencetuskan pergaduhan. Rasa sayang sudah mulai pudar. Tiada apa lagi yang boleh dituturkan apabila bertemu. 

Dan ini akan menyebabkan perhubungan tersebut akhirnya terus ke peringkat yang ke-7 dan terakhir iaitu...


Stage 7: Breaking Up

Segala-galanya tamat disini. Tiada lagi "saya dan awak". Tiada lagi "you and I". Semuanya tamat. Perhubungan yang dibina sekian lama terhenti di sini. Tak sangka akan bertemu noktah.


Ketika hubungan antara pasangan sedang mekar, pasangan kita merupakan orang terpenting dalam hidup. Semua tentang dia kita tahu. Kita bukan setakat tahu apa makanan kegemaran, muzik kegemaran.. Tapi kita juga mengetahui bahasa badannya.

Kita tahu bila pasangan kita sedang lapar, kita tahu bagaimana gerak badan pasangan kita bila sedang marah, kita tahu bagaimana gerak badan pasangan kita ketika bosan dan lain-lain.

Perkara ini pernah terjadi pada aku. Dulu, aku pernah menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan yang merupakan penyokong kuat Manchester United (aku penyokong Liverpool). Dia berkata, tidak kira apa yang terjadi, dia tetap akan menyokong MU walaupun apa yang terjadi dan tidak akan menyokong pasukan lain kalau dipaksa. Aku tak kisah tentang itu dan aku tidak memaksa beliau menyokong Liverpool.

Setahun selepas aku berpisah dengan dia, aku kebetulan bertembung dengan si dia. Dia kini memakai jersi Chelsea. Katanya, teman lelakinya memaksa beliau menyokong Chelsea dan dia akur.

Pelik juga aku. Dimana hilangnya semangat tidak akan berpaling tadah itu?

Dan juga dulu dia akan menjawab telefon menggunakan telinga kiri kerana dia berkata dia kurang selesa menggunakan telinga kanan. Tapi kini, dengan selamba dia menggunakan telinga kanan dan berkata dia kurang selesa menjawab dengan telinga kiri.

Dalam sekelip mata, aku bagaikan tidak mengenali siapa dirinya yang sebenar. Dia yang dulu pernah berakata pada aku yang dia tidak selesa memakai dress dan lebih senang mengenakan T-Shirt dan jeans, kini sedang mengenakan dress dihadapan aku.

Dalam sekelip mata, perempuan yang pernah menjalinkan hubungan dengan aku selama 2 tahun ini telah menjadi seorang perempuan yang aku tidak kenali.

Mungkin ada benar apa yang dipaparkan di dalam video di atas. Selepas putus, dia yang selama ini menjadi peneman hidup kita akan menjadi orang yang kita tidak kenali lagi. Agak sukar untuk kita berkawan selepas perhubungan tersebut putus. Bukan sukar, mungkin mustahil.

Mungkin ada sesetengah orang yang akan memulakan "buku baru" selepas putusnya sesuatu hubungan. Mereka akan mengubah gaya hidup mereka. Mungkin inilah yang menyebabkan bekas pasangan mula tidak mengenalinya lagi.

Dan kini, orang yang selalu kita hubungi setiap hari, orang yang selalu kita mimpi-mimpikan setiap hari, orang yang sering bertanya khabar kita setiap hari, sudah hilang dalam hidup kita. dalam sekelip mata, dia menjadi stranger dalam hidup kita.

Sebab itulah kita perlu "move on" apabila suatu perhubungan itu putus. Tak perlulah kita menunggu si stranger itu kembali berkenalan dengan kita. Dia kini seorang stranger, orang yang tidak kita kenali dalam hidup kita.

Tak perlulah kita berkenalan sebanyak 2 kali dengan stranger yang sama. Move on. Pergilah cari stranger yang lain.

Abadikanlah kenangan indah ketika kamu bersama sebagai sebuah memori yang tak mungkin kembali lagi.

Credit to Puteri Ain for the video.

Senin, 02 Mei 2011

...Dan Industri Muzik Malaysia Kini Mempunyai Bahan Gelak Baru

Sebelum ini, aku ada terbaca di blog Una Berry tentang seorang perempuan yang dress up like Justin Bieber, dan mengaku yang dia memang sudah pun dress up seperti itu sebelum kemunculan Justin Bieber.


Perempuan ini tak mengaku yang dia peminat Justin Bieber, dia memang sudah dress up seperti itu. Aku facepalm melihat karenah perempuan ini. Masa itu aku terfikir, "harap-harap tak de lah orang yang jenis suka tiru identiti macam ni ada dekat Malaysia."

Nampaknya mimpi buruk aku sudah menjadi kenyataan.

Mula-mula, muncul sebuah girl band yang dikenali sebagai Gula-Gula.



Aku tak pasti adakah lagu mereka sudah di-release-kan di radio, tapi menurut apa yang aku baca, mereka menyanyikan lagu berentak K-Pop. Yes! Korean Pop, not Kedah Pop.

Kemudian, perkara tersebut menjadi semakin buruk. Muncul pula sekumpulan boy band, yang menggelarkan diri mereka 24:7 dan juga mengaku mereka juga membawa rentak K-Pop.



Ok. Aku tak kisah kalau kamu nak tiru bunyi muzik mereka. Aku tak kisah kalau kamu nak menyanyi lagu yang sama rentak dan sama genre seperti kumpulan K-Pop di Korea. Tapi, bila kamu meniru penampilan mereka bulat-bulat, ini satu penghinaan kepada diri sendiri dan industri Malaysia.

Gula-gula, sekumpulan perempuan genit yang berpenampilan seksi, mengenakan hot pants, sama seperti artis K-Pop. Secara jujurnya, satu-satunya sebab aku menonton video klip kumpulan K-Pop perempuan adalah kerana penampilan seksi mereka. 

Yes! Jujur aku katakan di sini, aku tak minat pun lagu mereka, hanya keseksian mereka yang menarik perhatian aku.

Tapi, bila mereka, (Gula-Gula) cuba meniru cara berpakaian mereka, aku facepalm. Pertama, kenapa mereka perlu meniru cara kumpulan K-Pop berpakaian? Cara berpakaian seperti itu adalah identiti mereka, jadi kenapa perlu meniru identiti mereka?

Sama seperti Justin Bieber. Rambut adalah trademark beliau. Bila ada yang meniru gaya rambut beliau, pasti orang akan berkata, "Hek eleh, tiru gaya Bieber pulak!" 

Benda yang sama terjadi pada Gula-Gula. Lagipun, kaki kamu semuanya tak lawa seperti artis K-Pop itu. Ketahuilah wahai kamu semua Gula-Gula, yang perempuan yang memakai skirt pendek dan hot pants adalah perempuan yang mempunyai kaki yang cantik. Kalau setakat biasa-biasa sahaja kaki kamu, gunakanlah cleavage kamu untuk menarik perhatian orang.

Dan 24:7... Dude, what the fuck are you thinking? Apa kejadah kamu dress-up mcam itu? K-Pop? Seriously, you all just look like a bunch of a gay group.

Aku tak faham kenapa kumpulan ini beria-ia mahu dress-up sedemikian rupa. Kalau kamu betul-betul mahu menyanyikan lagu bergenre K-Pop, fine. Tak de hal punya. Tapi kenapa perlu meniru gaya pemakaian 100% sama dengan kumpulan K-Pop di Korea?

Kalau mahu jadikan cara pemakaian kumpulan K-Pop sebagai bahan rujukan, itu tak salah. Tapi bila kamu tiru 100% cara pemakaian mereka, itu yang salah.

Dan bagi aku, mereka bukan sahaja meniru gaya pemakaian, tetapi mereka telah salah tiru sehingga kan menjadi.... Pelik! Rasanya, aku tak pernah tengok kumpulan K-Pop lelaki dress up dan membuat posse seperti di bawah.

Amaran!
Hati-hati. Jangan ludah skrin laptop anda selepas
melihat gambar di atas

Pengajarannya, boleh menyanyi lagu yang bergenre K-Pop, boleh juga menjadikan kumpulan tersebut sebagai rujukan untuk cara berpakaian, tapi tiru 100%, dan kemudian tersalah tiru, bakal menjadi bahan kutukan orang ramai di masa hadapan.

Amaran!
Hati-hati. Jangan tendang skrin laptop anda selepas
melihat gambar di atas

Ok. Tak payah nak pose buat-buat muka comel boleh tak? Macam sial, tahu tak? Lagi-lagi si lahanat yang pose angkat tangan atas kepala sambil tersengih tutup mata tu. Buat aku rasa macam nak tendang laptop pulak dibuatnya.

Ok, aku ada soalan sikit untuk semua peminat K-Pop di Malaysia.