Terkejut aku apabila membaca berita yang Artis Bollywood yang konon-kononnya macam best sangat, Shah Rukh Khan, mendapat darjah atau pangkat sebagai Datuk.
Dia akan mendapat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang diberikan oleh Tun Mohd Khalil Yaakob.
What the Fuck...??? Kenapa pulak kita nak bagi darjah kebesaran kita itu kepada orang bukan warganegara kita? Apakah sumbangan beliau sampai dia layak menerima pangakat Datuk ni?
Kononnya, Si Shah Rukh Khan ni diberi pangkat Datuk kerana nanti mamat ni boleh la tolong promosikan Melaka/Malaysia di India. Ya lah tu, alasan macam tak masuk akal je aku rasa.
Kalau nak beri pangakat Datuk pada dia sebab mahu menyuruh beliau mempromosikan Malaysia, baik bagi je pangkat Datuk tu pada pemandu pelancong. Mereka pun selalu juga mempromosikan Malaysia.
Tak faham aku. Lagi satu masa si Michelle Yeoh dapat Dato'. Dia pun tidak menempa nama beliau di Malaysia tetapi kita agung-agungkan beliau apabila dia menjadi Bond Girl dan bagi pangkat Dato' pada dia dengan senang.
Dan aku juga pelik pada Malaysia ni, suka sangat bagi pangkat Dato', Tan Sri ni pada orang dan kadang-kadang aku rasa orang tersebut tidak layak mendapat pangkat Dato'/Datuk/Tan Sri.
Contoh, M. Daud Kilau. Hanya sebab dia pandai bergelek, terus dapat pangkat Dato'. Sharifah Aini, hanya sebab dia penyanyi lama, pun dah boleh dapat Dato'. S.M. Salim, lagi aku pelik entah macam mana dia boleh dapat Tan Sri.
Kalau diberikan pangkat tersebut kepada ahli sukan, aku agak setuju kerana mereka mengorbankan masa mereka untuk berlatih 8-9 jam sehari untuk mewakili negara kita dan kejayaan mereka akan mengharumkan nama negara kita. At least, ada la sumbangan untuk negara.
Baru-baru ini barulah ahli sukan seperti Nicol David dan Lee Chong Wei mendapat gelaran itu. tapi ramai pula yang mempertikaikan pangkat yang mereka dapat. Kenapa bila para artis yang dapat, tiada pula yang bising?
Jadi, mari kita tunggu bila pula Brad Pitt akan dapat gelaran Dato'. Atau mungkin Leah Dizon juga boleh dapat Dato' kan? Apa-apa pun boleh jadi di Malaysia ni walaupun sepelik mana pun. Ya lah, Malaysia Boleh kan?
=====================================
Aku dah update episod baru di Tears don't Fall.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar