Soalan yang sering kita dengar ke udara di media massa yang biasa nya di tujukan kepada generasi muda.
Generasi lama menghargai kemerdekaan negara kita kerana sesetengah warga lama merupakan pejuang yang berjuang untuk mendapatkan kebebasan dan kemerdakaan negara. Ada sesetengah warga lama yang hidup dan terseksa pada zaman pemerintahan penjajah. Kerana itu lah, mereka menghargai dan menghayati kemerdekaan
Bagaimana pula warga muda menyambut merdeka? Aku ada membuat beberapa pemerhatian ke atas warga muda Malaysia, dan aku perhatikan bagaimana mereka menghayati kemerdekaan. Sebenarnya pemerhatian tu sekitar rumah sewa aku je...
Kawan aku, Lula, menghayati kemerdekaan dengan tidur pada 30 ogos 2007 pada pukul 12:30 tengahari, dan mungkin hanya akan bangun pada tepat pukul 12:00 malam 31 ogos... atau mungkin lebih lewat. Pukul 4 petang agak nya..
Kawan aku jugak, Baox, menghayati kemerdekaan dengan mencabut bendera Malaysia yang di letakkan di kereta nya, kemudia duduk di atas motor sambil merenung bendera Malaysia tu lama-lama dengan muka yang serius. Aku nampak masa aku balik kelas petang semalam.
Sekali lagi, kawan-kawan aku, Baox, Cendol dan Kam menghayati merdeka dengan menonton konsert Napalm Death pada 1 September. Siap praktis head bang lagi. Sessi latihan mereka telah menyebabkan Apeng dan Pujam tidak keruan dan makan hati.
Walau apa pun cara kita menghayati kemerdekaan, yang penting, kita generasi muda menghargai kebebasan negara kita dan juga menghargai kemerdekaan negara kita yang kini bebas dari cengkaman penjajah.
Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-50. Semoga kita bebas selamanya
Rabu, 29 Agustus 2007
PIALA PESTA BOLA MERDEKA HADIAH HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-50
Selepas sekian lama dibelenggu kemarau kejayaan,akhirnya skuad bola sepak negara muncul juaraPestabola Merdeka selepas menewaskan Myanmar 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam,malam tadi.
Kali terakhir Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka ialah pada tahun 1993 ketika mengalahkan Korea Selatan ‘B’ dengan angka yang sama 3-1
Jaringan penyerang Zaquan Adha Radzak dan Safee Sali serta gol sendiri Khin Maung Lwin memastikan skuad negara bimbingan B Sathianathan memahat nama buat kali ke-11 menjuarai kejohanan yang pernah dilabel paling berprestij di Asia suatu masa dahulu.
Tanpa ketua pasukan, Shukor Adan yang diketepikan gara-gara kecederaan pangkal paha, lilitan di lengan dengan tanggungjawab berat dipikul pengganti Shukor, Azi Shahril Azmi. Jelas peranan digalas itu tidak dikecewakannya
Semangat yang dipamerkan pemain diterjemahkan kepada gol pertama yang hadir pada minit ke-12 hasil gerakan bijak antara penyerang serangkai, Safee Sali dan Zaquan Adha Radzak.
Zaquan yang menyambut lorongan pertahanan kanan Daudsu Jamaluddin di sebelah kanan mengumpan kepada Safee yang dikawal Khin Maung Lwin. Ketika Safee terlepas bola, Zaquan merebut kesempatan itu dan melarikan bola beberapa meter sebelum melepaskan rembatan leret ke penjuru kiri pintu gol lawan, yang dikawal penjaga golnya Aung Aung Oo.
Apapun, pelawat yang memburu kejuaraan kali kelima, bangkit dengan asakan hebat pada awal babak kedua dengan Yan Paing menguji Syed Adney menerusi rembatan padu minit ke-48 tetapi Malaysia tambah ceria dengan gol kedua lapan minit kemudian - terima kasih kepada pertahanan Myanmar, Maung Lwin, yang menjaringkan gol sendiri.
Ketika dicabar pemain Malaysia, hantaran lintang Khyril Muhymeen dari sebelah kiri ditampan masuk ke dalam gol sendiri.
Stadium dipenuhi kira-kira 45,000 penonton kembali gegak gempita apabila Safee meletakkan Malaysia dalam keadaan selesa dengan gol ketiga minit ke-60.
Mendapat lorongan cantik Norshahrul Idlan Talaha dari tengah padang, Safee tenang melarikan bola ke arah kawasan penalti lawan sebelum merembat kencang melepasi Aung Oo.
Secara jujur nya aku boleh katakan yang permainan skuad bawah-23 negara ni bermain lebih matang dan bijak berbanding skuad senior yang menjadi lauk-pauk di Piala Asia bulan lepas.
Cuma kekurangan pengalaman yang masih ketara. Pemain midfield tengah gagal mengawal bola dengan kemas. tetapi mereka boleh di asuh. Diharap semangat ini akan kekal sehingga Sukan Sea di Korat nanti.
Nasib baik Malaysia menang, kalau tak aku nak cadangkan FAM pakai lambang ni untuk masa akan datang.
Oleh di sebabkan menang, boleh la pakai lambang lama.
MALAYSIA: Syed Adney Syed Hussein; Daudsu Jamaluddin, Aidil Zafuan Radzak, Norhafiz Zamani Misbah, Sumardi Hajalan; Nor Farhan Muhammad (Amirulhadi Zainal 46), Norshahrul Idlan Talaha (Syamsol Sabtu 78), Azi Shahril Azmi, Khyril Muhymeen Zambri; Safee Sali, Zaquan Adha Radzak (Samransak Kram 90).

PEMBATALAN PART 2
Malam, semasa aku tengah study Channel Management, aku dapat SMS dari kawan aku..
Test Channel batal. Tolong bagitau budak lain
Gembira aku terus aku tutup buku kejap, pergi tengok wrestling. Lepas habis tengok wrestling, baru aku study Marcom pulak. Aku study sampai tak tido (sebenarnya pukul 3 pagi sampai 5 pagi, aku tengok bola). Aku tidur sejam je.
Lepas tu aku bangun pagi, aku study marcom lagi. Aku yakin boleh score test ni. Pukul 9:15 pagi, aku dah dalam perjalanan ke UiTM. Dalam kereta kawan aku, aku dapat SMS macam ni...
Mirul, kelas marcom start pukul 11. Test Batal
Argh....Tension nya aku. Letih aku study sampai ke pagi. Sekali batal pulak... ARGH!!!!
Kenapa jadi sekali lagi... TTTIIIDDDAAAKKK!!!!!

REDS QUALIFY FOR CHAMPIONS LEAGUE GROUP STAGES
19 mins : GOAL! Peter Crouch: Crouch tucks home after brilliant cross from Kuyt. The move was started by Benayoun's battling.
49 mins : GOAL! Sami Hyypia: An unmarked Sami Hyypia nods home a Yossi Benayoun corner from six yards to make it 2-0 on the night
87 mins : GOAL! Dirk Kuyt: Kuyt fires home from eight yards after neat one-two with Babel.
90 mins : GOAL! Dirk Kuyt
Yeah! Liverpool menang besar. 4-0 beb. Gol dijaringkan oleh Crouch, Hyypia dan dua gol dari Kuyt.
Gol pertama dihasilkan melalui cross dari Dirk Kuyt yang di sambut oleh Peter Crouch. Nasib lah kaki kau panjang.
Gol kedua di jaringkan dengan tandukan Sami Hyypia, hasil sepakan corner oleh Yossi Benayoun
Gol ketiga hasil oleh Kuyt yang bermain 0ne-two dengan Ryan Babel dan gol keempat juga oleh Kuyt yang menerima satu through pass cantik oleh Benayoun.
Secara jujur nya, ini merupakan permainan paling cantik bagi Liverpool untuk musim ini. Kalau Liverpool boleh mengekalkan rentak seperti ini, tidak mustahil Liverpool boleh johan. Benitez juga menurunkan dua pemain muda untuk debut mereka bersama Liverpool, Lucas Leiva dan Sebastian Leto. Yossi Benayoun memainkan peranan yang besar dalam perlawanan ini, memang layak menjadi pemain terbaik perlawanan.
Perlawanan ini juga serentak dengan sambutan Bandaraya Liverpool yang ke-800. Semoga bandar Liverpool dan kelab bola sepak nya terus cemerlang.
Liverpool: Reina, Riise, Agger, Hyypia (c), Arbeloa, Leto, Mascherano, Sissoko, Benayoun, Crouch, Kuyt. Subs - Alonso, Babel, Itandje, Leiva, Pennant, Torres
Toulouse: Douchez, Cetto, Cesar, Ilunga, Mathieu, Dieuze (c), Fofana, Sirieix, Emana, Elmander, Gignac. Subs - Batlles, Bergougnoux, Jonsson, Mansare, Riou, Sissoko
Liverpool FC Man-of-the-Match: Yossi Benayoun

Selasa, 28 Agustus 2007
TAK SEPERTI YANG AKU SANGKA KAN...
Aku sangkakan, aku ada 1 kuiz dan 1 test esok... rupa-rupanya, dah jadi 2 test. Kuiz Marcom tu dah bertukar jadi test pulak...WTF? Ini menjadikan aku mengimbas kembali pada hari jumaat lepas, di mana aku terpaksa menghadapi 2 test.
Pada hari jumaat lepas, aku berjaya mengharungi kedua-dua test dengan jaya nya. Bagaimana pula dengan esok? Dapatkah aku mengekalkan reputasi hari jumaat lagi sekali?
Oh ya. Kalau aku dah rasa boring, mungkin esok jugak aku dah balik Batu Pahat. Aku ponteng kelas hari khamis. Aku pun cuma ada 1 kelas je pun hari khamis tu. So aku ambik kesempatan ni untuk balik awal. Merdeka awal...hehe..
Kepada semua rakyat Malaysia, selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-50. Semoga jiwa kita terus merdeka....

Senin, 27 Agustus 2007
AKU JUMPA VIDEO INI DI YOUTUBE
Aku jumpa video2 ini di youtube. Ok, aku tipu. Aku tengok video-video ini di blog ini sebenarnya.
Dalam blog Sha Shinizzle ni, dia ada letak kan 2 video youtube (lagu What I've Done dan Umbrella) dimana menunujukkan seorang gadis bernama Marie Digby, menyanyikan lagu-lagu popular masa kini dalam versi dia sendiri. Banyak juga lagu-lagu yang dia cover antaranya Umbrella (Rihanna), What I've Done (linkin Park), Make Me Wonder (maroon 5) dan banyak lagi la. Dia ni dah popular juga sebenarnya, banyak lagu-lagu cover nya dah keluar di Radio STAR 98.7 di USA. Dia juga menjadi opening act untuk rancangan MTV, The Hill.
Di sini aku letak beberapa video nyanyian dia. Dengar dan nilai sendiri.
WHAT I'VE DONE - LINKIN PARK
UMBRELLA - RIHANNA
SAY IT RIGHT - NELLY FURTADO
LOVE HURTS - INCUBUS
TORN - NATALIE IMBRUGLIA
MAKE ME WONDER - MAROON 5
Kalau ada lagi video dia yang menarik, aku akan letak lagi dalam blog aku.Kalau mahu tahu lebih pasal gadis ni, klik di sini untuk wikipedia tentang Marie Digby

PEMBATALAN
Sekali lagi, test aku batal....
Back-up ECO 555 yang digembar-gemburkan akan di adakan pada hari ini batal. Sebabnya? Black out. Encik Hassan masuk kelas, dia tengok black out, terus dia declare kelas batal. Mudah sungguh. Walhal, air-cond elok je dan kelas tak de lah gelap sangat. Tapi bagus juga, aku pun tak berapa prepair.
Minggu ni, pada hari rabu, aku ada 1 kuiz dan 1 test. Kuiz Marketing Communication (marcom) yang dah 3 kali batal dan test Channel Management.
Test channel tu pun dah 2 kali batal sebenarnya, Tak tahu lah aku apa nak jadi dengan semester ni. Adakah akan memberi tuah, atau tak tuah (iaitu jebat... hehehe...) We will wait and see.

Sabtu, 25 Agustus 2007
UPDATE: KEADAAN TERKINI KERETA LULA DI BENGKEL PART2
Yeah!!! Aku tau, ramai pembaca-pembaca blog aku (macam ramai je) dan para kenalan ingin mengetahui keadaan terkini kereta housemate aku, Lula, yang mengalami kemalangan pada 26 Julai 2007. Selaku blog rasmi yang memaparkan kes ini, aku akan terus membuat liputan terkini tentang keadaan kereta Lula dari masa ke semasa. Kalau korang dah lupa, sila baca post aku yang bertajuk "Kawan Aku Accident" dan "Update : Keadaan Terkini Kereta Lula Di Bengkel"
Pada petang sabtu, Lula sekali lagi membuat lawatan ke bengkel untuk melihat keadaan terkini kereta dia. Kereta Lula sedang melalui Proses Transplant. Menurut tauke bengkel tersebut, kereta Lula akan siap dalam tempoh 2 minggu lagi. Kelewatan ini terjadi kerana kereta ini pernah accident semasa di dalam jagaan owner lamanya (kereta ni kereta second hand), jadi bengkel ni terpaksa menyempurnakan kembali kereta ini seperti baru keluar dari kilang.
Owner lama ni telah menghantar kereta ini ke bengkel yang cikai, jadi bengkel ni tak betul kan body kereta ini dengan baik, menyebabkan tauke bengkel ini pening kepala untuk membetulkan body kereta ni sambil mencarut. Kata tauke bengkel tu:
"Itu bengkel lama manyak bodoh. Kasi bikin kerja tada bagus. Lancau ini orang. Itu pasat gua bikin lu punya kereta betul-betul. Wa tak mau lain kali ini kereta accident, bengkel lain cakap wa lancau pulak."
Begitulah perkembangan terkini kereta Lula. Aku akan memberikan liputan seterusnya jika ada perkembangan.

Bonet baru kereta Lula
Keaadaan kereta Lula yang semakin sihat
Keadaan sport rim yang masih kelihatan ayu
Kepada pembaca yang mempunyai kelisa, ini adalah nama produk yang di gunakan Lula untuk menambah kelajuan keretanya. Kalau mahu beli, sila contact Lula. Boleh jimat minyak tau. Segamat ke PD baru RM 10 je.
Pandangan dari depan tanpa bumper. Anda dapat melihat rangka kereta ini telah di betulkan
Inilah Bumble-Bee versi Lula. Lula perlu membayar 15 % dari kos repair iaitu lebih kurang RM 700 kerana usia kereta ini telah melebihi 5 tahun. Untuk pengetahuan para pembaca, umur kereta Lula ni sudah mencecah 5 tahun 5 bulan.
Lula agak terkesima melihat kereta nya menjadi dua warna, separuh hitam separuh silver sambil di perhatikan oleh Kerry yang sibuk bermesra dengan tauke bengkel ini

LIVERPOOL MENANG LAGI
GOAL! Momo Sissoko: I can't believe what I've just seen...Voronin lays it back to Momo who drives it into the bottom right-hand corner from 25 yards. His first Liverpool goal
GOAL! Andriy Voronin: The Ukrainian drives home inside the box after great build up play from Pennant, Babel and Torres
Liverpool Menang lagi. Biasa lah, bakal johan EPL memang hebat. Kali ni Liverpool FC membenam pasukan Sunderland AFC di Stadium of Light. Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama Liverpool tanpa Steven Gerrard untuk musim ini.
Gol pertama di jaringkan oleh Mohamed Sissoko. Ini merupakan gol pertama Sissoko untuk Liverpool. Gol rembatan dari jarak 25 kaki. Memang cantik. Gol ini juga merupakan gol ke-7,000 Liverpool di dalam liga. Diharap Sissoko akan banyak menjaringkan gol di masa depan. Ini merupakan persembahan terhebat dari Sissoko sejak dia beraksi untuk Liverpool
Gol ke-2 pula hasil jaringkan Andriy Voronin. Gol pertama Voronin dalam EPL. Gol hasil gerakan cantik antara Pennant, Babel dan Torres
Tetapi Jamie Carragher dan Sami Hyypia telah tercedara dalam perlawanan ini. Hyypia mungkin patah hidung, manakala Carragher patah rusuk.
Diharap Liverpool meneruskan rentetan kemenangan dalam perlawana seterusnya menentang Touluse.
The First Team
Liverpool: Reina, Arbeloa, Hyypia, Carragher, Finnan, Babel, Alonso, Sissoko, Pennant, Voronin, Torres. Subs - Riise, Mascherano, Kuyt, Agger, Itandje
Sunderland: Gordon, Wallace, Nosworthy, McShane, Halford, Richardson, Yorke (captain), Etuhu, Miller, Murphy, Chopra. Subs - Leadbitter, Ward, Anderson, Stokes, Connolly
Liverpool FC: Momo Sissoko

Jumat, 24 Agustus 2007
MINGGU INI BUKAN MINGGU TERBAIK UNTUK AKU
Minggu ini memang bukan minggu aku. Minggu yang tak memberikan impak positif dalam hidup aku. Minggu yang di penuhi rasa hampa, penat, kurang tidur, tak sihat, makan tak tentu dan sebagainya.
Bermula dengan hari isnin, aku ke kelas Hubungan Etnik dengan lambatnya, Pukul 8:35 baru masuk kelas. Nasib lah Ustaz Nawawi tak melenting. Lepas tu kelas Managerial Economic, a.k.a. ECO 555. Dapat result test. Seperti jangkaan aku, aku fail lagi. Ramai budak yang fail test ni. Nasib baiklah Encik Hassan nak buat back-up test. Aku mesti score back-up test tu. Kelas petang dan malam hari isnin tu aku tak pergi sebab aku tak sihat.
Hari selasa malam, aku study Marketing Communication (marcom), untuk kuiz yang dah tertangguh selama 2 minggu. Pagi rabu aku bangun awal, 6 pagi, walaupun aku tidur pukul3 pagi semata-mata untuk study marcom. Sampai ke kelas, kuiz batal!!!! Untuk minggu ketiga berturut-turut kuiz Marcom batal. Menyirap aku. Penat bangun pagi, sekali batal pulak test. PM Kamel membuat pengesahan bahawa minggu depan comfirm ada kuiz. Setelah aku tengok jadual, Rabu depan juga ada test Management Channel. AARRGGHH!!!! Dua test lagi dalam satu hari. Akibat aku bangun pagi untuk study marcom ni, untuk kelas seterusnya, aku belajar dalam keaadaan mengantuk.
Aku ada test hari jumaat petang pukul 2:30petang dan pukul 8 malam. Ya! Aku ada 2 test dalam 1 hari. Rancangan aku nak ke Kuala Lumpur terpaksa aku lupakan. Aku ke KL untuk ke majlis pertunangan sepupu aku, Nurnisha, aku panggil dia Noni. Aku memang rapat dengan dia. Kami dah macam adik beradik. Tapi aku tak dapat ke majlis pertunangan dia sebab test malam jumaat dan pagi isnin nanti. Aku perlu study untuk subjek tersebut kerana hari isnin tu back-up test ECO 555.
Petang Khamis, aku call Noni. Untuk bagi tahu dia yang aku tak hadir ke majlis dia. Marah gila noni dengan aku, terus letak telefon. Aku call dia berkali-kali, tapi dia tak angkat. Lepas tu dia hantar aku SMS lebih kurang macam ni:
Sampai hati Aam tak datang. Noni dah bagitau Aam awal-awal lagi sebab nak aam datang. Noni betul-betul merajuk dengan Aam.
Ah, sudah. Satu hal pulak aku nak memujuk dia ni. Agak berkecamuk kepala aku di buat nya. Aku terus lupakan masalah aku dan study. Aku kena lupakan masalah aku dengan Noni dan perasaan tak cukup tidur aku ni. Aku ada 2 test menanti aku esok dan keduanya boleh di katakan susah juga. Malam tu jugak Noni hantar SMS mintak maaf sebab emo sangat tadi. Hati aku dah lapang sikit.
Jumaat, aku bangun pagi untuk study lagi. Dua test dalam satu hari. Aku memang tak suka keadaan macam ni. Membuat kan hati aku goyang. Tapi aku tak kan berputus asa. Aku akan pastikan aku score test-test hari ni. Mengubat luka sepanjang minggu ni. Hehe..
Akhirnya masa yang di tunggu dah tiba. Aku pergi untuk test aku yang pertama pada pukul 2:30 petang, Sales Management. Soalan agak senang. Soalan direct. Aku jawab dengan senang hati. Tak de masalah. Test malam, Global Retailing, soalan pun tak lah sesusah yang aku sangkakan. Lega. Tak de lah parah sangat.
Kesimpulannya, minggu ni kurang best untuk aku. Aku agak keletihan sebab 2-3 hari tak cukup tidur. Harap-harap minggu depan jadi minggu yang best pulak. Harap la.....

Kamis, 23 Agustus 2007
AKU PERLU DUIT! DUIT! DUIT! DUIT!
Aku ada masalah sekarang. Masalah kerosakan. Bukan kerosakan akhlak, kerosakan rohani, rosak buah pinggang atau pun apa-apa kerosakan fizikal aku. Tapi kerosakan ke atas barang-barang milikan aku.
Pertama, kerosakan MP3 aku. MP3 aku jenama Sony dah rosak. Memang MP3 tu masih boleh di dengar, boleh dihidupkan. Malangnya, penyambung USB nya dah rosak. Aku dah tak boleh tukar lagu lagi. Aku terpaksa dengar lagu yang sama saja sekarang.
Kedua, kerosakan Hand Phone aku. Mic dan speaker HP aku dah rosak. Kalau orang call aku, agak sukar sebab mereka tak boleh dengar suara aku dan aku dengar bunyi bising sepanjang perbualan aku.
Ketiga, laptop aku. Bukan rosak apa, tapi macam ada tanda-tanda kerosakan. Selalu hang, stuck dan sangkut. Dan selalu jugak keluar black skrin. Jadi aku perlu tukar hard disc. Lagipun memang aku nak tukar hard disc dari awal semester lagi sebab hard disc aku memang dah nak penuh pun.. Hehe... Kalau tak, susah la aku nak memblogging lagi lepas ni.
Jadi, kalau kamu semua kesian kat aku. Derma lah dekat aku. Kepada sesiapa yang nak menghulurkan derma, sila hantar e-mel kepada aku dengan tulis kan ini pada bahagian subjek "Aku mahu bagi kamu derma". Aku akan send nombor akaun aku dan korang boleh bank-in kan. Kalau boleh minima derma seorang RM 50... Hehe...
Sekian, terima kasih.. Hehe..

Selasa, 21 Agustus 2007
BEST KE JADI BLOGGERS?
Hari ni aku cuma ada 1 kelas saje. Kelas Sales Management. Kelas bermula pukul 2 hingga 4 petang mengikut jadual. Kelas pukul 4, Managerial Economic atau a.k.a. ECO 555 batal hari ini. Aku masuk kelas pukul 2:15 petang dan kelas aku habis 2:50 petang. Rasa tak berbaloi pulak pergi kelas... Tapi menuntut ilmu memang begitu.. Perlu banyak bersabar.
Selepas habis kelas, aku lepak di bilik kawan aku kat SR, Kulon namanya, sebab nak menunggu housemate aku, Lula, habis kelas. Aku tumpang motor dia hari ni. Setelah bosan, akhirnya aku berSMS dengan GTAM. Ingat GTAM?? Baca post aku yang bertajuk "Aku Hidup Dalam Delusi."
Aku terus berSMS dengan GTAM hingga la aku begitahu dia yang aku ada blog.
GTAM: Abang ada blog ke?
Aku: Ada
GTAM: Ye je? Apa abang tulis dalam blog abang?
Aku tak jawab. Aku cuma taip alamat laman blog aku kepada dia. Biar dia tengok dan nilai sendiri.
GTAM: Oh. Tulis pasal bola. (mungkin sebab post terakhir aku pasal Liverpool)
Aku: Tak lah. Baca la post yang lain. Abang dah post 79 entri dalam blog tu baca la semua.
Sessi SMS kami terhenti. Maybe dia tengah baca blog aku. Lama lepas tu dia SMS aku balik.
GTAM: Oh. Macam-macam abang tulis. Pasal saya pun ada ya?Best ke jadi bloggers ni? Kenapa abang tulis blog?
Satu soalan yang tak pernah terlintas di kepala aku. Best ke jadi bloggers? Aku pun tak pasti. Kenapa aku tulis blog? Aku pun tak pasti.
Aku terpaksa mengimbau ke masa lamapu untuk mencari jawapan dari GTAM itu. Setelah aku mengimbau kisah silam, aku dah teringat semula tentang kisah cita-cita aku untuk mewujudkan blog ni.
Semangat dan minat aku untuk menulis blog bermula semasa aku lepak dekat Cyber Cafe pada tahun 2002, selepas aku habis SPM. Sepanjang aku sekolah menengah, aku tak tahu apa-apa pasal internet. Aku amat jarang-jarang berchatting IRC. Penah la 4-5 kali. Itu pun aku chat dengan bantuan kawan aku sebab aku tak faham bahasa singkatan yang digunakan semasa chatting.
"Dah mkn ker?" Ayat tertera di skrin IRC aku.
Aku: Apsal dia bubuh huruf R kat hujung tu..
Kawan: Memang stail dia macam tu kalau Chatting
Aku betul-betul naif di alam maya. Akhirnya selepas SPM, aku lepak CC untuk mengimprovekan knowledge aku berkenaan alam siber ni. Aku selalu lepak CC kat Summit Batu Pahat. Nama CC tu Welly. Setiap kali aku lepak dekat situ, mesti ada seorang awek yang lepak CC tu sekali.
Dari situ aku perasan sesuatu. Dia tulis blog. Aku pun sebenarnya tak tahu benda tu blog. Tapi aku betanya dengan dia. Mak aku cakap, malu bertanya sesat jalan. Kebetulan pulak hari tu dia lepak sebelah aku.
Aku lagi: Er.. Awak tulis ape nih?
Gadis blog: Ni nama nya blog.
Aku lagi: Best ke tulis blog?
Gadis blog: Awak tulis la satu blog. Nanti awak akan rasa, apa yang saya rasa.
Aku lagi: Boleh awak ajar saya
Gadis blog: Boleh aje
Aku gembira mendengar kata-kata dia. Esok dia nak ajar aku buat blog. Aku gembira.
Esok nya aku datang CC, tapi dia tak de. Maybe dia sakit, kata hati aku sedapkan keadaan. Esok nya pun dia tak de. Begitu juga hari-hari berikutnya. Aku pun tak tahu apa jadi dengan dia. Bila kau fikir-fikirkan balik, baru aku teringat. Kebanyakan budak-budak dah menerima tawaran Universiti. Maybe dia dapat masuk kemana-mana universiti (aku masuk Politeknik bulan 12, lambat 1 semester). Aku pulang dengan kecewa.
Semasa aku belajar di Politeknik, ada seorang budak junior aku bagitau aku yang dia ada blog. Aku pun pujuk dia suruh dia ajar aku buat blog. Tapi kerana kesibukan, aku terlupa lagi nak buat blog.
Akhirnya, di bumi Segamat ini, aku akhirnya berjaya buat blog. Bermula dengan housemate aku di Melaka yang membuat blog untuk menyatukan kembali kawan-kawan di Politeknik Merlimau.
Kemudian roomate aku yang nak buat blog. Aku pun teringat semula cita-cita aku pasal blog yang ingin aku buat dari dulu. Aku suruh dia buat dulu, suruh dia jadi test market atau bahan uji kaji samada blog dia akan menjadi bahan ketawa dan cacian budak-budak rumah yang lain atau tidak. Setelah aku tengok dia selamat, aku pun buatlah blog sendiri.
Bila aku buat blog sekarang, baru aku tahu senang je nak manage blog ni. Kalau aku tau senang macam ni, maybe aku dah ada blog sejak tahun 2002 lagi. Tapi mungkin blog aku tak bertajuk "Warmness On The Soul".
Kepada GTAM, biar aku jawap soalan mu itu....
Kenapa Abang buat blog?
Sebab itu niat aku sejak dari tahun 2002 lagi... Ya. Niat 5 tahun lamanya.
Best ke jadi bloggers ni?
Awak tulis la satu blog. Nanti awak akan rasa, apa yang saya rasa... Hehe...
P/S: Pengadil yang bagi penalti kepada Chelsea hari tu, Rob Styles, kena gantung oleh EPL kerana memberikan penalti tak munasabah dan tak masuk akal itu. Serve Him Right. Hehe...

Senin, 20 Agustus 2007
REDS HELD BY HARSH PENALTY
Fernando Torres berjaya menjaringkan gol pertamanya semasa membuat debut di Anfield semalam dalam pertembungan dengan Chelsea. Torres mudah menggelecek Ben Haim sebelum menolak kemas bola ke gawang Chelsea.
Pada masa separuh masa kedua, Chelsea di anugerah penalti kontroversi dan tak masuk akal oleh pengadil, Rob Style. Florent Malouda yang langgar Steve Finnan, lepas tu Chelsea pulak yang dapat penalti. Kita semua pun tahu reputasi Malouda yang suka berlakon untuk dapatkan penalti. Ingat lagi final Piala Dunia 2006 Di Jerman? Perancis lawan Itali. Gol pertama Perancis ialah hasil penalti selepas Malouda berlakon jatuh lalu mendapatkan penalti untuk Perancis, Tapi last-last kalah jugak. Sama la dengan Chelsea ni, jangan mimpi la boleh dapat Johan EPL kalau asyik menipu je.
Pengadil, Rob Style juga terkenal dengan pengadil kontroversi di England. Ingat lagi perlawanan antara Man Utd lawan Tottenham Hotspurs di mana gol keeper Man Utd menangkap bola yang sudah lepas garisan tapi Rob Styles cakap bola tu tak lepas garis... Pfftt..
Tapi biasa la, bola sepak. Macam-macam boleh jadi. Kalau tak de kontroversi, bukan bola sepak namanya. So harap Liverpool terus berjuang lagi.
The First Eleven
Liverpool: Reina, Arbeloa, Agger, Carragher, Finnan, Riise, Alonso, Gerrard, Pennant, Kuyt, Torres. Subs - Babel, Crouch, Hyypia, Itandje, Mascherano
Chelsea: Cech, Cole, Haim, Terry, Obi Mikel, Malouda, Essien, Lampard, Wright-Phillips, Drogba, Kalou. Subs - Cole, Cudicini, Makelele, Pizarro
Liverpool fc Man-of-the-Match: Steven Gerrard

Jumat, 17 Agustus 2007
AKU HIDUP DALAM DELUSI
Aku sekarang sedang hidup dalam kehidupan yang delusi. kamu tahu apa itu delusi? Delusi tu kalau dalam bahasa inggeris dipanggil delusion. Kalau di rujuk dari wikipedia, delusi ialah:
A delusion is commonly defined as a fixed false belief and is used in everyday language to describe a belief that is either false, fanciful or derived from deception. In psychiatry, the definition is necessarily more precise and implies that the belief is pathological (the result of an illness or illness process).
Delusions typically occur in the context of neurological or mental illness, although they are not tied to any particular disease and have been found to occur in the context of many pathological states (both physical and mental). However, they are of particular diagnostic importance in psychotic disorders and particularly in schizophrenia.
Senang cakap la, aku hidup dalam angan-angan indah untuk menyedapkan atau menyegarkan hidup aku yang layu ini.... Hehe... Delusi aku bermula semalam, bermula selepas aku menerima panggilan sepupu aku.
Semalam, sepupu aku, iqa, call aku. Sudah agak lama dia tak call aku. Sejak dia sambung belajar kat Politeknik Ungku Omar, kami dah jarang-jarang berhubung. Banyak yang kami bualkan. Kami bergayut samapai sejam lebih.
Mula-mula dia call aku guna hp bapak dia. Bila bateri bapak dia flat, dia pakai hp mak dia pulak. Best sungguh jadi anak tunggal yan mempunyai parents yang sporting dan banyak duit. Nak bergayut, tak de masalah punya.
Berbalik kepada cerita, aku berbual panjang dengan dia. Topik perbualan kami berkisar kisah kehidupan kami sebagai pelajar, kisah kenapa aku tak boleh ke Janda Baik minggu ni (aku ada test eco 555 esok), kisah kesibukan jadual hidup aku, kisah sepupu aku, Nurnisha, yang nak bertunang sabtu depan dan yang paling penting sekali, kisah kawan-kawan sepupu aku yang cun dan cute... Hehe.....
Iqa memang ramai kawan-kawan yang cun dan cute. Aku pun heran. Kalau sorang dua je yang cute, tu memang biasa. tapi hampir 90% kawan dia suma cute dan cun. Kawan dia juga ada yang pelik-pelik. Pasal pelik tu tolak tepi la, janji diorang semua cute-cute. Ada beberapa berita pasal kawan-kawan dia yang buat aku gembira bila aku dengar. Hehe...
Selepas aku habis bergayut dengan Iqa, aku terima satu lagi panggilan. Cuma keluar nombor kat skrin hp aku. Nombor yang aku tak save atau mungkin ada kawan-kawan aku yang baru tukar nombor kot. Aku terus angkat dan jawab dengan segeranya.
"Hello.. hello..." dua kali hello aku tak dijawab. Sekali lagi aku sebut hello, baru ada jawapan. Suara seorang gadis. Sedap, merdu dan gemersik suaranya. Mesti lawa orangnya... Hehe...
"Hai, Abang Mirul. Abang Mirul ingat kat saya lagi tak?"
Hah? Dia panggil aku Abang Mirul. Untuk pengetahuan kamu, para junior-junior (gadis) aku masa aku belajar di Politeknik Merlimau dulu panggil aku dengan panggilan itu. Ya!!! Mereka panggil aku abang, jangan cemburu ya!!! Dari panggilan itu aku tahu dia budak politeknik aku.
Aku: Siape ni eh?
XXX: Tak kenal lagi kat saye? Abang ni memang la...
Aku: Sorry la... Betul-betul tak kenal ni...
XXX: Ni saya la....
Oh... Tak sangka dia rupanya (nama gadis ni terpaksa dirahsiakan). Satu masa dulu, dia pernah bagi aku coklat dan bunga masa aku belajar diploma di Politeknik dulu, dengan menggunakan nama "Gadis Cute Sangat". Tapi dia memang cute pun. Aku pun pelik dia boleh minat kat aku walhal dengan muka cute dan body mengancam, dia boleh dapat boyfriend yang handsome dan kaya. Tapi dia minat aku pulak kan.
Aku pun cuma pernah jumpa dia 3 kali je sepanjang aku belajar kat Politeknik tu. Itu pun just keluar makan-makan petang, bukan keluar dating pun. Aku rasa baik kawan kelas aku atau kawan-kawan rumah sewa aku dulu pun tak tahu pasal kewujudan dia ni sebab aku memang tak pernah cerita dekat siapa-siapa pun. Mulai sekarang akau akan reffer dia dengan nama Girl That Admire Me (GTAM) dalam blog ni... Hehehe..
Selepas aku menamatkan pembelajaran aku di Politeknik, aku tak pernah contact dia lagi. Masa semester pertama aku di UiTM Johor, untuk melanjutkan pelajaran dalam Ijazah pula, aku ada cuba contact dia, tapi tak dapat. Dia dah tukar nombor, mungkin juga dah ada boyfriend. Tapi sekarang dia contact aku semula.
GTAM: Sorry, lupa nak bagitau orang dah tukar nombor. HP dulu tu dah hilang. Dengan nombor abag sekali dah hilang. Ni baru dapat dari kawan balik ni
Aku: Oh. Tak pe. Ingat dah dapat boyfriend, dah lupa kat abang.
GTAM: Eh? Saya belum ada boyfriend lagi la.
HHHUUU... Seronok jugak aku dengar pernyataan tu. Perbualan kami berterusan dan aku bagitau la aku tengah single sekarang ni. Laju je dia jawab:
GTAM: Ye ke abang solo sekarang? Bestnye...
BestNye? Apa maksud dia? Adakah dia seronok sebab aku tak de Girlfriend dan dalam hati dia mengutuk aku.. "padan muka kau. Sape suruh kau reject aku dulu" ataupun " Yeah!! Boleh la aku tackle Abang Mirul."
Kami terus berbual dengan panjang, sampai la kredit dia dah nak habis. Selepas bertukar-tukar wish Gud Nite, dia letak. Aku pun surf web kejap lepas tu terus tidur.
Sebelum tidur, aku teringat dekat dia semula. Teringat detik-detik first time jumpa dia. Teringat semula senyuman manis dia, hilai tawa nya yang gemersik muka dia yang cute... Dia memang cantik. Aku pun mula berangan-angan pasal dia. Ya!!! Aku mula delusi!!!
Akibat delusi aku tu, aku terus susah nak tidur. Akhirnya aku pun tak tau bila aku tidur akhirnya. Esok pagi bila aku sedar, jam dah pun menunjukan hampir pukul 1 tengahari. Cis!!! Aku terponteng kelas pukul 10 pagi tadi, kelas Global Retailling.
Aku berjanji kepada diri aku, aku tak kan berangan-angan pasal gadis lagi sebelum tidur. Akibatnya aku tak ke kelas hari ni. Pengajaran kepada kawan-kawan juga, jangan suka berdelusi kerana delusi adalah sesuatu yang tak benar sama sekali, juga boleh membuatkan kita tidur lewat dan terponteng kelas.
Aku juga tak nak berdelusi pasal GTAM lagi. Ya lah, dia perempuan cantik, anytime boleh dapat pakwe aku. Jadi, berhenti berharap dan berdelusi wahai Amirul.... Dream On..

Kamis, 16 Agustus 2007
LFC NEWS: VORONIN PUTS REDS IN DRIVING SEAT
GOAL! Andriy Voronin: Voronin gets the ball with his back to goal before turning and hitting a glorious 25 yard strike into the top corner
Andriy Voronin berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk Liverpool dalam perlawanan pusingan kelayakan UEFA Champions League semalam.
Voronin berpasangan dengan Peter Crouch sebagai penyerang dalam perlawana tersebut. Perlawanan timbal semula di Anfield akan berlangsung dalam masa 2 minggu lagi.
Perlawanan seterusnya, menentang Chelsea di Anfield. Perlawanan tersebut merupakan perlawanan pertama Liverpool di Anfield musim.
The First Eleven
Toulouse: Douchez, Ebondo, Cetto, Fofana, Mathieu, Dieuze (c), Emana, Sirieix, Cesar, Bergougnoux, Elmander.
Subs - Batlles, Gignac, Jonsson, Mansare, Riou, Sissoko,
Liverpool: Reina, Arbeloa, Carragher, Hyypia, Finnan, Babel, Gerrard (c), Mascherano, Benayoun, Crouch, Voronin.
Subs - Agger, Alonso, Itandje, Kuyt, Riise, Sissoko, Torres
Liverpoolfc Man-of-the-Match: Javier Mascherano
Rabu, 15 Agustus 2007
TUAH MANUSIA NAMPAK DI KAKI, TUAH AKU...... DEKAT MANA EH?
Minggu lepas, pada hari rabu lepas, sepatutnya ada kuiz Marketing Communication (Marcom). Kuiz dari bab 1-3. Tapi minggu lepas, aku malas betul dan akhirnya aku tak baca apa pun. Aku ke kelas dengan nekadnya dan aku bertekad jawab je apa yang ada dalam kepala. Akhirnya, kuiz di batalkan. Pensyarah aku, PM Kamel kata nak buat kuiz minggu depan nya.
Minggu depan nya, iaitu hari ini, kuiz Marcom akan dijalankan. Semalam, aku ingat lepas tengok WWE RAW kat channel 80 astro, aku nak study. Tapi aku malas gila. Akhirnya aku main game Championship Manager dan lepas tu terus tidur. Aku buat plan nak bangun awal sikit untuk study sebab kelas Marcom pukul 10. So kalau aku bangun pukul 7, aku ada time lagi untuk study.
Malangnya aku tak boleh tidur langsung malam tadi. Puas aku bergolek-golek atas tilam aku yang separuh empuk tu, tapi mata ni tak nak jugak tertutup. Aku pun cuba la beberapa tips yang aku baca dalam majalah, cara-cara hendak senang tidur.
Aku cuba tips pertama, berangan benda yang indah-indah. Aku berangan la aku jadi orang kaya, ada rumah besar, ada bini yang cantik dan sexy.... Agak lama aku berangan, akibatnya angan-angan aku makin menjadi-jadi. Aku berangan sampai aku dah ada anak dan anak aku dah besar dan dah nak kahwin pulak. Hish... aku cepat-cepat snap dari angan-angan mat jenin aku.
Aku cuba tips kedua, mengira. Kita bayangkan ada kambing biri-biri lompat pagar. Lepas tu kira berapa banyak biri-biri yang dah lompat lepas pagar (kalau korang semua selalu tengok cerita dari Amerika dan England, korang mesti tahu kan?).
Aku pun mencuba. Aku bayangkan seekor demi seekor biri-biri melompat pagar, sambil aku mengira dalam hati. "1... 2... 3.... 4..." dan aku terus mengira. Lama kelamaan, aku dah kira sampai hampir 300, tapi mata aku makin segar. Aku tengok hand phone aku.. Mak aih!! Dah pukul 5 pagi tapi mata aku masih buntang lagi. Cis... Tak boleh pakai punya tips.
Aku nak cuba tips ke-3, tiba-tiba aku teringat yang kawan aku ada download cerita Sumolah. Maka aku terus bangun dan bukak PC kawan aku tu. Setelah aku melayari beberapa website, aku pun buka cerita Sumolah tu. Cerita start dalam pukul 5:20 pagi dan habis dalam pukul 7:45 pagi. Dalam aku tengok cerita Sumolah, Lula dengan Apeng dah pun terbangun.
Selepas tamat aku menonton Sumolah, aku terus mandi supaya aku cerdas untuk belajar. Lepas mandi, aku keluar note aku untuk aku baca. Banyak tu beb. Ada 5 bab aku nak baca. PM Kamel dah tambah kan jumlah bab yang keluar sebab kuiz ni di tangguh lagi seminggu.
Tengah aku syok membaca, aku tertidur. Memang patut pun aku tertidur. Aku baca note tu sambil baring. Sedar-sedar, dah pukul 9:45 pagi. Nasib baik dah mandi tadi, tak payah nak mandi lagi. Dan nasib baik jugak Bell belum gerak lagi. Kalau tak memang tak ke kelas la aku jawab nya. Aku pun pergi kelas dengan rasa nekad dan takut-takut.
Bila sampai ke kelas, PM Kamel dah pun berada dalam kelas. Dia memulakan pembelajaran. Tak da kuiz nampak nya. Lega aku. Kemudian PM Kamel kata yang kuiz akan diadakan lepas belajar. Terus aku rasa tak best.
Lepas habis belajar, aku dah rasa serun (seram + gerun). Kawan aku Kulon membaca note di saat-saat akhir. Aku dah blur. Tak tahu nak buat apa. Aku berdoa yang kuiz kali ni keluar la soalan multiple choice, tak pun true false question. Sekurang-kurangnya tak la aku dapat kosong. Tiba-tiba PM Kamel kata.... "Kuiz minggu depan."
FFFUUUHHHH!!!!!! Lega aku beb. Aku dah la tak baca satu apa pun. Aku memang bertuah. Dua kali aku diselamatkan oleh PM Kamel sendiri. Terima kasih PM Kamel. Aku janji dengan diri aku, minggu depan kuiz Marcom ni aku mesti baca. Mesti... Sebab dah dua kali aku terselamat, tak bererti aku akan selamat kali ketiga.... Aku memang bertuah....

Minggu, 12 Agustus 2007
AYAT-AYAT MENGARUT YANG AKU BACA, DENGAR DAN TENGOK SEPANJANG HARI JUMAAT HINGGA HARI INI
1. Mawi memang dah cakap dengan Anugerah Era, dia tak nak di calonkan banyak-banyak sebab nanti dia menang semua. Nanti ada artis tak puas hati pulak.
- Ayat yang keluar dari mulut kawan aku. Tolonglah. Setakat menang SMS boleh la.
2. Kalau Mawi yang jadi Ikon Malaysia, mesti dah jadi Ikon Asean. Ada ke hantar Jacklyn Victor, tu yang kalah.
- SMS yang aku terima sejurus selepas pemenang Ikon Asean di umumkan. Ikon Filipina merupakan pemenang Ikon Asean.
3. Jangan risau. Lepas raya nanti, syarikat ni nak tukar semua bas. Nanti lepas raya, korang semua naik bas baru.
- kata penjaga tiket bas Cepat Ekspress kepada semua penumpang selepas bas susah nak di hidupkan setelah lebih 10 minit cubaan untuk menghidupkan bas gagal. Kalau nak menipu pun berpada-pada la. Dah bagi bonus kat pekerja, ada pulak duit lepas raya. Lagi pun dah banyak kali dengar janji macam ni.
4. Man United johan lagi EPL tahun ini.
- PPfftt. Semalam lawan Reading yang main 10 orang pun tak boleh lepas.
5. Petikan daripada Yahoo Messanger kawan aku:
xxx : Perniagaan internet ni halal ke haram, bang?
kawan aku : Kau pegang tangan boyfriend kau tu, ada tak kau tanya halal ke haram?
- Haha... Cara la Lula.
6. Walaupun saya pakai bikini, tapi saya tak pernah tinggal sembahyang.
- statement budak Ijazah Perbankan Islam. No komen. Hahaha....

LFC NEWS: CAPTAIN MARVEL STEVEN GERRARD
GOAL! Steven Gerrard: OH MY GOD...brilliant free kick from the skipper to put the Reds back in front. I love you Stevie
Yeah!!! Akhirnya Liverpool berjaya memecahkan badi seri game pembukaan EPL lima tahun berturut-turut. Aku ingat seri je. Tapi free kick Steven Gerrard yang cantik berjaya memberi kemenangan untuk LFC, mengalahkan Aston Villa di Villa Park.
Liverpool mendahului pada minit 31 melalui gol sendiri oleh pemain Villa, Martin Laursen, setelah gol Villa kelam kabut akibat serangan Dirk Kuyt dan Fernando Torres. Villa menyamakan kedudukan pada minit 85 melalui sepakan penalti dari Gareth Barry, setelah bola terkena tangan Jamie Carragher.
Pada minit 87, Gerrard menunjukkan kepakaran sepakan percuma nya dengan menjaringkan gol kemenangan Liverpool. Sepakan Gerrard melambung melepasi John Carew dan melampaui jangkauan penjaga gol Villa, Stuart Taylor.
Kemenangan ini membakar semangat Liverpool dalam cubaan untuk memenangi EPL musim ini. Tapi aku tengok, banyak team kuat tahun ni macam Mancester City dan Newcastle. Hope Liverpool mencuba sehabis baik nanti.
The First Eleven
Aston Villa: Taylor, Gardner, Laursen, Mellberg, Bouma, Barry, Petrov, Reo-Coker, Young, Agbonlahor, Carew. Subs - Cahill, Harewood, Maloney, Moore, Osbourne
Liverpool: Reina, Arbeloa, Agger, Carragher, Finnan, Riise, Alonso, Gerrard (c), Pennant, Kuyt, Torres. Subs - Babel, Hyypia, Itandje, Sissoko, Voronin
Liverpool Man of The Match : Gerrard
Rabu, 08 Agustus 2007
PARA - PARA GADIS DIPLOMA PART 1
Sepatutnya aku post entri ni semalam, tapi sebab tak de mood dan idea untuk mengarang, baru hari ini aku nak post.
Semalam, selepas kelas Marketing Communication, aku lepak & makan dekat dengan kafe benteng berdekatan kolej SMK dan Intan (student UiTM Segamat patut tahu) dengan classmate aku, Kulon. Posisi tempat duduk aku amat la strategik untuk aku melihat semua student yang tengah lepak dekat situ, juga dekat dengan laluan keluar-masuk student di kafe tersebut.
Sambil-sambil makan tu, mata aku meliar memerhatikan gelagat student yang makan disitu. Aku nampak sekarang dah ramai awek-awek cun, cute, lawa gila dan.. seksi.
"Ramai pulak awek-awek cun kat UiTM ni," kata hati aku.
Menurut sepupu aku yang juga belajar di sini, budak-budak part 1 diploma batch dia memang banyak yang cun, seksi, dan sebagainya.
Aku tak menfikan dakwaan sepupu aku tu. Sebabnya, aku pergi temankan sepupu aku ni masa pendaftaran pelajar diploma hari tu. Dan pada masa tu juga, mata aku dah giat usha budak-budak junior nih. Yup!! Aku tak nafikan yang memang ramai budak-budak part 1 yang memang boleh bikin jiwa bergelora. Gerek seh....
Tapi, ada jugak budak part 1 ni yang selekeh habis. Aku ternampak masa aku nak basuh tangan sesudah aku habis makan. Dengan muka monyok, rambut simpul siput selekeh, baju kurung yang di pakai pun tak gosok. PERGH!!!!! Tak boleh handle, beb...
So, budak part 1 ni ada yang betul-betul cun dan boleh di buat awek tapi dalam masa yang sama ada yang membuatkan kau kena pikir 4-5 kali untuk kau tegur. Nape lah tak de awek-awek gerek macam diorang ni dalam batch aku....hhhhuuuu....

MERDEKA
Korang tahu tentang sejarah kemerdekaan Malaysia? Tak tahu baca kat bawah ni
Klik sini untuk artikel inggeris
Klik sini untuk artikel melayu
Selamat membaca
Klik sini untuk artikel inggeris
Klik sini untuk artikel melayu
Selamat membaca
Minggu, 05 Agustus 2007
KISAH RAMBUT PANJANG, BOLA SEPAK DAN SKUAD REMAJA
Aku masuk ke website Berita Harian EPG, untuk mencari cerita tentang kemusnahan dan kutukan untuk skuad Malaysia kita. Kamu tahu tak EPG tu ape? EPG tu singkatan kepada Emas-Perak-Gangsa, akhbar sisipan untuk akhbar Berita Harian, setiap hari khamis.
Tiba-tiba aku terbaca dekat seksyen e-mel anda, komen seorang pembaca EPG bernama Radin Zayady dari Shah Alam. Dia bagi cadangan tentang apa yang perlu FAM lakukan untuk tingkatkan mutu permainan bola sepak Malaysia:
1. Wujudkan skuad pelapis bawah 16, 18 dan 21 tahun yang berbakat mengganti skuad yang ada.
2. Jangan benarkan pemain berambut panjang mewakili negara.
3. Ketatkan disiplin pemain.
4. Tambah lagi perlawanan persahabatan dengan pasukan negara luar termasuk Jepun, Korea Selatan, China mahu pun Eropah.
5. Persatuan Bola Sepak Malaysia dan gabungan mereka harus mencungkil bakat baru untuk diketengahkan sebagai pelapis setiap tahun.
6. Pandangan orang ramai harus diambil kira.
7. Jurulatih setiap negeri harus menyiapkan laporan kemajuan setiap pemainnya jika dia dipanggil mewakili Malaysia.
Aku setuju dengan cadangan no. 1. Skuad-skuad eropah sentiasa tak kehabisan bakat-bakat muda sebab mereka ada skuad-skuad pelapis mereka.
Cadangan no.4 pun ada rasionalnya. Pemain kita kekurangan pengalaman dalam perlawanan antarabangsa. Mungkin orang anggap perlawanan bola sepak antarabangsa ni biasa sahaja, tapi perlawanan antarabangsa berbeza dengan perlawanan liga yang biasa. Suasana berbeza, berjuang untuk maruah negara, memang situasi yang berbeza.
Cadangan no. 6 pun aku setuju gila. FAM tak boleh anggap mereka sentiasa betul. FAM kena terima pandangan orang lain sebab pandangan diorang memang dah tak boleh pakai lagi. Mereka kena brainstorm untuk dapatkan idea baru dari semua pihak, terutama peminat. Jangan nak anggap diri sentiasa betul.
Cadangan no. 2 tu, aku tak setuju. What the fu.... Apa pulak kena mengena rambut dengan main bola? Bukan rambut pun yang nak menyepak bola. Adakah pemain rambut panjang tak bagus? Aku tak setuju dengan cadangan ni...
Ok, cuba korang tengok Gabriel Batistuta. Rambut panjang (masa dia main bola dulu la, sekarang ni dah pendek sebab dah tua). Tapi skill permainan dia memang hebat. Dia menjadi ikon Argentina masa World Cup 98 dulu. So, cadangan no.2 tak diterima. Lagipun ramai apa mat rock rambut panjang... Eh. Dah terkeluar tajuk ni. Hehe...
Berbalik kepada cadanga no. 1. Skuad pelapis memang amat diperlukan. Mulakan dari skuad bawah 12, kemudian diserap ke skuad bawah 16 tahun, seterusnya ke skuad bawah 18 dan ke skuad bawah 21 sebelum ke skuad senior.
Ini akan menambahkan pengalaman dan kematangan pemain muda dalam mengharungi perlawanan antarabangsa. Perlu kita ingat bahawa pemain-pemain handalan dunia sekarang bermula dengan skuad bawahan sebelum menjejak kaki ke skuad senior.
Masih ingat lagi Youth World Cup 1997 yang berlangsung di Malaysia dulu? Pertandingan ini untuk skuad renaja bawah 20 tahun. Masih ingat nama-nama besar yang menyertai pertandingan tersebut? Nwankwo Kanu (Nigeria), David Trézéguet, Thierry Henry (Perancis), Juan Román Riquelme, Pablo Aimar, Esteban Cambiasso (Argentina), Michael Owen(England), Damien Duff(Ireland), dan Shunsuke Nakamura (Jepun). Mereka sekarang dah pun menjadi nama besar dalam dunia bola sepak dan skill mereka di atas padang memang tidak boleh di pertikaikan lagi.
Jadi harap-harap FAM mengambil ikhtibar dari kekalahan yang memalukan dalam Piala Asia untuk memperbaiki semula maruah yang tercalar. Semoga kehebatan Malaysia kembali seperti era allahyarham Mokhtar Dahari.

BAS ROSAK LAGI
Korang ada baca post aku sebelum ini tentang bas ekspress Cepat Ekspress yang aku naiki rosak?? Kalau ada, post ini lebih kurang kesinambungan nya lah....
Hari jumaat petang, aku pulang ke Batu Pahat menaiki bas. Dah lama juga aku tak balik naik bas. Aku balik naik bas Yow Hoe. Bas ni bas tambang, atau senang cakap, bas mini taip saiz dia panjang sikit dan dia travel destinasi yang lebih jauh dari bas mini biasa. Kalau korang orang KL, mungkin dah lama tak dengar perkataan bas mini ni kan? Maklumlah, sekarang dekat sana pakai bas Rapid KL, City Liner dan intakota dan lain-lain la...
Belum pun sampai ke Labis, enjin bas ni berasap. Pegh!!!! Aku dah angin gak la masa tu. Kenapa asyik rosak je bas yang aku naik. Tak lama lepas tu, kawan dia datang betulkan sikit-sikit. Lepas tu driver bas ni gamble je terus jalan walaupun enjin bas tu dah gegar gila-gila punya la. Sampai Labis, driver dia cakap nak tukar bas. Tapi tiba-tiba jalan balik. Berdoa je la hati aku jangan bas tu meletup sudah. Akhirnya sampai Cha'ah, dapat jugak tukar bas. Baru la tenang sikit hati aku.
Tolong la tukar bas Syarikat Yow Hoe. Letak la bas korang dengan air-cond. Tolong la.

Kamis, 02 Agustus 2007
RENUNGKANLAH....
Lapang dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.
"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,"beritahu pegawai itu lagi.
"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.
Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.
"Pah... oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.
"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.
" Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, " cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.
"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."
"Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat- lewatnya minggu depan."
"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu."
Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.
"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja."
Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.
"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding," cadang Pak Uwei.
"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.
"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.
"Tapi bang?... "
"Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya.
Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.
"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan balik sama?" tanya Balkis.
"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya?... ," balas Pak Uwei.
Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.
"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.
"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak uwei.
"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"
"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah." Intan cuba membuat abahnya faham.
"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!"
"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang," balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya.
"Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?, telangkup ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!!"
Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja. Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.
"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak Uwei memulakan bicara.
"Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.
"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta Kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan hasratnya.
"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.
"Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat- lewatnya minggu depan."
"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.
"Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya PakUwei melindungi kekecewaannya.
"Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak- budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz.
Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis.
"Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki durian berbuah kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling Pada Balkis.
"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi."
Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.
"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman."
"Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok," sokong Muaz.
Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.
"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.
"Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi... dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?"
Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.
"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya.
"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.
"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.
"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi kegemarannya. " Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya.
Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.
"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"
"Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."
"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.
"Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu."sambil mencium tangan Mak Pah yang menggeleng kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.
Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat anaknya itu menyisihkan diri. Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.
"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api."
"Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.
"Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis.
Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.
"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ," ujar Intan menghampiri mereka.
Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.
"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan.
Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu.
"Abah ni... ke situ pulak...."
"Habis tu?"
"Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni, resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti."Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.
"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya.
"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima pemberian yang tak seberapa ini dari Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.
"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.
"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan."
"Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan..."ujar Pak Uwei.
Intan peluk abahnya erat.
"Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni," MakPah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.
"Mak ni... ," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.
Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembiran bercampur hiba.
"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.
"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?"
"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."
"Hah, awak dengar tu... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah, " tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu.
"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan sambil memeluk emaknya.
Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu. Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.
"Kenapa resah aje ni, bang?" Mak Pah terjaga.
"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita."
"Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.
"Mak... abah... ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.
"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?"
Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.
"Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei.
"Intan pun tak datang juga ke?" Tanya PakUwei terasa hampa.
"Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah."
Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.
"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati." cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman.
Muaz diam sambil mengerling Azman yang sedang memandu.
"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.
"Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu, abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?"
"Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus," ajak Azman menukar tajuk perbualan.
"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei.
Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.
"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya.
"Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.
"Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.
"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan.
Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.
"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar.
Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.
"Sabar abah... ," Muaz menggosok belakang abahnya.
" Kenapa Az ... kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.
"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.
"Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang.
"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah.
"Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah tersedu sedan.
"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah sebelum mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hariJumaat mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenangmak," cerita Muaz.
Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."
Tamat....
Moral cerita ...
buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda hanyalah sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita bernyawa. Dan bila sudah menjadi ibu bapa satu hari nanti, jangalah kamu membeza-bezakan anak kamu..
Renung-renungkan. ....

Langganan:
Postingan (Atom)