Lama juga aku tak buat segmen yang formatnya aku ciplak daripada David Letterman (Damn, I miss this show. Wei, Star World! Bila nak keluarkan David Letterman balik ni?)
Kali ini, aku mahu fokus kepada si penggila komputer atau internet yang terlampau taksub sampai ke tahap weirdo. Kebanyakan tentang weirdo komputer ni aku baca biasanya dekat oversea, belum ada lagi yang wujud di Malaysia (ke sebab aku tak tahu?).
Komputer weirdo datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang terlampau taksub dengan games, ada yang taksub dengan chatting, ada yang taksub dengan Facebook, ada yang taksub dengan e-mel, ada yang taksub dengan porn site dan pelbagai jenis taksub dan takjub lagi.
Disebabkan perasaan taksub yang melampau-lampau itu, mereka akhirnya bagaikan melekat dengan komputer, tak boleh dipisahkan seperti kata pepatah, bagaikan aur dengan tebing, bagaikan isi dengan kuku dan bagaikan anjing dan bayang-bayang.
Bila dah terlampau lama melekat dengan komputer, mereka akan jadi kurang bersosial dan dengan itu, cara mereka berinteraksi dengan manusia lain akan berubah. Ada yang mula jarang-jarang bercakap dengan manusia, ada yang terus tak jumpa manusia.
Banyak cakap tak guna (ke banyak taip?) mempersembahkan:
WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Anda Seorang Weirdo Komputer dan Internet

10. Anda menonton semua cerita di wayang dan TV di komputer anda dengan men-download semua cerita. Malahan, anda sanggup pasang TV Card di komputer anda untuk menonton TV, walaupun ada TV 40 inci di ruang tamu, kerana tidak mahu berenggang dengan komputer anda.
9. Anda lebih selesa berbual dengan ahli keluarga anda melalui Twitter dan Facebook chat sahaja kerana anda percaya yang face-to-face conversation adalah tidak relevan lagi.
8. Anda masih berchatting menggunakan IRC walaupun Yahoo Messenger dan Skype sudah lama wujud.
7. Anda tidak keluar dari rumah anda selama 3 tahun kerana anda sedar yang anda boleh membeli barangan keperluan anda melalui E-Bay, Amazon, Lelong.com, Mudah.my dan lain-lain lagi.
6. Anda periksa e-mel anda setiap 3 minit.
5. Komputer/laptop anda tidak pernah ditutup lebih dari setengah jam dan hanya anda seorang sahaja yang boleh menutup komputer/laptop anda. Jika ada orang lain yang menutupkan komputer/laptop anda, anda rasakan bagaikan anda telah dicabuli.
4. Anda merupakan top contributor atau top post dalam setiap forum yang anda sertai dan semua post anda ada berkaitan dengan video game, torrent untuk movie, cara-cara untuk hacking, porn film dan teori konspirasi (Illuminati and Freemason alert here!).
3. Anda ada 5 akaun palsu Facebook dan MySpace yang anda gunakan semata-mata untuk stalking gadis perempuan-perempuan hot dan seksi.
2. Anda ada 5 akaun palsu facebook dan MySpace yang anda gunakan untuk menyamar menjadi seorang perempuan untuk stalking perempuan-perempuan lesbian. Ppppffftttt!!!
1. Anda bermain Warcraft, Counter Strike, DOTA, FIFA 11 dan permainan yang sewaktu dengannya, lebih lama daripada waktu anda bekerja di pejabat.
P/S: Aku dapat idea untuk tulis entri kali ini daripada kawan aku Sufian atau nama manjanya Yan, yang mana kawan Si Yan tak keluar dari rumah selama 6 bulan (ke setahun?) sebab terlampau taksub main game di komputer dan PS. Ffffuuuuu!!!! Memang gila. Yan, harap-harap kau berjaya pujuk kawan kau tu pulang ke pangkal jalan.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar