Selepas aku menjalani pembedahan pembetulan Hernia November tahun lepas, perut aku sudah mula memboroi kembali. Sia-sia segala usaha aku berjogging sebelum pembedahan. Perut aku sudah agak flat hasil dari tabiat berjogging tapi selepas pembedahan tersebut, perut aku dah kembali membusung.
Selepas hampir setahun, aku mula pasang niat untuk berjogging. Tak macho lah kalau muka kacak dan comel tapi perut macam bukit.
Tiga minggu lepas, aku mula pasang niat nak berjogging. Sebaik aku nak keluar berjogging, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Musim hujan petang bermula di Batu Pahat. Terpaksalah aku membatalkan niat suci murni aku.
Seminggu kemudian, selepas berakhir musim hujan petang, aku mula pasang balik niat aku. Tapi masuk musim jerebu pula. Sekali lagi aku terpaksa melupakan niat berjogging.
Minggu lepas, aku berniat nak pergi berjogging. Sedang aku bersiap, kawan aku menelefon aku:
"Hoi, tengah buat apa?"
"Tak de ape? Kenape?"
"Aku nak ajak kau jumpa satu awek cun ni. Awek ni dah lama minat kat kau."
Ok. Memang tipu. Sebenarnya kawan aku ajak temankan dia beli sport rim. Sekali lagi niat berjogging berkubur.
Khamis lepas, aku rasa ini masa yang terbaik untuk bersenam. Tapi aku malas nak berjogging. Memandangkan rumah aku mempunyai sebuah basikal senaman, baik aku bersenam dalam rumah saja. Bila dah dapat stamina, baru aku berjogging balik. Sudah lama sangat aku tak bersenam. Takut juga kalau baru 15 minit berjogging, aku terus rebah.
Tiba-tiba ayah aku pulang dan menghulurkan satu bungkusan pada aku.
"Mee goreng. Makan la, mee ni tengah panas lagi ni. Baru sedap."
Tak baik menolak rezeki dan berdosa kalau derhaka dengan orang tua sendiri. Jadi aku pun terus makan. Kalau mee dah sejuk, tak sedap pulak nanti.
Kalau kita hendak buat benda berfaedah, banyak betul halangan dan alasan. Aku berazam akan bersenam mula bulan November ini. Sila bagi ucapan good luck pada aku.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar