Sedang aku berjalan-jalan disebuah shopping complex, aku ternampak sekumpulan anak muda sedang memijak lipas. Bukan! Mereka bukan pijak lipas, tapi sedang menari shuffle. Macam tengah pijak lipas gayanya.
Dah lama juga aku tak nampak budak-budak shuffle ni. Mungkin semuanya sibuk dengan PMR. Sekarang PMR dah habis, baru boleh bershuffle semula.
Oleh disebabkan aku jalan berseorangan, aku pun lepak sekejap sambil tengok budak-budak shuffle menunjukkan bakat mereka walaupun bakat mereka semua tahap biasa-biasa saja.
Tiba-tiba, salah seorang dari budak shuffle menegur aku, "Dude, tengok je ke? Jom join sekali."
Aku tersenyum mendengar pelawaan budak shuffle dan dalam masa yang sama, otak aku ligat memikirkan jawapan yang sesuai. Tiba-tiba aku teringat catchphrase yang Danny Glover selalu sebut dalam Lethal Weapon.
"I'm too old for this shit," Jawab aku sambil tersenyum.
==========
Selepas bosan melihat budak-budak bershuffle, aku pun meneruskan langkah ke The Store, nak membeli beberapa barangan rumah yang dah habis.
Aku mula terfikir, kenapa budak-budak tu boleh ajak aku bershuffle. Kalau dari pakaian memang jelas yang aku memang tak berpakaian seperti budak shuffle.
Aku pakai Spain away jersey, seluar jeans hitam (bukan skinny) dan berkasut Converse. Memang tiada ciri-ciri pemakaian mat shuffle.
Tiba-tiba otak aku dapat memikirkan satu jawapan bagi persoalan aku tersebut:
"Mesti muka aku nampak muda. Macam budak-budak belasan tahun sebab budak belasan tahun yang ramai bershuffle. Kiranya aku nampak mudalah!"
Aku tersenyum. Keyakinan bertambah 200%.
Rasanya tak salah kalau aku pergi tackle anak-anak gadis yang muda sebab aku pun nampak muda, kan?
==========
Tiba-tiba aku terfikir, di mana bermulanya kita mula 'rasa tua' untuk melakukan sesuatu.
"Aku dah terlalu tua untuk pergi ke gig"
"Aku dah terlalu tua untuk bersolek lama-lama"
"Aku dah terlalu tua untuk main futsal"
"Aku terlalu tua untuk pakai baju tu"
"Aku dah terlalu tua untuk pergi berdemonstrasi"
Ada yang mula fikir yang mereka mula rasa tua bila mereka rasa diri mereka sudah matang. "Orang matang tak boleh buat benda yang budak-budak buat," kata mereka.
Ada yang mula fikir mereka mula tua bila umur mereka dah mencecah 25 tahun. Ada yang mula fikir mereka mula tua bila umur mereka dah berkahwin.
Bercerita tentang kahwin, ada seorang kawan yang berkata sepupunya dah tak main futsal bersama-sama sebab dia dah berkahwin dan fikir yang futsal hanya untuk budak-budak universiti sahaja.
Macam tak masuk akal jugak bila kita fikirkan statement sepupu kawan aku tapi itu cara dia berfikir. Kita tak boleh salahkan dia. Seperti apa yang aku tulis, ada pelbagai cara yang menyebabkan kita rasa dah tua.
Bagi aku, kita sebenarnya bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan kita letak batasnya supaya tak nampak seperti orang tua tak sedar diri. Sebagai contoh, kalau kau pergi gig, kau tak payahlah nak bermoshing. Tengok gig rilek-rilek saja. Kekalkan aktiviti masa muda dengan membuat sedikit adjustment.
kalau kau rasa nak pakai baju orang muda, pakai. Tapi pastikan buat adjusment dengan umur kita. Tak salah pun. Aznil Haji Nawawi umur dah 47 tahun, tapi masih pakai baju orang muda dan nampak muda. Yang penting, kita pandai adjust benda-benda orang muda ni mengikut umur kita.
Tapi macam mana pun, aku tak kan sesekali bershuffle. Bukan sebab aku rasa dah tua nak bershuffle, tapi shuffle memang bukan taste aku. Shuffle bukan milikku, tapi milik Aril AF.
==========
Selepas balik, aku pun mengemas sikit bilik aku. Tengah aku mengemas, tiba-tiba aku terjumpa satu kotak. Dalam kotak tu, PS2 dan semua CD game yang dah lama aku tak sentuh.
Aku pun mengeluarkan PS2 dan lap segala habuk yang melekat. Lama jugak aku tak main PS2. Rasanya semenjak awal tahun, aku dah mula tak sentuh PS2 dan simpan dalam kotak.
Tiba-tiba aku rindu pulak nak main PS2 tersebut, lagi-lagi selepas aku berbual dengan Fauzi pasal PS2 & PS3 2-3 hari yang lepas.
Aku terus pasang PS2 pada TV. Buka TV dan terus hanyut di alam PS2.
"I never too old for this shit!"
P/S: Sebenarnya, kita akan jadi 'tua' bila kita fikir kita 'sudah tua', bukannya mengikut jumlah nombor umur kita. Tapi macam mana pun, kena jaga jugak perlakuan. Nanti kena cop orang tua tak sedar diri pulak. Apa yang penting, pastikan jangan lupa buat adjustment.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar