Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan tahniah kepada atlet Malaysia atas jumlah kutipan pingat emas yang melebihi daripada sasaran awal.
Dan rasanya belum terlambat juga untuk aku buat bercerita tentang prestasi Atlet Malaysia di Delhi. Dato Siti Nurhaliza kahwin pun korang bercerita sampai sebulan, tak kan pasal Sukan Komanwel tak boleh pulak kan?
Sebelum aku bercerita pasal Atlet Malaysia, aku nak merungut sikit pasal laman web rasmi Sukan Komanwel Delhi 2010. Bagi aku, website rasmi Sukan Komanwel kali ini adalah yang paling tidak mesra pengguna dan paling tak membantu untuk dijadikan rujukan.
Maklumat dalam website tersebut lambat di update sedangkan Malaysia sudah pun memenangi pingat emas 3 jam yang lepas.
Selain itu, bila aku nak tengok jadual pertandingan, ia boleh dilihat di tab schedule. Sebaik sahaja klik, kita akan dipaparkan dengan Sports Tracker dalam bentuk Flash. Memang cantik dan seperti sama dengan website rasmi World Cup 2010 yang informatif. Tapi tiap kali aku mencari maklumat di situ, aku tak pernah memerolehi startlist untuk acara-acara yang dipaparkan.
Aku cuba cari start list pada Schedule and Result. Website tidak memaparkan senarai secara drop down menu sebaliknya dalam bentuk Adobe reader yang didownload dulu pada komputer. Pelik juga programming yang dicipta ini. Malah aku dapati semua maklumat terpaksa di download terlebih dahulu sebelum boleh dibaca. Kenapa tak tunjuk saja start list dan result pada website tersebut?
Ini menyebabkan aku buntu untuk mencari maklumat di website tersebut. Web site tersebut memang tak membantu.
Aku tak pasti sama ada web site tersebut dikemaskini sepanjang masa atau secara harian. Ini kerana keputusan setiap acara tidak di post kan pada website sehinggalah hari esok.
Selain itu, website tersebut juga kekurangan gambar. Berbeza dengan website Olimpik 2008 dan 2004 juga website Komanwel 2006, setiap website tersebut mempunyai banyak gambar untuk setiap acara yang dipertandingkan.
Tapi untuk website Komanwealth ni, dalam satu hari website ini cuma mampu meletakkan belasan gambar sahaja. Tak kan dalam satu hari yang penuh dengan puluhan acara yang disertai oleh ratusan atlet, mereka cuma mampu letak belasan gambar sahaja? Ada sehari tu, mereka hanya letak 10 gambar. WTF!
Selain itu, maklumat tentang atlet juga tidak lengkap. Tiada gambar atlet, maklumat diri yang tak lengkap, malahan ada atlet yang tidak diletakkan pun jantinanya.
Bukan aku nak kata apalah, tapi website rasmi Komanwel 2010 memang teruk. Jangan bandingkan dengan website Olimpik 2006 atau 2010, bandingkan saja dengan website SUKMA 2010 yang lepas, aku rasa website SUKMA tersebut jauh lebih lengkap dari website sukan komanwel ini.
Kilauan Emas Atlet Malaysia |
Amirul Hamizan Ibrahim memberikan pingat emas pertama Malaysia dalam acara 56kg |
|
Arrico Jumith melakukan kejutan dengan memenangi pingat emas acara lelaki 62 kg |
|
Josiah Ng: Emas dalam acara Kirin |
|
Zaira Zakaria gagal menyumbangkan pingat apabila terlewat untuk melakukan angkatan terakhir |
|
Sharifah Inani Najwa gagal membuat angkatan dalam kategori 53kg |
|
Raihan Yusoff membuat kejutan dengan memenangi gangsa dalam acara 53kg |
|
Mohd Rizal Tisin: Gangsa 1kn Time Trial |
|
Pasukan Hoki Malaysia meraikan kemenangan ke atas Kanada 3-2 |
|
Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong: Perak dalam 10 meter platform berirama |
|
Farah Ann Abdul Hadi dalam acara gimnastik |
Apa Yang Menarik Dari Atlet Negara Lain
|
Jared Tallent memenangi emas dalam acara 20km jalan kaki manakala isterinya pula, Claire Tallent memenangi pingat perak dalam acara yang sama bagi kategori wanita |
|
Sally Pearson meraikan kemenangannya dalam acara 100 meter wanita. Namun, kemenangannya dibatalkan atas kesalahan 'false start'..... |
|
...Namun, Sally Pearson tidak berputus asa dan memenangi emas dalam acara 100 meter lari berpagar |
Dengan kutipan 12 emas, 10 perak dan 14 gangsa dalam temasya kali ini merupakan kutipan pingat yang terbaik sepanjang sejarah Malaysia dalam Sukan Komanwel, lebih baik dari rekod di Sukan Komanwel Kuala Lumpur 98 (10 emas, 14 perak, 12 gangsa).
Ada atlet yang membuat kejutan apabila memenangi pingat emas dalam temasya kali ini. Begitu juga dengan atlet lain yang tidak diberikan harapan namun mampu meraih pingat perak dan gangsa. Skuad boling padang agak mengecawakan kerana telah mengsasarkan 4 pingat emas namun hanya pulang dengan 1 perak dan 1 gangsa.
Atlet paling cemerlang jatuh kepada Elaine Koon, yang memenangi 5 pingat, 1 emas, 1 perak dan 3 gangsa, yang membawa kepada jumlah insentif RM 180,000.00, jumlah paling tinggi dikalangan atlet. Elaine baru berumur 16 tahun, jangan fikir nak tackle dia pulak sebab dia dapat insentif yang banyak pula.
|
Senyuman dan aksi Elaine Koon yang bernilai RM 180,000!!! |
Apa pun, tahniah kepada Elaine Koon. Juga atlet lain yang memenangi pingat atau pun tidak. Semoga kejayaan di Sukan Komanwel kali ini akan menjadi pembakar semangat untuk Sukan Asia Guangzhou yang bermula 12 November ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar