Kalau kamu semua penagih Facebook yang tegar, mesti kamu tahu apa Unstoppable ni.
Aku sebenarnya tak berapa tahu sangat Unstoppable secara terperinci sebab aku tak pernah jumpa agen Unstoppable atau pergi ke web site Unstoppable, tapi aku dapat buat rumusan yang Unstoppable ni lebih kurang macam MLM, sistem piramid, Sistem Matriks atau sewaktu dengannya.
Kalau dalam Facebook, agen Unstoppable terkenal dengan gambar seperti di bawah:
Banyak sangat duit brother ni sampai kena letak celah kangkang |
Baca quote kat bawah gambar tu. Hebat juga orang Unstoppable. Quote tu kalau kena dekat Melayu Tipikal, memang dah terpengaruh tu |
Biasanya agen Unstoppable akan menangkap gambar seperti di atas dan tag semua kawan-kawan yang ada dalam friend list.
Ramai juga kawan-kawan ku yang juga agen Unstoppable ajak aku joint, tapi hati aku tak terbukak untuk joint. Sebab aku kurang yakin dengan Unstoppable. Betul ke boleh dapat RM 35 ribu dalam masa sejam? Macam mana boleh dapat besar macam tu?
Tapi sekarang, dah terbukti yang Unstoppable memang satu sistem yang berjaya. Semua agen Unstoppable kini boleh bergambar dengan duit masing-masing macam brother dalam gambar atas tadi.
Dan Unstoppable semakin mengorak langkah dengan menembusi pasaran Amerika. Ya! Jangan tak percaya pulak. Unstoppable kini sudah bertapak di Amerika. Mereka sudah berjaya menguasai kawasan Hollywood, sampaikan Unstoppable kini sudah mampu membuat satu filem mengenai syarikat mereka di Hollywood.
Tapi, kenapa tiada babak pelakon utama pegang duit atau kipas pakai duit? Kenapa kisah tentang keretapi pula? Adakah Chris Pine dan Danzel Washington ahli berdaftar Unstoppable dan bakal berpossing dengan duit tak lama lagi?
Menyesal aku tak joint Unstoppable, kalau tak dapat aku berlakon dengan Denzel Washington.
Menyesal aku tak joint Unstoppable, kalau tak dapat aku berlakon dengan Denzel Washington.
Sekian, troll bermutu rendah dari saya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar