Sebenarnya aku pernah menulis benda ini dalam entri 2 tahun lepas. Tapi aku saja mahu kupas balik isu ini.
Bercouple dengan adik-beradik ini biasanya boleh menjadi isu yang besar juga.
Seorang lelaki, mempunyai seorang kawan yang betul-betul baik. Bukan yang jenis sekadar kawan. Ini memang jenis kawan sehidup semati. Kawan sama ketawa dan sama menangis. Dialah kawan yang paling baik yang pernah ada sepanjang dia hidup.
Tiba-tiba si kawan ini bercouple dengan adik perempuannya. Pasti situasi akan berubah.
Sebagai contoh dalam cerita F.R.I.E.N.D.S. Ross dan Chandler berkawan baik, semenjak dari zaman sekolah lagi. Tiba-tiba Chandler bercouple dengan adik Ross, Monica. Pada awalnya, Ross sendiri sukar menerima kenyataan ini. Aku masih ingat lagi ayat "My sister and my best friend?" diulang oleh Ross berulang kali dalam episod tersebut.
Aku pernah dengar cerita dari seseorang (ok. sebenarnya aku dah lupa siapa) tapi menurut beliau, dia ada seorang kawab baik. Tapi semenjak kawan baik dia bercouple dengan adik dia, terus tiba-tiba dia renggang dengan kawan dia. Nak kata bergaduh, tak juga, Tapi terus renggang tiba-tiba.
Tapi ada jugak yang tak kisah. Bagi diorang, lebih senang kalau adik mereka bercouple dengan orang yang mereka percayai.
Jadi, persoalan untuk hari ini:
1. Apa perasaan kamu jika kawan baik kamu bercinta dengan adik perempuan atau kakak kamu? (bagi pembaca wanita, abang atau adik lelaki kamu)
2. Adakah kamu akan menghalang atau membiarkan perhubungan tersebut? Kenapa kamu menghalang atau membiarkan hubungan itu?
3. Kalau kamu menghalang tetapi mereka tetap meneruskan juga perhubungan itu, sanggupkah kamu memutuskan tali persahabatan antara kamu dan kawan kamu?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar