Dulu, aku buat Top 10 Aerosmith Songs, ramai yang tak tahu lagu Aerosmith. Jadi untuk kali ini, aku buat lagu yang lebih mesra radio.
Pada mulanya aku mahu buat Top 10 Muse Songs. Tapi kerana Muse kedekut nak mampus, tak bagi orang embed video mereka, jadi aku berubah arah kepada Linkin Park.
Linkin Park adalah sebuah rock band yang berasal dari Aguro Hills, California dan membawa genre Nu Metal, Rock Rap dan Alternative Rock.
Band ini asalnya dianggotai oleh Mike Shinoda, Rob Bourdon, Brad Delson, Dave "Phoneix" Farell dan Joe Hahn. Mereka menggelarkan band mereka sebagai Xero. Kemudian. Chester Bennington datang dan mereka mengubah nama kumpulan mereka menjadi Hybrid Theory sebelum menukar nama band mereka sekali lagi menjadi Linkin Park.
Hybrid Theory kemudiannya digunakan sebagai tajuk album pertama mereka. Linkin Park sudah pun mengeluarkan 4 studio album setakat ini. Banyak cerita pun tak guna, silalah baca list di bawah:
WOTS Top Ten List: Top 10 Linkin Park Songs
10. Faint
Faint merupakan single ke-2 yang di-release-kan dari album kedua Linkin Park, Meteora.
Masa kali pertama aku dengar lagu ini, aku rasa bagaikan intro lagu ini bagaikan muzik lagu hindustan.
Lagu ini dinyanyikan oleh Mike Shinoda dengan rapping yang sangat laju dan juga jeritan yang menjadi trademark buat Chester Benington.
Video klip lagu ini banyak menunjukan dari bahagian belakang band tersebut yang sedang menyanyi di atas pentas. Lagu pentas yang terang membuatkan kita hanya mampu nampak silhouette mereka sahaja.
Antara lagu yang pantas dari Linkin Park. Susah juga nak rap selaju Mike Shinoda.
9. Crawling
Crawling merupakan single kedua dari album pertama mereka, Hybrid Theory.
Lagu ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang terseksa kerana terpaksa bergelut dalam sebuah perhubungan cinta dengan seorang lelaki yang suka mengasarinya dari segi mental dan fizikal.
Sepatutnya, penamat video ini ialah perempuan tersebut membunuh kesemua ahli band Linkin Park. Namun, pengarah agak tidak berpuashati dan mengubah supaya ia lebih mesra penonton.
Lagu ini tidak melibatkan rapping dari Mike Shinoda, yang mana pada mulanya membuatkan aku merasa sedikit janggal mendengarnya, sama seperti One Step Closer.
8. Waiting For The End
Selepas kecewa mendengar single pertama dari album keempat band ini, The Catalyst, lagu ini bagaikan menjadi penyelamat buat album ini. Waiting For The End merupakan single kedua dari album tersebut.
Lagu ini memang berbeza dengan lagu-lagu Linkin Park yang lain. Bukan setakat dari segi bunyi gitar yang agak berbeza, malahan lagu ini mempunyai 'bau' reggae-style yang kuat.
Bagi aku, apabila Linkin park mencipta lagu yang mempunyai rentak yang lebih perlahan dari biasa, lagu tersebut pastinya akan menjadi antara lagu kegemaran dalam album tersebut.
Video muzik untuk lagu ini juga boleh dikatakab unik. Dihasilkan 2 minggu sebelum ditayangkan secara rasmi di MTV dan merupakan hasil kerja seni DJ/turntablist Linkin Park, Joe Hahn.
Apabila sesebuah band berjaya mengaut perhatian melalui album pertama mereka, tekanan akan timbul ketika mereka cuba menghasilkan album ke-2 mereka. Itulah yang dilalui oleh Linkin Park, lebih-lebih lagi apabila album ke-2 mereka dihasilkan di dalam tour bus ketika mereka melakukan tour concert di Amerika.
Somewhere I Belong merupakan single pertama yang diambil dari album kedua band ini, Meteora. Seperti apa yang aku tulis di atas, lagu ini merupakan satu tekanan buat Linkin Park.
Lagu ini merupakan pengenalan kepada isi dalam album Meteora. dan Linkin Park mengambil langkah yang betul apabila menjadikan lagu ini sebagai single pertama untuk album ini.
Gabungkan rapping dari Mike Shinoda dan nyanyian berunusur rock dari Chester Benington menjadi satu adunan yang serasi buat lagu ini.
Lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang berasa terasing dari kehidupan orang lain dan cuba mencari tempat yang sesuai buat dirinya.
6. Leave Out All the Rest
Leave Out All the Rest merupakan salah satu lagu yang dimuatkan dalam album Minutes To Midnight dan merupakan single ke-5 dan terakhir yang diambil dari album tersebut.
Lagu ini pada asalnya bertajuk Fear, kemudian ditukar ke When My Time Comes dan akhirnya barulah menjadi tajuk Leave Out All the Rest.
Lagu ini mempunyai 30 variasi lirik untuk lagu ini. Dari 30, mereka mencampurkan kesemua lirik tersebut dan akhirnya terciptalah lagu ini. Lagu ini mempunyai influence dari lagu-lagu mereka dalam album sebelum ini (Easier To Run dan Pushing Me Away) dan juga mempunyai unsur bunyi lagu balada era 80'an.
Dari awal lagi, kesemua ahli Linkin Park sedar yang lagu ini pasti akan di-release-kan sebagai single.
Tajuk lagu ini juga digunakan dalam salah satu episod CSI yang mempunyai tajuk yang sama dengan lagu ini. Lagu ini dimainkan sepanjang episod ini berjalan.
Bagi aku, lagu ini agak di underrated-kan oleh pendengar. Bagi aku lagu ini merupakan antara lagu terbaik yang pernah dihasilkan oleh Linkin Park. Dan video klip untuk lagu ini juga antara video klip terbaik Linkin Park hasil kerja Joe Hahn.
5. What I've Done
What I've Done merupakan lagu yang dimuatkan dalam album ketiga band ini, Minutes To Midnight, album dimana Linkin Park membuat revolusi dalam muzik mereka.
Lagu ini merupakan single pertama dari album tersebut. Lagu ini merupakan lagu yang terakhir ditulis untuk album ini.
Lagu ini sebenarnya merupakan kata pendahuluan buat album ini. Lirik lagu ini menerangkan tentang perubahan muzik band ini kepada peminat, bagaimana mereka sudah 'membunuh' sound muzik mereka yang lama dan digantikan dengan yang baru.
Lagu ini bermula dengan petikan gitar, sebelum riff piano memenuhi ruang muzik dan diteruskan dengan kemasukan beat hip-hop di dalam lagu ini.
Bagi aku, lagu ini menunjukkan kematangan Linkin Park yang sudah bersedia menukar haluan muzik mereka supaya lebih dewasa. Walaupun tindakan Linkin park menerima mixed-review dari peminat mereka, aku masih boleh menerima lagu ini (walaupun pada mulanya agak sukar) dan menganggap sebagai salah satu lagu terbaik yang pernah dihasilkan oleh Linkin Park.
4. New Divide
Bila sebut New Divide, sudah pasti semua orang akan membayangkan filem Transformers.
Lagu ini ditulis untuk OST Transformers: Revenge of the Fallen -The Album. Filem ini menampilkan lakonan Shia LaBeouf, Megan Fox, John Turturro, Ramon Rodriguez, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, Peter Cullen dan ramai lagi.
Sebelum ini, lagu Linkin Park - What I've Done - telah dipilih untuk dimuatkan dalam album Transformers, OST untuk filem Transformers yang pertama. What I've Done digunakan dalam trailer dan beberapa iklan promosi Transformers dan juga digunakan semasa babak terakhir dalam filem Transformers.
Tapi What I've Done tidak terpilih sebagai single utama. Before It's Too Late (Sam and Mikaela's Theme) nyanyian Goo Goo Dolls dipilih sebagai single utama.
Mike Shinoda akhirnya terus mencipta New Divide apabila dia dapat mengetahui tentang penerbitan OST Transformers: Revenge of the Fallen - The Album. Akhirnya, New Divide terpilih sebagai single utama.
Bagi aku, lagu ini memang kena dengan tema filem tersebut. Rancak. Sangat berbeza dengan lagu mereka untuk Transformers - Dark of The Moon, Iridescent, yang agak perlahanan rentak lagunya.
3. In The End
In The End merupakan lagu Linkin Park paling berjaya di dalam Carta Billboard, berjaya mendapatkan kedudukan ke-2 dalam carta tersebut.
Lagu ini dimuatkan di dalam album pertama mereka, Hybrid Theory, dan di-release-kan sebagai single ke-4 dari album tersebut.
Antara lagu yang bakal di sing-a-long kan oleh peminat mereka setiap kali mereka menyanyikan lagu ini di konsert atau mana-mana live event.
Satu yang aku kurang berpuas hati ialah.... Kenapa lagu yang hebat ini mempunyai video klip yang bosan dan meaningless?
2. Numb
Numb boleh dikatakan lagu kegemaran semua peminat Linkin Park. Lagu ini dimuatkan dalam album kedua mereka, Meteora, dan merupakan salah satu lagu yang di-release-kan dalam era kegemilangan Linkin Park.
Single Numb di-release-kan pada bulan September 2003. Ia di-release-kan sebagai single ke-3 dan dari album Meteora.
Lagu ini mengisahkan kehidupan seorang pelajar perempuan yang tidak popular disekolah. Seringkali duduk berseorangan dan sering menjadi bahan ejekan kawan-kawan di sekolah. Dia cuba bergaul dengan rakan-rakan lain tapi sering ditinggalkan berseorangan. Malahan, emaknya sendiri kecewa dengan dirinya yang tidak menjadi anak seperti apa yang emaknya harapkan.
Lagu ini merupakan lagu terakhir dalam track list album ini. Malahan, lagu ini mempunyai tema dan merumuskan semua maksud lagu dalam album ini. Baca lirik semua lagu dalam album ini, dan kemudian kamu baca lirik lagu Numb. Kamu akan faham apa maksud yang aku katakan.
Perempuan dalam video klip ini ialah Briana Evigan, seorang penari profesional dan merupakan pelakon yang memegang watak heroin dalam cerita Step Up 2: The Streets.
1. Papercut
One Step Closer adalah lagu yang memperkenalkan Linkin Park di persada dunia dan Crawling pula berjaya menambat hati peminat kepada Linkin Park.
Tapi bagi aku, Papercut adalah lagu yang berjaya membuatkan aku terus mahu mendengar Linkin Park. Lagu ini dimuatkan dalam album pertama mereka, Hybrid Theory. Single bagi lagu ini di-release-kan pada September 2001 sebagai single ke-3 dari album tersebut, dan tidak pernah diedarkan di Amerika.
Ketika Linkin Park mengeluarkan album pertama mereka, Hybrid Theory, pada akhir tahun 2000, aku dengan sepantas kilat mendapatkan album ini. Lagu pertama yang berada dalam track list album tersebut ialah lagu Papercut.
Sebaik mendengar Papercut, aku terus jatuh cinta dengan muzik mereka dan mengishtiharkan diri sebagai peminat Linkin Park (tapi lagu dalam album terbaru mereka amat mengecewakan).
Lagu ini mengisahkan tentang perasaan seseorang yang paranoid. Rentak muzik dan lirik yang simple membuatkan aku tertarik dengan lagu ini, lagi-lagi apabila kebanyakan lagu Linkin Park yang baru semakin mengecewakan aku.
Sebenarnya, agak sukar juga aku nak memilih 10 lagu terbaik Linkin Park. Berikut adalah senarai honorable mention, lagu-lagu yang hampir memasuki senarai ini:
One Step Closer, Breaking The Habit, Pushing Me Away, From The Inside, Given Up, Step Up dan In Pieces.
Jadi, mana satu lagu Linkin Park kegemaran kamu?
Lagu Linkin Park yang mana menjadi kegemaran kamu?Market Research
One Step Closer adalah lagu yang memperkenalkan Linkin Park di persada dunia dan Crawling pula berjaya menambat hati peminat kepada Linkin Park.
Tapi bagi aku, Papercut adalah lagu yang berjaya membuatkan aku terus mahu mendengar Linkin Park. Lagu ini dimuatkan dalam album pertama mereka, Hybrid Theory. Single bagi lagu ini di-release-kan pada September 2001 sebagai single ke-3 dari album tersebut, dan tidak pernah diedarkan di Amerika.
Ketika Linkin Park mengeluarkan album pertama mereka, Hybrid Theory, pada akhir tahun 2000, aku dengan sepantas kilat mendapatkan album ini. Lagu pertama yang berada dalam track list album tersebut ialah lagu Papercut.
Sebaik mendengar Papercut, aku terus jatuh cinta dengan muzik mereka dan mengishtiharkan diri sebagai peminat Linkin Park (tapi lagu dalam album terbaru mereka amat mengecewakan).
Lagu ini mengisahkan tentang perasaan seseorang yang paranoid. Rentak muzik dan lirik yang simple membuatkan aku tertarik dengan lagu ini, lagi-lagi apabila kebanyakan lagu Linkin Park yang baru semakin mengecewakan aku.
==========
Sebenarnya, agak sukar juga aku nak memilih 10 lagu terbaik Linkin Park. Berikut adalah senarai honorable mention, lagu-lagu yang hampir memasuki senarai ini:
One Step Closer, Breaking The Habit, Pushing Me Away, From The Inside, Given Up, Step Up dan In Pieces.
Jadi, mana satu lagu Linkin Park kegemaran kamu?
Lagu Linkin Park yang mana menjadi kegemaran kamu?Market Research
Tidak ada komentar:
Posting Komentar