Rabu, 29 Juni 2011

WOTS TOP TEN LIST: Tanda Anda Tiada Rezeki Di Dunia Seni/Hiburan

Kalau zaman dahulu, menjadi anak seni iaitu menjadi penyanyi dan pelakon adalah sesuatu yang hina dan dipandang masyarakat, tapi sekarang dianggap sebagai ikon dan pujaan orang ramai.

Maka berebutlah anak muda mencuba nasib untuk menyertai rancangan realiti untuk merealisasikan impian tersebut. Ada juga yang mencuba dengan jalan lain kerana percaya rancangan realiti tak semestinya berjaya 'melancarkan' karier mereka.

Tapi kadang-kadang, dah berusaha macam mana sekali pun, masih tak berjaya jadi anak seni yang berjaya. Kata orang-orang tua, dah tak de rezeki.

Berikut adalah beberapa tanda yang menunjukkan anda memang tiada rezeki dalam dunia seni.

WOTS TOP TEN LIST: Tanda Anda Tiada Rezeki Di Dunia Seni/Hiburan

==========

10. Tiada siapa tahu lagu nyanyian kamu. Kamu hanya dikenali sebagai "Ini la artis yang kena tangkap basah tu", "Ini la penyanyi yang tak boleh nyanyi live tu""Ini la yang rampas Dato M dari bini dia tu" dan sewaktu dengannya..

9. Kamu memenangi rancangan realiti nyanyian. Selepas kemenangan kamu, kamu berjalan kai dan tiada seorang yang kenal dengan kamu. Yang berlanggar bahu dengan kamu pun siap maki kamu, "Hoi! Buta ke?"

8. Kamu menyertai sebuah rancangan realiti nyanyian, tersingkir di minggu pertama, tidak menerima sebarang offer untuk sebarang persembahan nyanyian, dan akhirnya terpaksa berkerja di kedai runcit 2 tahun kemudian.

7. Selepas 30 tahun berkecimpungan dalam dunia lakonan, kamu tidak pernah menjadi watak utama dalam drama atau filem yang anda bintangi. Peranan paling penting yang pernah kamu dapat ialah menjadi ketua kampung dalam sebuah filem. Itu pun hanya muncul dalam 5 scene sahaja.

6. Kamu muncul dalam rancangan talk show dan pengacara rancangan tersebut gagal menyebut nama anda dengan betul dan seringkali salah menyebut nama filem yang kamu bintangi kerana dia tidak kenal kamu.

5. Kamu hanya pernah muncul di surat khabar sebanyak 3 kali sepanjang karier seni kamu. Kamu juga jarang sekali keluar di dalam majalah hiburan. Dan paling menyedihkan, majalah hiburan paling bermutu rendah, Mangga, pun tak nak buat ambil kamu jadi cover majalah mereka.

4. Kamu memenangi rancangan realiti tetapi kerjaya seni kamu sepi selepas itu. Dan kamu hanya menjadi perhatian media kembali setelah tersebar berita yang kamu berkahwin senyap-senyap di luar pengetahuan ibubapa kamu. Eh? Macam aku kenal siapa artis yang berperangai macam ni...

3. Setiap kali kamu berada di set pengembaraan filem/drama, pengarah asyik bertanya, "Kau ni siapa?"

2. Kamu tidak pernah di terjah oleh skuad gosip Melodi, walaupun sekali. Mereka pun buat nampak tak nampak saja kalau bertembung dengan kamu.

1. Anda berlakon dalam Filem yang bertajuk 2 Alam sebagai salah seorang watak utama.

==========

Ok. Sampai di sini sahaja buat masa ini. Kalau anda mahu terbabit dalam dunia seni, jadikan ini sebagai garis panduan. Kalau banyak tanda-tanda di atas terjadi pada anda, baik anda balik kampung dan jadi petani moden sahaja sebab petani moden pun boleh dapat pendapatan lagi tinggi dari pelakon sekarang ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar