Senin, 25 Juli 2011

25 Julai. Bukan Sembarangan Tarikh

25 Julai 1788
Komposer Wolfgang Amadeus Mozart atau lebih dikenali sebagai Mozart berjaya menyiapkan salah satu muzik ciptaannya yang terkenal sehingga kini, Symphony No. 40 in G minor.



25 Julai 1898
Amerika Syarikat mula menceroboh kawasan darat Puerto Rico (Amerika mula menceronoh kawasan laut Puerto Rico pada Mei 1898).


25 Julai 1908
Kikunae Ikeda, ahli kimia dari Jepun, berjaya mencipta Ajinomoto, yang mana kini banyak digunakan oleh tauke restoren dan warong untuk menyedapkan makanan masing-masing dan membawa penyakit serius kepada para pelanggan jika makan secara berlebihan makanan yang mempunyai bahan tersebut.


25 Julai 1957
Habib Bourguiba dilantik sebagai Presiden Tunisia pertama. Habib Bourguiba memegang jawatan tersebut sehingga 7 November 1987, sebelum digantikan oleh Zine El Abidine Ben Ali, yang akhirnya digulingkan pada 14 Januari semasa Revolusi Tunisia


25 Julai 1967
Pelakon terkenal, Matt LeBlanc, yang terkenal sebagai pemegang watak Joey dalam siri sitkom Friends, dilahirkan.


25 Julai 1973
Dani Filth, atau nama sebenarnya Daniel Lloyd Davey, vokalis kepada band metal terkenal, Cradle of Filth, dilahirkan.

Pada tarikh yang sama, Soviet Union (kini Russia) melancarkan Mars 5, dalam misi ingin menawan planet Marikh.


25 Julai 1976
Pelakon pornografi terkenal dari Amerika Syarikat, Tera Patrick (pasti semua lelaki mengenali beliau), dilahirkan.


25 Julai 1978
Louise Brown, bayi tabung uji pertama di dunia, telah selamat 'dilahirkan' di Oldham, England.


25 Julai 1993
Israel membuat serangan secara besar-besaran ke atas Lebanon, dengan alasan membenteras pengganas. Pihak Israel menamakan peristiwa tersebut sebagai Operation Accountability, manakala pihak Jordan menamakan peristiwa tersebut sebagai Perang 7 Hari.


25 Julai 2007
Pratibha Patil dilantik sebagai Presiden India dan menjadi perempuan pertama yang memegang jawatan tersebut di India.


25 Julai 2009
Malaysia kehilangan seorang pengarah berbakat dan juga insan yang bertanggungjawab menghasilkan iklan Petronas yang menyentuh jiwa setiap kali Hari Raya, Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Kemerdekaan, iaitu Yasmin Ahmad.


25 Julai 2011
Aku menyambut hari kelahiran yang ke-27. Sila berikan ucapan Selamat Hari Jadi kepada aku diruang komen dan aku akan berikan alamat rumah aku supaya mudah kamu menghantar hadiah hari jadi kepada aku nanti.

Sekian, terima kasih.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar