Bercerita tentang filem lama.
Bulan Januari yang lepas, aku dan kawan aku, Fauzi, singgah ke sebuah buku di Johor Bahru. Tak salah aku, MPH dekat City Square.
Semasa aku membelek-belek buku di sana, aku terjumpa buku yang bertajuk 1001 Movies You Must See Before You Die. Sudah semestinya kesemua filem yang berada dalam senarai tersebut adalah filem dari luar negara.
Filem pertama yang berada dalam senarai tersebut ialah sebuah filem Perancis yang bertajuk Le Voyage dans la lune atau dalam Bahasa Inggeris, A Trip to the Moon.
A Trip to the Moon ialah sebuah silent movie (filem senyap atau filem bisu?) yang bergenre science fiction, dan sudah pasti sebuah filem hitam-putih. Filem ini dibuat hasil inspirasi 2 novel yang popular ketika itu: From the Earth to the Moon hasil nukilan Jules Verne yang diterbitkan pada 1865, dan The First Men in the Moon hasil karya H. G. Wells yang diterbitkan pada 1901.
Rasanya kamu mesti pernah mendengar nama Jules Verne (walaupun tak pernah membaca karyanya. Aku pun tak pernah baca karya beliau). Jules Verne adalah antara penulis yang berasal dari Perancis yang popular dengan hasil penulisan science fiction-nya.
Beberapa naskah tulisan beliau telah diadaptasi menjadi filem beberapa kali seperti A Journey to the Center of the Earth (novel yang diterbitkan pada tahun 1864 dan diadaptasikan menjadi filem untuk beberapa kali. Yang terbaru, pada tahun 2008 dengan tajuk filem yang sama dengan novel), Twenty Thousand Leagues Under the Sea (1870), Around the World in Eighty Days (1873) dan banyak lagi.
Ok. Kembali kepada tajuk asal penulisan aku iaitu mengenai A Trip To The Moon.
Filem ini diterbitkan pada tahun 1902 (ditayangkan pada 1 September 1902) dan diarah oleh Georges Méliès, seorang pengarah Perancis yang terkenal dengan sifatnya yang sangat inovatif dalam pembuatan filem dan pengarah yang terkenal dalam penggunaan special effect. Beliau juga adalah orang yang berjaya mencipta teknik stop trick dalam pembikinan filem.
Durasi filem ini sepanjang 14 minit menggunakan filem jenis lama dan dan 8-11 minit menggunakan filem jenis baru yang digunakan oleh pembikin filem sekarang. Di bawah adalah filem tersebut:
Filem ini menjadi sangat terkenal pada masa itu. Antara scene yang paling diingati dan menjadi ikon sehingga kini ialah scene kapal angkasa yang mendarat di mata Bulan.
Melihat populariti filem tersebut, Georges Méliès cuba memasarkan filem tersebut di Amerika. Tetapi, salah seorang technician film yang berkerja dengan Thomas Edisen telah berjaya membuat salinan tanpa pengetahuan Georges Méliès dan memasarkan filem tersebut diseluruh Amerika.
Walaupun filem tersebut sukses, tetapi Georges Méliès jatuh muflis tidak lama kemudian.
Kumpulan The Smashing Pumpkins menghasilkan video musik lagu mereka yang bertajuk Tonight Tonight yang mempunyai influence yang kuat dari filem A Trip To The Moon.
"Ok, Mirul. Apa jadah kau melabon pasal filem ni panjang lebar ni?"
Sebenarnya, ada 2 benda yang aku fikirkan bila terbaca kisah filem di atas.
Yang pertama, tentang arkib filem-filem lama. Di luar negara, mereka menyimpan semua koleksi filem atau rancangan TV yang disiarkan di TV di arkib perfileman. Mereka boleh mengambil filem-filem lama ini kalau mahu disiarkan semula di TV.
Tapi di Malaysia, kebanyakan filem kita tidak disimpan dengan baik di arkib menyebabkan sesetengah filem sudah hilang dan tidak dapat lagi ditayangkan untuk generasi muda.
Filem P. Ramlee sendiri banyak yang sudah hilang dari simpanan stesen TV. Mungkin benar, masih ada filem P. Ramlee yang ditayangkan di TV tapi hanyalah filem yang sama diulang tayang beberapa kali dalam setahun. Filem-fielm seperti Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Do Re Mi, Labu Labi (sekedar menyebut beberapa filem) adalah filem yang menjadi kebiasaan ditayangkan di TV.
Sedangkan, P. Ramlee mempunyai banyak lagi filem lain tetapi tidak dapat ditayangkan kerana sudah hilang dan tidak disimpan didalam arkib dengan baik. Filem-filem seperti Aloha, Chinta, Sejoli, Penghidupan, Takdir Illahi, Patah Hati, Anjuran Nasib, Sedarah, Sitora Harimau Jadian dan banyak lagi filem sudah hilang dari arkib negara.
Filem bukan sekadar hiburan tetapi juga suatu sejarah yang boleh menjadi pengajaran dan tatapan untuk generasi baru. Sayang jika filem-filem bersejarah tidak disimpan dan dijaga dengan baik.
Tak payah bercerita tentang filemlah, cuba tanya jika RTM masih ada menyimpan rancangan-rancangan TV terbitan RTM sekitar tahun 60-an atau 70-an. Mungkin tiada lagi. Belum tentu RTM ada menyimpan koleksi lama rancangan Bakat TV atau pun Bintang RTM yang lama dalam arkib mereka. Kalau ada pun, mungkin sudah banyak yang jahanam dan rosak.
Filem bukan setakat perlu disimpan. Ia juga perlu di copy ke dalam filem baru supaya ia terus terpelihara dan tidak rosak dimamah usia. Kalau simpan sahaja sampai filem tersebut mereput, tiada guna juga.
Satu lagi yang aku fikirkan bila melihat filem A Trip To The Moon ialah bagaimana mereka (orang di luar negara) sudah mempunyai visi yang jauh kehadapan berbanding dari kita di Malaysia.
Pada tahun 1902, mereka sudah pula mula membikin filem sedangkan kita masih lagi tunduk dibawah jajahan Britain ketika ini. Malah, jika dilihat dari senarai filem yang dibikin Georges Méliès, beliau sudah pun mula menghasilkan filem ketika tahun 1893.
Dan pada tahun 1902 juga, mereka sudah pun memasang niat dan mempunyai visi untuk pergi ke Bulan sedangkan kita masih lagi hidup di bawah jajahan Britain.
Malah, hasil penulisan Jules Verne sudah bercerita tentang keajiban science fiction di dalam novelnya pada tahun 1863 lagi, manakala H. G. Wells pula sudah menulis tentang time machine dalam novelnya pada tahun 1895.
Ternyata, negara kita jauh ketinggalan dari negara luar yang sudah mencapai status negara maju. Cara mereka berfikir sudah berkembang semenjak abad ke-19 lagi sedangkan kita rakyat Malaysia masih ada yang tersepit di dalam pemikiran kolot dan terlampau mengikut adat, yang kadangkala adat kita bertentangan dengan ajaran agama kita sendiri (adat Melayu yang bertentang dengan ajaran agama Islam).
Bangunan tertinggi, jambatan terpanjang, bendera terbesar, stadium terbesar dan bermacam lagi yang besar, yang tinggi dan yang panjang tidak menjamin status negara maju. Kemajuan sesebuah negara terletak pada rakyatnya.
Negara akan maju jika rakyatnya sendiri menukar gaya pemikiran untuk menjadi maju. Bukalah minda dengan lebih luas dan terimalah benda baru untuk menajamkan minda dan menjadi maju setapak lagi.
Ingat! Negara yang maju bergantung pada rakyatnya, bukan bergantung kepada bangunan yang tinggi.
P/S: Sudahkah anda menonton video A Trip To The Moon di atas? Kalau sudah, tahniah. Anda sudah menonton 1 daripada 1001 filem dalam senarai 1001 Movies You Must See Before You Die. Ada 1000 filem lagi yang harus ditonton. Semoga berjaya dan selamat menonton!

Tidak ada komentar:
Posting Komentar