Kamis, 08 Juli 2010

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Yang Menunjukkan Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Anda

Selamat kembali ke segmen yang mana formatnya aku ciplak dari David Letterman.

Kali ini, aku ingin menyingkap sama ada anda seorang yang normal ataupun ada sesuatu yang tidak kena dengan anda.

Berikut merupakan WOTS Top Ten List: 10 Tanda Yang Menunjukkan Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Anda

10. Anda ingatkan yang filem Sex and The City merupakan sebuah filem porno.

9. Anda terlalu banyak menonton drama Melayu dari saluran RTM dan bercakap dalam Bahasa Malaysia baku seperti skrip drama RTM tersebut.

8. Anda memilih Malaysia untuk memenangi Piala Dunia 2010, Piala Dunia 2014, Piala Dunia 2018.........

7. Anda menganggap Hannah merupakan ibu negeri bagi salah sebuah negeri di Amerika, Montana.

6. Anda menganggap Madagascar adalah nama sebuah filem animasi dan tidak tahu ia juga merupakan nama sebuah negara kepulauan di Benua Afrika.

5. Anda tidak tahu membezakan antara Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara tetapi anda hafal Rukun Nikah dengan sempurna.

4. Anda berkata English Premier League (EPL) merupakan liga bola sepak yang berlangsung di Amerika Syarikat (Ya. Kawan aku pernah membuat kenyataan ini mengakibatkan dia digelakkan oleh semua orang).

3. Anda merupakan orang yang membuat papan tanda ini:


2. Anda beranggapan kumpulan Newboyz, Boboy dan Antz merupakan kumpulan Rock.

1. Anda beranggapan iPad merupakan jenama baru bagi satu lagi pad (tuala wanita).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar