Senin, 26 Juli 2010

Atas Pagar

Tadi, aku terbaca berita tentang 62% pengundi muda 'atas pagar' di Utusan Malaysia.

Berita melaporkan yang kebanyakan anak muda sekarang berada di atas pagar, tak tahu siapa yang patut disokong, Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Mereka digelar sebagai non-partisan.

Aku ingin memetik beberapa ayat dari artikel di atas:

“Golongan belia ini akan mengundi mana-mana calon yang mereka fikir lebih baik pada pilihan raya umum akan datang.”

“Pengundi muda kini lebih berpandangan terbuka dan membina dan mereka tidak menilai sesuatu isu berdasarkan ideologi politik. Sokongan mereka mudah berubah atau bertindak kepada situasi pada bila-bila masa.”

Pada pendapat aku, terdapat 2 golongan pengundi atas pagar ini:

Yang memang tak ambil tahu tentang politik

Biasanya golongan ini memang tak tahu menahu tentang politik Malaysia. Lebih sedih lagi, Ahli DUN dan Ahli Parlimen kawasan sendiri pun dia tak tahu.

Golongan ini tak ambil port tentang politik kerana tidak minat politik, menganggap politik sesuatu yang complicated untuk difahami, tentang tahu kepentingan sebagai penmbuang undi ataupun lebih pentingkan Justin Bieber dan Lady GaGa dan selalu bermimpi agak Justin Bieber bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Biasanya, golongan ini yang akan menjadi tie-breaker masa pilihan raya kerana pilihan meliar mereka akan memberi kesan kepada undian.


Yang memang ambil tahu tentang politik tapi tak pasti siapa yang patut dipilih

Golongan ini merupakan golongan yang mengikuti perkembangan politik, lagi-lagi selepas bermulanya era Reformasi pada akhir 90'an.

Parti politik di Malaysia mengalami turun naik semenjak era Reformasi bermula. Sukar buat para pengundi muda untuk memilih semasa pilihan raya.

Menambahkan lagi kesukaran bila parti politik masing-masing lebih banyak mengleuarkan kenyataan memburukkan pemimpin parti lawan.

Pemimpin BN kata pemimpin PKR kaki sodomi. Pemimpin PKR pula tuduh pemimpin BN bunuh wanita Mongolia.

Pemimpin BN kata pemimpin PKR agen Israel. Pemimpin PKR pula tuduh pemimpin BN mencuri enjin Jet F5E.

BN menggunakan akhbar pro kerajaan (Berita Harian, Utusan Malaysia) menghentam Pakatan Rakyat.

PR bula menggunakan akhbar alternatif pro pembangkang (Harakah, Suara Keadilan) menghentam BN.

Apa yang pengundi muda baca di kedua-dua akhbar ialah berita negatif tentang kedua-dua parti. Bagaimana pengundi muda mahu menilai kalau mereka hanya mendengar berita yang buruk sahaja? Pick a little less evil?

Bagi aku, eloklah kedua-dua parti berhenti memburukkan parti lawan. Bukan ke lebih baik kalau ahli politik pergi membeli jiwa rakyat? Pergi menunaikan janji manis sebelum pilihan raya yang tak tertunai.

Kau janji nak bagi kampung tersebut jambatan? Bagikan jambatan. Kau janji nak bagi kampung tersebut lampu jalan? Bagikan lampu jalan. Kau janji nak bagi rakyat persekolahan secara percuma? Bagikan persekolah percuma pada rakyat.

Itu baru cara yang betul memancing undi rakyat. Bukan pergi mencaci pihak lawan kau dalam akhbar atau TV. Itu cara lama. Tahun 90'an bolehlah pakai taktik lapuk tu. Sekarang zaman millennium baru. Rakyat mahukan perubahan dari para pemimpin, janji pemimpin kepada rakyat. Bukan janji lapuk yang tak ditunaikan seperti dulu. Bukan lagi laungan "Kami yang Merdeka kan Malaysia" yang pengundi muda mahu dengarkan.

Para pengundi baru mahu melihat anjakan baru dari ahli politik. Ambil serius pandangan rakyat. Dan yang paling penting sekali, sila ambil serius pandangan pengundi muda, kerana pengundi muda yang bakal menentukan masa depan Malaysia nanti.

Dan tolonglah berhenti memburukkan pihak lawan anda di akhbar, TV ataupun blog. Aku sudah bosan dengan drama swasta lapuk itu. Naik menyampah aku bila menonton berita dan membaca akhbar. Berhentikan memperbodohkan rakyat dengan melemparkan kata-kata hinaan pada pihak lawan anda. Lebih baik kamu tumpukan perhatian untuk membeli jiwa rakyat. Beri apa yang rakyat mahu.

Dan jika kamu tak mampu memberikan apa yang rakyat mahukan, jangan salahkan rakyat kalau rakyat tak mahu mengundi kamu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar