Sabtu, 24 Juli 2010

25 Julai datang lagi

25 Julai datang lagi. Pada tarikh ini pada tahun 1984, aku dilahirkan.

Hari ini merupakan Hari Kelahiran aku yang ke-26. Seperti setiap tahun, aku tidak menyambut hari jadi aku. Tahun ini, aku habiskan hari jadi aku dengan menonton TV dan burn semua movie yang ada dalam laptop aku setelah sekian lama terperap di dalam laptop aku.

Aku dah lama tak menyambut hari jadi aku. Aku tak ingat bila kali terakhir aku menyambut hari jadi aku.

Semasa aku menyambut hari jadi tahun ini, keluarga aku sedang ditimpa dengan satu dugaan dari Allah S.W.T. Bagi kami sekeluarga, kami redha atas dugaan-Nya. Dan Insyaallah, kami akan mengharunginya dengan tabah.

Orang selalu cuba mencari siapakah tokoh terkenal atau artis yang mempunyai tarikh hari jadi yang sama dengan mereka. Aku malas pula nak mencari walaupun ada di Wikipedia. Tapi aku tahu, Dani Filth, vokalis Cradle of Filth, mempunyai tarikh lahir yang sama dengan aku.

Dan jangan juga dilupaikan setahun yang lepas pada tarikh ini, seorang pengarah berbakat, Yasmin Ahmad, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pemergiannya membawa sekali Iklan Petronas yang penuh dengan mesej dan sarat dengan emosi. Juga tiada lagi filem yang penuh dengan jiwa seni yang sering mengundang kontroversi untuk sesetangah pihak. Al-Fatihah aku sedekahkan kepada rohnya.

Dan aku? Aku harap agar hari-hari aku yang mendatang akan menjadi lebih baik dari hari-hari yang lepas.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar