"Zack!!! Zack!!! Dah siap ke?"
Am memanggil Zack. Tiada jawapan. Am bergegas ke bilik Zack dengan segera.
Am ternampak Zack sedang duduk di atas katilnya. Sambil memegang kad jemputan perkahwinan.
"Zack, kau ok ke?"
Zack tak menjawap. Dia hanya mendiamkan diri.
"Zack, kad kahwin siapa tu?", Am bertanya lagi. Walaupun dia sudah dapat meneka dari siapa kad itu datang.
"Mia.... Mia nak kahwin 2 bulan lagi...," Zack menjawab dengan lemah.
Am terdiam. Dia tak mampu untuk memberi kata-kata semangat lagi kepada Zack. Di tahu bagaimana perasaan Zack sekarang. Hati Zack remuk-rendam sekarang.
"Kau nak keluar tak?" tanya Am cuba mengubah topik perbualan.
"Tak pe lah... Kau keluarlah dengan Man. Aku tak de mood," jawab Zack dengan nada suara tersekat-sekat.
Am diam sahaja. Dia bingkas keluar dari bilik Zack dan menutup pintu bilik Zack rapat-rapat.
"Mana Zack? Dia dah siap ke belum?" tanya Man.
"Nampaknya kita keluar berdua je hari ni..."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar