Minggu, 16 Maret 2008

INI CERITA AKU...

Ya. Kali ini, entri lebih kepada cerita mengenai aku. Tiada cerita politik untuk entri ini.
-----------------------------------------------------

Walaupun aku memblogging seperti biasa sepanjang minggu lepas dan mampu menaip dengan panjang lebar, tapi sebenarnya aku sangat busy sepanjang minggu.

Dengan aku terpaksa meniaga setiap malam di kolej-kolej di UiTM Segamat, aku dan rakan sekelas aku juga sibuk dalam persiapan untuk menganjurkan seminar pemasaran yang berlangsung pagi tadi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku juga terpaksa menghadiri LDK pada semalam dan hari ini. Memang letih.

Semalam, aku dan rakan-rakan lain sibuk mengemaskan dewan untuk persiapan seminar. Tiba-tiba aku mendapat satu SMS yang aku tidak gemari bunyinya....

"Hye mierul. How r u? awk kata nk contect sye blik...tp tak de pun..tak pe lah, myb awk bz..sy phm. ok 2 je sy nk ckp. take care"

Bunyi SMS ini sepatutnya boleh menggirangkan hati seorang lelaki single seperti aku. Tetapi sebenarnya menakutkan.

Biar aku ceritakan sikit tentang wanita ini. Dia seorang gadis yang aku kenali hasil daripada chatting mirc satu masa dahulu. Kita gelarkan dia N.

Dia berasal dari negeri di Kepulauan Borneo. Dia berasal dari family golongan berada, kaya, rich, dan sewaktu dengannya lah. Aku amat kerap berchatting dengan dia sehingga menjadi agak akrab.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan aku. Dia sanggup naik flight ke semenanjung untuk berjumpa dengan aku. Ini juga telah membuatkan aku teruja untuk berjumpa dengan dia.

Akhirnya, di Summit Batu Pahat, aku berjumpa dengan dia. Pada mula kami berjumpa, semuanya berjalan lancar. Sehinggalah aku hendak ke toilet, aku menyuruh dia memegang hand phone aku sebentar.

Bila aku keluar dari toilet, aku ternampak dia sedang membelek-belek hand phone aku. Bila aku mendekati dia, terus bertubi-tubi soalan di hujankan kepada aku. Dia membaca SMS di dalam inbox dan melihat semua nama dalam phone book aku.

"Noni ni siapa? Iqa ni siapa pulak? Linda ni siapa?"

Banyak pula soalan nya. Dia kata jika aku nak berkawan dengan dia, aku tidak boleh berkawan dengan perempuan lain, walaupun sepupu aku sendiri. What the fuck...????

Sejak pertemuan hari itu, aku malas nak berchatting dengan dia. Baru nak kenal-kenal, dia sudah nak kongkong aku pula. Aku sudah mula kurang berchatting dan berSMS lagi dengan dia. Dan aku berhenti berhubung dengan dia secara keseluruhan semenjak 2004.

Tetapi, aku tidak sangka pula dia mahu berhubung kembali dengan aku kembali. Sejak mula tahun ini, dia sering kali berSMS dengan aku kembali. Walaupun aku amat jarang-jarang hendak membalas kembali SMS dia, tapi dia tetap tidak berputus-asa untuk menghubungi aku dan berharap agar aku membalas kembali SMS dia.

Jadi, bagaimanakah caranya aku mahu bercakap dengan dia dengan cara yang baik tanpa menyebabkan dia terasa atau sedih? Ada nasihat tak kawan-kawan?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar