Dalam diam, masih ada sedikit perasaan sedih dan kecewa yang terpalit di hati akibat peristiwa yang berlaku pada malam jumaat yang lepas (rujuk entri sebelum ini).
Jika di rumah sewa ku di Segamat ini, kawan-kawanku yang masuk air dalam kepala sering membuat lawak jadi aku tidaklah terfikir-fikir tentang peristiwa tersebut.
Tetapi, berbeza di Batu Pahat. Mak dan ayah ku tidaklah pandai membuat lawak seperti roomate ku itu. Jadi, aku banyak berbual dengan mereka. Bukan setakat dengan mereka sahaja, sesiapa yang datang ke rumah atau warung ayahku akan aku ajak bebual.
Tetapi dalam berbual tu, ada beberapa perkataan yang datang bersama soalan yang aku tidak beberapa gemar hendak dengar. Perkataan seperti awek, girlfriend, makwe, couple, tunang, kahwin, kerja, belajar dan duit. Sekarang kita pecahkan ikut kategori:
1. Awek, girlfriend, makwe, couple tunang dan kahwin
Perkataan ini menunjukkan komitmen atau jalinan hubungan kasih sayang yang aku tiada buat masa sekarang. Dalam 6 perkataan tu, kita boleh kategorikan kepada 2 bahagian juga:
a) Awek, girlfriend, makwe dan couple
Ayat ini biasa datang dalam bentuk soalan macam ni:
- Siapa awek kau sekarang?
- Kau couple dengan awek mana sekarang?
- Siapa girlfriend kau sekarang?
- Siapa makwe kau? (biasa disoal oleh orang berusia 40 tahun ke atas. Perkataan makwe macam dah tak relevan untuk generasi sekarang)
Aku tidak berapa gemar mendengar perkataan tersebut kerana aku tidak ada makwe... Eh, awek buat masa sekarang. Setelah setahun lebih single, jadi perkataan ini sedikit sebanyak mengganggu aku juga.
b) Tunang dan kahwin
Ayat ini biasa datang dalam bentuk soalan macam ni:
- Kau bila nak berkahwin?
- Kau dah tunang ke? Ramai kawan-kawan sebaya kau ni dah bertunang.
Entah kenapa, sejak-dua menjak ni ramai pula orang nak bercerita dan menanya soalan berkaitan tunang dan kahwin pada aku. Status aku sebagai seorang single bukan jadi penyebab kenapa aku tidak menyukai soalan tersebut, cuma aku rasa aku masih muda untuk memikirkan hal tersebut.
Aku masih belum puas merasai hidup bujang. Lagipun aku masih belajar. Rileks la beb!!!!
2. Belajar dan kerja
Ayat ini biasa datang dalam bentuk soalan macam ni:
- Kau belajar lagi ke? Bila kau nak habis belajar ni?
- Kau dah kerja ke? Oh, belajar lagi...
Memang agak tertekan juga bila memikirkan yang aku sudah berumur 24 tahun pada Julai ini tetapi aku masih belum tamat pengajian dan belum berkerja lagi. Sungguh tertekan bila mendengar perkataan tersebut.
3. Duit
Ayat ini biasa datang dalam bentuk soalan macam ni:
- Mana aku nak cari duit ni?
- Kau ada duit tak?
- Tahun ini aku nak kumpul duit banyak-banyak. Kau tau cara cepat nak kumpul duit?
Soalan berkaitan duit ini sering terkeluar dari mulut dua orang housemate aku. Walaupun aku bukanlah orang yang terdesak sangat mahu cari duit, tapi bila dah selalu sangat dengar perkataan tu, membuatkan aku berasa risau. Entahlah...
Jadi aku harap aku akan kebal dari perkataan-perkataan tersebut. Aku tak mahu ada tekanan lagi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar