P097 - Parlimen Selayang
Pertamanya, terima kasih kepada Presiden Parti Umdi Rosak (Pundak!!), saudara Pazuzu yang menerima pencalonan saya untuk bertanding di kawasan P097 Selayang. Jangan risau, aku memang di lahirkan di Selayang (Kampung Nakhoda) dan mengenali penduduk di sekitar Selayang. Jadi tidak akan timbul penyataan "Bukan anak negeri" di sini ya.
Jadi, tanpa membuang masa, biarlah aku membentangkan sedikit manifesto, janji manis dan akur janji saya kepada rakyat jika anda memilih saya menjadi wakil rakyat anda di Parlimen P097 Selayang.
1. Saya pasti tidak akan tidur semasa apa-apa persidangan yang saya hadiri. Saya janji.... ZZZZZZ....
2. Kedatangan orang Mongolia ke Malaysia akan di pantau kerana takut-takut ada di kalangan mereka akan mati berkecai kerana di bom.
3. Jangan risau, menantu saya tidak akan bertanding pada pilihanraya kali ini kerana saya masih belum berkahwin.
4. Kalau saya buat masjid yang di namakan Masjid Kristal, ia boleh digunakan untuk sembahyang. Bukan untuk perhiasan sahaja.
5. Saya akan berikan pendidikan yang benar-benar percuma tanpa cas tersembunyi. Diulangi, pendidikan yang benar-benar percuma tanpa cas tersembunyi seperti yuran tandas, yuran tuala wanita dan lain-lain.
6. Tol akan di kurangkan. Mungkin mansuh kot.
7. Tidak akan ada masalah barang kekurangan pada setiap awal tahun seperti 2008 tak cukup minyak masak, 2007 tak cukup gula, 2006 tak cukup tepung dan sebagainya.
8. Menurunkan harga bahan bakar seperti petrol yang tak reti nak turun-turun sejak 3-4 tahun ni. Memanjang naik je.
9. Menghapus kira semua pinjaman tertunggak PTPTN (sebab aku pun banyak jugak hutang kat PTPTN ni...hehehehe..)
10. Dan yang penting sekali, Memansuhkan beberapa peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mengongkong hak dan kebebasan mahasiswa dan tenaga akademik. Malu jika kita bandingkan student Malaysia dengan student di negara lain. Student Malaysia menjadi tunggul kayu di Malaysia.
Itu saja buat masa ini. Jika ada manifesto dan janji manis yang baru, akan saya coret kan lagi di sini. Sekian, majulah Pundak untuk negara.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar