"Kita terpaksa putuskan hubungan kita ni," Kata Zack dengan nada suara sedikit tersangkut-sangkut.
"Kenapa, bang? Abang tak sayang kat Mia lagi ke?" Soal Mia dengan mata yang sudah mula berkaca.
"Bukan abang tak sayang... Tapi Mia pun tahu kan? Kalau perkahwinan kita tak mendapat restu orang tua pun, kehidupan kita nanti tak kan mendapat keberkatan. lagipun, kita kan anak-anak. Kita tak boleh menderhaka ke atas ibubapa kita," jawab Zack dengan nada separuh tegas. Namun kesedihan jelas kelihatan di riak muka lelaki berusia pertengahan 20-an itu.
"Abang nak lepaskan Mia macam tu je ke?"
"Mia... Dah lebih 5 tahun Mia kenal abang kan? Mia pun tahu macam mana abang sayangkan Mia kan? Tapi sekarang ni, memang dah tertulis yang memang tiada jodoh antara kita. Lagipun, ayah dan ibu Mia dah dapat carikan pasangan hidup untuk Mia. Lagipun, lelaki yang mak ayah Mia carikan tu lebih kaya, hebat dari abang ni. Tak baik lawan cakap mak ayah."
Mia terdiam sebentar. Anak gadis itu tidak mampu lagi untuk menyeka air mata dari terus bergenang di kelopak matanya. Akhirnya, air jernih pun mengalir keluar dari mata Mia.
Zack berasa sayu. Jiwanya kacau. Dia cepat-cepat mengeluarkan sapu tangan lalu mengesat air mata yang mula tumpah dengan lajunya itu. Dia faham apa perasaan Mia sekarang tapi perasaannya juga bergolak ketika ini.
"Bang...," Mia bersuara semula. "Tak de cara lain lagi ke bang? Mia tak nak harta kekayaan. Mia nak hidup dengan abang..."
"Mia... Tak kan abang nak bawak Mia kawin lari pulak. Itu lagi dosa"
Mia terdiam semula. Dia mula teresak-esak.
"Mia, mungkin Mia belum pernah mengalami situasi macam ni. Tapi abang dah banyak kali melalui peristiwa perit macam ni. Ye lah, orang tak kaya macam abang ni, siapa yang pandang, kan?"
Suasana hening semula. Mia merebahkan kepalanya ke bahu Zack. Zack hanya terdiam sahaja. Tidak sangka dia mampu mengharungi situasi ini dengan begitu tenang.
"Abang janji dengan Mia yang abang akan ingat Mia sampai bila-bila, ye?"
"Abang janji. Gadis istimewa macam Mia tak kan abang boleh padam dalam memori abang..."
"Abang, Mia sayangkan abang sampai bila-bila."
"Abang pun sayangkan Mia sampai bila-bila."
Begitulah berakhirnya satu lagi kisah percintaan Zack. Balada hati dua insan yang saling menyayangi akhirnya tamat di sini....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar