Jumat, 28 Maret 2008

KISAH CINTA PART 2

Zack pulang ke rumah setelah berjumpa dengan Mia. Perjumpaan yang di jangka menjadi perjumpaan kali terakhir buat mereka berdua.

Dalam perjalanan, Zack ternampak pasangan-pasangan remaja yang sedang jalan bersama-sama. Membuatkan Zack teringat semasa dia dan Mia sedang asyik masyuk bercinta.

Tak sangka kisah percintaan nya dengan Mia selama lima tahun itu akan berakhir begitu sahaja. Bsegitu mudah ia berakhir. Itulah ayat yang sering terpacul di benak fikiran Zack.

Zack akhirnya sampai ke rumah. Dia terus duduk terjelepuk di katilnya. Dia rasa tidak keruan ketika ini.

"Kenapa kau ni?" soal kawan serumahnya, Am.

Zack tidak menjawab. Wajahnya kelihatan sugul.

"Mesti kes kau dengan Mia ni kan?" Am cuba menduga.

Zack mengangguk lemah.

"Aku tau apa yang kau rasa. Kau ingat tak dulu, masa aku putus dengan Rina. Samalah kes macam kau ni."

Zack terus mendiam.

Am merenung ke arah Zack. Am pun duduk di sebelah Zack.

"Dah tersurat yang kau memang tak berjodoh dengan Mia..."

"Tapi aku sayang dia..," Zack tiba-tiba bersuara.

"Aku tau kau sayangkan dia. Tapi kalau dah bukan jodoh kau dengan dia, kau terpaksa terima. Kita merancang, tuhan yang menentukan. Mungkin satu hari nanti, kau akan berjumpa dengan perempuan yang lagi baik dari Mia. Siapa tahu kan?"

Zack terdiam mendengar kata-kata Am. Sedikit terkejut juga kerana selama ini, Am tidak pernah melemparkan kata-kata begitu serius seperti ini. Am seorang periang, sering membuat lawak. Am bagaikan peserta raja lawak di rumah tetapi hari ini, Zack telah ternampak sisi lain diri Am yang jarang di tunjukkan.

"Tak guna kau mengelamun macm ni lama-lama. Kau rileks dulu 2-3 hari ni. Kalau perlu, pergi la bercuti ke. Aku tau benda yang melibatkan hati dan perasaan ni bukan senang nak di ubat. Aku pun dah pernah 3 kali putus cinta. Salah satu sebab aku putus ni pun sama macam kau putus. Aku tau apa yang kau rasa."

Zack terdiam lagi.

"Dah la. Pergi mandi. Busuk dah bau badan kau ni. Dah macam bau stoking si Man tu ha..,'' sambung Am lagi, cuba nak berlawak walaupun tak berapa nak menjadi.

"Oi, tu ape libatkan stoking aku pulak ni?" jerit Man yang terdengar Am sedang mengutuknya itu.

Zack tersenyum pahit melihat 2 kawannya mula bergaduh mesra. Memang itulah sifat kawan serumahnya itu.

Betul juga kata Am. Dah bukan jodoh, nak buat macam mana lagi kan?

Tetapi, sejauh mana dia akan berfikiran positif seperti itu?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar