Ini merupkan entri pertama aku untuk tahun 2008.
Aku berbual dengan seorang kawan (not-so-called-kawan-la-actually) tentang azam 2008. Kita panggil dia si poyo.
si poyo: apa azam kau tahun ni am?
aku: aku tak de azam.
si poyo: tak kan tak de kot?
aku: tak de. tiap-tiap tahun tak de.
si poyo: kau ni. cuba la pasang azam sikit. Jai insan yang lebih sempurna. Kau tautak, bila kita ada azam baru kita boleh berjaya...bla,bla,bla...
Si poyo meneruskan lagi pertuturan ala-ala motivator kepada aku. Konon-konon aku tidak berwawasan.
Aku bukan apa. Aku memang tak suka berazam. Lagi-lagi kalau azam tidak tercapai, nanti kecewa pula.
Lagipun si poyo ni pun tak delah hebat sangat. Tiap-tiap tahun dia akan cerita pasal azamnya pada aku dan kawan-kawan. Tapi, tak pernah tercapai pun azam-azamnya tu. Kalau macam tu, baik tak payah berazam kalau tiap-tiap tahun azam tak pernah tercapai.
Azamnya tahun lepas, mahu beli kereta Toyota atau Honda memang tak tercapai. Sampai sekarang masih pakai kereta Kancil abangnya yang di lenjan macam hak milik sendiri.
Pesanan ikhlas dari aku. Sebelum berazam, ukurlah baju di badan sendiri ya!
Oh ye. Sebenarnya kepada kamu yang menantikan kisah kawan aku yang seksi, Maria, belum ada cerita menarik. Nanti aku cerita kepada kamu bila ada.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar