Kamis, 17 Januari 2008

ROCK KAPAK.....ROCK KANGKANG.....ROCK RAMBUT SARANG TEBUAN....

Sedang aku melayari internet petang tadi, aku telah terjumpa dengan blog ini. Blog ini menyimpan lagu -lagu artis melayu zaman rock kapak , rock kangkang , rock rambut sarang tebuan, tracklist album , cover album , dan info yang berkenaan dengan album tersebut.

Jadi, tanpa membuka link blog ini pun, kamu sudah boleh agak apa kandungan blog ini kan? Ya. Blog untuk kamu download lagu-lagu rock kapak melayu yang agak susah hendak di cari sekarang.

Aku puji pemilik blog ini kerana menyediakan lagu-lagu yang susah untuk dicari kini, tidak kira di internet, dalam bentuk mp3, atau pun bentuk kaset atau CD. Pemilik blog ini memang rajin untuk mengupload semua lagu-lagu rock kapak yang berada di persada Malaysia satu masa dulu.

Jadi, aku melayari blog ini. Aku terjumpa dengan bermacam nama band rock kapak yang amat asing dari telinga aku sebelum ini. Pernah tak kamu semua dengan band seperti Penyengat, Teras, Ababil, Aces, Ad Hoc (ini pun boleh jadi nama band ke?), B n W, Espiranza, G.U.Y.S., Helter Skelter, Happy Nightmare dan Jasad Liar? Aku pun banyak yang tidak pernah dengar. Malah kalau kamu baca semua nama band tersebut, aku yakin banyak yang kamu tidak pernah dengar.

Selain dari mp3, blog ini juga meletakkan playlist album, info-info lain mengenai album dan juga yang paling menarik, cover album.

Disini aku meletakkan beberapa cover album yang agak kelakar dan kepada kamu yang ingin menceburi dunia muzik, secara underground atau mainstream, setelah melihat Hujan, Meet Uncle Hussain dan Bittersweet begitu popular dan menjadi kegilaan para-para gadis walaupun penyanyi band tersebut perform live hancur, ini sedikit tips kepada kamu agar kamu tidak membuat cover album, demo atau EP kamu seperti ini.

Budak Kaca Mata - Kilauan Memukau - 1997


Aku juga tak pasti samada Budak kacamata boleh di iktiraf sebagai rock kapak atau tidak, tapi ada dalam blog tersebut. Jadi aku terima sahaja seadanya.


Cuba kamu lihat cover mereka ini. Semua ahli band berposing dengan gaya yang agak jambu, macam tidak kena dengan konsep rock kapak.

Lebih sadis lagi cuba lihat gambar di bawah, pada mamat yang aku bulatkan dengan warna merah tu.


Pada kamu yang ingin membuat album, tolonglah jangan posing manja macam itu. Geli pulak aku tengok lama-lama.


Fantasia - Fantasia - 1988

Antara nama band yang aku tidak pernah dengar dalam blog ini. Berpakaian ala rock kapak dan tangkap gambar di dalam hutan, padang lalang , semak samun, kebun getah atau estet memang ketinggalan zaman pada waktu sekarang. Jika kamu rasa ini cool, aku sarankan band kamu main lagu-lagu rock kapak sahaja, jangan nak main lagu indie macam Hujan dan bittersweet


Halilintar D'Episode - Harga Sebuah Cinta - 1989

Pun aku tidak pernah dengar nama band ini. Sekali pandang cover album ini, aku teringat cover kumpulan girl band, Restu (mungkin di eja dengan begini - Res2) dan M'Steen (salah satu anggota kumpulan ini, kalau tidak salah aku, ialah Intan Azura).


Tangkap gambar sambil baring dengan formasi begitu hanya akan membuatkan band anda di gelar girl band daripada band rock.

High Crime - Identiti - 1989

Agak tidak boleh belah juga tengok cover band ini (ini band rock kapak ke?). Sekali tengok macam poster wayang untuk movie kelakar pula. Mungkin pada masa ini, cover macam ini amat cool....Rasanya...



Ini juga satu cara posing yang agak kelakar. Hahaha...


Magnet - Ajarlah Aku Bercinta, Kawan - 1998

Mula-mula aku mahu tanya kamu. Adakah relevan untuk meletakkan gambar magnet sebesar gajah untuk cover album kamu? Tahu lah nama band korang magnet, tak payahlah rasanya letak gambar magnet, macam kami tak pernah tengok magnet pula.


Tajuk album ini - Ajarlah Aku Bercinta, Kawan - Memang tidak relevan. Jadi kepada sesiapa yang ingin membuat band tu, ingat!!! Jangan letak tajuk album kamu macam ini.

Oh... Ini rupa kumpulan Magnet tu......

Peace - Peace - 1998

Ini lagi teruk. Sekumpulan band lelaki, menanggalkan baju (berlenggeng lah ye, bukan bogel. tapi mungkin...), duduk dalam posisi rapat-rapat dan pandang ke arah berlainan.


Juga ada ciri-ciri girl band dan bukan rock band. Malah, aku rasa cover ini macam ada sedikit......Gay! Hahahah....

Roy - Nekad - 1990

Tiada apa sangat untuk cover ini. Cuma satu aku mahu pesan, jangan pakai boot koboi untuk cover album kamu.


Utopia - Maya Percintaan

Cara pemakaian ini memang sudah tidak sesuai untuk cover album sebegini. Lagi -lagi mamat yang paling depan tu. Baju dia tu bercampur pelbagai warna. Aku mahu terangkan warna apa pun aku tak tahu..


Satu lagi. Jika ingin memilih nama band, pastikan ianya sesuai dengan genre lagu dan nama tajuk album atau lagu kamu. Contoh yang tidak sesuai

Nama band: Jasad Liar
Nama Album: Senikata Cinta
Wah! Nama band dah ganas. Sekali nama tajuk album......
Ok lah. Sampai di sini sahaja sessi aku kali ini. Aku dah mengantuk, esok kelas pukul 8 pagi. Bye...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar