Senin, 07 Januari 2008

KELAS PERTAMA AKU SEMESTER INI.....

Petang tadi, lebih kurang pukul 2 petang, buat pertama kalinya dalam semester ini aku hadir ke kelas.

Walaupun semester baru bagi pelajar UiTM telah bermula pada 31 disember, iaitu isnin lepas, aku baru mahu pergi kelas hari ini. Bukan apa, biasa minggu pertama pensyarah bukan mahu mengajar sangat, malah ada yang tak masuk kelas pun.

Aku pergi dengan rakan sekelas aku. Berat tapak kaki aku ketika mahu masuk kelas. Malas! Itu yang aku masih rasakan.

Rakan sekelas aku yang lain telah pun sampai dan sedang berborak kosong. Ada yang belum sampai kerana mereka biasa dalam golongan orang-orang yang lewat, datang apabila pensyarah sudah mula mengajar.

Beberapa orang rakan sekelas aku sudah tiada. Mereka sudah minta tukar kampus ke Shah Alam. Mungkin kelas semester ini akan jadi bosan sedikit.

Hari ini merupakan kelas Strategic Marketing Management atau lebih sedap di panggil SMM. Pensyarahnya, Encik Zainal. Encik Zainal sudah pernah mengajar aku 2 semester yang lepas, subjek Marketing Research.

Cara Encik Zainal mengajar agak bosan sedikit, membuatkan aku merasa mengantuk. Lebih-lebih lagi ini kelas pertama yang aku hadiri semester ini. Di tambah perut lapar kerana aku belum makan sebutir makanan pun sejak pagi tadi.

Mata semakin berat, perut mula terasa kosong. Perhatian aku jauh terpesong. Aku mula kabur dengan apa yang di ajar oleh Encik Zainal. Nasib baik ada kawan aku, Chan (melayu ni. Nickname dia je macam cina) menemankan aku berborak kosong.

Lepas kelas, kawan aku ajak makan McDonald. Aku layankan, perut pun tengah kosong. Aku bedal 2 biji Prosperity Burger + Coke medium + Chocolate Conetto McFlurry.

Kemudian aku teringat yang hari Khamis ini merupakan hari cuti, Awal Muharam. Kemudian aku ingat Jadual aku yang hari Jumaat aku memang tak de kelas. Bagus sungguh jadual semester ini.

Bila aku fikirkan, aku mula rasa yang aku mahu balik ke Batu Pahat semula hari Khamis ini. Ya. Mood study aku belum sampai lagi. Aku masih dalam Holiday Mode.

Mungkin lepas hujung minggu ini, bermula minggu depan, Study Mode aku mungkin sudah boleh di aktifkan semula. Harapnya begitulah.....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar