Rabu, 09 Januari 2008

CITA-CITA SAYA NAK JADI.......

Tadi, di kelas debut Relationship Marketing aku, lecture aku (aku pun tak ingat nama dia. Maklumlah, baru sekali masuk kelas dia) menyuruh semua budak kelas aku memperkenalkan diri serta menyatakan tempat asal dan cita-cita di masa depan.

Sampai giliran aku...

Lecture: Ok. Your turn. Introduce yourself...

Aku: My name is Amirul.. (nama penuh rahsia gitu....) asal dari Batu Pahat, Johor. My ambition....em.... I still don't have ambition...

Lecture: What? You are already part 5 and don't have any ambition...

Ya. Aku belum ada cita-cita sejak sekolah menengah. Kenapa? Panjang ceritanya...

Dulu, masa aku sekolah rendah, masih kecil anak, belum sunat, belum akil baligh, masih belum mumaiz, belum pandai mahu tackle awek, belum faham apa erti cinta, belum pernah jatuh cinta, belum tahu apa itu seks dan adegan ranjang yang boleh di download di internet, belum ada nafsu untuk melihat lurah buah dada artis yang keluar di majalah, akhbar atau tertonjol semasa lakonan, masih segan melihat adegan bogel dalam filem The Blue Lagoon ....... atau lebih mudah kalau aku pendekan kepada belum matang, aku punya cita-cita.

Cita-cita aku semasa itu ialah ingin menjadi seorang doktor. Bila aku fikir-fikirkan balik, aku pun tidak tahu kenapa aku ingin menjadi doktor ketika itu. Tapi pada masa itu, jika ibu dan ayah aku bertanya pada aku tentang cita-cita, aku akan cakap aku mahu jadi doktor kerana mahu mengubati ibu dan ayah aku jika mereka sakit.

Tetapi cita-cita aku lenyap pada waktu aku tingkatan 3 apabila aku dapat tahu yang jika aku ingin menjadi doktor, aku perlu belajar lebih kurang 7 tahun atau mungkin lebih. Ini menjadi satu beban kepada aku bila aku fikir-fikirkan.

Malah, abang aku yang jauh lebih cerdik dari aku juga menolak kursus perubatan ini apabila mendapat tawaran. Ditambah pula dengan pendapatan keluarga aku yang agak goyah ketika itu, kerana kursus tersebut memerlukan banyak wang. Makin pudar cita-cita aku apabila aku belajar subjek Biologi semasa tingkatan 4. Aku tidak suka Biologi. Susah mahu masuk kepala. Aku tak mahu jadi doktor.

Jadi aku tukar cita-cita aku. Aku mahu jadi jurutera pula. Ini kerana pengaruh kawan-kawan rasanya apabila ramai yang kata ingin jadi jurutera.

Tapi apabila aku belajar subjek Fizik, Kimia dan apa jua yang berkaitan dengan pekerjaan jurutera itu, aku mula pening dan hilang minat. Aku tak mahu jadi jurutera. Susah mahu masuk kepala. Aku tidak minat.

Apabila aku mengisi borang untuk menyambung pelajaran, aku mengambil jurusan dalm bidang perniagaan. Semua jurusan pilihan aku berkaitan dengan perniagaan. Tiada satu pun jurusan yang berkaitan dengan subjek sains tulen yang aku ambil semasa sekolah. Kenapa? Kerana aku telah tersasar jauh dalam pemilihan cita-cita aku semasa waktu persekolahan.

Kini, aku mengambil jurusan Ijazah Pengurusan dan Perniagaan Bahagian Pemasaran. Aku boleh jadi CMO (Chief Marketing Officer), Sales Manager, Channel and Distribution Manager atau bekerja dalam bidang Promotion and Advertising.

Tapi aku juga tak pasti adakah aku akan menjawat jawatan-jawatan tersebut (jika aku bercita-cita ingin menjadi seperti di atas itulah). Ini kerana Pak Andak dan mak andak aku bekerja di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dengan pengaruh pak andak aku, abang aku juga kini bekerja di KWSP. Malah kakak ipar aku juga bekerja di sana. Dan dengan pengaruh mereka juga, sepupu aku juga kini bekerja di KWSP. Jadi, adakah aku akan bekerja di sana?

Bagaimana kalau aku bercita-cita mahu bekerja dalam bidang pemasaran tetapi kerana pengaruh keluarga, aku bakal bekerja di KWSP juga. Bukan aku tidak suka kerja di sana, tetapi bagaimana dengan cita-cita aku?

Sebab itulah aku tidak punya cita-cita. Aku tidak mahu segala harapan aku hancur hanya kerana aku terpaksa kerja lain nanti.

Lagipun, ramai kawan-kawan aku di sekolah rendah dan menengah tidak mencapai cita-cita mereka. Yang bercita-cita mahu jadi doktor kini mengambil Jurusan Ukur Bahan. Yang bercita-cita mahu jadi jurutera kini mengambil Jurusan IT. Semuanya tidak mencapai cita-cita mereka.

Jadi kesimpulan yang aku dapat buat ialah, "Apa cita-cita kamu apabila sudah dewasa?" hanyalah soalan untuk budak sekolah rendah jawap untuk memenuhi waktu pembelajaran mereka kerana akhirnya, belum tentu mereka akan capai pada dewasa kelak.

Tidak setuju dengan apa yang aku coret kan? Terpulang kepada kamu. Kita ada pendapat masing-masing. Kepada sesiapa yang berjaya mencapai apa yang mereka cita-citakan oleh mereka semasa kecil, tahniah aku ucapkan.

Panjang sangat aku mengarut ni.....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar