Jumat, 11 Januari 2008

GOTHIC DI BATU PAHAT? ATAU AYER HITAM UNTUK LEBIH TEPAT.... ATAU MUNGKIN DI PARIT RAJA JUGA?

Aku pulang ke Batu Pahat lagi. Kali ini, aku balik naik bas. Pelbagai jenis manusia yang naik bas tu. Dari budak sekolah, orang yang bekerja, orang yang dah pencen, melayu, cina, india bangla dan pelbagai lagi.

Kemudia naik seorang budak, kalau ikut saiz badan, umur budak ni macam baru tingkatan 3. Kemudian dia pun menyapa kawan-kawannya yang berbaju sekolah. Oh ya. Budak ni tak pakai baju sekolah. Kita gelarkan budak ini sebagai Si Goth (kependekan dari si gothic) dan kawan-kawannya sebagai kawan 1 dan 2.

Si Goth ni bawa payung hitam yang dah pun di gunting-gunting dengan corak. Aku tak tau kenapa nak di gunting payung tu, mungkin fesyen budak gothic kot. Ada celak di mata dan juga berbaju hitam. Memang ciri-ciri fesyen Gothic... Aku rasa la.

Aku pun terdengar perbualan budak-budak separa matang dan baru nak naik ni. Bukan aku curi dengar, tapi mereka bercakap dalam nada yang agak tinggi. Mungkin cuba mengalahkan tone suara Jacklyn Victor atau Alicia keys.

Kawan 1: Oi. Lama tak nampak?

Si Goth: Aku kerja la sekarang. Malas nak belajar.

Kawan 2: apsal ko malas belajar eh?


Si Goth: Orang-orang bodoh macam korang je yang kena belajar, aku tak payah. Belajar ni sia-sia je. Apa guna kau belajar sampai universiti? Setakat dapat ijazah tu apa la sangat. Dapat sekeping sijil je. Orang bodoh je kejar benda tu. Tengok aku, SPM pun aku tak nak ambik. Aku buktikan pada korang aku lagi power dari korang yang pergi sekolah.

Cantik sungguh bahasa budak konon-konon gothic sangat ni. Mulai sekarang kita gelarkan dia SBGB, singkatan dari Stupid B*stard Gothic Boy.

Kawan 1: Kau ni kenapa bawak payung koyak-koyak ni? Kau tak mampu ke beli payung baru? (ketawa berdekah dengan kawan 2)

SBGB: Kau tu yang bodoh. Nama je pegi sekolah. Ni fesyen Gothic la. Korang apa tau.


Kawan 1: Apa kejadah gothic ni?


Maka dengan panjang lebar dan tiada noktah, SBGB ni pun bercerita la tentang fesyen gothic. Paling kelakar apabila SBGB ni kata yang fesyen gothic ni baru muncul tahun lepas, konon-konon fesyen terkini. Setahu aku la, dah lama aku nampak orang pakai fesyen gothic ni. Tapi bukan di Malaysia la, di luar negara la. Gothic ni baru-baru nak popular dekat Malaysia. Fesyen yang baru muncul tahun lepas? Aku rasa budak ni kena banyak buat kajian sebelum berhujah.

SBGB: Aku nak jadi trend setter dekat Ayer Hitam ni. Mula-mula aku nak kembangkan Gothic ni dekat Ayer Hitam, lepas tu turun ke Parit Raja. Lepas tu ke bandar Batu Pahat.

Adoi! Aku rasa macam dah banyak orang pakai fesyen gothic ni dekat Batu Pahat, tapi kebanyakkannya amoi. Budak lelaki cina ada sikit-sikit. Tapi yang penting dah ada la dekat Batu Pahat.

SBGB: Korang tak naik join aku ke?

Kawan 2: Dapat duit ke?

SBGB: Bodoh. Dapat respect la. Kita trend setter, mesti orang respect kita.

Kawan 1: Respect tu tak boleh buat makan pun...

SBGB: kau tak nak orang hormat kau ke?

Kawan 1: aku nak orang hormat aku dengan cara lain.



Bijak jawapan kawan 1 tu. Kali aku respect kau... walaupun tak boleh buat makan.

Kawan 2: Gothic tu bukan ke muzik?

SBGB: Muzik lain fesyen lain.

Kawan 2: Band apa yang main Gothic eh?

SBGB: Green Day, Good Charlotte...


Bapak kau! Nak je aku cakap macam tu kat si bodoh gothic ni. Bila masa pulak Green Day main gothic? Tetapi aku rasa sia-sia je aku berbalah dengan budak bawah umur yang tak matang macam mereka ni. Baik aku diam je.

Kawan 2: Band melayu la...

SBGB: Oh. Macam Jinbara la...

Kali aku rasa macam nak gelak dekat muka dia kuat-kuat. Jinbara itu Gothic? Budak ni betul-betul kena banyak membaca... Atau lebih tepat, pergi sekolah la, bodoh!

Akhirnya budak gothic tu turun dan mensarankan kawan-kawannya itu joint group gothic dia.

Ada beberapa benda yang aku nak cakap di sini.

1. Pelajaran itu penting. Malah, agama islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu. Jangan ambil mudah dengan mengenepikan pelajaran.

2. Sebelum berhujah, pastikan kamu betul-betul arif tentang benda yang nak di hujahkan. Jangan main hembus je.

3.Pastikan kamu mengikuti perkembangan fesyen di kawasan kamu sebelum berangan-angan mahu jadi trend setter.

4. Green Day dan Good Charlotte tak main lagu Gothic. Jauh sekali jinbara.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar