Rabu, 28 November 2007

BERBUAL DENGAN GADIS SAMBIL MENUNGGU BAS YANG TAK KUNJUNG DATANG

(entri ini juga ada sedikit ciri-ciri pemerhatian)

Kisah terjadi minggu lepas, bila aku balik dari Summit Batu Pahat. Aku melepak di Bus Station Batu Pahat, menunggu bas untuk pulang ke rumah. Aku tiada kenderaan jadi semua pergerakan aku di lakukan dengan menaiki bas atau berjalan kaki.

Aku menunggu bas pada pukul 3:40 petang. Ada 2 orang mak cik tua dan sekumpulan 5 orang budak sekolah (lelaki) yang belum cukup masak dan empuk pemikiran dan tingkah lakunya sedang memekak dan cuba mengurat awek-awek yang lalu di hadapan mereka dengan gaya yang agak bodoh dan menjengkelkan (budak-budak belo) juga sedang menunggu bas yang sama dengan aku.

10 minit aku tunggu, bas masih belum tiba. Aku rileks lagi. Tiba-tiba aku nampak seorang gadis berjalan ke arah kawasan kerusi tempat aku menunggu bas tersebut.

Dia duduk jauh dari aku. Lebih kurang 2-3 minit kemudian, dia bangun dari tempat duduknya. Mungkin tak tahan dengar kebisingan yang di buat oleh budak-budak belo. Lebih best lagi ada sesetengah budak-budak belo itu mencuba untuk tackle gadis ini. Dia kemudian duduk betul-betul sebelah aku.

Aku perhatikan gadis itu. Kulit putih melepak. Amoi rupanya. Memang putih betul kulitnya. Rambutnya agak panjang juga. Diwarnakan dengan warna merah pada hujung rambut.

Aku memerhatikan pakaian yang di kenakan oleh gadis itu. Skirt jeans pendek paras lutut. Nampaklah betis nya yang putih dan licin. Aku tahu berdosa merenung aurat perempuan lama-lama tapi kepala dan mata ini tak mahu berpaling jua. Ya! Aku sedang di kuasai syaitan.

Dia tidak pakai baju...... Tapi pakai singlet (hehe..apa yang korang pikir ha?) Singlet putih Jenama Ed Hardy. Hannah Tan dan Andrea Fonseka macam suka baju jenama ini sebab ada beberapa kali aku lihat gambar mereka memakai baju jenama ini.

Singlet yang di pakai gadis itu memang seksi, ternampak sedikit "lurah dendam" nya.. Hehe.. singlet itu juga agak ketat dan menampakkan susuk badannya. Nampak bentuk ..ehem..buah dadanya yang agak besar tu.

Aku lihat lengan kirinya. Ada tatoo. Tatoo yang memang sama dengan tatoo seorang penggusti WWE, Shawn Michaels. Peminat setia Shawn Michaels agaknya.

Secara mendadak gadis itu berpaling ke arah aku. Aku terkejut dan segan. Bukan apa, segan jika dia perasan aku merenung buah dadanya agak lama.. Hehe.. Nak buat macam mana. Dah tayangan percuma.

Sejurus kemudian gadis itu mengeluarkan rokok. Kemudian bertanya kepada aku, "Bro, ada api tak?"

Oh, melayu rupanya. Aku menggeleng sahaja. Dia kecewa. Dia terus menyimpan kembali rokoknya. Keadaan menjadi hening semula. 2 orang mak cik yang turut menunggu bas di situ asyik merenung gadis tersebut lalu mengumpat dia. Tapi umpatan mereka tu agak kuat. Aku dapat dengar beberapa perkataan umpatan mereka seperti budak tak de maruah, hilang akal agaknya budak ni, memang aku tak terima kalau nak kawin dengan anak aku.

Dan kalau aku dapat dengar, tidak mustahil gadis itu juga akan terdengar. Aku merenung muka gadis itu. Aku mahu lihat reaksi gadis tersebut. Tiba-tiba dia berpaling ke arah aku:

Gadis: Yeah. I know what you thinking. Saya dah biasa kena umpat macam ni. I dont care what other people says...

aku: Owh..

(diam kejap sebab tak tahu nak cakap apa)

Aku: Lawa tatoo tu. Buat kat mana?

Gadis: Hei. Ini bukan tatoo betullah. Ini just tatoo tampal lah.

Aku: Owh, nampak real.

Gadis: Walaupun saya pakai seksi, tak semestinya saya ni jahat sampai nak bertatoo betul-betul pulak. Saya tau juga larangan agama. Walaupun saya dress-up macam ni, at least I'm still virgin. Tak macam sesetengah perempuan yang hipokrit. Pakai tudung. Ada sesetengah tu tudung labuh lagi. Tapi semua tu dah tak de dara. Am I right?

Aku: Ah, betul kot.

Gadis: Bukan betul kot. Memang betul. Pakai je tudung. Perangai mengalah kan aku yang seksi ni. Pergi semak, beromen dalam hutan dengan balak masing-masing. Pastu bodoh bagi balak dia rakam aksi sumbang tu. Keluar la internet, video-video gadis bertudung tengah blow job batang balak masing-masing.

Aku: Tapi tak semua diorang perangai macam tu. Ada yang pakai tudung memang baik.

Gadis: So am I. Ingat kitaorang yang seksi ni semuanya jahat.

Emo sungguh gadis ini. Tapi tidak mengapa. Emo tu trend sekarang. Keadaan menjadi senyap. Aku mati akal. Baik aku diam. Kenapa lah jadi macam ni pulak perbualan kami. Tiba-tiba dia bersuara lagi:

Gadis: Nama saya Maria. You can call me Maria or Mary. You?

Aku: Amirul. Panggil la mirul. Tak pun Am.

Tukar nama gadis ke Maria.

Maria: Buat apa sekarang? Dah kerja or still study? How old are you?

Banyak pulak tanya dia ni

Aku: Belajar. Kat UiTM Segamat. Umur 23

Maria: Oh. You are older than me. I should call you abang

Aku: Eh, tak payah la. Panggil Am je (dalam hati sebenarnya gembira juga kalau dia panggil aku abang... Hehe...)

Maria: I'm only 19. Still young. Selalu buat mistake.

Aku: Biasalah. Teenagers.

Maria: Yeah. Your right. Tinggal dekat mana ni?

Aku: Taman Seri Penggaram. Maria?

Maria: Tak jauh pun dari your house. Taman Bukit Perdana. Actually, saya baru pindah sini dalam 3 month. Sebelum ni I duduk KL. Sorry to say but sini agak membosankan.

Aku: Biasalah. Maria dah duduk KL. Bila pindah bandar kecik macam Batu Pahat ni, memang rasa bosan pun. Saya pun rasa bosan juga kadang-kadang sebab ramai member dah tak de kat sini.

Maria. Yeah. Maybe I Boring sebab tak de kawan kat sini.

Kami terus berbual tanpa menyedari jam sudah pukul 5:45 petang dan bas masih tak kunjung tiba. Kemudian baru kami di beritahu yang bas rosak dan tiada bas untuk pulang ke rumah. Akhirnya aku dan Maria pulang bersama-sama menaiki teksi. Teksi berhenti di rumah aku dahulu jadi aku tak dapat melihat rupa paras rumah nya.

Sejak hari itu aku sering jumpa Maria. Bukan jumpa, tapi terserempak. Dia sering merayap di taman aku dengan menaiki skuter bersama seorang budak perempuan kecil yang di boncengnya.

Aku seronok berbual dengan Maria. Dia mengingatkan aku kepada seorang kawan perempuan aku semasa aku belajar di Politeknik. Cara dia berfikir dan bertutur memang sama dengan Maria. Aku amat seronok berkawan dengan dia. Sporting and open minded. Owh... Aku betul-betul merindui masa lampau.

Selasa, 20 November 2007

PEMERHATIAN KU KE ATAS SUMMIT BATU PAHAT

Cuti ini aku cuma banyak melepak di rumah. Cuti semester ini merupakan cuti aku yang pertama untuk tahun ini. Untuk pelajar UiTM umumnya, tiada cuti pertengahan semester untuk semester Januari dan juga semester Julai. Dan sewaktu cuti semester pada bulan Mei-Jun, aku mengambil kursus intersessi atau kalau orang Amerika menggelarkan ia sebagai summer class. So aku mahu rehat secukupnya.

Tapi ada masa aku keluar juga. Mencari ketenangan jiwa di luar pula. Kadang-kadang aku bantu ibu dan ayah aku di warong. Kemudian aku merayap di Summit Batu Pahat. Tetapi aku perasan ada beberapa perubahan berlaku di sini.

1. Amoi skirt pendek paras peha sudah berkurangan. Mereka yang aku sering menganggap sebagai "penyeri" untuk Summit kini agak berkurangan. Mungkin mereka telah berpindah ke Batu Pahat Mall yang lebih besar dan gah reputasi nya dari Summit ini.

2. Budak punk dan skinhead juga berkurangan. Susah nak jumpa mereka sekarang. Even if aku pergi ke Summit pada hari Sabtu atau Ahad. Rindu pula nak lihat rambut pacak mereka yang berwarna-warni tu. Adakah mereka sudah menjumpai Nur dan pulang ke pangkal jalan? Dah tak nak mabuk-mabuk lagi? Adakah mereka kini menjadi budak nasyid pula? Entah!

3. Pengunjung Summit juga macam sedikit berkurangan. Tak perlu aku kata mengapa. Baca balik nombor 1 untuk sebabnya.

4. Ramai budak sekolah (perempuan) yang cun lepak di Summit. Maklumlah, cuti sekolah. Dan budak-budak sekolah sekarang ni lebih gempak dari zaman aku bersekolah menengah dahulu. Cara dress-up mereka, cara mereka bersolek...Ya lah. Zaman berubah. Rasa mahu masuk sekolah menengah semula.

5. Cyber Cafe di Summit juga tidak sesak seperti dulu. Sudah ramai orang ada internet di rumah. Aku bila pula mahu pasang?

6. Ada seorang perempuan cina dalam lingkungan umur awal 40-an, main game Counter Strike duduk di sebelah kanan aku semasa aku menaip entri ini. Gila gempak auntie ni. Aku ingat budak-budak je hebat main game ni. Tak macam dia kalahkan budak-budak lain dalam cyber cafe ni. Salute You, Auntie!!

7. Ada perempuan pakai jaket terbalik tengah lepak selang satu komputer dari aku, sebelah kiri. Dia tak perasan ke dia pakai jaket terbalik? Ke itu memang fesyen terkini dan aku ketinggalan zaman. Betul ke tu fesyen terkini sekarang?

Sampai sini sahajalah pemerhatian ringkas aku. Entri ini di tujukan khas kepada Joey dengan ucapan... Kau tak rindu Summit ke? Hahaha...

Oh ya. Nak tanya pendapat kamu. Yang mana satu patut aku beli? External hardisc untuk laptop aku atau i-Pod Nano yang aku idam-idamkan sejak dulu?

Rabu, 14 November 2007

KISAH DI ATAS BAS

Pada hari ahad, 11 November 2007 yang lepas, aku pulang ke Batu Pahat setelah menamatkan semester yang panjang, semester yang sibuk, semester yang menyesakkan.

Aku tidak memiliki kenderaan, jadi aku pulang menaiki bas tambang, Bas Yow Hoe, atau aku lebih suka gelarkan sebagai bas perang. Bas ini memang buruk dan sudah layak menjadi tukun ikan.

Aku menaiki bas dari perhentian bas Segamat sehingga ke perhentian Air Hitam. Sesudah sampai di air hitam, aku akan mengambil Bas Johore Motor untuk ke Bandar Batu Pahat. Biasanya, keadaan fizikal Bas Johore Motor adalah lebih baik dari Bas Yow Hoe.

Ini merupakan pertama kali aku pulang ke Batu Pahat pada hari Ahad. Biasanya aku pulang pada hari Jumaat.

Dalam perjalanan dari Air Hitam ke Batu Pahat, aku akan menempuh beberapa buah kilang. Macam-macam kilang ada di kawasan itu termasuk kilang yang paling besar dang ah, Kilang Sharp dan Kilang Fujitsu.

Apabila bas melalui kawasan kilang, bas akan berhenti untuk mengambil penumpang. Penumpang dalam konteks ini ialah pekerja kilang di kilang-kilang tersebut di mana rata-rata pekerja di kilang-kilang tersebut ialah pendatang tanpa atau dengan izin dari negara-negara luar seperti Bangladesh, Vietnam, Filipina dan negara jiran kesayangan, Indonesia.

Mereka terdiri dari jantina lelaki dan wanita, dan bercakap dengan berbilang bahasa. Dan mereka kalau dah bercakap, tidak reti mahu cakap perlahan-lahan. Cakap mahu satu bas dengar, pening kepala aku mendengarnya.

Sambil mendengar perbualan mereka dengan pelbagai bahasa, aku membuat sempat membuat sedikit penelitian dan pemerhatian gelagat mereka dan beberapa perkara lain.

1. Ada seorang dari pekerja kilang tersebut (orang Vietnam rasanya) mempunyai rupa paras orang Melayu (dia ni perempuan). Sekali pandang, aku sangkakan dia orang melayu. Tetapi bila kawan dia ajak dia berborak, barulah kantoi yang dia ini bukan orang melayu. Kalau kamu lihat dia pun pasti kamu sangka dia Melayu.

2. Mereka mula menyerap budaya Malaysia ke dalam mereka. Aku lihat ada 2-3 wanita Vietnam memakai baju kurung. Mungkin mereka bakal menjadi trend setter dalam kommuniti mereka.

3. Seorang jantan Bangla cuba mengurat seorang wanita Vietnam. Oleh kerana mereka berkomunikasi dalam bahasa berlainan, jadi proses mengurat mereka jadi sedikit haru. Pada mulanya, Bangla itu duduk di sebelah minah Vietnam ini, dan bercakap dengan Bahasa Inggeris simple, namun gagal di fahami oleh gadis tersebut. Nyatalah taraf pendidikan gadis Vietnam tu lebih rendah dari Mat Bangla itu. Maka, Mat Bangla itu mula membuat bahasa isyarat, namun masih gagal difahami oleh gadis itu. Maka mereka berbicara dengan bahasa masing-masing. Maka jadilah seperti Itik dengan Ayam sedang bercakap. Setelah melihat usahanya untuk mengurat gagal, maka Mat Bangla itu pun terus pindah tempat. Tidak mengapa, nice try dude (kalau kamu faham maksud ini, bangla).

4. Pertama kali aku nampak ada juga gadis-gadis Vietnam yang cun. Mereka semua dalam satu kumpulan yang mengandungi lima orang dan semuanya cun-cun belaka. Pertama kali aku jumpa. Rupa-rupanya ada juga gadis Vietnam yang cun-cun menjadi operator pengeluar, ingatkan semua yang cun dah menjadi pelakon filem atau drama di Vietnam? Atau menjadi pelakon lucah.

5. Perkara biasa yang kita selalu kita nampak (rasa-rasa akulah), Mat Indon berjalan berpegang-pegangan tangan. Bagi kita, ia sesuatu yang janggal. Tapi bagi mereka, itu perkara biasa. Tapi bagi aku, memang pelik?. (Ya!!! Kamu Gay)

Itu sahaja yang aku dapat rumuskan. Lain kali, aku perhatikan benda lain pula. Selamat bercuti kepada semua student UiTM.

Sabtu, 10 November 2007

MASIH WUJUDKAH CINTA DI KEHIDUPAN KITA?

Seringkali aku lihat pada masa kini, sering kita lihat pasangan bercinta di mana-mana sahaja. Pergi ke mana sahaja, pasti akan bersama. Bagaikan belangkas, bagaikan merpati dua sejoli. Dunia ini bagai milik mereka berdua. Kata orang barat, "Love is all around."

Tapi benarkah cinta mereka sejati? Seringkali juga kita lihat, mereka bertukar-tukar pasangan. Hari ini keluar dengan perempuan lain, esok keluar dengan perempuan lain pula. Begitu juga dengan si wanita. Bertukar teman lelaki sesuka hati. bagaikan menukar pakaian.

Fenomena ini lebih mudah di lihat di Universiti. Ada kekasih di luar kampus atau tempat asal mereka. Tetapi masih ada kekasih di dalam kampus. Katanya, cinta kontrak sahaja.

"Alah, main-main je. Bukan betul-betul pun." Itulah kata mereka bila di tanya tentang cinta kontrak, atau sekarang lebih popular dengan nama kekasih gelap (selepas di popularkan oleh kumpulan ungu)

Jadi di sini aku ingin bertanya kepada kamu semua, adakah cinta sejati masih wujud? Kalau kamu betul-betul cinta-mencintai, kenapa perlu ada cinta kontrak? Kenapa perlu ada kekasih gelap? Sila jawap tanya aku.

Maaf kan aku kawan-kawan. Aku sepatutnya meneruskan kempen Revolusi Pencinta Bebas, tapi lain pula yang aku coretkan. Maaf kan aku, aku gagal dalam menghidupkan kempen ini. Aku sering melakukan kesilapan.

_________________________________
Baiklah. Cuti semester sudah bermula. Aku akan kurang memblogging pada masa cuti kerana tiada talian internet di rumah ku. Jadi aku tidak boleh update setiap hari. Tapi tidak bermakna aku tidak akan update. Cuma tidak sekerap sekarang. Tetapi aku tetap akan update. Selamat bercuti semua!!!

PERGI SELAKU JAGUH, PULANG SEBAGAI JUARA

Akhirnya, tepat pukul 12 tengahari tadi, aku akhirnya berjaya menamatkan peperiksaan akhir tahun ku untuk semester ini. Lega rasanya. Aku menjadi orang ke-4 yang menamatkan peperiksaan di rumah ni, selepas cendol dan pujam juga herman.

Paper tadi mula nya malam semalam aku amat goyang. Sudah pukul 8 malam, aku baru baca 4 bab dari 18 bab. Cuak jua lah aku.

Tapi berkat sedikit hint dan kehebatan aku membuat soalan ramalan semalam, walaupun aku cuma baca 9 bab pada akhirnya, tapi aku berjaya menjawab soalan dengan jayanya. Rezeki aku mungkin agaknya.

Itulah yang aku gelarkan, "PERGI SELAKU JAGUH, PULANG SEBAGAI JUARA."

PERGI SELAKU JAGUH kerana walaupun ilmu belum cukup di dada, tapi masih pergi jua ke medan perang. Memang mahu tunjuk jaguh.

PULANG SEBAGAI JUARA kerana walaupun ilmu belum cukup, tapi aku mampu jua menang di medan perang.

Itu dia sedikit falsafah baru kepada kamu. Inilah satu-satunya paper yang aku paling confident. Tapi sayangnya carry mark untuk paper ni agak kurang baik

Esok aku akan bergerak pulang ke Batu Pahat. Rindu rasanya aku pada masakan ibu ku. Aku juga rindu pada PlayStation2 aku... hehehe...

Malam ni aku mahu tengok tv puas-puas. Mahu tengok bola. Mahu tengok semuanya.

Ok, aku tengah tiada mood untuk menulis. Esok aku hantar entri yang lebih bermakna.

Oh, ya! Aku sudah update blog GAMBARAN MINDA KU YANG USANG. Aku ada upload sedikit gambar untuk tatapan kamu.... Walaupun itu gambar yang tidak bermakna. Enjoy ya!

Jumat, 09 November 2007

CENDOL, KAMI TERUS MENYOKONG KAMU

Kata-kata semangat kawan-kawan serumah kepada roomate ku, Cendol. Kalau tak nampak, sila klik pada gambar, baru nampak lebih besar

Kamis, 08 November 2007

TAPI PADA MASA ITU, INI ADALAH COOL...

Kali ini, satu lagi entri mengenang zaman silam. Tapi biasa entri kenangan silam bertema cinta, jiwang karat, luahan patah hati dan kisah sedih. Tapi kali ini aku mahu bawa tema sedikit humor kepada kamu.

Sebelum itu, aku harap kamu tengok dulu video ini. Video dari kumpulan 4U2C, Fiona.



Itu antara video yang boleh mengimbau sedikit kenangan silam kita pada zaman dahulu kala. Mesti pada masa lagu ini popular, kamu masih kecil anak, masih belum mumaiz, masih naif dan pada masa itu kamu rasa video ini sangat cool.

Ada beberapa perkara yang kamu boleh nampak dalam video ini..

1. Pakai baju trak sukan walaupun pada masa itu panas terik tak ingat. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.

2. Pakai T-Shirt dan bermuda ke mana sahaja, macam orang main futsal.... Walaupun mereka tak main futsal. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.

3. Kalau kamu peka sikit, ada antara mereka yang pakai stoking lain-lain warna. Sebelah pakai warna merah, sebelah lagi pakai warna kuning. Warna stoking pun nak striking. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.

4. Sebagai ahli kumpulan boy band, kenalah pakai baju yang sama warna dan corak. Walaupun corak baju itu amat menjolok mata dan buruk, tapi kena pakai juga. Ini syarat unity boyband!! Tak boleh langgar!! Sekali pandang macam boria Balik Pulau pula. Tapi boria pakai kena, mereka pakai.... Kena juga... Tapi kena kutuk lah. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.

5. Gantung CD di leher. Ada ke budak-budak rap zaman sekarang nak buat lagi seperti ini? Mungkin tidak. Nasib tak gantung kaset. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.

6. Tarian trademark 4U2C, tarian kaki tarik atau kaki seret atau nama yang lebih komersial, tarian kaki tertinggal dan perlu di tarik. Sekali tengok macam orang sakit kaki pula. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.

7. Betul ke 4U2C ni kumpulan rap. Lagu jiwang dan tiada unsur rap, siap ada goreng gitar pulak tu. Adakah orang tidak peka tentang itu? tapi mereka tidak kisah. Kerana pada masa itu, ini adalah cool.

Itu lah serba sedikit tentang video zaman dulu-dulu. Kelakar tapi mengimbau kenangan lalu. Banyak lagi video-video macam ini di youtube, seperti Feminin dan Restu. Kalau rajin-rajin, cari la. Mungkin kamu pernah ambil lagu-lagu seperti ini menjadi lagu couple kamu.

Aku sudah selesai format laptop aku. Lepas ini, boleh memblogging dengan laptop aku balik.

Rabu, 07 November 2007

MENONGKAH ARUS ITU KERJA GILA!!!

"Blog kau dah jiwang la, bro"

"Apsal kau tulis pasal kisah cintan kau pulak ni?"

Itu adalah antara komen yang aku terima di friendster aku sejak aku menulis kisah-kisah silam aku dari kawan-kawan dan juga budak-budak junior aku semasa aku belajar di Politeknik Merlimau dulu. Ada macam-macam komen lagi.

"Kau sekarang dah banyak cerita pasal kisah silam kau. Kenapa eh?"

Tanya seorang lagi teman ku. Baik aku jawab sedikit persoalan kamu di sini.

Aku tidak seperti Faerrin, yang mampu mengupas tentang isu serius seperti kemunduran orang melayu dalam blog nya (aku suka entri kau yang itu). Aku tidak seperti Azrul yang sangat bijak mengolah kata-kata di dalam blog sehingga setiap entri nya tidak jemu untuk di baca.

Aku tidak seperti Tongah atau Rizuan Bulu-san , yang mampu membuat ambigram dengan baik dan meletakkan pada entri blog mereka. Mereka memang mempunyai seni tangan yang hebat. Azrul juga hebat dalam bidang ini. Aku juga tidak seperti Azman, yang menjumpai tangan bender di library UiTM Segamat.

Itu lah sebabnya aku sekarang menulis sesuatu dari kenangan silam ku. Supaya dapat berkongsi pengalaman aku bersama.

Menulis entri sambil mengelamun mengingatkan kisah silam kita memang seronok. Tapi aku perlu penghayatan yang tinggi untuk tulis semua ini.

"Aku suka baca blog kau. Kau dah berani luahkan perasaan kau. Macam ni la blog tak de la nak tulis pasal apa kau buat hari ini, apa jadi kat kau hari ni, bla bla bla...."

Panjang pulak komen nya, aku pun sudah tidak ingat apa yang di komen oleh dia. Dia junior aku semasa aku belajar di Politeknik Merlimau dulu. Seorang gadis yang genit dan tak pernah bercakap dengan aku walaupun sekali.. Sekali dia hantar komen dekat freindster aku, panjang pula. Macam-macam yang di tulis.

"Your blog is so funny..... I mean, funny in the right way."

Aku tak kenal juga gadis yang komen aku ni. Dia add aku dulu dan dia setahun lebih berusia dari ku. Sebenarnya aku tak faham apa maksud dia. Jadi harap kamu bagi komen lanjutan untuk itu.

"Sedih saya baca kisah kehilangan ayah angkat awak tu. Betul ke cerita pasal awak dengan bak tu?"

Ya betul. tak kan aku mahu main-main kan hal hidup mati seseorang. Aku masih melawat mereka kalau ada waktu terluang. Dan setiap raya aku pasti datang rumah arwah bak. Mak masih tinggal di situ.

"Oit, mirul. Asyik tulis cerita patah hati je. Tulis la kisah percintaan kau ke, masa kau baru nak tackle awek kau ke. Baru best. Kena ada positif dan negatif. Baru cara.."

Aku tidak mahu tulis pasal itu. Aku suka menulis pasal kes patah hati kerana... entah. Tapi aku suka. Tak mahu tulis kisah percintaan. Nanti jiwang sangat. Nanti aku akan terawang-awang pula. Hehehe....

"Saya suka kisah silam awak. Tulis banyak-banyak lagi ya?"

Komen seorang gadis yang dari gambar dan dress-up nya, seperti tomboi, tapi guna kata ganti saya dan awak. Tidak seperti tomboi lain yang guna aku dan kau. Mungkin dia bukan tomboi, tapi suka pakai macam tomboi.

"Lawa siot blog kau..."

Komen dari kawan aku. Eerr... Tak mahu komen pasal penulisan dan isi entri aku ke?

Itu adalah antara komen yang aku dapat dan aku ingat untuk aku tulis ke dalam entri ini. Terima kasih kerana membaca coretan sia-sia aku ini. Harap kamu menyokong aku seterusnya.

Maaf aku tidak sempat hendak mengupdate blog gambar ku, Gambaran Minda Ku Yang Usang. Tidak sempat. Banyak gambar yang ingin ku upload kan. Tunggulah laptop aku sudah elok, aku upload gambar-gambar lain.

Chow....

MENONGKAH ARUS

Perbualan telefon antara aku dan pak andak ku...

"Assallammualaikum. Am, tengah buat apa?"

"Waalaikummussalam. Tengah baring-baring. Kenapa pak andak?"

"Oh. Am kat rumah sewa eh?"

"Ha, kenapa?"

"Ingat Am dekat UiTm tadi. Pak andak ada kat sini."

"Buat apa pak andak kat sana?"

"Hari kan farhan last paper exam dia. Ni nak ambik dia la ni. Nak bawak balik semua barang dia."

"Owh. Farhan dah last paper rupanya..."

(Farhan adalah sepupu aku yang belajar di UiTM Segamat dalam jurusan Diploma Perbankkan semester satu)

"Ha. Am abis bila?"

"Sabtu ni."

"Oh. Lama lagi. Ok la. Ingat Am ada kat sini. Boleh la jumpa."

"Oh. Ok la. Kirim salam kat Farhan."

-Perbualan tamat-

Aku cemburu. Sepupu aku dah habis exam. Tongah pun dah habis exam (kalau tidak salah aku la). Aku cemburu kepada kamu semua yang sudah habis exam.

Cepatlah habis exam ni. Kepala aku dah rasa berat gila 2-3 hari ini. Tidur ku tidak cukup kebelakangan ini. Jadual tidur dan makan ku juga tidak menentu.

Aku mahu cepat pulang dan tidur puas-puas. Aku mahu makan puas-puas masakan lazat ibu ku. Aku mahu bermalas-malasan di rumah bersama Play Station2 aku. Aku mahu semua itu......

Maaf.... Tajuk entri ini langsung tiada kaitan dengan isi kandungan entri ini.

Selasa, 06 November 2007

TIADA JALAN YANG MUDAH

WAKTU : 7:50 PAGI

LOKASI : KEDAI NYONYA DEPAN TAMAN RUMAH SEWA AKU

WATAK TERLIBAT: AKU, NYONYA KEDAI, MAK CIK KEDAI DEPAN

Aku kedai awal pagi. Kenapa? Mahu beli gula-gula kopiko. Aku mengantuk. Ada paper pukul 2:15 petang ni.

Sampai ke kedai, aku nampak mak cik kedai depan (MKD), sedang membeli barangan untuk meniaga petang nanti agaknya. Aku melemparkan satu senyum kelat+mengantuk dan terus mengambil kopiko sebanyak yang mungkin. Nyonya menegur aku...

Nyonya: Haiya. Sarapan pagi makan gula-gula saja ka?

Aku senyum je

MKD: Dia tak tidur ni. Malam diorang belajar. Tu yang mengantuk tu.

Nyonya: Waah! Betul ka?

Aku: Ha'ah. Ngantuk ni auntie

(aku tak panggil dia nyonya. Lagipun dia muda sikit dari nyonya biasa)


Nyonya: Sekarang belajar pun bukan senang la..

Aku setuju dengan nyonya itu. Siapa cakap belajar ni senang. Aku hangin kalau ada member yang lepas SPM tak sambung belajar, lepas tu cakap... "Ala, kau belajar. Senang la. Aku ni kerja tau."

Siapa cakap belajar tu senang. Tahu tak berapa banyak sel-sel otak yang terpaksa di gunakan untuk menghafal bermacam-macam teori untuk di jawap semasa peperiksaan. Bukan satu subjek saja, 7 subjek satu semester. Setahun 14 subjek.

Tidak termasuk asignment yang berlambak, kuiz, test dan presentation. Semua memberikan tekanan. Dan aku cukup marah bila mereka kata belajar tu senang.

Ya. Belajar itu susah. Sama susah dengan paper Channel Management yang aku duduki petang tadi. Sangat susah. Susah nak mampus. Nak mampus pun tak sesusah itu. Kawan-kawan kelas ku semua merungut.

Aku tinggal satu paper sahaja lagi, marketing communication. Harap paper ni senang.

Oh ya!! Untuk menjawab persoalan kamu, aku tidak menutup blog ini. Ada sesetengah orang bertanya, adakah aku akan tutup blog ini sebab aku sudah ada blog gambar? Tidak. Blog ini terus hidup. Aku akan sedaya upaya untuk tidak menutup blog ini.

Terus menyokong Warmness On The Soul.

Dan sokong juga GAMBARAN MINDA KU YANG USANG

Minggu, 04 November 2007

KEKERINGAN IDEA

Aku kekeringan idea untuk menaip entri baru malam ini. Tetapi kalau tidak menghadap komputer dan menaip blog, rasa kekurangan pula hidup ini.

Lagipun aku bakal menghadapi dua paper berturut-turut pada hari Isnin dan Selasa. Itu yang membuatkan aku malas ingin memerahkan otak untuk menaip entri.

Apa kata kamu pergi ke blog di bawah ini dan tinggalkan komen pada blog ini. Sebenarnya blog ini juga merupakan blog aku, cuma dalam versi yang agak berbeza. Tetapi aku tidak akan meninggalkan blog ini. Aku akan mengupdate kedua-dua blog ini. Harap kamu terus menyokong aku (ayat pelukis komik jepun)

Untuk ke blog aku yang satu lagi ini, sila klik link di bawah:

Sabtu, 03 November 2007

TIDAK KESAMPAIAN

AMARAN: ENTRI INI JUGA KUAT BERBAU JIWANG, PATAH HATI DAN KEKECEWAAN BERCINTA SEPERTI ENTRI TERDAHULU. JIKA KAMU TIDAK SUKA DENGAN TEMA-TEMA ITU, SILA ABAIKAN ENTRI INI DENGAN SEGERA.

SILA BACA ENTRI LOVE HURTS...BUT SOMETIME IT'S A GOOD HURTS SEBELUM MEMBACA ENTRI INI

Setelah aku gagal dalam percintaan aku yang pertama dan gagal menawan hati perawan M, akhirnya aku berjaya menawan hati S. Tetapi kisah aku dan S sekejap sahaja. Kenapa?

Aku menerima dia kerana aku masih terasa tekanan atas 2 kejadian di atas. Dan aku sedar dia bukan perempuan yang di cipta untuk ku. Jadi aku meneruskan kehidupan aku seperti biasa. Aku tak mahu bercerita kisah ku dengan S. Kata Dato' Siti, "biarlah rahsia."

Aku hidup seperti biasa. Bekerja di warong ibu dan ayah. Aku lambat menyambung pelajaran. Orang lain sudah menyambung pelajaran pada bulan Julai, aku pula masuk pada bulan Disember. Aku lambat masuk satu semester.

Aku berjaya meneruskan pelajaran di Politeknik Merlimau Melaka. Aku merupakan pelajar batch pertama di sana.

Ketika belajar di sana, aku sering pulang ke Batu Pahat hampir setiap hujung minggu. Setiap hari sabtu, aku akan merayap di Summit Batu Pahat. Samada bersama kawan-kawan, famili atau seorang diri. Setiap sabtu cuma perjalanan biasa bagi aku.... Sehingga suatu hari.

Aku ternampak seorang gadis, bermuka comel, kulit coklat-coklat cerah (apa nama kulit ni?), pipi licin, bermuka ayu dan body yang baik.... Of coz.

Gadis ini bekerja di sebuah kedai menjual alat tulis dan majalah. One Stop Shop nama kedai itu, kalau tak salah aku. Lama aku memerhatikan dia. Aku bagai jatuh cinta pada pandangan pertama. Aku suka lihat wajah nya.

Setiap minggu, aku akan ke Summit, dan lalu di kedai itu. Aku hanya berani mengintai keayuannya dari jauh. Aku bagaikan gila bayang.

Aku bercerita pada seorang teman ku di Politeknik,

"Habis, kau usha dia dari jauh aje lah?", tanya kawan ku.

"Ya. Aku takut", jawabku ringkas.

"Bodoh. Jangan tunggu lama-lama. Nanti kena kebas dengan orang, Kalau awek tu cun, mesti ramai yang gilakan dia. Kalau kau lambat, kena kebas dek orang lain. Lagipun, bukannya kau tak pernah bercouple sebelum ni. Apa nak takut."

Betul kata kawan ku. Kalau aku lambat, bunga idaman ku akan di sambar orang. Aku perlu pulang hujung minggu ni. Aku kena mulakan langkah.

Maka aku berani kan diri ku. Aku masuk ke kedai itu, dan terus melangkah mendekati gadis kegilaan ku ini. Aku mengatur ayat terlebih dahulu.

"Hai."

"Hai. Ya, abang cari apa?"

"Erm... Boleh tak kita berkenalan?"

Muka gadis itu berubah. Menjadi muka orang yang kebingungan.

"Eh? Marah ke? Kalau tak boleh, tak pe lah. Ok lah, saya gerak dulu."

Tiba-tiba gadis itu bersuara.

"Tak, saya tak marah."

"So, boleh la kenal ni?"

Kami pun berbual-bual sedikit. Baru aku hendak menekan ayat, bos nya sudah menjeling. Tak mengapa, sekurang-kurang nya sudah kenal dia. Ada kemajuan.

Minggu depan nya, aku datang lagi. Begitu juga minggu seterus nya. Aku melakukan perkara tersebut selama 4 minggu berturut-turut.

Oh ya, lupa aku ingin memberitahu kamu semua. Namanya Emilia. Dia baru habis SPM, dan bekerja sambilan di kedai buku tersebut.

Selain raut wajahnya, Emilia juga mempunyai suara yang halus dan gemersik. Aku suka mendengar hilai tawanya. Kadang-kadang, kami keluar semasa waktu rehat dia. Kami makan bersama.

Minggu ke-5, aku datang lagi ke kedai tersebut. Tapi ada sedikit kekurangan kali ini. Emilia tiada di kedai itu. Aku menjadi kalut. Lantas aku bertanya kepada seorang lagi amoi yang juga bekerja di kedai tersebut. Amoi ini kenal dan tahu aku berkawan dengan Emilia.

Aku menerima jawapan yang negatif, dia sudah berhenti. Kenapa? Kerana dia mendapat tawaran belajar di Matrik. Semalam merupakan hari terakhir dia bekerja.

Aku rasa kecewa dan hampa. Tiba-tiba amoi itu menghulurkan aku sekeping kertas, surat dari Emilia katanya. Aku membaca isi surat tersebut.

Emilia berkata dia gembira berkawan dengan ku. Tetapi dia tidak bersedia untuk bercinta. Dia harap aku terus akan berkawan dengan dia. Bila sampai waktu yang tepat, kami bersatu. Dia meninggalkan nombor telefon nya pada ku.

Aku simpan nombornya. Aku menyimpan harapan yang aku ingin berjumpa dengan dia lagi. Aku ada menelefon dia beberapa kali semasa dia di matrik. Aku berhubung dengan dia dan berjumpa beberapa kali lagi dalam setahun.

Akhirnya, kesibukan masing-masing telah membuat kan kami terlupa antara kami. Kami terputus hubungan... Hingga hari ini.

Aku masih simpan nombor telefon nya. Tetapi aku tidak pernah tergerak hati untuk menghubungi dia. Mungkin dia telah berjumpa pasangan hidup yang lebih baik dari ku. Mungkin kehidupan dia jauh lebih baik dari ku...

Harap kau berbahagia, Emilia.....

Jumat, 02 November 2007

HARI YANG PENUH KESALAHAN

Jumaat, 2 November 2007, hari di mana aku mencatatkan agak banyak kesalahan yang sepatutnya boleh di elakkan.

(kesalahan di bawah tidak mengikut susunan, aku tulis secara rawak sahaja)

Kesalahan pertama

Apa kes?

Aku ke blog Azrul dan membaca entri terbaru nya. Kemudian aku pun meninggalkan komen.

Kesalahan Aku

Aku tinggalkan komen dan aku tulis nama Azrul sebagai Faerrin. Aku terlupa yang aku baca blog Azrul, bukannya blog Faerrin.

Kesalahan Kedua

Apa kes?

Aku ingin meminta Apeng mengformat laptop aku kerana laptop aku dah jadi lembab nak mampus.

Kesalahan Aku

Aku terlupa nak burn semua benda dalam hardisc aku (terutamanya Mp3 aku yang seberat 17.1 Gigabyte). Kalau format, hilang semua. Parah nak cari balik semua lagu.

Kesalahan Ketiga

Apa Kes?

Aku hendak hantar SMS ke adik angkat ku, Nana. Ayat yang aku tulis si SMS itu ialah:

"Hai Sayang ku Nana? Tengah buat apa?"

(Aku suka-suka sahaja hendak panggil dia sayang. Saje gurau-gurau)

Kesalahan aku

Aku terhantar SMS tersebut ke ayahku. Nama ayah ku di dalam phone book hand phone aku di tulis sebagai "ABAH", nombor satu dalam senarai phone book aku.

Tak lama kemudian ayah ku membalas...

"Amboi sayang. Dah nak kawin ke? Nana ni bakal menantu abah ke?"

Kesalahan Keempat

Apa kes?

Aku ingin menanya kawan ku, kalau-kalau dia ada hint untuk paper Global Retailing isnin ini.

Kesalahan Aku

Aku terhantar SMS tersebut ke pensyarah yang mengajar subjek itu, Encik Muruga. Naib dia tak balas balik. Mungkin dia tiada nombor aku.

Kesimpulan

Maafkan aku semua. Aku tahu aku bersalah. Aku manusia biasa. Tidak sempurna. Sering melakukan kesilapan.

Harap di hari mendatang, aku tidak melakukan sebarang kesalahan yang sepatutnya boleh di elakkan seperti tadi.... Harapnya....

Kamis, 01 November 2007

PERGI TAK KEMBALI

Sebelum aku tidur, tiba-tiba aku teringat aku pun meneruskan siri mengimbau kenangan silam aku lagi.

Kali ini aku teringat kisah silam aku, sewaktu aku berusia 14 tahun, tahun 1998, semasa aku di tingkatan 2.

Semasa kecilku, aku tinggal di Kampung Peserai di Batu Pahat. Aku dilahirkan di Kampung Nakhoda, Selayang, Gombak, Selangor tetapi sesudah habis pantang, ibu ku pulang ke Kampung Peserai. Sejak umur ku sebulan setengah hingga darjah 2, aku tinggal di sana.

Famili ku tinggal di rumah sewa salah seorang penduduk tetap di sana. Tuan punya rumah merupakan jiran aku sebenarnya.

Ibu dan ayah ku merupakan peniagaan warung di bus station di Batu Pahat. Lokasi nya di Bus Station menara di Batu Pahat sekarang. Tapi pada waktu dulu, menara itu belum wujud lagi. Bus station Batu Pahat sewaktu itu memang berlainan, dan aku lebih suka bus station dulu dari yang sekarang ini.

Balik kepada cerita asal, ibu dan ayah ku akan berniaga mula dari pukul 7 pagi sehingga 6 petang. Abang ku bersekolah jadi aku telah di jaga atau di baby sitter kan oleh famili jiranku, a.k.a. tuan rumah sewa ku itu.

Banyak kenangan aku di rumah jiranku itu. Mereka bukan umpama tuan rumah lagi, mereka bukan seperti jiran ku lagi, tetapi mereka seperti keluarga ku. Ya, mereka juga menganggap aku sebagai anak sendiri. Aku mengistiharkan mereka sebagai keluarga angkat.

Di dalam rumah tersebut, ada sepasang suami isteri, di mana aku memanggil si isteri sebagai mak dan si suami sebagai bak... Panggilan ayah dalam bahasa jawa tak salah ku... Walaupun aku bukan orang jawa. Mereka lah mak dan ayah angkat ku.

Mereka di kurniakan dengan 4 orang anak. 1 lelaki dan 3 perempuan. Semua anak-anak mereka jauh lebih tua dari ku. Mereka menjadi abang dan akak angkat ku.

Mak dan bak menjaga aku seperti anak sendiri. Memanjakan aku lebih dari mak dan ayah ku sendiri. Sampai kalau aku di marahi oleh ibu dan ayahku, aku akan ke rumah mereka untuk meminta ehsan. Bermacam aktiviti aku lakukan bersama mereka, banyak kenangan manis dan pahit di sana.

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Akhirnya, famili ku membuat keputusan untuk berpindah ke tempat lain. Kali ini bukan rumah sewa lagi, tetapi rumah sendiri yang di beli hasil titik peluh ibu dan ayahku selama ini.

Tahun 1992, aku darjah 2, kami pun berpindah keluar dari rumah di Kampung Peserai itu. Aku berpindah pada hari di mana satu Malaysia telah terputus bekalan elektrik kerana pencawang di Terengganu rosak (ingat lagi tak?)

Perpindahan kami di iringi dengan juraian air mata dari keluarga angkat ku. Aku juga menangis. Sukar untuk berpisah kerana aku di besarkan di sana.

Akhirnya aku dudk di Taman Seri Penggaram. Aku melawat mereka bila ada masa terlapang. Masa berlalu dengan laju nya. Aku sudah pun tingkatan 1. Semasa aku di sekolah menengah, aku sudah jarang melawat mereka. Aku juga jarang menelefon mereka.

Aku sibuk. Atau mungkin aku lupa pada mereka kerana kau sudah mendapat kebebasan sepenuhnya dari familiku. Sering keluar berjalan-jalan dengan kawan-kawan. Lupa kepada mereka.

Semasa tingkatan 2, aku mendapat cerita yang Bak sakit tenat. Berulangkali keluar masuk hospital. Aku terkejut dengan berita tersebut. Aku pun pergi melawat mereka.

Bila aku sampai ke rumah mereka, aku terkejut melihat keadaan bak. Bak dulu yang mempunyai tubuh badan yang sihat, kini kurus kering. Dia tidak boleh buang air secara normal lagi. Perutnya terpaksa di tebuk untuk memberi laluan untuk najis keluar dari situ.

Aku terkejut melihat keadaan bak. Aku menangis. Bak juga. Dia memeluk aku. Nyatalah dia amat rindu kepada aku. Aku rasa bersalah kerana lama tidak melawat dia.

Setelah aku melawat bak, keadaan bak menjadi semakin pulih. Aku ada melawat mereka beberapa kali dan menelefon dia. Aku gembira bila mendengar berita yang dia semakin pulih.

Akhirnya cuti sekolah tiba. Aku pun ingin ke selayang, berjumpa sepupu ku di sana. Lagipun setiap cuti sekolah memang aku akan ke sana.

Aku memberitahu bak yang aku ingin ke sana. Dia suruh aku jaga diri ku baik-baik. Aku ke sana dengan menaiki bas ekspress.

Untuk ke Kuala Lumpur, bas ekspress akan melalui kawasan peserai. Lebih tepat, melauli depan rumah bak dan mak. Boleh lah aku melihat rumah mereka nanti.

Semasa melalui depan rumah bak dan mak, aku ternampak ramai orang ada di rumah tersebut. Dan semua memakai songkok dan kopiah. Hati ku berasa gelisah. Nak sahaja aku menyuruh driver bas itu berhenti sebentar.

Apabila sampai di R&R di Melaka, aku pun menelefon ke rumah aku. Ibu ku yang jawab. Aku pun bertanya kepada dia. Ibu diam sahaja. Aku tanya berulangkali. Akhirnya ibu menjawab...

"Bak dah meninggal.."

Aku tak tahu bagaimana nak gambar kan perasaan aku ketika itu. Sedih, hiba, remuk hati dan bermacam-macma lagi. Aku tidak dapat menatap bak ketika detik-detik akhir beliau di dunia ini.

Aku pulang kembali ke Batu Pahat, tapi semuanya dah terlambat. Apa yang aku dapat lihat hanyalah pusara Bak yang masih merah lagi. Aku tidak boleh bersedih kerana Alllah lebih menyayangi Bak lebih dari kami menyayangi nya. AKu berharap Roh Bak di tempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman.

AKU AMAT LETIH

Aku ingin menaip entri petang tadi. Minda ku teringin menaip entri tetapi badan ku lesu dan tak mampu melaksanakan arahan minda ku. Akhirnya aku tidur sahaja.

Aku letih. Rabu dan khamis, kedua-dua hari aku ada paper final. Aku tak cukup tidur Waktu tidur ku tak menentu 2-3 hari ini. Membuatkan minda dan badan ku lesu.

Semasa menjawab paper Sales Management tadi, tiba-tiba aku mengidam ingin makan McDonald. Mengidam.... Seperti wanita yang mengandung pula.

Aku mengajak kawanku untuk lunch di McD, dan kawan aku yang memang hantu McD, terus setuju.

Sampai di McD, aku melihat senarai menu. Baru aku perasan yang McD sudah keluar menu baru, Cornetto McFlurry. Lama sungguh aku tidak pergi melawat ke restoran makanan segera.

Lepas balik, aku terus menyelam ke web. Melawat blog-blog rakan bloggers ku. Selepas meninggalkan komen, aku ingin menaip entri baru, tapi mata ku amat berat. Aku terus tidur.

Aku terlampau letih dan aku cuma sedar bila jam sudah pun mencecah pukul 8:30 malam.

Sekian, kisah kehidupan ku yang membosankan. Kamu telah membazir masa membaca entri sampah ini.