Sabtu, 03 November 2007

TIDAK KESAMPAIAN

AMARAN: ENTRI INI JUGA KUAT BERBAU JIWANG, PATAH HATI DAN KEKECEWAAN BERCINTA SEPERTI ENTRI TERDAHULU. JIKA KAMU TIDAK SUKA DENGAN TEMA-TEMA ITU, SILA ABAIKAN ENTRI INI DENGAN SEGERA.

SILA BACA ENTRI LOVE HURTS...BUT SOMETIME IT'S A GOOD HURTS SEBELUM MEMBACA ENTRI INI

Setelah aku gagal dalam percintaan aku yang pertama dan gagal menawan hati perawan M, akhirnya aku berjaya menawan hati S. Tetapi kisah aku dan S sekejap sahaja. Kenapa?

Aku menerima dia kerana aku masih terasa tekanan atas 2 kejadian di atas. Dan aku sedar dia bukan perempuan yang di cipta untuk ku. Jadi aku meneruskan kehidupan aku seperti biasa. Aku tak mahu bercerita kisah ku dengan S. Kata Dato' Siti, "biarlah rahsia."

Aku hidup seperti biasa. Bekerja di warong ibu dan ayah. Aku lambat menyambung pelajaran. Orang lain sudah menyambung pelajaran pada bulan Julai, aku pula masuk pada bulan Disember. Aku lambat masuk satu semester.

Aku berjaya meneruskan pelajaran di Politeknik Merlimau Melaka. Aku merupakan pelajar batch pertama di sana.

Ketika belajar di sana, aku sering pulang ke Batu Pahat hampir setiap hujung minggu. Setiap hari sabtu, aku akan merayap di Summit Batu Pahat. Samada bersama kawan-kawan, famili atau seorang diri. Setiap sabtu cuma perjalanan biasa bagi aku.... Sehingga suatu hari.

Aku ternampak seorang gadis, bermuka comel, kulit coklat-coklat cerah (apa nama kulit ni?), pipi licin, bermuka ayu dan body yang baik.... Of coz.

Gadis ini bekerja di sebuah kedai menjual alat tulis dan majalah. One Stop Shop nama kedai itu, kalau tak salah aku. Lama aku memerhatikan dia. Aku bagai jatuh cinta pada pandangan pertama. Aku suka lihat wajah nya.

Setiap minggu, aku akan ke Summit, dan lalu di kedai itu. Aku hanya berani mengintai keayuannya dari jauh. Aku bagaikan gila bayang.

Aku bercerita pada seorang teman ku di Politeknik,

"Habis, kau usha dia dari jauh aje lah?", tanya kawan ku.

"Ya. Aku takut", jawabku ringkas.

"Bodoh. Jangan tunggu lama-lama. Nanti kena kebas dengan orang, Kalau awek tu cun, mesti ramai yang gilakan dia. Kalau kau lambat, kena kebas dek orang lain. Lagipun, bukannya kau tak pernah bercouple sebelum ni. Apa nak takut."

Betul kata kawan ku. Kalau aku lambat, bunga idaman ku akan di sambar orang. Aku perlu pulang hujung minggu ni. Aku kena mulakan langkah.

Maka aku berani kan diri ku. Aku masuk ke kedai itu, dan terus melangkah mendekati gadis kegilaan ku ini. Aku mengatur ayat terlebih dahulu.

"Hai."

"Hai. Ya, abang cari apa?"

"Erm... Boleh tak kita berkenalan?"

Muka gadis itu berubah. Menjadi muka orang yang kebingungan.

"Eh? Marah ke? Kalau tak boleh, tak pe lah. Ok lah, saya gerak dulu."

Tiba-tiba gadis itu bersuara.

"Tak, saya tak marah."

"So, boleh la kenal ni?"

Kami pun berbual-bual sedikit. Baru aku hendak menekan ayat, bos nya sudah menjeling. Tak mengapa, sekurang-kurang nya sudah kenal dia. Ada kemajuan.

Minggu depan nya, aku datang lagi. Begitu juga minggu seterus nya. Aku melakukan perkara tersebut selama 4 minggu berturut-turut.

Oh ya, lupa aku ingin memberitahu kamu semua. Namanya Emilia. Dia baru habis SPM, dan bekerja sambilan di kedai buku tersebut.

Selain raut wajahnya, Emilia juga mempunyai suara yang halus dan gemersik. Aku suka mendengar hilai tawanya. Kadang-kadang, kami keluar semasa waktu rehat dia. Kami makan bersama.

Minggu ke-5, aku datang lagi ke kedai tersebut. Tapi ada sedikit kekurangan kali ini. Emilia tiada di kedai itu. Aku menjadi kalut. Lantas aku bertanya kepada seorang lagi amoi yang juga bekerja di kedai tersebut. Amoi ini kenal dan tahu aku berkawan dengan Emilia.

Aku menerima jawapan yang negatif, dia sudah berhenti. Kenapa? Kerana dia mendapat tawaran belajar di Matrik. Semalam merupakan hari terakhir dia bekerja.

Aku rasa kecewa dan hampa. Tiba-tiba amoi itu menghulurkan aku sekeping kertas, surat dari Emilia katanya. Aku membaca isi surat tersebut.

Emilia berkata dia gembira berkawan dengan ku. Tetapi dia tidak bersedia untuk bercinta. Dia harap aku terus akan berkawan dengan dia. Bila sampai waktu yang tepat, kami bersatu. Dia meninggalkan nombor telefon nya pada ku.

Aku simpan nombornya. Aku menyimpan harapan yang aku ingin berjumpa dengan dia lagi. Aku ada menelefon dia beberapa kali semasa dia di matrik. Aku berhubung dengan dia dan berjumpa beberapa kali lagi dalam setahun.

Akhirnya, kesibukan masing-masing telah membuat kan kami terlupa antara kami. Kami terputus hubungan... Hingga hari ini.

Aku masih simpan nombor telefon nya. Tetapi aku tidak pernah tergerak hati untuk menghubungi dia. Mungkin dia telah berjumpa pasangan hidup yang lebih baik dari ku. Mungkin kehidupan dia jauh lebih baik dari ku...

Harap kau berbahagia, Emilia.....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar