Rabu, 07 November 2007

MENONGKAH ARUS ITU KERJA GILA!!!

"Blog kau dah jiwang la, bro"

"Apsal kau tulis pasal kisah cintan kau pulak ni?"

Itu adalah antara komen yang aku terima di friendster aku sejak aku menulis kisah-kisah silam aku dari kawan-kawan dan juga budak-budak junior aku semasa aku belajar di Politeknik Merlimau dulu. Ada macam-macam komen lagi.

"Kau sekarang dah banyak cerita pasal kisah silam kau. Kenapa eh?"

Tanya seorang lagi teman ku. Baik aku jawab sedikit persoalan kamu di sini.

Aku tidak seperti Faerrin, yang mampu mengupas tentang isu serius seperti kemunduran orang melayu dalam blog nya (aku suka entri kau yang itu). Aku tidak seperti Azrul yang sangat bijak mengolah kata-kata di dalam blog sehingga setiap entri nya tidak jemu untuk di baca.

Aku tidak seperti Tongah atau Rizuan Bulu-san , yang mampu membuat ambigram dengan baik dan meletakkan pada entri blog mereka. Mereka memang mempunyai seni tangan yang hebat. Azrul juga hebat dalam bidang ini. Aku juga tidak seperti Azman, yang menjumpai tangan bender di library UiTM Segamat.

Itu lah sebabnya aku sekarang menulis sesuatu dari kenangan silam ku. Supaya dapat berkongsi pengalaman aku bersama.

Menulis entri sambil mengelamun mengingatkan kisah silam kita memang seronok. Tapi aku perlu penghayatan yang tinggi untuk tulis semua ini.

"Aku suka baca blog kau. Kau dah berani luahkan perasaan kau. Macam ni la blog tak de la nak tulis pasal apa kau buat hari ini, apa jadi kat kau hari ni, bla bla bla...."

Panjang pulak komen nya, aku pun sudah tidak ingat apa yang di komen oleh dia. Dia junior aku semasa aku belajar di Politeknik Merlimau dulu. Seorang gadis yang genit dan tak pernah bercakap dengan aku walaupun sekali.. Sekali dia hantar komen dekat freindster aku, panjang pula. Macam-macam yang di tulis.

"Your blog is so funny..... I mean, funny in the right way."

Aku tak kenal juga gadis yang komen aku ni. Dia add aku dulu dan dia setahun lebih berusia dari ku. Sebenarnya aku tak faham apa maksud dia. Jadi harap kamu bagi komen lanjutan untuk itu.

"Sedih saya baca kisah kehilangan ayah angkat awak tu. Betul ke cerita pasal awak dengan bak tu?"

Ya betul. tak kan aku mahu main-main kan hal hidup mati seseorang. Aku masih melawat mereka kalau ada waktu terluang. Dan setiap raya aku pasti datang rumah arwah bak. Mak masih tinggal di situ.

"Oit, mirul. Asyik tulis cerita patah hati je. Tulis la kisah percintaan kau ke, masa kau baru nak tackle awek kau ke. Baru best. Kena ada positif dan negatif. Baru cara.."

Aku tidak mahu tulis pasal itu. Aku suka menulis pasal kes patah hati kerana... entah. Tapi aku suka. Tak mahu tulis kisah percintaan. Nanti jiwang sangat. Nanti aku akan terawang-awang pula. Hehehe....

"Saya suka kisah silam awak. Tulis banyak-banyak lagi ya?"

Komen seorang gadis yang dari gambar dan dress-up nya, seperti tomboi, tapi guna kata ganti saya dan awak. Tidak seperti tomboi lain yang guna aku dan kau. Mungkin dia bukan tomboi, tapi suka pakai macam tomboi.

"Lawa siot blog kau..."

Komen dari kawan aku. Eerr... Tak mahu komen pasal penulisan dan isi entri aku ke?

Itu adalah antara komen yang aku dapat dan aku ingat untuk aku tulis ke dalam entri ini. Terima kasih kerana membaca coretan sia-sia aku ini. Harap kamu menyokong aku seterusnya.

Maaf aku tidak sempat hendak mengupdate blog gambar ku, Gambaran Minda Ku Yang Usang. Tidak sempat. Banyak gambar yang ingin ku upload kan. Tunggulah laptop aku sudah elok, aku upload gambar-gambar lain.

Chow....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar