Jumat, 02 November 2007

HARI YANG PENUH KESALAHAN

Jumaat, 2 November 2007, hari di mana aku mencatatkan agak banyak kesalahan yang sepatutnya boleh di elakkan.

(kesalahan di bawah tidak mengikut susunan, aku tulis secara rawak sahaja)

Kesalahan pertama

Apa kes?

Aku ke blog Azrul dan membaca entri terbaru nya. Kemudian aku pun meninggalkan komen.

Kesalahan Aku

Aku tinggalkan komen dan aku tulis nama Azrul sebagai Faerrin. Aku terlupa yang aku baca blog Azrul, bukannya blog Faerrin.

Kesalahan Kedua

Apa kes?

Aku ingin meminta Apeng mengformat laptop aku kerana laptop aku dah jadi lembab nak mampus.

Kesalahan Aku

Aku terlupa nak burn semua benda dalam hardisc aku (terutamanya Mp3 aku yang seberat 17.1 Gigabyte). Kalau format, hilang semua. Parah nak cari balik semua lagu.

Kesalahan Ketiga

Apa Kes?

Aku hendak hantar SMS ke adik angkat ku, Nana. Ayat yang aku tulis si SMS itu ialah:

"Hai Sayang ku Nana? Tengah buat apa?"

(Aku suka-suka sahaja hendak panggil dia sayang. Saje gurau-gurau)

Kesalahan aku

Aku terhantar SMS tersebut ke ayahku. Nama ayah ku di dalam phone book hand phone aku di tulis sebagai "ABAH", nombor satu dalam senarai phone book aku.

Tak lama kemudian ayah ku membalas...

"Amboi sayang. Dah nak kawin ke? Nana ni bakal menantu abah ke?"

Kesalahan Keempat

Apa kes?

Aku ingin menanya kawan ku, kalau-kalau dia ada hint untuk paper Global Retailing isnin ini.

Kesalahan Aku

Aku terhantar SMS tersebut ke pensyarah yang mengajar subjek itu, Encik Muruga. Naib dia tak balas balik. Mungkin dia tiada nombor aku.

Kesimpulan

Maafkan aku semua. Aku tahu aku bersalah. Aku manusia biasa. Tidak sempurna. Sering melakukan kesilapan.

Harap di hari mendatang, aku tidak melakukan sebarang kesalahan yang sepatutnya boleh di elakkan seperti tadi.... Harapnya....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar