Selasa, 20 November 2007

PEMERHATIAN KU KE ATAS SUMMIT BATU PAHAT

Cuti ini aku cuma banyak melepak di rumah. Cuti semester ini merupakan cuti aku yang pertama untuk tahun ini. Untuk pelajar UiTM umumnya, tiada cuti pertengahan semester untuk semester Januari dan juga semester Julai. Dan sewaktu cuti semester pada bulan Mei-Jun, aku mengambil kursus intersessi atau kalau orang Amerika menggelarkan ia sebagai summer class. So aku mahu rehat secukupnya.

Tapi ada masa aku keluar juga. Mencari ketenangan jiwa di luar pula. Kadang-kadang aku bantu ibu dan ayah aku di warong. Kemudian aku merayap di Summit Batu Pahat. Tetapi aku perasan ada beberapa perubahan berlaku di sini.

1. Amoi skirt pendek paras peha sudah berkurangan. Mereka yang aku sering menganggap sebagai "penyeri" untuk Summit kini agak berkurangan. Mungkin mereka telah berpindah ke Batu Pahat Mall yang lebih besar dan gah reputasi nya dari Summit ini.

2. Budak punk dan skinhead juga berkurangan. Susah nak jumpa mereka sekarang. Even if aku pergi ke Summit pada hari Sabtu atau Ahad. Rindu pula nak lihat rambut pacak mereka yang berwarna-warni tu. Adakah mereka sudah menjumpai Nur dan pulang ke pangkal jalan? Dah tak nak mabuk-mabuk lagi? Adakah mereka kini menjadi budak nasyid pula? Entah!

3. Pengunjung Summit juga macam sedikit berkurangan. Tak perlu aku kata mengapa. Baca balik nombor 1 untuk sebabnya.

4. Ramai budak sekolah (perempuan) yang cun lepak di Summit. Maklumlah, cuti sekolah. Dan budak-budak sekolah sekarang ni lebih gempak dari zaman aku bersekolah menengah dahulu. Cara dress-up mereka, cara mereka bersolek...Ya lah. Zaman berubah. Rasa mahu masuk sekolah menengah semula.

5. Cyber Cafe di Summit juga tidak sesak seperti dulu. Sudah ramai orang ada internet di rumah. Aku bila pula mahu pasang?

6. Ada seorang perempuan cina dalam lingkungan umur awal 40-an, main game Counter Strike duduk di sebelah kanan aku semasa aku menaip entri ini. Gila gempak auntie ni. Aku ingat budak-budak je hebat main game ni. Tak macam dia kalahkan budak-budak lain dalam cyber cafe ni. Salute You, Auntie!!

7. Ada perempuan pakai jaket terbalik tengah lepak selang satu komputer dari aku, sebelah kiri. Dia tak perasan ke dia pakai jaket terbalik? Ke itu memang fesyen terkini dan aku ketinggalan zaman. Betul ke tu fesyen terkini sekarang?

Sampai sini sahajalah pemerhatian ringkas aku. Entri ini di tujukan khas kepada Joey dengan ucapan... Kau tak rindu Summit ke? Hahaha...

Oh ya. Nak tanya pendapat kamu. Yang mana satu patut aku beli? External hardisc untuk laptop aku atau i-Pod Nano yang aku idam-idamkan sejak dulu?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar