Kamis, 01 November 2007

PERGI TAK KEMBALI

Sebelum aku tidur, tiba-tiba aku teringat aku pun meneruskan siri mengimbau kenangan silam aku lagi.

Kali ini aku teringat kisah silam aku, sewaktu aku berusia 14 tahun, tahun 1998, semasa aku di tingkatan 2.

Semasa kecilku, aku tinggal di Kampung Peserai di Batu Pahat. Aku dilahirkan di Kampung Nakhoda, Selayang, Gombak, Selangor tetapi sesudah habis pantang, ibu ku pulang ke Kampung Peserai. Sejak umur ku sebulan setengah hingga darjah 2, aku tinggal di sana.

Famili ku tinggal di rumah sewa salah seorang penduduk tetap di sana. Tuan punya rumah merupakan jiran aku sebenarnya.

Ibu dan ayah ku merupakan peniagaan warung di bus station di Batu Pahat. Lokasi nya di Bus Station menara di Batu Pahat sekarang. Tapi pada waktu dulu, menara itu belum wujud lagi. Bus station Batu Pahat sewaktu itu memang berlainan, dan aku lebih suka bus station dulu dari yang sekarang ini.

Balik kepada cerita asal, ibu dan ayah ku akan berniaga mula dari pukul 7 pagi sehingga 6 petang. Abang ku bersekolah jadi aku telah di jaga atau di baby sitter kan oleh famili jiranku, a.k.a. tuan rumah sewa ku itu.

Banyak kenangan aku di rumah jiranku itu. Mereka bukan umpama tuan rumah lagi, mereka bukan seperti jiran ku lagi, tetapi mereka seperti keluarga ku. Ya, mereka juga menganggap aku sebagai anak sendiri. Aku mengistiharkan mereka sebagai keluarga angkat.

Di dalam rumah tersebut, ada sepasang suami isteri, di mana aku memanggil si isteri sebagai mak dan si suami sebagai bak... Panggilan ayah dalam bahasa jawa tak salah ku... Walaupun aku bukan orang jawa. Mereka lah mak dan ayah angkat ku.

Mereka di kurniakan dengan 4 orang anak. 1 lelaki dan 3 perempuan. Semua anak-anak mereka jauh lebih tua dari ku. Mereka menjadi abang dan akak angkat ku.

Mak dan bak menjaga aku seperti anak sendiri. Memanjakan aku lebih dari mak dan ayah ku sendiri. Sampai kalau aku di marahi oleh ibu dan ayahku, aku akan ke rumah mereka untuk meminta ehsan. Bermacam aktiviti aku lakukan bersama mereka, banyak kenangan manis dan pahit di sana.

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Akhirnya, famili ku membuat keputusan untuk berpindah ke tempat lain. Kali ini bukan rumah sewa lagi, tetapi rumah sendiri yang di beli hasil titik peluh ibu dan ayahku selama ini.

Tahun 1992, aku darjah 2, kami pun berpindah keluar dari rumah di Kampung Peserai itu. Aku berpindah pada hari di mana satu Malaysia telah terputus bekalan elektrik kerana pencawang di Terengganu rosak (ingat lagi tak?)

Perpindahan kami di iringi dengan juraian air mata dari keluarga angkat ku. Aku juga menangis. Sukar untuk berpisah kerana aku di besarkan di sana.

Akhirnya aku dudk di Taman Seri Penggaram. Aku melawat mereka bila ada masa terlapang. Masa berlalu dengan laju nya. Aku sudah pun tingkatan 1. Semasa aku di sekolah menengah, aku sudah jarang melawat mereka. Aku juga jarang menelefon mereka.

Aku sibuk. Atau mungkin aku lupa pada mereka kerana kau sudah mendapat kebebasan sepenuhnya dari familiku. Sering keluar berjalan-jalan dengan kawan-kawan. Lupa kepada mereka.

Semasa tingkatan 2, aku mendapat cerita yang Bak sakit tenat. Berulangkali keluar masuk hospital. Aku terkejut dengan berita tersebut. Aku pun pergi melawat mereka.

Bila aku sampai ke rumah mereka, aku terkejut melihat keadaan bak. Bak dulu yang mempunyai tubuh badan yang sihat, kini kurus kering. Dia tidak boleh buang air secara normal lagi. Perutnya terpaksa di tebuk untuk memberi laluan untuk najis keluar dari situ.

Aku terkejut melihat keadaan bak. Aku menangis. Bak juga. Dia memeluk aku. Nyatalah dia amat rindu kepada aku. Aku rasa bersalah kerana lama tidak melawat dia.

Setelah aku melawat bak, keadaan bak menjadi semakin pulih. Aku ada melawat mereka beberapa kali dan menelefon dia. Aku gembira bila mendengar berita yang dia semakin pulih.

Akhirnya cuti sekolah tiba. Aku pun ingin ke selayang, berjumpa sepupu ku di sana. Lagipun setiap cuti sekolah memang aku akan ke sana.

Aku memberitahu bak yang aku ingin ke sana. Dia suruh aku jaga diri ku baik-baik. Aku ke sana dengan menaiki bas ekspress.

Untuk ke Kuala Lumpur, bas ekspress akan melalui kawasan peserai. Lebih tepat, melauli depan rumah bak dan mak. Boleh lah aku melihat rumah mereka nanti.

Semasa melalui depan rumah bak dan mak, aku ternampak ramai orang ada di rumah tersebut. Dan semua memakai songkok dan kopiah. Hati ku berasa gelisah. Nak sahaja aku menyuruh driver bas itu berhenti sebentar.

Apabila sampai di R&R di Melaka, aku pun menelefon ke rumah aku. Ibu ku yang jawab. Aku pun bertanya kepada dia. Ibu diam sahaja. Aku tanya berulangkali. Akhirnya ibu menjawab...

"Bak dah meninggal.."

Aku tak tahu bagaimana nak gambar kan perasaan aku ketika itu. Sedih, hiba, remuk hati dan bermacam-macma lagi. Aku tidak dapat menatap bak ketika detik-detik akhir beliau di dunia ini.

Aku pulang kembali ke Batu Pahat, tapi semuanya dah terlambat. Apa yang aku dapat lihat hanyalah pusara Bak yang masih merah lagi. Aku tidak boleh bersedih kerana Alllah lebih menyayangi Bak lebih dari kami menyayangi nya. AKu berharap Roh Bak di tempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar