Selasa, 06 November 2007

TIADA JALAN YANG MUDAH

WAKTU : 7:50 PAGI

LOKASI : KEDAI NYONYA DEPAN TAMAN RUMAH SEWA AKU

WATAK TERLIBAT: AKU, NYONYA KEDAI, MAK CIK KEDAI DEPAN

Aku kedai awal pagi. Kenapa? Mahu beli gula-gula kopiko. Aku mengantuk. Ada paper pukul 2:15 petang ni.

Sampai ke kedai, aku nampak mak cik kedai depan (MKD), sedang membeli barangan untuk meniaga petang nanti agaknya. Aku melemparkan satu senyum kelat+mengantuk dan terus mengambil kopiko sebanyak yang mungkin. Nyonya menegur aku...

Nyonya: Haiya. Sarapan pagi makan gula-gula saja ka?

Aku senyum je

MKD: Dia tak tidur ni. Malam diorang belajar. Tu yang mengantuk tu.

Nyonya: Waah! Betul ka?

Aku: Ha'ah. Ngantuk ni auntie

(aku tak panggil dia nyonya. Lagipun dia muda sikit dari nyonya biasa)


Nyonya: Sekarang belajar pun bukan senang la..

Aku setuju dengan nyonya itu. Siapa cakap belajar ni senang. Aku hangin kalau ada member yang lepas SPM tak sambung belajar, lepas tu cakap... "Ala, kau belajar. Senang la. Aku ni kerja tau."

Siapa cakap belajar tu senang. Tahu tak berapa banyak sel-sel otak yang terpaksa di gunakan untuk menghafal bermacam-macam teori untuk di jawap semasa peperiksaan. Bukan satu subjek saja, 7 subjek satu semester. Setahun 14 subjek.

Tidak termasuk asignment yang berlambak, kuiz, test dan presentation. Semua memberikan tekanan. Dan aku cukup marah bila mereka kata belajar tu senang.

Ya. Belajar itu susah. Sama susah dengan paper Channel Management yang aku duduki petang tadi. Sangat susah. Susah nak mampus. Nak mampus pun tak sesusah itu. Kawan-kawan kelas ku semua merungut.

Aku tinggal satu paper sahaja lagi, marketing communication. Harap paper ni senang.

Oh ya!! Untuk menjawab persoalan kamu, aku tidak menutup blog ini. Ada sesetengah orang bertanya, adakah aku akan tutup blog ini sebab aku sudah ada blog gambar? Tidak. Blog ini terus hidup. Aku akan sedaya upaya untuk tidak menutup blog ini.

Terus menyokong Warmness On The Soul.

Dan sokong juga GAMBARAN MINDA KU YANG USANG

Tidak ada komentar:

Posting Komentar