Kali ini, satu lagi entri mengenang zaman silam. Tapi biasa entri kenangan silam bertema cinta, jiwang karat, luahan patah hati dan kisah sedih. Tapi kali ini aku mahu bawa tema sedikit humor kepada kamu.
Sebelum itu, aku harap kamu tengok dulu video ini. Video dari kumpulan 4U2C, Fiona.
Itu antara video yang boleh mengimbau sedikit kenangan silam kita pada zaman dahulu kala. Mesti pada masa lagu ini popular, kamu masih kecil anak, masih belum mumaiz, masih naif dan pada masa itu kamu rasa video ini sangat cool.
Ada beberapa perkara yang kamu boleh nampak dalam video ini..
1. Pakai baju trak sukan walaupun pada masa itu panas terik tak ingat. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.
2. Pakai T-Shirt dan bermuda ke mana sahaja, macam orang main futsal.... Walaupun mereka tak main futsal. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.
3. Kalau kamu peka sikit, ada antara mereka yang pakai stoking lain-lain warna. Sebelah pakai warna merah, sebelah lagi pakai warna kuning. Warna stoking pun nak striking. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.
4. Sebagai ahli kumpulan boy band, kenalah pakai baju yang sama warna dan corak. Walaupun corak baju itu amat menjolok mata dan buruk, tapi kena pakai juga. Ini syarat unity boyband!! Tak boleh langgar!! Sekali pandang macam boria Balik Pulau pula. Tapi boria pakai kena, mereka pakai.... Kena juga... Tapi kena kutuk lah. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.
5. Gantung CD di leher. Ada ke budak-budak rap zaman sekarang nak buat lagi seperti ini? Mungkin tidak. Nasib tak gantung kaset. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.
6. Tarian trademark 4U2C, tarian kaki tarik atau kaki seret atau nama yang lebih komersial, tarian kaki tertinggal dan perlu di tarik. Sekali tengok macam orang sakit kaki pula. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.
7. Betul ke 4U2C ni kumpulan rap. Lagu jiwang dan tiada unsur rap, siap ada goreng gitar pulak tu. Adakah orang tidak peka tentang itu? tapi mereka tidak kisah. Kerana pada masa itu, ini adalah cool.
Itu lah serba sedikit tentang video zaman dulu-dulu. Kelakar tapi mengimbau kenangan lalu. Banyak lagi video-video macam ini di youtube, seperti Feminin dan Restu. Kalau rajin-rajin, cari la. Mungkin kamu pernah ambil lagu-lagu seperti ini menjadi lagu couple kamu.
Aku sudah selesai format laptop aku. Lepas ini, boleh memblogging dengan laptop aku balik.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar