Hari ini merupakan hari keluarga untuk rumah sewa kami. Kami hari ini sebulat-suara telah bersetuju untuk bergotong royong membersihkan kawasan sekeliling rumah.
Hasil daripada gotong royong yang di jalankan petang tadi, kami berjaya melonggokan sebanyak 13-14 bungkus plastik sampah untuk di buang. Hebatkan? Pasti abang pengutip sampah akan berasa pelik melihat rumah kami mampu menghasilkan sampah demikian rupa.
Tetapi hari aku bermula dengan lebih buruk pagi tadi. Sedang enak aku tidur, aku telah diganggu oleh Herman yang ingin meminjam beg laptop aku. Kemudian, di kala aku baru hendak lelap kembali, aku dapat satu lagi gangguan. Hand phone ku berbunyi. Ada SMS masuk.
SMS di sini disebut sebagai Short Message Service atau dalam bahasa melayu nya, Servis Pesanan Ringkas. Bukan lagu dangdut SMS atau lagu yang telah di nyanyikan semula oleh Kumpulan Kristal.
Mula-mula SMS dari kawan aku. Aku balas SMS kawan ku itu. Kemudian tiba satu lagi SMS. SMS itu berbunyi begini:
"Woi kawan. Lama tak dengar cerita. Apa khabar? Dah kawin ke? Anak dah berapa?"
Sapa pulak ni? Aku tengok nombor pengirim, aku tak kenal. Nombor yang aku tak simpan dalam phone book handphone aku.
Aku balas semula,"Aku belajar lagi la. Ni siapa ni eh?"
Dia membalas kembali, "Aku la. Kawan baik kau pun kau tak simpan nombor ke?"
Siapa pulak ni? Biasa aku simpan semua nombor kawan baik aku. Siapa pulak ni?
Aku jawab balik, "sorry la. Tak de nombor kau dalam phone book aku. Sape ni?"
"Aku la. Johari. Joe"
Eh? Aku tak de kawan nama Johari. Roomate aku ada la.
"Eh? Sorry beb. Aku tak de kawan nama Johari. Are you sure you got the right number?"
Tak sangka dalam mamai aku boleh taip dalam english pulak.
"Kau ni bukan Kamal ke?"
Dan di sini kita dah nampak kesilapan mamat ni.
"Nama aku Amirul la beb."
"Oh ya ke. Sorry. Selamat Hari raya."
Dan tidur aku telah di ganggu oleh SMS durjana itu. Cis sungguh. Aku tak suka di ganggu semasa tidur.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar