PROLOG
Otai yang aku maksudkan bukan lah cerita lawak bodoh arahan Prof Madya Abd Razak yang sedang ditayangkan di wayang. Tetapi otai bahasa arab.
Sebelum aku cerita ke bahagian itu, biar aku ceritakan dulu beberapa kisah hidupku yang lain dulu.
BAB 1
Semalam, sekali lagi tidur pagi ku di ganggu untuk kesekian kali nya. Kali ini oleh awek Lula. Aku tak tau kenapa aku sering di ganggu pada waktu pagi. Dan orang yang kacau aku mesti orang yang berlainan. Adakah mereka semua telah berpakat untuk menganggu aku secara bergilir-gilir?
BAB 2
Hari ini aku ada paper final bahasa arab pada pukul 9 pagi. Jadi aku bercadang ingin tidur sejurus selepas perlawanan bola antara Liverpool dan Arsenal. Untuk pengetahuan kamu semua, semenjak kebelakangan ini, aku sering tidur pukul 6 atau 7 pagi. Dan tersedar awal kerana sering di ganggu.
Jadi aku ingin tidur awal untuk menstabilkan kembali waktu tidur aku. Malangnya, sehingga pukul 4:30 pagi, aku masih gagal untuk tidur. Lalu aku bangun dan berbual dengan Apeng dengan harapan aku dapat hilangkan rasa berat mata ku ini. Malas dah nak tidur balik. Takut tidur kejap sangat akan menyebabkan aku pening kepala pula.
Tapi bila jam mencecah 5:30 pagi, aku rasa mengantuk gila pulak. Aku cuba tak mahu tidur, tapi gagal. Aku tidur selama sejam. Kemudian terjaga. Lalu aku bersiap dan meminta roomate ku menghantar aku ke UiTM Segamat. Nampak nya aku bakal berdepan dengan paper arab dengan mata separa terbuka.
BAB 3
Sebaik berjumpa dengan Rahman dan beberapa member yang lain, mata aku jadi segar bugar. Syukur. Alamat baik ni. Maka aku masuk ke dewan peperiksaan.
Aku duduk bersebelahan dengan seorang rakan sekelas gadis. Aku tak kenal sangat dia dan mula-mula aku sendiri tak berapa pasti benarkah dia ni classmate aku. Maklumlah, aku sering kali gagal menghadirkan diri ke kelas arab setiap rabu pukul 12 tengahari. Aku namakan gadis tersebut sebagai GO (gadis otai. Gila Otai!!! pun boleh juga).
Maka exam bermula. Aku baca soalan perlahan-lahan. Aku pun menjeling ke meja GO. Laju sungguh dia menulis. Aku buat tak tahu.
Masa berlalu dengan laju. Dah 45 minit masa berlalu. Tiba-tiba aku nampak GO dah pun buat soalan yang terakhir, soalan bina ayat. Laju gila minah ni jawab. Gila otai!!! dan sejurus kemudian dia sudah siap. GO meletakkan pen nya lalu menutup kertas jawapan.
45 minit sudah siap. Aku 2 jam pun susah nak siapkan. Betul-betul otai. Aku dah terasa di psycho oleh GO. Yang pelik dia tak nak keluar dewan. Dia sanggup bersejuk di dalam dewan yang air-cond nya sejuk macam kat Alaska dan memerhatikan budak lain.
Lebih psycho bila dia pandang aku dan kemudian tersenyum. Senyuman dia tu bukan lah senyuman yang membawa maksud "Good Luck" atau "selamat berjuang" atau "ganbate". Tapi suatu senyuman sinis yang membawa maksud "jangan mimpi kau boleh siapkan paper tu" atau "jangan mimpi la nak dapat A" atau "tak payah la susah susah jawab. Bukan betul pun apa yang kau tulis tu".
Dia terus menunggu sampai habis 2 jam walaupun ramai orang yang dah siap menjawab keluar dari dewan. Dia memeluk diri dan tersenyum pada kawan-kawan yang lain. Aku tak tahu apa motifnya.
EPILOG
Aku bersyukur kerana buat kali pertama nya aku dapat jawab semua soalan arab (kecuali bahagian bina ayat. Yang tu susah... bagi aku). Selama ini kalau ada 10 soalan, aku cuma mampu jawab 5 atau 6. Tapi kali ini berbeza. Betul salah, belakang kira. Janji jawab semua.
Paper seterusnya, yang paling di geruni. Managerial Economic pada rabu ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar