Jumat, 08 April 2011

WOTS TOP TEN LIST: Top 10 Aerosmith Songs

Semenjak kebelakangan ini, aku selalu sangat dengar lagu Aerosmith. Secara tiba-tiba mood mendengar lagu Aerosmith secara tiba-tiba timbul.

Adik-adik semua pernah dengar lagu-lagu Aerosmith? Apa? Tak pernah? Tipulah. Paling tidak pun, mesti adik-adik pernah dengar lagu I Don't Wan To Miss A Thing kan? Lagu yang jadi soundtrack untuk filem Armageddon tu.

Apa? Lagu tu pun adik-adik tak pernah dengar? Adik-adik ni banyak sangat dengar lagu Justin Bieber sama Lady Gaga ni. Tak pun, asyik tengok Akademi Fantasia saja ni.

Aerosmith adalah salah satu band yang menjadi favorite aku semenjak sekian lama. Aerosmith membawa genre hard rock dan blues-rock. Boleh dikatakan semua lagu Aerosmith sangtlah sedap untuk didengari.

Banyak cerita pun tak guna, hari ini aku ingin berkongsi dengan kamu sekalian senarai Top 10 lagu-lagu Aerosmith yang menjadi kegemaran aku.

Jadi adik-adik sekalian, apa kata kalau adik-adik berhenti sebentar mendengar lagu-lagu Justin Bieber dan mari dengarkan pula lagu-lagu Aerosmith yang sudah pun merajai industri muzik semenjak dari tahun 1970 lagi.


WOTS TOP TEN LIST: Top 10 Aerosmith Songs

10. Crazy


Crazy ialah single ke-7 yang diambil dari album Get A Grip. Lagu ini di-release-kan pada 3 Mei 1994. Video klip lagu ini dibintangi oleh Alicia Silverstone dan Liv Tyler, anak kepada vokalis Aerosmith, Steven Tyler.

Ini merupakan video klip ke-3 dan terakhir yang menampilkan The Aerosmith Chick, Alicia Silverstone (dua lagi ialah Cryin' dan Amazing). Live Tyler yang turut berlakon dalam video klip ini belum lagi mengetahui yang Steven Tyler ialah ayah beliau semasa menjalani pengembaraan untuk video ini.

Lagu ini sarat dengan elemen blues. Bagi aku, ini merupakan lagu Aerosmith paling santai yang pernanh dihasilkan. Love song yang tak perlukan bait-bait romantik, tapi hanya menyebut "Aku gilakan kau!"



9. The Other Side


The Other Side adalah single ke-4 dalam album Pump. Lagu ini merupakan salah satu single yang popular dalam album ini.

Gabungan muzik rock dan dan bunyi trumpet memberikan semangat kepada lagu ini. Itu sebab yang mudah kenapa aku suka akan lagu ini.


8. Jaded



Kamu mesti pernah nampak ada kawan-kawan kamu letak status mereka sebagai "It's Complicated". Lagu Jaded memang sesuai dengan pasangan yang sering rasa cinta mereka selalunya complicated.

Jaded merupakan single pertama dalam album Just Push Play, di-release-kan pada 21 Disember 2000.

Jika kamu bercinta dengan seorang perempuan, dan kamu dalam kategori "It's Complicated", dan kamu sudah bosan hendak menunggu kata putus dari perempuan tersebut samada dia mahu meneruskan hubungan dengan kamu atau tidak, sila bagi lagu ini kepada perempuan tersebut sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada beliau


7. Lay It Down



Lay It Down ialah salah satu dari 2 lagu baru dalam  album kompilasi mereka O, Yeah! Ultimate Aerosmith Hits.

Lagu ini tidak pernah di-release-kan sebagai single, dengan kata lain, tak pernah dikeluarkan di corong radio. Tapi aku sangat suka dengan lagu ini. Lirik dan muzik lagu ini sangat menenangkan dengan irama lagu yang ringan dan lirik yang simple.

Lagu ini menjadi salah satu single yang tidak di-release-kan namun menjadi kegemaran para peminat Aerosmith.


6.  Janie's Got A Gun



Janie's Got A Gun merupakan single ke-2 dari album Pump. Tajuk asal lagu ini pada mulanya ialah Danny's got a Gun tetapi kemudian ditukar kepada tajuk sekarang. Kenapa ia ditukar? Mungkin kombinasi nama wanita dan pistol lebih dahsyat impaknya.

Lagu ini mengisahkah tentang seorang perempuan yang bernama Janie yang membalas dendam ke atas ayahnya yang melakukan penderaan seks kepada beliau. Lagu ini membawa isu yang sosial yang berat tetapi dengan muzik yang melodik.

Beberapa baris lirik lagu dalam album terpaksa diubah dalam video klip dan juga versi yang digunakan untuk airplay radio.


5. Hole In My Soul



Hole In My Soul merupakan single ke-4 dari album Nine Lives. Lagu ini merupakan salah satu lagu putus cinta yang terbaik pernah aku dengar (secara lirikal dan muzikal).

Steven Tyler menyanyikan bahagian verse lagu seperti sedang bercakap, seperti seorang lelaki kecewa yang sedang merapu dan meluahkan perasaan kecewa terhadap teman wanitanya.

Bahagian chorus lagu ini merupakan killer untuk lagu ini. Lagu ini selalu dinyanyikan oleh Aerosmith semasa konsert sepanjang tahun 1997 sehinggan 1999, tetapi tidak pernah lagi menyanyikan lagu ini secara life semenjak itu.


4. Cryin'



Cryin' merupakan single ke-4 dari album Get A Grip. Alicia Silverstone tampil untuk pertama kali dalam video muzik Aerosmith melalui lagu ini sebelum tampil untuk dua lagi video klip (Amazing dan Crazy). Lagu ini di-release-kan sebagai single pada Oktober 1993.

Cryin' merupakan lagu Aerosmith pertama yang aku dengar. Lagu ini memperkenalkan aku kepada Aerosmith secara rasmi. Dan lagu ini lah yang menyebabkan aku galak mencari semua lagu Aerosmith dan akhirnya menjadi salah seorang peminat Aerosmith.

Aku menonton video muzik lagu ini sekitar akhir 1994 atau awal 1995 di sebuah rancangan MTV yang disiarkan di TV5 Singapore.

Dengan suara unik Steven Tyler dicampur dengan alunan muzik rock-blues, lagu ini menjadi lagu favorite peminat Aerosmith.

Aerosmith ada menyanyikan lagu ini bersama Chritina Milian dalam filem Be Cool, yang dibintangi oleh John Travolta, Uma Thurman dan The Rock.


3. Fly Away From Here


Fly Away From Here adalah single kedua dari album ke-13 Aerosmith, Just Push Play. Lagu ini di-release-kan pada Jun 2001.

Pertama kali aku mendengar lagu ini, aku terus suka dengan lagu ini. Dengan lirik yang menarik dan susunan muzik yang menarik dengan gabungan muzik rock dari gitar, bass dan dram digabungkan dengan bunyi okestra dan klasik dari piano dan viola, violin dan cello, lagu ini menjadi salah satu lagu rock epik.

Tapi aku agak kecewa lagu ini tidak dimuatkan dalam album kompilasi O, Yeah! Ultimate Aerosmith Hits, yang diterbitkan pada tahun 2002. Namun, ia dimuatkan dalam album kompilasi Devil's Got a New Disguise – The Very Best of Aerosmith (2006).

Kamu perasaan tak perempuan hot dalam video muzik lagu ini? That's Jessica Biel.


2. I Don't Want To Miss A Thing


I Don't Want To Miss A Thing ini menjadi lagu favorite orang ramai, tapi hanya mampu menduduki No. 2 di dalam hati aku. Chewah! Lagu ini menjadi lagu soundtrack untuk filem Armageddon.

Lagu ini menjadi popular dan filem Armageddon juga mendapat kutipan yang memberangsangkan. Lagu ini menjadi satu-satunya lagu Aerosmith yang berjaya mendapat No.1 dalam Carta Billboard selama 4 minggu. Lagu ini juga berjaya memperkenalkan diri Aerosmith kepada anak muda dan newfags yang tak pernah mendengar muzik Aerosmith sebelum ini.

Lagu ini ditulis oleh Diana Warren. Menurut Warren, lagu ini sebenarnya ditulis untuk Celine Dion. Thank god, lagu ini akhirnya dinyanyikan oleh Aerosmith. Kalau tak, mesti jadi macam lagu My Heart Will Go On.


1. Dream On


Walaupun lagu I Don't Wan To Miss A Thing menjadi lagu Aerosmith yang paling popular, tapi bagi aku lagu Dream On adalah lagu Aerosmith adalah yang paling hebat dalam semua lagu koleksi band ini.

Lagu Dream On merupakan single pertama yang di ambil dari album pertama Aerosmith yang bertajuk Aerosmith. Dengan kata mudah, ini merupakan lagu pertama Aerosmith yang keluar di corong radio dan menjadi lagu yang memperkenalkan Aerosmith pada dunia.

Lagu ini dikeluarkan dipasaran buat pertama kali pada 27 Jun 1973. Suara Steven Tyler semasa menyanyikan lagu ini juga agak berlainan kalau dibezakan dengan suaranya yang selalu pendengar dengar. Ditambah pula dengar guitar riff yang menarik dari Joe Perry, lagu ini menjadi salah satu lagu klasik yang perlu didengar oleh peminat muzik.

Lagu ini sering digunakan oleh pihak lain sebagai muzik dalam filem, video promo dan juga iklan. Nike adalah antara syarikat yang pernah dan selalu menggunakan lagu ini dalam iklan mereka.

"Eh? Macam pernah dengarlah lagu ni? Tapi di mana ya?"

Eminem pernah menggunakan lagu ini sebagai sample dalam lagu Sing For A Moment





Honorable Mention

Berikut adalah lagu-lagu Aerosmith yang aku minat juga tapi gagal tersenarai dalam 10 lagu terbaik.

What It Takes



Love In An Elevator



Livin' On The Edge


Sekian senarai 10 lagu Aerosmith kegemaran aku. Adik-adik sudah boleh dengar lagu Justin Bieber balik sekarang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar