Rabu, 13 April 2011

Tips Percintaan - Tips Asas Percintaan Part 1

Sudah agak lama aku tidak menulis tentang Tips Percintaan.

Sebagai seorang yang sudah single selama lebih dari 3 tahun (genap 4 tahun bulan Oktober ini), tips percintaan aku sering menjadi keraguan dikalangan pembaca. Tapi aku peduli apa. Aku mahu tulis juga tentang tips percintaan.

Kali ini, aku ingin menyentuh tentang asas percintaan. Ya lah, kalau perkara asa pun dah terbarai, macam mana pula kamu mahu membina satu institusi percintaan yang sejati kan? Chewah!

Berikut adalah tips asas dalam percintaan yang kamu perlu fahami supaya perhubungan cinta kamu dan pasangan kamu terus berkembang dengan mekar.

Ok. Lahanat sungguh ayat-ayat di perangan atas. Jiwang tak memasal.


1. "Awaklah satu-satunya..."

Sentiasa beritahu pasangan anda bahawa dialah satu-satunya insan yang kamu cintai. Tiada yang ke-2 dalam hidup kamu.

Tapi perlu berhati-hati ketika melafazkan ayat ini. Perlu diingat bahawa "Syurga berada di telapak kaki ibu". Kalau kamu kata kekasih kamu satu-satunya cinta hati kamu, ada kemungkinan juga kamu dikira menderhakai ibu kamu kerana ucapan tersebut telah membelakangkan ibu kamu. Kalau mati nanti masuk neraka kerana menderhaka kepada ibu, aku tak tanggung.

Dan pastikan kamu sebut nama girlfriend kamu dengan bertul semasa meluahkan perasaan kamu itu. Kalau namanya Melah, maka ucapkanlah, "Aku cinta pada mu, Melah. Kamulah satu-satunya cinta hati ku. Tiada yang kedua."

Kalau kamu tersasul dan tersebut, "Aku cinta pada mu, Rina. Kamulah satu-satunya cinta hati ku. Tiada yang kedua", maka kamu telah kantoi bodoh yang kamu mempunyai teman wanita lain bernama Rina dan Melah bukanlah satu-satunya cinta kamu.


2. Ingat

Setiap saat kamu harus mengingatinya walaupun apa yang sedang kamu lakukan ketika itu. 

Tengah berkerja, maka ingatlah kepada kekasih kamu. Ketika membaca, ingatlah kepada kekasih kamu. Ketika berdoa, maka ingatlah kepada kekasih kamu, maka jadilah istilah "ingat daku dalam doamu." Ketika berak, maka ingatlah.. Eh? Tak kan tengah berak pun ingat awek jugak, bang!

Apabila kamu mengingati kekasih kamu, maka dia juga pasti akan mengingati kamu. Macam dialog cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah, "Kalo kite ingat oghe, oghe ingat kite sbb tu lah dia maghi jumpa kite."


3. Berterus-Terang

Ini khas aku tujukan kepada kaum wanita. Jangan selalu menganggap teman lelaki kamu boleh membaca semua yang ada dalam hati kamu. Silalah berterus-terang.

Kami lelaki bukannya mempunyai kelebihan membaca bahasa kiasan yang selalu kamu katakan. Kalau kamu mahukan ais-krim, katalah kepada teman lelaki kamu, "Saya nak ais-krim". Bukannya kata, "Saya nak sesuatu yang sejuk. Yang boleh hilangkan panas." Nanti kalau teman lelaki kamu belikan Air-Cond, kamu juga yang bising.

Jadi silalah berterus terang. Jangan main bahasa kiasan. Aku pernah menulis tentang perihal ini dalam entri ini


4. Telefon

Jangan lupa untuk menelefon kekasih kamu setiap malam untuk mengucapkan selamat malam.

Kamu tak perlu berucap sepanjang yang mungkin atau nak merapu yang bukan-bukan, nak menyanyikan lagu kononnya nak mendodoikan kekasih kamu walhal suara kamu sumbang sehingga membuatkan kekasih kamu mimpi ngeri bila teringatkan suara kamu yang sangarlah sumbang.

Telefon dan ucapkan selamat malam kepada kekasih kamu. Pastikan ia short and sweet. Seminit pun cukuplah kerana seminit kata-kata lebih bermakna dari 1,000 SMS yang kamu hantar kepada dia. Chewah!


5. Jangan Bandingkan

Jangan suka membandingkan kekasih kamu dengan orang lain. Ini sangatlah offensive kepada kekasih kamu.

Apabila kamu selal usangat membandingkan kekasih kamu dengan orang lain, pasti dia akan beranggapan yang kamu suka akan orang yan gselalu dibandingkan dengan diri mereka dan berkemungkinan akan timbul rasa rendah diri dalam hati kekasih kamu.

Dan ini khas buat para wanita. Jangan sesekali bandingkan teman lelaki kamu dengan Justin Bieber. Jangan sesekali kata, "You ni, buatlah rambut macam Justin Bieber. Baru nampak cute" atau "You punya senyuman tak cute macam Justin Bieber lah."

Ingat! Tak semua lelaki Justin Bieber!

Apa perasaan anda kalau teman lelaki kamu bandingkan kamu dengan Rebbeca Black? "Awak punya suara ni tak best la. Tak macam suara Rebecca Black." Walhal semua orang tahu suara Rebbecca Black memanglah sangar jahanam.

Ingat! Jangan bandingkan teman lelaki kamu dengan Justin Bieber kerana sudah pasti teman lelaki kamu tidak akan bandingkan kamu dengan Lady Gaga. Kecuali kalau nama kamu Didie Alias.

"Hi! Sayalah Didie Alias a.k.a. Lady Gaga Malaysia"
Credit: syokblog.com

Cukup setakat ini buat masa sekarang. Kenapa aku cuma bagi 5 tips sahaja? Sebab aku ni pemalas. Sekian.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar