Senin, 11 April 2011

Twitter Hashtag #3: Mari Belajar #englishmalay

Masa untuk Twitter Hashtag!!!

Sesiapa yang masih tak faham apa itu Twitter Hashtag, sila baca di sini.

#englishmalay tidak sama dengan Kamus English-Malay yang akan menterjemahkan perkataan Inggeris ke perkataan Bahasa Malaysia (Contoh: Eat - Makan).

#englishmalay lebih kepada menterjemahkan satu perkataan Inggeris ke maksud dalam Bahasa Malaysia,   yang berkaitan dengan isu semasa atau apa-apa yang sedang menjadi trend ketika ini.

Tak faham? Tak mengapa, baca dulu dibawah, kelak kamu akan faham juga.

==========

Download - Cara paling mudah untuk menonton filem barat yang tidak ditapis atau dipotong adegan melampaunya oleh LPF

Observation - Proses student senior lelaki mencari 'pucuk muda' yang baru dari kalangan pelajar perempuan junior yang baru masuk

Astro B.yond - Perkhidmatan yang menjanjikan gambar dalam Definisi Tinggi (HD) namun tetap kalah dengan hujan

Malaysian Super League - Liga bola sepak yang bukan menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Prosperity Burger - Burger khas untuk Tahun Baru Cina tapi Melayu jugak yang banyak makan burger ini

No comment - Alasan yang diberikan oleh artis bila dikaitkan dengan perkara negatif

Shuffle - Sejenis tarian yang mana popularitinya hanya mampu bertahan selama 6 bulan di Malaysia

Indie - Artis yang mengaku mereka mampu popular tanpa bantuan media, tapi akhirnya bergambar juga untuk Mangga dan URTV

Racist Speech - Senjata ahli politik Malaysia untuk memancing undi rakyat

Study - Tidak berkesan dan hilang mood jika skrin PC atau laptop sudah terpapar website Facebook dan Twitter

Annoying - Semua filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen

Porn - cara menenangkan fikiran selepas tamat ujian akhir semester

Astro - TV satelit yang dipenuhi dengan rancangan ulangan

Assignment - sesuatu yang boleh di copy paste dari wikipedia ataupun dari tugasan senior yang pernah buat tajuk yang sama

Piracy - Lanun yang hanya duduk di darat dan hanya bersenjatakan CD, DVD dan Blue Ray

Illuminati & Freemason - Kesimpulan mudah apabila melihat simbol yang pelik dan sukar difahami 

Strange - Bawak Skyline, tapi dengar Sinar FM

Breakfast - Hidangan makanan yang selalu dilupakan oleh rakyat Malaysia kerana sibuk merempuh kesesakan jalan raya

Rain - Di Malaysia, terdiri dari sekumpulan anak muda yang menyanyikan lagu irama Indie. Di Korea, penyanyi solo bermuka jambu

Revolution - Hanya ada di hati rakyat Malaysia. Suruh buat betul-bertul, haram semua tak berani 

Politic - Satu-satunya alasan yang membolehkan seseorang itu menyimpan dan menanyangkan video lucah kepada umum

Reality TV Show - Cara terakhir untuk merealisasikan cita-cita menjadi penyanyi setelah demo tape ditolak oleh semua syarikat rakaman

Blogger - Cara terakhir untuk menjadi popular selepas gagal menyertai Reality TV show. LOL!

==========

Sekian sessi pembelajaran #englishmalay untuk kali ini. Kita sambung lain kali pula.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar