Semalam, aku ada baca blog Una Berry. Beliau ada menulis ayat ini di dalam blognya:
"aku ada satu persoalan yang bermain di fikiran ketika ini. bolehkah kita luahkan apa yang terbuku di hati sesuka hati di sini? ya, ini memang blog aku tapi kadang-kadang aku fikir kalau emo-emosi di blog pun tak berapa bagus juga. yalah, blog ini kan untuk tatapan umum. tapi kadang-kadang aku rasa aku perlukan pendapat orang lain. bingung."
Semasa di awal pembabitan aku dalam dunia blogging, aku ada terfikir benda yang sama dengan apa yang saudari Una Berry ini fikirkan.
Aku selalu terfikir, "Apa yang jadi kalau aku terlampau emosi di dalam blog aku?", "Apa jadi kalau aku menghasilkan entri yang tidak sehaluan dengan kebiasaan orang lain?", "Bagaimana jika entri aku penulisan aku terlampau bersifat peribadi?", "Bagaimana jika penulisan aku akan membangkitkan perasaan marah pembaca aku?", "Bagaimana jika orang lain tidak suka dengan penulisan aku?" dan bermacam lagi benda.
Dan soalan yang paling menakutkan, "Nak ke orang baca penulisan aku kalau aku asyik nak menulis tentang pendapat aku, lagi-lagi kalau pendapat aku ini bertentangan dengan orang lain?"
Tapi aku kemudian berfikir lagi, "Ini blog aku ke, blog diorang? Kenapa aku perlu risau jika ada yang tidak suka dengan blog aku?"
Blog adalah hak peribadi. Kita berhak untuk menulis apa sahaja yang terlintas difikiran. Kita menulis secara percuma, bukannya dibayar oleh pembaca blog kita. Jika kita dibayar oleh para pembaca, barulah kita kena menulis apa yang ingin mereka baca.
Tidak semestinya kita kena menulis tajuk yang semua orang ingin baca. Sebagai contoh, tak kan aku kena menulis entri memuji-muji Justin Bieber, walaupun aku tidak suka akan dia, kerana dia menjadi pujaan orang ramai sekarang?
Jika kamu rasa kamu perlu menulis entri yang mengikut citarasa umum dan takut meluahkan pendapat anda yang bertentangan dengan pendapat orang ramai, maka kamu hanyalah penulis blog yang mahu mengejar trafik semata-mata dan bukannya menulis kerana hati.
Semenjak tahun 2009, jumlah blog di Malaysia meningkat dengan banyak. Ada kemungkinan kerana pengaruh TV Series popular 8TV, Blogger Boy lakonan Chi, Nas-T dan amoi hot Julie Woon.
Blog-blog yang wujud kebanyakannya lebih banyak bercerita tentang perkara yang disukai ramai, kisah Justin Bieber, Lady Gaga, cerita keluar dating dengan pakwe siang tadi atau pun entri yang penuh dengan gambar camwhore di dalam tandas awam ataupun bilik tidur disusuli dengan komen dari para pembaca lelaki, "You ni cumel nyew!!", "Cute sangat!", "I follow blog you, you follow blog I eh?", "Muka you ni saling tak tumpah macam arwah awek I. Agak-agak bila kita boleh couple?" dan macam-amcam lagi.
Blog sepatutnya menjadi kita meluahkan pendapatan peribadi kita tanpa ada sekatan. Kenapa kita perlu takut jika pendapat kita bertentangan dengan orang lain? Memang normallah manusia punya pendapat masing-masing. Mana mungkin manusia punya citarasa dan pendapat yang sama.
Tetang hal peribadi dan takut terlampau emosi dalam blog, aku rasa itu bukanlah satu masalah. Jika kita tak berani menulis semua itu, apa guna kita membuat blog? Blog bagaikan diari hidup kita. Bezanya, orang lain boleh membaca dan meluahkan pendapat tentang luahan peribadi kita.
Blog lebih berguna daripada diari kerana luahan hati kita mungkin akan dijawab oleh pembaca kita dan mungkin jawapan mereka boleh membantu kita menyelesaikan masalah kita. Kalau tulis di dalam diari, tiada siapa yang mampu menjawab luahan kita itu. Dan jika luahan hati kita dijawab oleh diari tersebut, itu tandanya diari tersebut berhantu. Silalah buang diari anda itu.
Aku pernah menulis entri yang bertentangan dengan pendapat orang lain. Sebagai contoh, penulisan tentang politik. Begitu juga tentang hal-hal orang Melayu. Dan yang paling baru tentang Justin Bieber, walaupun sebenarnya kau tulis tentang syarikat rakaman yang mempergunakan mereka, tapi ramai pula peminat Justin Bieber butthurt sampai maki-maki aku di Twitter.
Aku pernah menulis hal peribadi aku seperti bagaimana aku putus cinta, atau cinta aku yang tidak kesampaian dulu. Kisah aku dan amoi semasa aku belajar di pusat tuition dan perasaan sediah aku apabila ayah aku terpaksa berhenti meniaga kerana emak aku yang jatuh sakit.
Malahan, Nami TTGB dan Obefiend adalah 2 blogger yang selalu menulis hal peribadi mereka dan pendapat mereka dengan terbuka. Mereka tidak kisah jika mereka dihentam atau digelakkan kerana membaca kisah peribadi mereka. Lagipun, itulah tujuan blog dicipta. Sebagai diari di alam maya.
Bak kata kawan aku dulu (tapi aku lupa siapa): "Kalau kau takut nak menulis sesuatu yang bersifat peribadi, baik kau jangan tulis blog. Mohon saja jadi penulis di Majalah Mangga."
Jadi, pedulikan jika ada orang tidak bersetuju dengan luahan minda kita di blog. Jika selama ini kamu ada seorang pembaca blog yang membaca blog anda selama bertahun-tahun dan berhenti membaca blog kamu semata-mata kerana tidak sependapat dengan 1 entri anda, he/she don't deserve to be your reader. Ramai lagi pembaca yang boleh menjadi pembaca blog kamu di luar sana.
Tapi perlu diingat juga. Meluahkan pendapatn boleh tapi janganlah sehingga menyentuh hal sensitiviti seperti hal agama, perkauman dan sewaktu dengannya. Itu sahajalah batasan yang perlu di jaga. Yang lain, kamu boleh langgar sahaja.
Jadi, jangan takut meluahkan perasaan dan pendapat di blog. Persetankan ketakutan anda. Jadilah blogger yang jujur dengan diri sendiri, bukannya menulis kerana takut kehilangan pembaca dan follower.
Kita adalah diktator di blog kita sendiri.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar