Semenjak kemunculan internet, manusia kini mampu menambahkan jumlah kawan, dan juga jumlah musuh (baca: haters) dengan lebih mudah.
Malahan, mencari kawan di alam cyber jauh lebih mudah untuk mendapatkan kawan di alam realiti. Bukan setakat kawan, mencari date di alam cyber juga lebih mudah dari mencari date di alam realiti (trust me on this. Aku pernah mencubanya).
Banyak alternatif yang boleh digunakan untuk berkenalan dengan kawan baru di alam cyber. Boleh berkenalan melalui chat room. Dulu, chatting melalui mIRC adalah perkara paling cool sekitar pertengahan 90'an sehingga awal 2000'an.
Selain dari mIRC, satu lagi portal chatting yang terkenal ialah Yahoo! Chat Room. Sebenarnya, aku lebih banyak menggunakan Yahoo! Chat Room dari mIRC. Yes! Imma legend there. Tapi Yahoo! menutup Yahoo! Chat Room tak lama kemudian. Mungkin kerana mahu memberi laluan kepada Yahoo! Messager untuk berkembang.
Menambah kawan melalui laman sosial adalah satu lagi cara mudah untuk menambahkan kawan secara efektif. Aku tak tahu dengan orang lain, tapi aku memulakan langkah menjerumuskan diri ke alam noda laman sosial dengan menyertai Friendster pada tahun 2003, setahun selepas Friendster dilancarkan.
Semasa aku menjalankan program praktikal di Telekom Malaysia pada tahun 2004, aku diperkenalkan, oleh seorang budak praktikal, dengan Myspace. Aku membuka akaun Myspace pada tahun tesebut, mula aktif bermain Myspace pada tahun 2006 dan mula berhenti membuka laman sosial itu pada tahun 2009. Kenapa aku perlu tunggu 2 tahun untuk mula aktif menggunakan Myspace? Kerana tidak ramai kawan aku menggunakan Myspace sehinggalah tahun 2006.
Kemudian, sampai pula kepada zaman Facebook. Aku mula tahu tentang Facebook dari seorang blogger pada tahun 2007. Aku membuka akaun Facebook pada tahun 2007 dan hanya aktif menggunakan Facebook bermula pada tahun 2009. Kenapa aku perlu tunggu 2 tahun untuk mula aktif menggunakan Facebook? Kerana tidak ramai kawan aku menggunakan Facebook sehinggalah tahun 2009.
Kemudian timbul pula Twitter. Walaupun Twitter lebih kepada micro blog, tetapi kita dapat menambah kenalan melalui Twitter. Aku mula mendaftar sebagai pengguna Twitter pada 2009 tapi hanya mula aktif menggunakan Twitter pada tahun 2011.
Jangan dilupakan pula dengan blog. Aku mula berblogging pada tahun 2007 dan tidak pernah berhenti semenjak itu.
Dengan semua rangkaian tersebut, aku telah berkenalan dengan ramai kenalan. Rizuan Bulusan, Faer, Azrul Angkasawan, Mimizuzuhaha, Tentang Diya, Joey, Fairuz Mokti, Berry Min dan banyak lagi (maaf kalau ada yang kecil hati aku tak tulis nama kamu).
Tapi, tak semestinya bila kita kenal seseorang melalui internet, ia sama seperti kita kenal mereka seperti kita kenal dialam realiti. Kenal seperti kita kenal face-to-face.
Kita tidak tahu macam mana keperibadian seseorang itu yang sebenar. Mungkin betul, kamu boleh nilai aku melalui penulisan aku dalam blog ini. Tapi apa yang aku tulis di blog hanyalah 10% penterjemahan peribadi aku yang sebenar. 90% lagi hanya kamu akan tahu melalui face-to-face.
Semasa aku menulis blog ini, kamu tahu ke emak aku sedang sakit? Kamu tahu ke ayah aku kurang sihat? Kamu tahu ke aku ini sihat atau tidak? Kamu tahu ke aku ini kacak atau tidak? Aku jawab yang terakhir itu. Ya, aku kacak.
Bila orang tidak kenal keperibadian aku, 100% kamu akan ingat aku seorang yang super nerd memandangkan aku sering blog menggunakan bahasa yang skema. Aku tak peduli sangat tentang itu. Aku lebih rela orang panggil aku nerd dari orang panggil aku budak tak siuman sebab tAiP bLoG mAcAm InI.
Dan kadang-kadang, orang tak tahu bila masa aku bergurau, bila masa aku serius, bila masa aku bersarkasis (sarcasm).
Kadang-kadang, aku jarang serius ketika menulis status di Facebook atau ber-tweet di Twitter. Kadang-kadang, aku suka bersarkasis ketika menulis status di Facebook.
Akibatnya, ramailah yang ingat apa yang aku tulis itu bersifat serius dan terus nak komen panjang lebar dekat status aku. Terutama sekali kalau status aku bersifat politik.
Kalau status aku seperti menyokong BN, ramailah penyokong pembangkang yang bagai orang gila nak letak komen dekat status aku. Kononnya, aku ini "Orang yang belum dapat hidayah", "Belum mendapat kesedaran", "Penjilat punggung Najib" dan sebagainya.
Kalau aku tulis status menyokong PR, datang pula penyokong BN yang memberi komen "Kau ni pengkhianat Melayu", "Kau ni patut kena campak dalam laut", "Kau ni patut dilucutkan warganegara" dan lain-lain.
Aku gelak tengok komen seperti ini. Apa yang aku buat selepas itu? Aku delete semua yang bagi komen sedemikian dari friend list aku.
Itu yang leceh bila berkenalan dalam alam cyber. Mereka tidak tahu bila masa aku bergurau dan bila masa aku serius.
Satu lagi dari kalangan budak bawah umur yang add aku di Facebook. Aku malas nak tapis sangat, jadi aku approve sahaja mereka semua. Dan bila aku taip status bersifat sarcasm dan mereka tak faham, terus mereka nak hentam aku pula.
Celaka apa korang ni? Dah lah bawah umur, sunat pun belum kering, bulu kemaluan pun baru ada sehelai dua, pandai-pandai nak nasihat aku. Paling bangang sekali kalau status aku pasal Justin Bieber. Aku ingat komen dari seorang budak lelaki berumur 15 tahun bila aku berstatus pasal justin Bieber, "Kau jangan nak kutuk dia. Dia tu penghibur terhebat buat masa terdekat ni. Mana ada artis yang boleh sold out semua tiket masa buat world tour?"
OK. Aku ketawa 15 minit bila baca komen ini. Kau baru dengar muzik 15 tahun, kau dah pandai buat andaian macam itu? Kau ingat artis lain tak sold out ke tiket masa buat world tour? Apa yang terjadi kepada budak ini? Aku delete dari friend list.
Semenjak peristiwa komen Justin Bieber ini, aku tidak lagi approve budak-budak bawah umur yang friend request aku dekat Facebook. Ini peringatan jika kamu baca blog aku dan berniat nak add aku, kalau tak tahu bersarcasm, jangan add aku. Faham? Kalau kau pandai sarcasm, sila add aku dan letak note, "Abang Amirul yang kacak, saya faham bila abang ber-sarcasm. Lagipun, saya ada kakak yang cun, hot, sexy dan masih single. Mahu ke?"
Dan itu belum lagi bila aku menulis status dalam keadaan serius. Aku tengah tak puas hati, aku tulis status. Terus ada si bangang yang komen secara main-main. Aku tulis status tentang mak aku yang sakit, kau nak main-mainkan pulak. Bangang tahap tak boleh diajar. Terus aku delete jugak.
Sebenarnya banyak lagi yang aku boleh tulis tentang tajuk ini. Kes kena tipu MLM, kes perempuan kena tangkap dan kena rogol ramai-ramai sebab kononnya nak keluar first date dengan kenalan cyber dan lain-lain lagi. Tapi itu semua tipikal, rasanya kam usemua pun sudah tahu.
Kebaikannya pun ada juga. Ada juga kawan yang aku kenal melalui internet dan akhirnya menjadi kawan baik aku di alam realiti. Ada juga yang sampai jadi kakak angkat aku. Ada juga kawan aku yang sampai berkahwin dengan perempuan yang dia kenal melalui Myspace.
Baik buruk berkenalan di internet terletak di tangan kita sendiri. Pandai-pandailah kamu menilai. Yang penting sekali, kenal di internet tak sama dengan kenal di alam realiti. Pastikan anda pandai menilai kawan anda tersebut.
Dah. Aku dah malas nak taip panjang-panjang. Adios!