Kamis, 27 Januari 2011

Menjawab persoalan kamu

Waktu biasa blog aku akan di update ialah pada petang hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Tapi kadang-kadang, aku juga ada mengepos entri pada hari-hari lain.

Ada satu hari aku berjumpa dengan kawan aku di Carrefour pada pukul 2:30 petang. Masa tu, aku baru sampai di Carrefour dan kawan aku pula sudah pun selesai menghabiskan duit gajinya di sana.

Selepas berbual lebih kurang halal, kawan aku pun terus pulang ke rumah manakala aku pun masuk ke Carrefour.

Selepas sampai ke rumah, kawan aku pun terus melayari internet. Melayari Facebook dan blogwalking. Tiba-tiba dia terperasan aku baru mengupdate blog aku pada 3 petang.

Kawan aku mula pelik. Macam mana aku boleh update blog aku sedangkan aku sedang seronok membeli barang rumah di Carrefour?

Ini bukan kali pertama situasi ini terjadi. Dah banyak kali. Ada sekali aku dalam bas menuju Shah Alam. Kawan aku menghantar SMS kepada aku:

"Kau kata nak pergi Shah Alam?"

"Memang la. Aku dalam bas ni." Balas aku.

"Habis tu, macam mana blog kau boleh update pulak ni?"

Ok. Macam inilah. Biar aku terangkan. Sebenarnya, ada sesetengah entri yang aku dah set kan supaya dia auto-publish. Maksudnya, aku dah tulis pada hari lain dan sudah pun set kan masa suapaya entri tersebut di post secara auto-publish.

Aku ada banyak entri yang aku draft-kan. Bila aku ada idea, aku akan automatik terus menaip dan menyimpan dalam bahagian draft. Aku set-kan suapaya entri tersebut di publish pada setiap petang Isnin, Rabu dan Jumaat.

Tapi tak semua benda aku dah simpan dalam draft. Ada yang aku juga entri yang aku tulis secara spontan dan terus publish kan di dalam blog. Biasanya entri yang berkaitan isu semasa ataupun benda-benda hot, popular dan hip yang sedang berlaku sekitar kita.

Contohnya entri ini. Ketika kamu membaca entri ini, aku kini sedang berada di Johor Bahru. Aku bukan berada di depan laptop pun. Aku berada di Johor Bahru. Mungkin sedang berjalan-jalan. Mungkin sedang makan-makan. Mungkin sedang berenang merentasi Selat Tebrau untuk ke Singapura.

Ok. Yang last kali tadi memang tipu habis. Tapi memang aku tidak berada di depan laptop sekarang.

Jadi, aku harap tak timbul lagi kekeliruan dan fitnah bahawa aku bela hantu raya khas untuk meng-update blog aku. Apa jadahnya tu?

Sekian.

Ok. Boleh tahan mengada-ada juga aku ni. Buat satu entri semata-mata hanya untuk membuat penjelasan tidak bermakna ini. Sebenarnya aku tengah busy sikit. Tunggu entri akan datang untuk entri yang lebih bermakna dan tidak membuang masa kamu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar