Minggu, 16 Januari 2011

Kenapa aku tidak lagi gemar menonton berita pukul 8 malam


Tiap-tiap hari tepat pukul 8 malam, boleh dikatakan semua saluran TV di Malaysia (kecuali saluran TV satelit, Astro) akan menayangkan berita.

Kalau dekat TV3, namanya Buletin Utama. Kalau TV1, namanya Buletin Perdana. TV 2 pula Berita Tamil. TV9 dan 8TV aku tak pasti apa namanya.

Tapi dalam banyak-banyak berita, Buletin Utama dan Buletin Perdana bersiaran selama satu jam dari pukul 8 malam hingga 9 malam.

Berita biasanya disiarkan diwaktu prima atau dalam bahasa penjajahnya prime time. Prime time ialah blok masa di mana jumlah penonton yang menonton TV adalah yang paling tinggi. Di Malaysia, waktu prime time ialah dari pukul 8 malam sehingga 11 malam (ada sesetengah saluran TV meletakan waktu prime time sehingga 12 malam).

Aku tak ingat bila, tapi secara tiba-tiba TV1 membuat satu perubahan dengan menayangkan berita selama 1 jam. Tak lama kemudian, TV3 pun sama mengikut jejak langkah TV1.

Masa mula-mula kedua-dua saluran meng-extend-kan masa berita dari 30 minit ke satu jam, aku mula terfikir "Apa jadah berita nak buat sampai sejam? Apa banyak sangat ke berita sampai nak buat sampai sejam?"

Mula-mula aku tak tahu kenapa berita perlu di extend menjadi 1 jam, tapi lama kelamaan aku nampak apa punca berita disiarkan selama sejam.

Kalau kamu tengok betul-betul (terutamanya Buletin Perdana TV1) setengah jam pertama dalam berita adalah kisah politik.

Seingat aku, berita jam pukul 8 malam mula di extend menjadi sejam selepas Pilihan Raya Umum ke-10 (1999) setelah pembangkang berjaya merampas Terengganu. Pihak kerajaan akhirnya menggunakan saluran televisyen melalui berita untuk menarik undi dari rakyat.

Aku rasa ini adalah sesuatu yang tidak adil buat rakyat. Rakyat pulang dari kerja untuk berehat dan menonton rancangan hiburan di TV, tapi terpaksa menonton berita selama sejam sebelum drama bermula.

Aku bukan apa, cuma aku rasa kurang adil bila waktu prima iaitu waktu rakyat nak berhibur dan menenangkan fikiran, telah dirompak dengan meletakkan setengah jam kisah politik.

Cuba bayangkan, otak yang letih berkerja tersebut mahu berehat dengan menonton hiburan ringan terpaksa sabar menanti mendengar pemberita melabon benda yang bukan-bukan dalam berita.

Bagi aku, eloklah berita dikembalikan masa tayanganya kepada setengah jam. Berita politik rakyat boleh baca di surat khabar (Berita Harian dan Utusan malaysia untuk BN. Harakah dan Suara Keadilan untuk pembangkang) dan juga di internet. Jadi ada baiknya berita dan TV tak digunakan untuk saluran politik juga.

Penat aku dengar korang melabon cerita politik. Cukup-cukuplah apa yang tertulis dekat surat khabar dan internet. Kami tak perlu cerita politik di Televisyen pula.

"Ala... Kau memang tak pro kerajaan. Sebab tu kau complaint kan? Sebab dekat TV semua berita pro kerajaan kan?"

Tidak. Kalau keluar berita pasal pro pembangkan dekat berita TV sekalipun, aku tak layan. Macam aku katakan (tuliskan) dekat atas, cukup-cukuplah berita politik dekat surat khabar & internet.

Biarlah rakyat buat pilihan apa yang dia nak baca di surat khabar dan internet. Biarlah rakyat buat pilihan surat khabar mana yang mereka nak beli & baca, website mana yang mereka nak layari. Bebaskanlah TV dari cerita labon-labon politik ni.

Oh ya. Aku sekarang bukan pro kerajaan, bukan pro pembangkang. Aku sekarang atas pagar. Aku sekarang lebih ke arah non partisan. Sebab aku tengok dua-dua parti macam haram jadah. Yang satu asyik bergaduh sama sendiri, yang satu lagi asyik menuduh parti yang satu lagi tak bagus dan parti dia sahaja yang bagus tahap dewa melangit.

Kalau ada pilihan raya umum dalam masa terdekat, aku pun tak tahu siapa yang aku patut pangkah. Mungkin aku akan pangkah Parti Kunci Maimun Binti Yusuf.

Bebaskanlah TV dari cerita politik. Bebaskan berita dari cerita politik. Biarlah berita jadi setengah jam balik. Aku lebih rela tengok drama Melayu kisah orang kaya rebut harta pusaka dari dengar cerita labon-labon politik ini.

Cuba kalau hari-hari korang dengar lagu Lady Gaga saja, mesti korang bosan juga kan? Mesti nak dengan lagu lain pulak kan? Senario dia samalah macam cerita politik dalam berita ni.

Sekali-sekala dengar cerita politik dekat berita bolehlah. Lama-lama kalau asyik disogok dengan cerita yang sama, orang pun akan bosan. Oarang akan jemu.

Contohilah berita TV9. Berita setengah jam tapi padat dengan berita rakyat. Aku suka berita TV9. Dan pembaca berita TV9 semuanya comel-comel belaka. Hati pun tenang dengar berita yang bebas dari cerita politik, mata pun sejuk memandang pembaca berita. Macam ini barulah berita yang dinanti-nantikan oleh rakyat.

Ok. Cukup-cukup aku melabon. Nanti tak pasal-pasal aku pulak jadi tajuk berita utama malam ini. Diorang dah lah pantang nak cari salah orang saja.

Akhir kata, bebaskan TV dan berita dari cerita politik. Letaklah cerita Korea sekalipun, aku tak kisah. TV adalah hak untuk orang ramai merehatkan minda. Bukan nak dengar cerita politik labon-labon yang bukan-bukan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar