Dalam ruangan Fesbuk Tipu #3, aku sudah bagi fan Justin Bieber Butthurt. Sekarang, giliran fan Twilight Saga pula.
Klik pada gambar untuk tumbesaran gambar |
"Kau ni, Mirul.. Tak romantik la. Kau tau tak cerita Twilight ni kisah cinta terlarang antara manusia dengan vampire. Satu kisah percintaan sedih dan romantik. Kau ni tak romantik lah, Mirul."
Bagi aku, Twilight bukanlah cerita romantik sebenar. Cerita ini lebih nak menjual dua lelaki kacak berbadan ketak-ketak dan berbadan shinning glow yang ditujukan khas buat para gadis.
Kalau nak tengok cerita romantik, aku lebih suka fokus kepada filem yang bergenre romantic comedy (rom-com). Salah satu filem rom-com kegemaran aku ialah 50 First Dates.
Filem ini menampilkan 2 pelakon berpengalaman, Drew Barrymore dan Adam Sandler. Bukan macam Twilight yang menampilkan pelakon newbies.
50 First Dates digarap dengan jalan cerita yang menggunakan romantik dengan cara yang berlainan dari filem romantik biasa, sehingga ditiru oleh satu drama Melayu, Seribu Kali Cinta.
Dan yang paling penting sekali, lawak daripada orang Yahudi paling kelakar dalam dunia, Adam Sandler, berjaya membuatkan aku ketawa tak berhenti-henti. Ketawa sebab kelakar. Bukannya ketawa macam ketawakan filem 2 Alam yang tak sampai target tu.
Apahal segmen Fesbuk Tipu dah berubah jadi segmen review filem pulak ni? Apa-apa pun, fan Twilight jangan butthurt sangat. Berguraukan mampu menceriakan suasana dan merapatkan silaturahim.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar