Kalau tak silap aku - setiap Khamis malam Jumaat - TV2 akan menyiarkan filem lakonan dan arahan P. Ramlee.
Kalau dekat Astro pulak, aku tak pasti bila. Tapi Astro memang terkenal dengan "menyiarkan drama dan filem secara berulang-ulang" tiap-tiap hari. Jadi aku tak hairan kalau filem P. Ramlee yang sama disiarkan 3 kali dalam seminggu.
Dan kadang-kadang, lebih annoying lagi kalau Hari Selasa Astro tayangkan Pendekar Bujang Lapok, Hari Khamis TV2 pun tayangkan cerita yang sama. Watdefak? Cerita yang sama ditayangkan oleh dua saluran yang berbbeza dalam minggu yang sama.
Ok, secara jujur aku nak kata yang aku dah mula bosan dengan cerita P. Ramlee. Macam mana tak bosan kalau cerita yang sama diulang belasan kali dalam setahun, sampai aku sendiri dah boleh hafal skrip cerita tersebut.
Not to disrespect P.Ramlee, aku tahu dia lagenda, bapa perfileman Malaysia, orang yang merintis filem Melayu dan lain-lain, tapi aku mula rasa bosan bila filem yang sama ditayangkan berulangkali. Rasa macam dekat Malaysia ini dah tiada lagi filem lain.
Aku terasa juga nak tengok filem lama era 80'an dan 90'an. Kebanyakan filem era tersebut sudah jarang ditayangkan di TV.
Filem-fielm era 90'an dan 80'an ni kebanyakannya aku tonton semasa aku berada di sekolah rendah dan awal sekolah menengah. Selepas itu, aku rasa filem-filem tersebut macam sudah hilang dari muka bumi. Dan aku rasa anak muda sekarang pun mesti teringin nak menonton filem era tahun 80'an dan 90'an.
Antara filem 80'an yang masih segar diminda anak muda sekarang cuma cerita Gila-Gila Remaja. Itu sahaja satu-satunya cerita yang popular dikalangan anak muda sekarang. Cerita lain, entah ke mana.
Satu-satunya filem lama yang tertusuk diminda anak muda |
Aku teringin nak menonton filem-filem era 80'an dan 90'an yang lain seperti cerita Rentak Desa, Abang 92, Tsu Feh-Sofia, Matinya Seorang Patriot, Anak Sarawak, Tak Kisahlah Beb, Puteri, Rahsia, Ali Setan, Ali Setan 2, Azura, Isabella, Kami (Lakonan Sudirman, bukannya filem Kami Liyana Jasmay tu), Setinggan, Ranjau Sepanjang Jalan, Rozana Cinta 87, Hati Bukan Kristal, Main-Main Hantu, Layar Lara, siri filem Jins Shamsuddin (yang mempunyai perkataan esok pada setiap filemnya), Kembara Seniman Jalanan dan banyak lagi.
Itu sahaja senarai filem yang aku ingat tapi aku yaki pasti ada banyak lagi filem yang hebat tapi aku sudah lupa tajuk filemnya.
Ok, aku tahu mesti ada yang kata, "Ala.. Bukannya semua filem tu best pun." Tapi kalau dibandingkan dnegan filem sekarang, filem sekarang pun bukannya hebat sangat. Hebat sangatkan 2 Alam? Adakah filem Syurga Cinta setanding filem Hollywood? Adakah filem Senario Asam Garam kelakar seperti lawak Adam Sandler?
Jadi apa salahnya kalau Astro dan RTM tayangkan pula filem-filem ini. Rehatkanlah fielm P. Ramlee sekejap. Keluarkan filem P. Ramlee pada bulan pemergian beliau sempena untuk memperingati beliau. Bulan-bulan lain, tayangkanlah filem lain pula.
Terutamanya Astro. Sudahlah kena bayar mahal tiap-tiap bulan, tapi asyik nak tayang fielm yang sama saja. Bill pulak tiap-tiap tahun naik macam minyak Ron 97, kalau hujan pun dah hilang reception Jadi, tolonglah tayangkan cerita-cerita lain lain pula untuk menenangkan customer kamu yang hampir meroyan macam aku ini.
Sekali lagi aku nak katakan, aku bukan mahu disrespect atau menidakkan bakat P. Ramlee, cuma mahukan kelainan bila menonton TV.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar