Senin, 31 Januari 2011

WOTS TOP TEN LIST: 10 Ayat Yang Anda Tidak Mahu Dengar Dari Mulut Anak Anda

Sebenarnya aku cuba menulis sesuatu yang serius hari ini. Tetapi kerana hujan sepanjang hari semenjak 4 hari kebelakangan ini menyebabkan otak aku menjadi tepu.

Dengan itu, ada baiknya aku mengembalikan semula segmen yang sudah lama aku abaikan, WOTS Top Ten List. Bagi sesiapa yang tidak tahu, idea segmen ini datang dari segmen Late Show Top Ten List dari rancangan Late Show With David Letterman.

Kali ini, aku nak bercerita tentang 10 Ayat Yang Anda Tidak Mahu Dengar Dari Mulut Anak Anda.

Saat paling gembira buat ibu bapa ialah saat anak mereka menuturkan perkataan pertama. Tapi lama kelamaan bila anak sudah pandai bercakap, pasti ada ayat yang anda tidak mahu dengar dari mulut anak anda.

Apakah ayat-ayat tersebut? Mari kita lihat sama-sama.

WOTS TOP TEN LIST: 10 Ayat Yang Anda Tidak Mahu Dengar Dari Mulut Anak Anda

10. "Ayah dengan mak tau tak, malam ni saya bakal jadi hadiah untuk race antara Farid dan Johan."

9. "Mak! Saya baru masuk satu persatuan. Saja nak mengisi waktu lapang. Namanya Kelab Tanpa Dara."

8. "Ayah, saya balik lambat sikit. Saya nak pergi jumpa pak cik Ayah Pin kejap."

7. "Semoga ayah dapat cari ubat sakit jantung yang saya sorokkan tu."

6. "Ayah! Mak! Saya dapat 10A dalam SPM.... Dan Saya jugak mengandung 3 bulan."

5. "Saya bersyukur kerana tidak mempunyai muka yang hodoh, otak yang bodoh dan badan yang gemuk, walaupun saya mewarisi genetik dan DNA abah dan ibu."

4. "Macam mana saya boleh dilahirkan dalam keluarga yang sangat loser ni?"

3. "Abah... Melancap tu ape?"

2. "Abah perasan tak yang muka saya ni sama macam kawan abah yang handsome tu. Ala.... Yang selalu datang masa abah tak de dekat rumah tu. Kenapa muka saya tak sama macam muka abah eh?"

1. "Saya sekarang tengah dating dengan seorang artis dan saya berniat nak memperisterikan dia. Nama dia Fasha Sandha."

Semoga anda berjaya mendidik anak anda dengan baik supaya mereka tidak menyebut ayat-ayat di atas.

Kamis, 27 Januari 2011

Menjawab persoalan kamu

Waktu biasa blog aku akan di update ialah pada petang hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Tapi kadang-kadang, aku juga ada mengepos entri pada hari-hari lain.

Ada satu hari aku berjumpa dengan kawan aku di Carrefour pada pukul 2:30 petang. Masa tu, aku baru sampai di Carrefour dan kawan aku pula sudah pun selesai menghabiskan duit gajinya di sana.

Selepas berbual lebih kurang halal, kawan aku pun terus pulang ke rumah manakala aku pun masuk ke Carrefour.

Selepas sampai ke rumah, kawan aku pun terus melayari internet. Melayari Facebook dan blogwalking. Tiba-tiba dia terperasan aku baru mengupdate blog aku pada 3 petang.

Kawan aku mula pelik. Macam mana aku boleh update blog aku sedangkan aku sedang seronok membeli barang rumah di Carrefour?

Ini bukan kali pertama situasi ini terjadi. Dah banyak kali. Ada sekali aku dalam bas menuju Shah Alam. Kawan aku menghantar SMS kepada aku:

"Kau kata nak pergi Shah Alam?"

"Memang la. Aku dalam bas ni." Balas aku.

"Habis tu, macam mana blog kau boleh update pulak ni?"

Ok. Macam inilah. Biar aku terangkan. Sebenarnya, ada sesetengah entri yang aku dah set kan supaya dia auto-publish. Maksudnya, aku dah tulis pada hari lain dan sudah pun set kan masa suapaya entri tersebut di post secara auto-publish.

Aku ada banyak entri yang aku draft-kan. Bila aku ada idea, aku akan automatik terus menaip dan menyimpan dalam bahagian draft. Aku set-kan suapaya entri tersebut di publish pada setiap petang Isnin, Rabu dan Jumaat.

Tapi tak semua benda aku dah simpan dalam draft. Ada yang aku juga entri yang aku tulis secara spontan dan terus publish kan di dalam blog. Biasanya entri yang berkaitan isu semasa ataupun benda-benda hot, popular dan hip yang sedang berlaku sekitar kita.

Contohnya entri ini. Ketika kamu membaca entri ini, aku kini sedang berada di Johor Bahru. Aku bukan berada di depan laptop pun. Aku berada di Johor Bahru. Mungkin sedang berjalan-jalan. Mungkin sedang makan-makan. Mungkin sedang berenang merentasi Selat Tebrau untuk ke Singapura.

Ok. Yang last kali tadi memang tipu habis. Tapi memang aku tidak berada di depan laptop sekarang.

Jadi, aku harap tak timbul lagi kekeliruan dan fitnah bahawa aku bela hantu raya khas untuk meng-update blog aku. Apa jadahnya tu?

Sekian.

Ok. Boleh tahan mengada-ada juga aku ni. Buat satu entri semata-mata hanya untuk membuat penjelasan tidak bermakna ini. Sebenarnya aku tengah busy sikit. Tunggu entri akan datang untuk entri yang lebih bermakna dan tidak membuang masa kamu.

Selasa, 25 Januari 2011

Lagu-lagu annoying yang boleh bikin telinga aku berdarah dan bernanah Part 2

Bagi sesiapa yang belum baca entri part 1, sila baca entri tersebut di sini untuk mendapatkan feel.

Dah baca? Bagus. Sekarang mari kita teruskan dengan part 2.

Tak semua lagu aku akan letak videonya dalam senarai di bawah. Mana-mana yang aku tak letak video, kamu cari sendiri dekat Youtube.

Akon - Lonely

"Lonely... I'm so lonely... Mr. Lonely..."

Rasanya semua orang pernanh dengar lagu ini kan? Lagu yang popular sekitar tahun 2005. Semasa lagu ini popular, ramai yang gunakan lagu ini sebagai ringtone. Dan ini meresahkan jiwa raga aku.

Lagu ini sebenarnya ok. Kisah seorang lelaki yang kecewa dan keseorangan dalam kehidupan, cuba mencari teman hidup. Walaupun aku bukan peminat muzik Hip-Hop dan R&B (kecuali Eminem, Dr. Dre dan Jay-z album sekitar 90'an), aku akui lagu ini boleh tahan lagi.

Tapi Akon telah merosakkan lagu ini dengan suara chipmunk yang diletakkan pada bahagian chorus.

Lagu-lagu Hip-Hop yang biasanya menampilkan artis lain dalam lagunya (terutamanya perempuan) adalah kekuatan pada lagu tersebut. Artis jemputan biasanya akan menyanyikan bahagian chorus dalam lagu dan biasanya akan menjadi kekuatan lagu tersebut.

Contoh paling mudah ialah lagu Airplane dari B.O.B. yang menampilkan Hayley Williams - vokalis Paramore - yang menyanyikan bahagian chorus. Cuba bayangkan bahagian chorus tersebut juga dinyaikan oleh B.O.B. dalam bentuk Hip-Hop, pasti tak menarik lagu tersebut kan? Satu lagi contoh ialah lagu Last Night nyayian Diddy menampilkan Keyshia Cole.

Contoh lain ialah lagu dari kumpulan Black Eyed Peas. Fergie menyanyikan bahagian chorus lagu untuk memastikan lagu tersebut menarik.

Dengan meletakkan suara chipmunk pada bahagian chorus, Akon dah merosakkan lagu tersebut. Cuba letakkan penyanyi yang mempunyai vokal mantap pada bahagian chorus lagu tersebut, pasti aku tak letak Lonely dalam senarai ini.


Kanye West - Through The Wire

Rasanya aku tak perlu menerangkan kenapa aku letak lagu ini dalam senarai kan? Sama seperti lagu Lonely, lagu ini dirosakkan oleh chorus bersuara chipmunk.

Aku baca lirik bahagian chorus lagu ini, dan aku dapati chorus lagu ini mempunyai ayat yang menarik. Tapi dengan menggunakan suara chipmunk, lagu ini hilang daya tariknya.


Semua lagu yang mempunyai suara chipmunk

Alang-alang aku dah senaraikan dua lagu di atas, baik aku tulis macam ini sahaja. Semua lagu yang ada suara chipmunk memang mengarut. Full stop.


Semua lagu Tomok dan Newboyz, Boboy, Antz dan sewaktu dengannya

Tiba-tiba aku rasa perasaan nak menendang TV meningkat secara mendadak. Kenapa? Kenapa aku rasa nak tendang TV ni? Oh, rupa-rupanya TV sedang menayangkan AJL25 dan Tomok sedang menyanyi. Patutlah aku rasa nak tendang TV.

Manusia yang menggunakan nama gelaran Tomok telah pun menyakitkan telinga aku semenjak sekolah menengah lagi (tingkatan 2 kalau tak silap aku). Lagu leleh-leleh dan gaya penyampaian yang annoying membuatkan aku memang tak boleh tahan. Bertambah bila wujud kumpulan Boboy dan Antz, yang berpangkalan di hometown aku, Batu Pahat, Johor.

Tapi aku akui yang Newboyz menjadi satu fenomena pada waktu itu. Kira macam Justin Bieber lah yang tiba-tiba menjadi fenomena. Aku ingat lagi kawan aku, Hannah Yunos, kata kawannya menangis bila keluar berita ada peminat perempuan cium pipi Tomok. Aku ketawa dan facepalm mendengar cerita beliau.

Mungkin aku memang tak suka kan artis yang popular dan menjadi fenomena seperti Newboyz dan Justin Bieber. Begitu juga aku tidak menyukai Mawi dan MCR (tapi MCR boleh layan lagi dan tak masuk bahagian annoying. Cuma MCR bukan favorite aku lah).

Oh, ya! Boboy masih aktif lagi rupanya. Mereka dah melakukan re-branding pada kumpulan mereka dan menggunkan nama baru, BBY.


ST 12 - Puspa

Aku tak pernah dengar lagu ini sampailah sepupu aku, Faizatul, suruh aku download lagu ini. Aku tanya, "Best ke lagu ni?" Dia jawab, "Cuba la dengar dulu."

Aku pun buka lawan Youtube dan dengar lagu ini. Masuk bahagian chorus, aku terus mencarut.

"Jangan-jangan kau menolak cinta ku..."

Fack! Dengan lirik yang macam separuh siap dan penyanyi yang menyanyikan lagu tersebut dengan nada mengada-ngada seperti pondan, terus aku banned lagu ini.

Dan terus aku tak jadi download lagu ini untuk sepupu aku. Padan muka dia!


Willow Smith - Whip My Hair

Aku tak pasti kamu pernah dengar lagu ini. Lagu ini boleh dikategorikan dalam golongan lagu baru. Aku tengok video ini di MTV. Tak pernah dengar atau tengok video klip lagu ini? Jom dengar sama-sama.



Reaksi pertama aku lepas mendengar lagu ini ialah.... FFFFuuuuuu*******kkkkk!!!!!

Apa jadah buat lagu tentang rambut? Tentang kisah menghayunkan rambut, melibas rambut pulak tu. Dengan lirik yang meaningless dan annoying.

Dan kalau aku ada peluang berjumpa Will Smith (ayah Willow), aku ingin bertanya satu perkara pada beliau, "Dude, what the hell are doing to your daughter?"

Inilah sebabnya aku tak minat penyanyi bawah umur seperti Willow dan Justin Bieber. Mereka menyanyi kerana mahu jadi popular, hidup dalam dunia glamor dan menjadi kaya raya. Sepatutnya penyanyi menyanyi kerana minat, pride and passion. Dan bila budak bawah umur seperti 2 orang mangkuk ini menjadi penyanyi, maka wujudlah lagu-lagu seperti ini. Sigh.....


Semua lagu-lagu Lil Jon, Lil Wayne dan Pitbull atau lagu-lagu yang menampilkan Lil Jon, Lil Wayne dan Pitbull

Kenapa aku tidak menyukai lagu yang melibatkan ketiga-tiga individu ini? Mudah saja.

Pertama, suara tak depa. Yang ini aku lebih fokuskan kepada Lil Jon dan Lil Wayne. Pertama kali mendengar suara mereka, aku terus berkata, "Watdefak?? Suara macam ni pun boleh jadi penyanyi???"

Terutamanya Lil Wayne. Suara dia yang paling mencincang hati aku.



Suara Lil Wayne macam budak serak baru pecah suara.

Pibull pula bagi aku ada rappers yang mengarut. Apa yang dia rap kan semuanya mengarut. Meaningless. Lagu pun sangat annoying.



Bagi kaum Adam, jangan 'pancut dinding' selepas menonton video di atas.

Kalau kamu tengok video di atas, pasti aku perasan yang lagu ini bukannya kemana sangat dan cuma mengeksploitasi perempuan seksi secara melampau-lampau untuk membuatkan orang terus melihat video klip ini. Pitbull memang jenis Hip-Hopers tipikal.


Crazy Frog - Axel F

Aku betul-betul tak faham kenapa semua orang boleh suka lagu ini. Seriously apa yang sedapnya dengan bunyi katak tu? Lagu Axel F sebenarnya lagu lama, tapi dengan ditambahkan dengan suara katak, terus jadi popular. Memang satu fenomena dan aku benci fenomena meaningless ini.

Lebih menyakitkan hati apabila lebih separuh kawan-kawan aku menggunakan lagu ini menjadi ringtone masing-masing. Oh, mengguris hati!


Semua lagu Jason Derulo, terutamanya Ridin' Solo

Oh, Jason Derulo. Aku tak tahu kenapa, selepas mendengar single pertama kau, Whatcha Say, aku terus tak minat lagu itu seterusnya lagu-lagu lain.

Benda paling obvious dalam lagu Jason Derulo ialah setiap kali permulaan lagu, dia mesti nak sebut nama dia. Setiap kali pada permulaan lau, dia mesti akan sebut, "Jason Derulo" dengan nada suara yang diubah konon-kononnya macam cool.

Come on, lah! Orang semua tahu itu lagu kau. Tak payah nak sebut nama kau, orang dah tahu. Annoying tahu tak? Perbuatan kau sama macam penerbit Rodney 'Darkchild' Jerkins. Setiap lagu terbitan dia, mesti ada orang sebut "Darkchild". Cuba dengar lagu Say My Name nyanyian Destiny's Child. Mesti kamu dapat tangkap.

Lagu Ridin' Solo aku tak suka sebut cara nyanyian dan rentak lagu tersebut. Terutama masa dia sebut perkataan 'solo'. Damn annoying! Aku rasa macam Jason Derulo sebut perkataan 'solo' 50 kali dalam lagu ini. Pppppffftttt....


The Trashmen - Surfin' Bird

Aku rasa tak ramai antara kamu yang pernah dengar lagu ini. Ini lagu lama. Lagu tahun 1963. Aku pernah dengar lagu ini semasa aku sekolah menengah. Lagu ini selalu diputarkan dalam satu cerita (TV series) dari Amerika yang aku sudah lupa tajuk lagunya.

Sehinggalah tahun lepas, watak Peter Griffin dalam cerita Family Guy menyanyikan lagu ini. Terus refresh ingatan aku pada lagu ini. Ffffuuu..... Satu comeback yang aku tak ingini.

Kenapa aku anggap lagu ini annoying? Senang cerita, apa kata kamu dengar sendiri lagu ini.



Kalau kamu dapat dengar lagu ini berulang-ulang kali dan enjoy dengan lagu ini, aku ingin mengucapkan tahniah. Tahniah kerana berjaya menjadi seorang yang pekak dan taste muzik yang teruk.

Suara penyanyi lagu ini memang merepek. Ditambah pula dengan lirik yang macam haram sama sekali. Cuba usha lirik lagu tersebut di sini.

Oh ya, ini versi Family Guy yang aku tonton.



Ok. Versi Peter Griffin jauh lebih annoying sebenarnya.

==========

Ok. Sampai di sini sahaja untuk sessi kali ini. Sebenarnya ada lagi lagu-lagu annoyimng yang aku belum senaraikan di sini. Nanti aku sambung dalam bahagian ke-3. Tapi aku mungkin tak kan sambung dalam masa terdekat. Mungkin minggu depan, mungkin bulan depan atau mungkin tahun depan.

Kenapa lama sangat? Sebab menulis entri jenis ini adalah memenatkan. Penat menaip dan juga penat menahan rasa marah bila terfikirkan lagu-lagu yang di benci ini.

Jadi aku akan sambung lain kali untuk part 3 dan part 4. Kita bagi laluan pada entri lain pula selepas ini. Nantikan dengan penuh debaran entri part 3 nanti ya?

Sekian.

A-well-a, bird, bird, bird, the bird is the word!!!

Senin, 24 Januari 2011

Lagu-lagu annoying yang boleh bikin telinga aku berdarah dan bernanah Part 1

Sebenarnya, dah agak lama juga aku pasang niat hendak menulis entri ini. Tapi ada saja isu lain yang aku nak ketengahkan. Sementara tengah tiada isu yang menarik dan hangat, aku rasa dah sampai masanya untuk aku menulis entri ini.

Mesti ada lagu yang buat kamu menyampah kan? Bila dengar lagu tersebut, terus rasa menyampah. Bila dengar lagu tersebut, terus rasa mahu menghamburkan maki hamun. Bila dengar lagu tersebut, terus hati tertanya, "Siapalah bangsat yang nyanyi/buat lagu ni?". Bila dengar lagu tersebut, terus rasa nak tutup radio. Bila lagu tersebut keluar di MTV, terus rasa nak tukar ke channel lain. Bila ada member yang menyanyikan lagu tersebut masa Karaoke, rasa macam nak sumbat microphone dalam bontot mulut kawan kamu tu.

Setiap orang ada sebab untuk membenci sesuatu lagu dan ada senarai lagu menyampah masing-masing. Hari ini aku nak berkongsi senarai lagu-lagu annoying yang boleh bikin telinga aku berdarah dan bernanah.

Tak semua lagu aku akan letak videonya dalam senarai. Mana-mana yang aku tak letak video, kamu cari sendiri dekat Youtube.

Dr. Bombay - Calcutta (Taxi, Taxi, Taxi)


Aku rasa mesti ramai masih ingat lagu lahanat ni. Lagu Calcutta nyanyian Dr. Bombay ini popular sekitar tahun 1998. Masa tahun ini, dunia muzik cuba dirosakkan dengan beberapa kumpulan yang muncul dari negara-negara eropah terutamanya dari negara Scandinavia yang membawa genre muzik dance, techno dan sewaktu dengannya.

Antara artis lain yang datang dari Eropah dan Scandinavia dan muncul dengan muzik ala-ala Dr. Bombay ialah  Aqua, Toy Box (terkenal dengan lagu Tarzan and Jane), Eiffel 65 (terkenal dengan lagu Blue (Da Ba Dee)), Smile (terkenal dengan lagu Butterfly), Vengaboys dan lain-lain lagi.

Kenapa aku menyampah dengan lagu ini? Sebab aku memang tak suka dengan lagu bergenre dance. Tambahan lagi penyanyinya menyanyikan lagu tentang teksi. Watdehel? Dan yang penting sekali, lagu tersebut mempunyai lirik sing-a-long songs yang membuatkan aku bertambah menyampah. Lagi menyampah bila mendengar pelat India yang dibuat-buat.

Pembaca berbangsa India jangan ingat aku racist dengan kaum India pula sebab aku kata aku menyampah pelat India Dr. Bombay. Sebab aku menyampah dengan pelat Dr. Bombay ialah dia sebenarnya bukan orang India pun. Dia berasal dari Sweden sebenarnya. Nama betulnya ialah Jonny Jakobsen. Dia menyamar jadi seorang yang berbangsa India untuk meraih populariti murahan.

Selepas Dr. Bombay, Jonny muncul pula dengan identiti baru, sebagai Dr. Macdoo yang juga membawa identiti seorang yang berbangsa India. Kemudian dia muncul sebagai Carlito, orang yang berbangsa Mexico. 

Seriously, boleh tak kau jadi diri kau sendiri dan menyanyi? Tak perlu jadi orang lain. Dan inilah sebab utama aku menyampah dengan lagu dan Dr. Bombay.


50 Cents - In Da Club

Aku menyampah gila dengan 50 Cents. Bagi aku, 50 Cents adalah antara artis yang memulakan genre stereotype Hip-Hop moden, iaitu lagu Hip-Hop yang liriknya sampah dan video klip dipenuhi dengan perempuan seksi yang dieksploitasi, tayang-tayang duit, tayang rantai emas, tayang bling-bling, berlagak konon macam stylo habis, dipenuhi dengan perasaan riak, berlagak gengster dan mesti ada aksi tabur-tabur duit.

Dan lirik lagu ini... "Go shawty.. It's your birthday... We gon' party like it's yo birthday... We gon' sip Bacardi like it's your birthday.. And you know we don't give a f*ck... It's not your birthday!"

Bangang. Lirik meaningless. Memang kebanyakan lagu Hip-Hop moden sekarang memang meaningless. Memandangkan aku memang jenis menitik beratkan lirik sesebuah lagu, jadi lagu macam 50 Cents memang tak masuk kepala aku.

Sorry, 50 Cents. I don't give a f*ck!


Alif Satar - Jangan Nakal

Masa mula-mula aku dengar lagu ini, aku diam saja. Tak terasa apa-apa sangat. Masuk bahagian chorus bila mula keluar lirik "Please.. Please.. Please... Kamu jangan nakal...."

Pppppffftttttt!!! Watdefak! Apa kejadah letak lirik macam tu. Macam yang aku katakan di atas, aku memang tak suka lagu yang jenis sing-a-long songs ni. Jadi, automatik aku terus menyampah dengan lagu ini.

Sorry, Alif Satar. Aku tak menyimpan dendam atau benci dengan kau. Cuma lagu kau menyebabkan aku rasa sedih dan facepalm.


Aliff Aziz - Sayang Sayang

Kalau dengar lagu Jangan Nakal aku dah rasa sikit rage, dengar lagu Sayang-Sayang boleh menyebabkan aku rasa nak amuk satu taman. 

Bila dengar lagu ini buat aku rasa ffffuuuu..... Tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan aku pada lagu ini.

Sekali lagi aku ingin katakan. Maaf Aliff Aziz. Aku tak menyimpan dendam dengan kau, tapi lagu kau memang macam sial. Sial!


The Cheeky Girls - Cheeky Song (Touch My Bum)


Pernah dengar lagu ini? Kalau pernah, kau dan aku adalah antara insan yang malang di dunia.

The Cheeky Girls adalah duo gandingan dua adik beradik kembar, Gabriela and Monica Irimia, yang berasal dari bandar yang terkenal dengan lagenda dan mitos vampire terkenal di dunia, Transylvania, Romania.

Lagu ini mengandungi lirik yang meaningless. Macam aku katakan di atas, aku benci lagu yang liriknya tiada maksud dan mengarut. Paling bangan sekali ialah liriknya yang berbunyi "Touch my bum.. This is life."

Pppppffffttttt!!! Apa kena mengena dengan sentuh bontot kau dengan kehidupan. Memang tiada kena mengena langsung. Lagipun, apa barang sentuh bontot. Sentuh breast baru masyuk.

Aku akui The Cheeky Girls memang seksi. Tak percaya, tengok gambar di bawah.


Sexy like hell kan? Tapi keseksian mereka gagal memikat aku. Ini kerana keseksian bercampur dengan gerakan tarian yang annoying dan lagu yang berkelas rendah memang gagal sama sekali memancing nafsu lelaki aku untuk melihat mereka. Lagipun, seksi mereka memang tak de kelas langsung.

Kalau nak, tirulah gaya girl band dari Korea seperti Wonder Gilrs, Girls Generation dan lain-lain. Mereka seksi tapi seksi yang berkelas. Kira macam seksi terpimpinlah. Dan gerakan tarian kumpulan Korea memang mengancam dan mampu menggida iman seorang lelaki.

Aku bukan minat sangat dengan lagu girl band Korea ni, biasanya aku tengok video mereka dalam keadaan mute dan hanya melihat keseksian mereka yang ber-hot pants sahaja. Lagu aku tak layan pun. Peha putih mereka yang menjadi pujaan aku. Korean Girls in hot pants is life!

Lagipun secara jujurnya, lelaki yang minat girl band Korea ni minat dengan lagu atau pun tengok keseksian mereka semata-mata? Jawab dengan jujur. Tipu dosa, mati seksa, masuk neraka.

Sorry, Cheeky Girls. Your not my taste. Touch my bum. This is life.


Wali Band - Cari Jodoh

Yes! Aku pernah ulas tentang lagu ini dalam entri ini

Jadi aku malas nak ulas tentang lagu ini lagi sekali. Kesimpulannya, lagu ini mengarut, agak bodoh, membosankan dan annoying.

Nak cari jodoh sampai buat announcement dekat public suruh pakcik-makcik hantar anak dara dekat dia. Lame ass! 

Oh ya! Lagu-lagu Wali Band yang lain pun boleh tahan lame ass jugak. Memang band yang membosankan. Jangan dengar, nanti boleh masuk neraka sebab asyik nak memaki mereka saja.


The Darkness - I Believe In A Thing Called Love


Dengan nada suara yang macam cilakak, pakaian macam haram dan cuba membawa lagu bergenre glam rock dengan gaya yang annoying, lagu ini memang layak disenaraikan antara lagu annoying setiap insan di dunia.

Aku rasa penyanyi ini cuba sedaya upaya meniru gaya penyanyi Queen, Freddy Mercury, dengan membuat pose pelik dan baju yang dipakainya. Tapi nampaknya peniruan ini boleh dikatakan gagal dan menghasilkan keputusan yang agak sampah.

Nada suara yang ditekan supaya tinggi seperti suara perempuan menambahkan lagi rasa annoying ke tahap dewa melangit. Seriously, kenapa kau buat suara kau macam tu? Kau nak tiru gaya nyanyian penyanyi Aerosmith, Steven Tyler ke? Peniruan kau gagal sama sekali. Tak sama maca Steven Tyler pun, macam ayam tercekik adalah.

Oh, ya! Lagu-lagu The Darkness yang lain pun sampah juga. Senang cerita, jangan dengar lagu band ini. Nasib baik band ni dah berpecah. Selamat telinga aku.


Right Said Fred - I'm Too Sexy


Ok. Tengok video klip dah cukup buat kita terasa annoying. Bila dengar lagunya, 2 kali ganda annoying. Fred Said Right adalah duo (asalnya mereka bertiga macam dalam video klip di atas) berasal dari London, England.

Percaya atau tidak, lagu yang annoying ini pernah menduduki tangga pertama Carta Billboard Amerika. Yes! Music taste orang Amerika memang boleh tahan teruk juga rupanya.

Aku tak faham apa yang cuba dibuktikan oleh penyanyi ini dengan lagu sejahanam ini. Aku tak tahu macam mana lagu macam ini boleh mengungguli Carta Billboard. Dia seksi sangat ke sampai semua benda tak mampu menandingi keseksian dia?

Oh ya. Selepas menonton video klip lagu ini, mesti ada yang bertanya, "Diorang ni Gay ke?" Mesti kan? Kan? Kan? Jangan tipu. Tipu dosa, mati seksa, masuk neraka.

Aku tak pasti dengan ahli kumpulan yang lain. Tapi penyanyinya, Richard Fairbrass, ialah seorang biseksual. Maksudnya, lelaki dia layan, perempuan pun dia layan. Faraj dia hentam, bontot pun dia sondol.

I'm too sexy for my cat!


Semua lagu Justin Bieber

Perlukah aku terangkan kenapa aku tak suka semua lagu Justin Bieber?

Apa? Aku jealous dengan Justin Bieber sebab ramai gadis-gadis minat dia? Ppppfffttt!!! Kenapa aku perlu jealous dengan budak bawah umur macam dia.

Kenapa aku tak suka Justin Bieber? Justin Bieber is overrated. Lagu tak sedap mana pun. Tarian tak gempak mana pun. Banyak tiru tarian Michael Jackson, lepas tu dapat gelaran 'The Next Jacko' pulak. Michael Jackson is bigger than that! Michael Jackson bukan hanya bergantung pada tarian. Suara pun bukan sedap mana. Macam suara perempuan. 

Bagi aku, Justin Bieber is overrated. Itu sebab utama aku tak suka lagu dia. Dia juga menyebabkan perempuan hilang akal dan kemaluan sampai terjerit-jerit macam orang gila. Ramai perempuan menjadi pedophile kerana dia.

Senang cerita. Justin Bieber hanya sesuai didengar oleh budak perempuan bawah 15 tahun. Lelaki yang minat Justin Bieber is a pure gay! Gay! GAY!!!!!!!!

==========

Ok. Sampai sini dulu aku mengarut. Apa? Ada lagu kegemaran kamu dalam senarai ini? Padan muka!

Kita ada citarasa muzik yang berbeza. Mungkin ada lagu yang kau suka tapi aku tak suka. Begitu juga sebaliknya. Jadi, janganlah nak rage semacam lepas baca senarai ini. Kita punya citarasa yang berbeza.

Sebenarnya banyak lagi senarai lagu annoying dalam hidup aku. Aku akan sambung dalam bahagian yang akan datang.

Jumat, 21 Januari 2011

Fesbuk Tipu #5: Akademi Fantasia

Memandangkan masih ada yang ingatkan yang segmen Fesbuk Tipu ni betul-betul fesbuk orang yang ada dalam gambar tersebut, biar aku beritahu sekali lagi.

Ini semua bukannya betul, aku yang buat. Just for the LOL. So, siapa yang ingat benda ni betul, dia memang slowpoke and don't have a sense of humor.

Dari bahagian satu sampai yang ke-5, semuanya aku yang reka sendiri. Happy? Understand? Kalau tak faham jugak, aku tak tau nak cakap apa lagi. baik kau tutup laptop kau dan pergi bunuh diri.

Dalam entri sebelum ini, aku ada cerita tentang Cara untuk memenangi Akademi Fantasia 9, Akademi Fantasi edisi terakhir. Kali ini, kita sentuh tentang pengacaranya pula.

Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas

Semenjak aku dapat tahu Akademi Fantasia (AF) bakal melabuhkan tirai tahun ini, aku banyak kali jumpa tentang spekulasi siapa bakal pengacara dan pengetua untuk AF9. Spekulasi yang sama menaik dengan cadangan untuk menubuhkan pasukan bola sepak Skuad 1Asean.

Yes! Akademi Fantasia dan Skuad 1Asean ni lebih kurang sama saja tahinya.

Untuk kali ini, aku ketengahkan calon-calon pengacara. Agak-agak, siapa yang bakal menjadi pengacara rancangan realiti yang bisan, klise dan stereotype ini untuk kali terakhir?

Bercerita tentang rancangan realiti nyanyian, aku teringat American Idol. Semalam semasa sedang channel walking (blogwalking untuk jalan-jalan dalam blog. Channel walking tengah main tukar-tukar channel TV) aku terbuka American Idol. Dan aku ternampak seorang kelibat rockers yang menjadi salah seorang juri American Idol. Seriously, what the hell Steven Tyler doing in American Idol? 

Steven Tyler, vokalis kumpulan Aerosmith, adalah salah seorang rockers yang aku salute kini sudah menjadi salah seorang juri American Idol. Ini boleh dikategorikan sebagai sell-out tahap dewa melangit.

Apa boleh buat. Zaman sekarang kalau mahu hidup, memang kena sell-out. Sell-out is a way of life. Pahit untuk ditelan tapi itulah hakikat hidup sekarang.

P/S: Kenapa aku letak gambar AC Mizal pakai songkok? Sebab muka dia macam muka kesian. Lagipun komen dia dalam gambar atas tu macam meminta simpati. Gambar sesuai dengan komen tersebut.

Rabu, 19 Januari 2011

Skuad Bola Sepak 1Asean memang boleh bikin aku ketawa dan facepalm

Semalam, aku terbaca di Metro yang Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, mencadangkan semua negara Asean membida untuk menjadi tuan rumah secara bersama Piala Dunia 2026 dan 2030. 

Shabery Cheek juga ada mencadangkan untuk membuat perancangan untuk mewujudkan satu pasukan yang menghimpunkan pemain terbaik dari rantau Asia Tenggara untuk menjadi pasukan yang mewakili negara Asean dalam pertandingan piala dunia itu nanti. Shabery Cheek akan membawa cadangan itu ke FIFA bagi merealisasikan hasrat negara Malaysia serantau yang dah tak sabar-sabar mahu jadi tuan rumah Piala Dunia.

Selepas baca berita tersebut, aku terus ketawa dan facepalm secara bergilir-gilir selama 5 minit. Seriously, Skuad 1Asean?

Persoalannya. Kalaulah Skuad 1Asean ni lawan dekat Bukit Jalil, ada ke orang Malaysia nak tengok macam Malaysia lawan Indonesia masa AFF Suzuki Cup tu? 

Penonton pergi ke Bukit Jalil sebab mahu melihat Skuad Malaysia main. Mahu melihat Safee Sali, Khairul Fahmi, Norshahrul Idlan Talaha dan pemain Malaysia yang main. Mereka pergi ke stadium kerana pride sebagai rakyat Malaysia. Kerana nak tengok pemain Malaysia angkat Piala Suzuki tu. Kalau Skuad 1Asean, adakah semangat penonton sama macam melihat aksi pemain Malaysia?

Peminat mahu menyanyikan lagu Negaraku bersama pemain Malaysia. Kalau skuad 1Asean, nak nyanyi lagu apa pulak?

Speaking of national anthem, aku terfikir jugak. Kalau betullah Skuad 1Asean ni diwujudkan, bendera apa yang akan digunakan nanti? Macam mana pula dengan national anthem? Nanti pemain kena nyanyi lagu khas yang dibuat untuk Skuad 1Asean ke? Kena bawak bendera khas yang dicipta untuk Skuad 1Asean ke? Peminat yang datang akan rasa semangat berkobar-kobar bila menyanyikan lagu Negaraku. Mahukan peminat menyanyikan lagu 1Asean?

Pemilihan pemain menjadi satu lagi faktor. Setiap skuad boleh menyenaraikan 23 pemain untuk pertandingan Piala Dunia. Kalau Skuad 1Asean diwujudkan, maka pemilihan akan pemain akan dibuat berdasarkan pemain terhebat dari semua 10 negara Asean.

Tak semua negara Asean mempunyai pemain bola sepak yang hebat. Kita bagi contoh kononnya tiada seorang pun pemain Filipina yang terpilih dalam Skuad 1Asean. Adakah orang Filipana akan menyokong Skuad 1Asean? Adakah peminat Filipina akan datang ke stadium (jika salah satu stadium di Filipina dipilih untuk menjadi tuan rumah) untuk menyokong Skuad 1Asean?

Dan adakah peminat Malaysia akan berpusu-pusu ke Bukit Jalil jika Skuad 1Asean hanya mempunyai dua orang pemain Malaysia, Safee Sali dan Khairul Fahmi? Apa pula perasaan peminat Malaysia bila mendapati pemain Malaysia hanya memanaskan bangku simpanan dan tidak berpeluang untuk turun bermain?

Dan yang paling penting sekali, lokasi perlawanan. Kebiasaannya perlawanan pertama, akhir dan perlawanan tumpuan yang membabitkan pasukan hebat (Sepanyol, Belanda, Brazil) dan pasukan hanya popular pada nama (England) pasti menjadi pilihan setiap negara Asean untuk dianjurkan di negara masing-masing. Mesti ada negara yang hanya mendapat perlawanan yang kurang bermutu (contoh: Honduras lawan Algeria) dan sudah pasti stadium tidak sepenuh negara lain yang dapat mengajurkan perlawanan pasukan hebat dan popular.

Adakah Malaysia mempunyai stadium yang cukup bermutu tinggi untuk menganjurkan Piala Dunia? Kita ada 2 stadium yang mempunyai kapasiti yang besar dan mencapai standard Piala Dunia. Tapi itu cuma kapasiti penonton. Bagaimana pula dengan keadaan padang dan rumput? Tempat duduk? Bilik persalinan dan persekitaran stadium?

Russia membelanjakan RM 12 billion dan Qatar pula RM 188 billion untuk menganjurkan Piala Dunia? Adakah berbaloi membelanjakan duit untuk menganjurkan Piala Dunia yang diwakili oleh skuad yang tidak mempunyai wajah rakyat Malaysia?

Dan yang paling penting sekali, nama pasukan tersebut. Skuad 1Asean? Sounds familiar. Bunyi macam 1Malaysia. 

Tak kan nak politik kan bola sepak pulak? Sukan adalah hiburan rakyat marhaen. Sila jangan politikkan sukan kegemaran kami!

Kesimpulannya, cadangan Skuad 1Asean adalah antara cadangan paling kelakar pernah keluar dari mulut seorang manusia yang berjawatan menteri. Dan aku rasa, pasti ramai rakyat Malaysia yang tidak akan berpuas hati dan setuju dengan cadangan ini.

Adalah lebih baik jika duit untuk menganjurkan Piala Dunia dibuat untuk pembangunan akar umbi skuad bola sepak Malaysia. Malaysia memang sudah menang Suzuki Cup. Tapi tak bererti kita sudah layak untuk ke Piala Dunia. Kita perlu melangkah sikit demi sedikit. Jangan terus nak ke Piala Dunia. Fokuskan dulu kepada Piala Asia dan Sukan Olimpik. Kalau dah layak, barulah fikir pasal Piala Dunia pula.

Dan hari ini, keluar berita yang FAM tidak berminat untuk menganjurkan Piala Dunia. 

Timbalan Presiden, Tan Sri Annuar Musa berkata, “Kami (FAM) tidak tahu apa-apa mengenai cadangan membida Piala Dunia dan perkara ini tidak pernah dibincangkan sebelum ini. Saya berpendapat lebih bagus kerajaan jadikan bola sepak sebagai agenda nasional dan mendapatkan kesepakatan negara Asean lain dalam merangka program jangka panjang pembangunan bola sepak dan bukannya memikirkan soal menjadi tuan rumah Piala Dunia."

Yes! Tepat sekali. Jika ingin mewujudkan hubungandengan negara Asean melalui bola sepak, memang boleh. Tapi jadi tuan rumah Piala Dunia... Malaysia masih jauh dari segi prestasi pemain dan ekonomi. Ekonomi Malaysia masih belum cukup kukuh untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia. Lihat sahaja Afrika Selatan. Apa yang terjadi selepas penganjuran Piala Dunia tamat?

Jadi, baik tumpukan pembangunan bola sepak dari berangan nak jadi tuan rumah Piala Dunia. Buat apa jika pasukan yang mewakili Malaysia tidak mempunyai wajah, jiwa dan semangat rakyat Malaysia? 

Lagipun, adalah lebih baik Malaysia layak ke Piala Dunia buat pertama kali melalui pusingan kelayakan dari menjadi tuan rumah. Baru rasa bangga sebab Malaysia berjaya ke Piala Dunia kerana Malaysia memang layak bermain dengan pasukan-pasukan hebat di dunia, bukannya hanya layak sebab kita mampu membazirkan duit rakyat membina stadium yang hebat tapi kemudian tersingkir dipusingan pertama macam di Piala Asia 2007.

Selasa, 18 Januari 2011

Cara untuk memenangi Akademi Fantasia 9, Akademi Fantasi edisi terakhir

Kalau kamu baca surat khabar tanpa gagal, mesti kamu sudah tahu yang Akademi Fantasia (AF) tahun ini iaitu AF9 adalah edisi yang terakhir. Selepas ini, tiada lagi rancangan realiti tahap tahi ini ke udara di kaca televisyen. Tiada lagi pergaduhan suami isteri yang berebut remote sebab si suami nak tengok EPL dan si isteri nak tengok AF.

Kenapa aku panggil rancangan realiti ini tahi? Sebab makin lama, rancangan ini makin fake. Makin plastik. Dari peserta sampailah Astro sendiri yang sibuk nak ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan mewujudkan undian tak masuk akal seperti AFMASUK, undi untuk memilih lagu yang akan dinyanyikan peserta, undi vokal terbaik, undi persembahan terbaik dan macam-macam undi yang boleh dieksplotasikan melalui SMS supaya kanak-kanak belum mumayiz merengak dekat parents masing-masing mintak top-up supaya boleh turut serta mengundi.

AF yang kononnya mahu melahirkan penghibur serba boleh akhirnya hilang arah tuju dan akhirnya melahirkan artis yang hanya mampu bertahan dalam 2-3 tahun. Astro akhirnya lebih menumpukan untuk mengaut keuntungan dan mengabaikan semua johan AF yang kononnya ingin digilap menjadi penghibur serba boleh.

Cuba tengok semua bekas juara AF. Apa jadi pada mereka? Masih popularkah mereka? Hanya Stacy yang masih menyerlah dan mempunyai lagu dan video klip terbaru (Itu pun sebab Stacy banyak bernaung dengan KRU).

Yang lain? Johan yang lain telah menyepi kerana Astro yang sibuk untuk membuat keuntungan semata-mata. Begitulah nasib malang juara AF yang lepas yang mengharapkan Astro mampu melonjakkan karier mereka, tapi Astro lebih suka mengaut untung dari undian SMS dan menaikkan tarif bill setiap tahun tanpa gagal.

Ok. Cukup. Aku bukan nak cerita tentang kegagalan Astro membentuk penghibur serba boleh seperti yang diimpikan pada mulanya sebelum menjadi syarikat kaut untung semata-mata, tapi aku mahu bercerita tentang cara dan taktik untuk memenangi AF9, iaitu AF edisi terakhir.

Apa pentingnya memenangi AF yang terakhir? Kerana ia akan diingati oleh orang untuk selama-lamanya. Orang biasanya akan ingat benda pertama dan terakhir. Maka, orang akan ingat juara pertama ialah Vince (yang mempunyai 2 kakak yang hot, sexy dan foxy) dan juara AF yang terakhir Gendut Bin Salikin (contohnya lah).

Malah, berkemungkinan juga berkat menjadi juara terakhir, anda akan menjadi popular. Lagipun Astro ada menjanjikan untuk mengadakan banyak kejutan atau dalam bahasa tahi AF, kezutan, dalam edisi terakhir ini. Jadi, mungkin juara AF edisi terakhir akan mendapat populariti tambahan dan mampu mengalahkan populariti Stacy.

Jadi, apa kata kalau kamu mencuba taktik di bawah.


Jangan cepat tunjuk kebolehan anda

Kalau anda memang ada kebolehan menari sehebat Michale Jackson (Justin Bieber is a fake!) dan ada suara semerdu dan mampu mencapai ke tahap oktaf tertinggi seperti Mariah Carey, sila sorokan kebolehan anda semasa minggu pertama dan kedua.

Simpan kebolehan kamu. Kalau boleh berlakon macam orang bodoh untuk 2 minggu pertama. Lepas itu, baru tunjukkan kebolehan sikit demi sedikit. Jadi para penonton akan melabel anda sebagai "pelajar yang paling banyak meningkat semenjak masuk AF". Dengan itu, penonton akan terpedaya dan terus mengundi kamu.

Kalau dari awal kamu dah tunjuk kehebatan dan gagal meningkat, orang akan anggap anda sebagai "pelajar yang tiada peningkatan" ataupun "Dia dah power, kita tak payah undi dia." Kemungkinan anda kehilangan undi adalah amat tinggi. Jadi, sila simpan kebolehan anda dan tunjukkan pada waktu yang sesuai.


Jangan lupa ayat "Saya lakukan ini untuk keluarga saya"

Ayat "Saya lakukan ini untuk keluarga saya" adalah ayat yang penting dalam AF. Setiap kali ditemubual atau kamu cuba mengedik di depan kamera, pastikan kamu sebut ayat azimat tersebut.

"Saya masuk AF bukan nak main-main. Saya masuk AF sebab nak ubah hidup keluarga saya. Saya lakukan ini untuk keluarga saya."

Bila benda-benda yang berkaitan family, pasti dapat menarik perhatian pengundi untuk mengundi anda kecuali penonton yang lahir dari kalangan yang selalu ditindas dan didera oleh parents semasa kecil.


Eksploitasi kesusahan dan kesengsaraan keluarga anda

Jika anda dibesarkan dalam keluarga yang susah, tinggal di rumah kayu yang lantainya banyak lubang, atap tak de, menjadikan siput babi sebagai lauk-pauk, tak cukup makan walaupun ayah hisap rokok Dunhill, pergi sekolah terpaksa berjalan kaki sejauh 30 KM, ayah kerja penoreh getah atau kerja angkat guni beras berat-berat, ayah sakit tak boleh kerja dan mak terpaksa menyara keluarga, terpaksa minta pinjaman PTPTN untuk sambung belajar.. Maka anda ada kelebihan di sini.

Ceritakan segala kesusahan keluarga anda dan segala ranjau liku kehidupan anda bila berdepan dengan kamera. Sila menangis teresak-esak ketika menceritakan kisah hidup ini untuk menambahkan effect dalam penceritaan.

Kisah sedih keluarga anda biasanya mampu menjadi katalis dalam mepengaruhi penonton untuk mengundi anda. Rakyat Malaysia terkenal dengan rasa simpati dan suka menolong orang yang susah, sudah pasti anda akan berjaya memancing undi SMS dengan jayanya.

Penonton pasti akan melupakan suara kamu yang seiras dengan itik tersedak ataupun dance step kamu yang serupa kayu bila mendengar cerita sedih keluarga anda. Kemungkinan besar untuk kamu dan keluarga kamu keluar dalam rancangan Bersamamu TV3 adalah tinggi jika kamu ditakdirkan terkeluar awal dari pertandingan. Family sad story for the win, yo!


Tunjukkan rasa hormat pada guru dan tenaga pengajar AF

Setiap kali sebelum kelas vokal ataupun kelas nyanyian ataupun kelas apa-apa merapek dalam AF, pastikan anda salam cium tangan pada setiap guru yang mengajar. Nak lagi rare, cium kaki tenaga pengajar tersebut.

Sikap hormat kepada orang tua adalah antara eleman yang mampu mendapatkan markah tertinggi dari penilaian penonton. Aksi anda cium tangan tenaga pengajar akan melekat di minda para penonton.

Walaupun kamu selalu meninggikan suara dan selalu menendang dan menerajang parents kamu di rumah, cubalah menjadi insan yang hipokrit di depan kamera untuk memancing undian dari para penonton. Bukannya lama, 10 minggu saja.


Jadikan air mata sebagai sahabat baik

Taktik ini hanya boleh digunakan untuk peserta lelaki. Kalau perempuan selalu sangat menangis, dia akan dicop sebagai "perempuan gedik", "perempuan ngada-ngada", "perempuan pilih KLCC" dan lain-lain gelaran.

Kalau peserta lelaki menggunakan air mata, maka penonton AF (kebanyakannya perempuan) mesti rasa touching. Kenapa? Kerana perempuan menganggap lelaki yang berani menitiskan air mata adalah lelaki yang berjiwa sensitif dan memang menjadi idaman semua perempuan untuk memiliki lelaki yang berjiwa sensitif.

Mungkin kamu akan dikutuk oleh kawan-kawan lelaki anda yang lain selepas tamat pertandingan tetapi perlu diingat, setitik air mata kamu yang mengalir bakal membawa pulangan 5,000 undi SMS dari para peminat. Jadi, jangan malu segan untuk menangis di depan kamera. Persetankan kawan-kawan kamu. Nanti dah jadi artis, beli kawan-kawan yang baru.

Untuk menambahkan kesan yang lebih menarik, cuba menangis sambil sebut nama ibu anda. Pasti penonton perempuan akan touching 2 kali ganda dan bakal curang kepada balak masing-masing kerana lebih sudi membazirkan top-up untuk mengundi anda dari ber-SMS ataupun bergayut dan melakukan phone sex dengan balak masing-masing.


Berperawakan alim dan kuat agama (ataupun berpura-pura berperawakan sedemikian)

Satu lagi cara untuk menang ialah pura-pura alim. Pastikan kamu menunjukkan sikap alim di depan kamera supaya semua penonton nampak dan mengundi kamu.

Pastikan anda pandai mengambil peluang untuk menunjukkan sikap alim ulama tersebut. Bila masa nak makan dan semua sedang duduk di meja makan, cepat-cepat angkat tangan baca doa makan. Orang bukan tahupun kalau hukum tajuwid kamu bersepah sebab yang menonton AF kebanyakannya budak-budak yang belum mumayiz.

Pastikan ayat seperti "InsyaAllah", "Alhamdulillah" dan "MasyaAllah" tak lekang dari mulut. Baru nampak macam alim dan kuat agama. Pastikan anda bersedia untuk menyebut ayat-ayat tersebut bila ada sesuatu benda tidak terduga sepeti rakan peserta anda jatuh ketika menari, anda gagal mencapai key yang betul ketika menyanyi, tiba-tiba ada artis datang membuat kezutan semasa sessi latihan atau ternampak pusat peserta perempuan semasa sessi latihan tarian.

Semasa sessi pengenalan, pastikan anda menyanyi lagu nasyid supaya menampakkan aura alim dan kuat agama tersebut. Setiap kali pengetua kamu suruh kamu menyanyi, nyanyikan lagu nasyid ataupun lagu-lagu kasidah. 

Kalau ditanya siapa artis pujaan kamu, pastikan kamu sebut nama segala kumpulan nasyid di Malaysia. Jangan sekali sekala sebut nama Lady GaGa kerana Lady GaGa sudah dicop sebagai ejen Illuminati oleh orang-orang yang sudah khatam menonton The Arrivals. Nak lagi up, sebut nama Maher Zain kerana nama Maher Zain tengah menaik sekarang.

Jangan lupa juga selitkan cerita seperti "Saya pergi ke kelas agama sebab nenek saya nak tengok saya jadi imam, bilal, tok siak, penjaga tabung khairat kematian" atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Cerita "nak jadi imam tapi tak kesampaian" akan menaikkan peratusan undian ke tahap maksimum.

Bila sampai kelas tarian, buat segan-segan bila anda kena menari dengan peserta perempuan. Buat-buat segan bila kena pegang tangan peserta perempuan. Nanti budak-budak belum mumayiz yang menonton akan kata, "Abang ni memang alim ulama la. Dia segan-segan nak menari dengan perempun. Jom undi dia."

Sifat pura-pura segan nak menari dengan peserta perempuan hanya perlu dilakukan pada minggu pertama sahaja. Pada minggu kedua, kalau kamu peluk peserta perempuan sekalipun, peminat tak kisah kerana dalam minda mereka sudah tertanam bayangan kamu sebagai seorang yang alim ulama dan segan-segan kucing semasa minggu pertama. Masa tu anda bagaikan mendapat restu dari peminat untuk menari dengan peserta perempuan lain tanpa rasa bersalah.

Sifat alim ulama akan berjaya memancing undi wanita bertudung yang menjerit dan terlonjak-lonjak semasa menonton konsert Maher Zain dan juga mak cik-mak cik yang tinggal di Felda Taib Andak.

Itulah serba sedikit tips yang aku ingin kongsikan. Aku harap sesiapa sesiapa yang mencuba taktik ini akan berjaya menjuarai AF9. Kalau dah berjaya, jangan lupa selitkan nama aku dalam thanks list kamu nanti.

Sebelum kamu berangan nak menang AF9, pastikan kamu lepas dahulu ujibakat. Kalau baru bukak mulut, juri dah angkat kad merah., jangan mimpilah nak jadi juara. Masuk sajalah pertandingan lain. Dengar cerita RTM ada buat satu lagi pertandingan realiti yang mahahebat. Apa namanya.... Ha! Pilih Kasih! Masuk yang tu lah kalau tak lepas AF, ya?

Minggu, 16 Januari 2011

Kenapa aku tidak lagi gemar menonton berita pukul 8 malam


Tiap-tiap hari tepat pukul 8 malam, boleh dikatakan semua saluran TV di Malaysia (kecuali saluran TV satelit, Astro) akan menayangkan berita.

Kalau dekat TV3, namanya Buletin Utama. Kalau TV1, namanya Buletin Perdana. TV 2 pula Berita Tamil. TV9 dan 8TV aku tak pasti apa namanya.

Tapi dalam banyak-banyak berita, Buletin Utama dan Buletin Perdana bersiaran selama satu jam dari pukul 8 malam hingga 9 malam.

Berita biasanya disiarkan diwaktu prima atau dalam bahasa penjajahnya prime time. Prime time ialah blok masa di mana jumlah penonton yang menonton TV adalah yang paling tinggi. Di Malaysia, waktu prime time ialah dari pukul 8 malam sehingga 11 malam (ada sesetengah saluran TV meletakan waktu prime time sehingga 12 malam).

Aku tak ingat bila, tapi secara tiba-tiba TV1 membuat satu perubahan dengan menayangkan berita selama 1 jam. Tak lama kemudian, TV3 pun sama mengikut jejak langkah TV1.

Masa mula-mula kedua-dua saluran meng-extend-kan masa berita dari 30 minit ke satu jam, aku mula terfikir "Apa jadah berita nak buat sampai sejam? Apa banyak sangat ke berita sampai nak buat sampai sejam?"

Mula-mula aku tak tahu kenapa berita perlu di extend menjadi 1 jam, tapi lama kelamaan aku nampak apa punca berita disiarkan selama sejam.

Kalau kamu tengok betul-betul (terutamanya Buletin Perdana TV1) setengah jam pertama dalam berita adalah kisah politik.

Seingat aku, berita jam pukul 8 malam mula di extend menjadi sejam selepas Pilihan Raya Umum ke-10 (1999) setelah pembangkang berjaya merampas Terengganu. Pihak kerajaan akhirnya menggunakan saluran televisyen melalui berita untuk menarik undi dari rakyat.

Aku rasa ini adalah sesuatu yang tidak adil buat rakyat. Rakyat pulang dari kerja untuk berehat dan menonton rancangan hiburan di TV, tapi terpaksa menonton berita selama sejam sebelum drama bermula.

Aku bukan apa, cuma aku rasa kurang adil bila waktu prima iaitu waktu rakyat nak berhibur dan menenangkan fikiran, telah dirompak dengan meletakkan setengah jam kisah politik.

Cuba bayangkan, otak yang letih berkerja tersebut mahu berehat dengan menonton hiburan ringan terpaksa sabar menanti mendengar pemberita melabon benda yang bukan-bukan dalam berita.

Bagi aku, eloklah berita dikembalikan masa tayanganya kepada setengah jam. Berita politik rakyat boleh baca di surat khabar (Berita Harian dan Utusan malaysia untuk BN. Harakah dan Suara Keadilan untuk pembangkang) dan juga di internet. Jadi ada baiknya berita dan TV tak digunakan untuk saluran politik juga.

Penat aku dengar korang melabon cerita politik. Cukup-cukuplah apa yang tertulis dekat surat khabar dan internet. Kami tak perlu cerita politik di Televisyen pula.

"Ala... Kau memang tak pro kerajaan. Sebab tu kau complaint kan? Sebab dekat TV semua berita pro kerajaan kan?"

Tidak. Kalau keluar berita pasal pro pembangkan dekat berita TV sekalipun, aku tak layan. Macam aku katakan (tuliskan) dekat atas, cukup-cukuplah berita politik dekat surat khabar & internet.

Biarlah rakyat buat pilihan apa yang dia nak baca di surat khabar dan internet. Biarlah rakyat buat pilihan surat khabar mana yang mereka nak beli & baca, website mana yang mereka nak layari. Bebaskanlah TV dari cerita labon-labon politik ni.

Oh ya. Aku sekarang bukan pro kerajaan, bukan pro pembangkang. Aku sekarang atas pagar. Aku sekarang lebih ke arah non partisan. Sebab aku tengok dua-dua parti macam haram jadah. Yang satu asyik bergaduh sama sendiri, yang satu lagi asyik menuduh parti yang satu lagi tak bagus dan parti dia sahaja yang bagus tahap dewa melangit.

Kalau ada pilihan raya umum dalam masa terdekat, aku pun tak tahu siapa yang aku patut pangkah. Mungkin aku akan pangkah Parti Kunci Maimun Binti Yusuf.

Bebaskanlah TV dari cerita politik. Bebaskan berita dari cerita politik. Biarlah berita jadi setengah jam balik. Aku lebih rela tengok drama Melayu kisah orang kaya rebut harta pusaka dari dengar cerita labon-labon politik ini.

Cuba kalau hari-hari korang dengar lagu Lady Gaga saja, mesti korang bosan juga kan? Mesti nak dengan lagu lain pulak kan? Senario dia samalah macam cerita politik dalam berita ni.

Sekali-sekala dengar cerita politik dekat berita bolehlah. Lama-lama kalau asyik disogok dengan cerita yang sama, orang pun akan bosan. Oarang akan jemu.

Contohilah berita TV9. Berita setengah jam tapi padat dengan berita rakyat. Aku suka berita TV9. Dan pembaca berita TV9 semuanya comel-comel belaka. Hati pun tenang dengar berita yang bebas dari cerita politik, mata pun sejuk memandang pembaca berita. Macam ini barulah berita yang dinanti-nantikan oleh rakyat.

Ok. Cukup-cukup aku melabon. Nanti tak pasal-pasal aku pulak jadi tajuk berita utama malam ini. Diorang dah lah pantang nak cari salah orang saja.

Akhir kata, bebaskan TV dan berita dari cerita politik. Letaklah cerita Korea sekalipun, aku tak kisah. TV adalah hak untuk orang ramai merehatkan minda. Bukan nak dengar cerita politik labon-labon yang bukan-bukan.

Kamis, 13 Januari 2011

Fesbuk Tipu #4: The Twilight Saga

Dalam ruangan Fesbuk Tipu #3, aku sudah bagi fan Justin Bieber Butthurt. Sekarang, giliran fan Twilight Saga pula.

Klik pada gambar untuk tumbesaran gambar

"Kau ni, Mirul.. Tak romantik la. Kau tau tak cerita Twilight ni kisah cinta terlarang antara manusia dengan vampire. Satu kisah percintaan sedih dan romantik. Kau ni tak romantik lah, Mirul."

Bagi aku, Twilight bukanlah cerita romantik sebenar. Cerita ini lebih nak menjual dua lelaki kacak berbadan ketak-ketak dan berbadan shinning glow yang ditujukan khas buat para gadis.

Kalau nak tengok cerita romantik, aku lebih suka fokus kepada filem yang bergenre romantic comedy (rom-com). Salah satu filem rom-com kegemaran aku ialah 50 First Dates.

Filem ini menampilkan 2 pelakon berpengalaman, Drew Barrymore dan Adam Sandler. Bukan macam Twilight yang menampilkan pelakon newbies. 

50 First Dates digarap dengan jalan cerita yang menggunakan romantik dengan cara yang berlainan dari filem romantik biasa, sehingga ditiru oleh satu drama Melayu, Seribu Kali Cinta.

Dan yang paling penting sekali, lawak daripada orang Yahudi paling kelakar dalam dunia, Adam Sandler, berjaya membuatkan aku ketawa tak berhenti-henti. Ketawa sebab kelakar. Bukannya ketawa macam ketawakan filem 2 Alam yang tak sampai target tu.

Apahal segmen Fesbuk Tipu dah berubah jadi segmen review filem pulak ni? Apa-apa pun, fan Twilight jangan butthurt sangat. Berguraukan mampu menceriakan suasana dan merapatkan silaturahim.

Rabu, 12 Januari 2011

mydemcomic dialog contest

Aku tak pernah seumur hidup joint contest yang diadakan oleh blogger. Kenapa? Ada dua sebab:

(1) Aku sedar yang aku bukannya orang yang ada material untuk menang dalam apa-apa contest. Sepanjang hidup aku, aku cuma pernah menang satu pertandingan yang aku masuk. Pertandingan teka silang kata masa aku tingakatan 5 dulu.

(2) Aku malas. Sangat malas. Super lazy.

(3) Aku malas nak cerita sebab ketiga. See? I'm super lazy, you know.

Tapi kali ini, contest ini dianjurkan oleh seorang kawan blogger aku yang bernama Mimizuzuhaha (pastilah bukan nama dalam I/C beliau). Jadi untuk support kawan-kawan, aku bersedia mencemar duli untuk menyertai contest ini.

Contest-nya sangat mudah. Ambil gambar yang disediakan dalam blog beliau dan letak apa-apa dialog samada kelakar, serius, isu semasa, berjiwa politik dan patriotisme dan sebagainya.

Oh, jangan lupa letak header blog beliau di dalam entri contest. Ok, aku mulakan sekarang.


Dan di bawah ialah gambar-gambar yang aku ambil dan letak dialognya. Sila klik pada gambar untuk melihat gambar penuh dan supaya kamu tak rabun atau buta ketika cuba membaca dialog yang kecik itu.

Gambar A

Gambar B

Gambar C
Senang bukan contest ini. Kalau saya yang tak pandai edit gambar pun boleh joint contest ini, pasti kamu yang pakar Photoshop pasti boleh melakukan dengan baik.

Oh. Syarat lain suruh aku tag dua orang. Sorry lah Mimi, Aku bukan tak nak tag, tapi aku sendiri tak pasti kawan-kawan aku baca blog aku. Jadi sia-sia kalau aku tag mereka.

Jadi senang cerita, aku tag sesiapa sahaja yang baca entri ini. Kamu juga boleh mencuba nasib dalam contest dari Cik Mimizuzhaha ini. Syarat dan gambar yang belum ada dialog untuk contest boleh diperolehi dari entri ini.

Tapi kalau kamu tak nak joint juga contest ini, aku tak kisah. Malah aku lebih suka. Kenapa? Kerana peluang aku untuk menang adalah lebih tinggi. Keh keh keh!

Ok. Lain kali baru aku update blog dengan bahan yang lebih berilmiah. Aku sangat sibuk menjaga emak aku di hospital minggu ini.

Senin, 10 Januari 2011

Aku, Adrian & Feng Shui

Flashback 10 tahun lepas....

Tahun 2001. Masa ini aku dalam tingkatan 5. Minggu depan ada trial SPM. Semua sibuk susun meja kerusi dalam kelas untuk trial. Masa ini lah student akan susun meja dan berebut tempat strategik untuk exam. Strategi sama ada tempat itu selesa untuk ita, atau strategi nak meniru.

Selepas sessi menyusun meja dan kerusi selesai, aku didatangi oleh seorang classmate. Namanya Adrian Mahalingam. Walaupun namanya macam nama orang India, tapi mukanya macam orang Cina. Adrian lahir dari perkahwinan campur. Ayahnya, Cikgu Mahalingam, ialah cikgu Biologi di sekolah aku.

Adrian datang pada aku dan berkata, "Amirul, boleh kita tukar tempat tak? You duduk tempat I, I duduk tempat you."

Aku mula rasa tak senang. Mana tak nya, aku dah baik port meja aku sebelah tingkap. Bila duduk sebelah tingkap, pemandangan aku akan lebih luas. Aku kalau nak berfikir masa menjawab soalan (atau berangan bila dah tak dapat jawab), aku suka tenung keluar tingkap. Kadang-kadang, aku boleh dapat jawapan pada soalan tersebut bila aku jauh termenung keluar (walaupun jawapannya tak semestinya betul).

Meja Adrian pula ada betul-betul di tengah-tengah kelas. Kalau aku setuju untuk duduk di situ, aku akan terperangkap di tengah-tengah kelas, rimas, bingung, tak dapat nak berfikir dan akhirnya aku akan gagal dengan cemerlang. Ok, sebenarnya duduk tepi tingkap pun belum tentu menjanjikan aku lulus with flying colours pun.

Aku mula serba salah. Aku tak kisah kalau meja Adrian ada di tempat yang strategik dan selesa untuk aku. Tapi meja Adrian ada di kawasan yang aku gelar "segi tiga bermuda " dalam kelas aku.

"Kenapa kau nak duduk dekat meja aku?" Aku tanya balik pada Adrian.

"Kalau ikut ramalan Feng Shui aku, next week aku akan dapat luck aku kalau duduk dekat kawasan yang dekat dengan sumber angin," lebih kurang begitulah penjelasan Adrian. Sebenarnya lagi panjang tapi itu saja yang aku ingat. dah 10 tahun, bukan semua benda aku boleh ingat. Otak aku bukannya hard disc 1 Terabyte dengan Ram 6 GB.

"Tapi meja kau tu bukan ke kat bawah kipas. Kan ke kipas tu sumber angin?" Tanya aku lagi.

"Itu bukan sumber angin semulajadi. Aku kena duduk kat sumber angin yang semulajadi."

Aku dah serba salah. Macam aku katakan, kalau meja Adrian ada dekat kawasan yang selesa dan stategik, aku akan setuju. Tapi kedudukan meja Adrian menyebabkan aku mematahkan harapan Adrian.

Adrian pujuk aku 2-3 kali. Dia tetap nak tukar meja dengan aku. Aku tetap berkeras.

"Adrian, kau jangan percaya sangat dengan Feng Shui. Percayakan dengan kebolehan diri kau sendiri. Aku yakin kau boleh dapat result cemerlang walaupun tak ikut Feng Shui kau ni," aku cuba memujuk Adrian.

Tapi Adrian tetap nak tempat duduk aku. Selepas perbincangan memakan masa hampir 15 minit, akhirnya Adrian putus asa dan menerima ketentuan takdir dan kehendak universe yang dia terpaksa duduk di meja asalnya dan aku duduk di meja tepi tingkap.

Trial exam berjalan seperti biasa. Seminggu kemudian, result trial pun keluar. Berapa aku dapat? Aku cuma dapat 3A sahaja. Berapa Adrian dapat? Dia dapat keputusan yang cemerlang. Straight A agaknya.

Dari pengalaman aku ini, dapat aku simpulkan yang apa yang penting ialah kita yakin dengan kebolehan diri kita sendiri. Persetankan kata tilikan tok bomoh, fortune teller, tukang ramal, Feng Shui semua tu... Apa yang penting, pastikan kita yakin dengan kebolehan kita sebab nasib kita adalah ditangan kita. Bukannya ditangan ahli ramal yang aku sebut tadi mahupun ditangan Barisan Nasional ataupun PKR.

Aku juga berjaya buktikan yang aku lagi hebat dari Feng Shui Adrian. Aku tak tahu Adrian rujuk dari siapa atau dari mana tentang Feng Shui dia. Tapi aku berjaya buktikan yang aku lagi hebat dari Feng Shui tersebut. Kalau Adrian duduk dekat meja aku, belum tentu dia boleh dapat result yang cemerlang macam apa yang dia dapat bila dia duduk di meja dia sendiri.

Tapi persoalannya, kenapa aku tak dapat baca Feng Shui aku sendiri sampai aku cuma boleh dapat 3A saja?

Ok, aku tak tahu baca Feng Shui. Kes Adrian ini kebetulan saja. Nasib dan takdir ini kerja tuhan. Aku bukan Ayah Pin atau Rasul Melayu dekat Banting yang tahu pasal masa depan. Jangan ada yang datang mintak aku bacakan Feng Shui mereka pulak selepas ini.

Tapi kalau yang datang tu amoi hot dan sexy yang memakai hot pants, aku tak menolak untuk bacakan Feng Shui kamu.

Kamis, 06 Januari 2011

Fesbuk Tipu #3: Selena Gomez dan Justin Bieber


Hahahahaha!! Mesti ada fan Justin Bieber yang butthurt!

Aku cuma tahu satu saja lagu Selena Gomez yang top sebab ada satu saja lagu dia yang keluar dekat MTV. Bunyi lagu dia macam lagu budak-budak saja.

Justin Bieber? Just another Jacko/Usher wannabe. Jangankan sebab dia pandai tiru tarian Michael Jackson, dia sudah boleh dianggap sebagai 'The Next Jacko'. Michael is bigger than that.

Aku berharap aku tak wujud satu lagi Justin Bieber dalam universe ini.

Oh ya! Anak Will Smith, Willow Smith, boleh tahan annoying juga. Kalau kamu belum dengar lagu Willow, sila Google dan cari Youtube. Jangan marah aku pula kalau kamu rasa nak tendang laptop selepas dengar lagu tersebut.

Astro & RTM, sampai bila asyik nak ulang cerita yang sama?


Kalau tak silap aku - setiap Khamis malam Jumaat - TV2 akan menyiarkan filem lakonan dan arahan P. Ramlee.

Kalau dekat Astro pulak, aku tak pasti bila. Tapi Astro memang terkenal dengan "menyiarkan drama dan filem secara berulang-ulang" tiap-tiap hari. Jadi aku tak hairan kalau filem P. Ramlee yang sama disiarkan 3 kali dalam seminggu.

Dan kadang-kadang, lebih annoying lagi kalau Hari Selasa Astro tayangkan Pendekar Bujang Lapok, Hari Khamis TV2 pun tayangkan cerita yang sama. Watdefak? Cerita yang sama ditayangkan oleh dua saluran yang berbbeza dalam minggu yang sama.

Ok, secara jujur aku nak kata yang aku dah mula bosan dengan cerita P. Ramlee. Macam mana tak bosan kalau cerita yang sama diulang belasan kali dalam setahun, sampai aku sendiri dah boleh hafal skrip cerita tersebut.

Not to disrespect P.Ramlee, aku tahu dia lagenda, bapa perfileman Malaysia, orang yang merintis filem Melayu dan lain-lain, tapi aku mula rasa bosan bila filem yang sama ditayangkan berulangkali. Rasa macam dekat Malaysia ini dah tiada lagi filem lain.

Aku terasa juga nak tengok filem lama era 80'an dan 90'an. Kebanyakan filem era tersebut sudah jarang ditayangkan di TV. 

Filem-fielm era 90'an dan 80'an ni kebanyakannya aku tonton semasa aku berada di sekolah rendah dan awal sekolah menengah. Selepas itu, aku rasa filem-filem tersebut macam sudah hilang dari muka bumi. Dan aku rasa anak muda sekarang pun mesti teringin nak menonton filem era tahun 80'an dan 90'an.

Antara filem 80'an yang masih segar diminda anak muda sekarang cuma cerita Gila-Gila Remaja. Itu sahaja satu-satunya cerita yang popular dikalangan anak muda sekarang. Cerita lain, entah ke mana.

Satu-satunya filem lama yang tertusuk diminda anak muda

Aku teringin nak menonton filem-filem era 80'an dan 90'an yang lain seperti cerita  Rentak Desa, Abang 92, Tsu Feh-Sofia, Matinya Seorang Patriot, Anak Sarawak, Tak Kisahlah Beb, Puteri, Rahsia, Ali Setan, Ali Setan 2, Azura, Isabella, Kami (Lakonan Sudirman, bukannya filem Kami Liyana Jasmay tu), Setinggan, Ranjau Sepanjang Jalan, Rozana Cinta 87, Hati Bukan Kristal, Main-Main Hantu, Layar Lara, siri filem Jins Shamsuddin (yang mempunyai perkataan esok pada setiap filemnya), Kembara Seniman Jalanan dan banyak lagi.

Itu sahaja senarai filem yang aku ingat tapi aku yaki pasti ada banyak lagi filem yang hebat tapi aku sudah lupa tajuk filemnya. 

Ok, aku tahu mesti ada yang kata, "Ala.. Bukannya semua filem tu best pun." Tapi kalau dibandingkan dnegan filem sekarang, filem sekarang pun bukannya hebat sangat. Hebat sangatkan 2 Alam? Adakah filem  Syurga Cinta setanding filem Hollywood? Adakah filem Senario Asam Garam kelakar seperti lawak Adam Sandler?

Jadi apa salahnya kalau Astro dan RTM tayangkan pula filem-filem ini. Rehatkanlah fielm P. Ramlee sekejap. Keluarkan filem P. Ramlee pada bulan pemergian beliau sempena untuk memperingati beliau. Bulan-bulan lain, tayangkanlah filem lain pula.

Terutamanya Astro. Sudahlah kena bayar mahal tiap-tiap bulan, tapi asyik nak tayang fielm yang sama saja. Bill pulak tiap-tiap tahun naik macam minyak Ron 97, kalau hujan pun dah hilang reception Jadi, tolonglah tayangkan cerita-cerita lain lain pula untuk menenangkan customer kamu yang hampir meroyan macam aku ini.

Sekali lagi aku nak katakan, aku bukan mahu disrespect atau menidakkan bakat P. Ramlee, cuma mahukan kelainan bila menonton TV.

Rabu, 05 Januari 2011

Kenapa perempuan suka tangkap gambar dalam toilet?

Beberapa hari yang lepas, kawan aku ada tunjukkan aku satu profile Facebook pada aku. Facebook gadis.

"Amacam? Hot tak minah ni?"

Aku pun tengok satu persatu gambar gadis tersebut. Nasib baik dia tak private-kan gambar dia. Dapatlah aku tengok satu persatu gambar gadis tersebut. Aku akui, gadis tersebut memang hot, sexy dan foxy.

Tapi aku terperasan satu benda, "Weh, apehal banyak sangat gambar minah ni dalam toilet?" Tanya aku.

"Dia ni lahir dalam toilet kot." Jawab kawan aku mudah.

Sebenarnya, memang ramai gadis-gadis yang suka tangkap gambar dalam toilet? Tak percaya, cuba usha profile kawan-kawan perempuan kamu di Facebook, Myspace atau Friendster. Mesti bersepah gambar dalam toilet. Hampir 80% (atau lebih) perempuan ada gambar pose dalam toilet.

Tapi perempuan yang kawan aku tunjukkan di atas tadi, terlampau banyak gambar dalam toilet. Hampir 90% gambar dalam Facebook-nya diambil di toilet.

Jadi, hari ini aku mahu berkongsi hasil kajian sendiri yang aku lakukan selama 30 minit bersama semua orang, kenapa perempuan suka tangkap gambar dalam toilet.


Cermin yang besar

Perempuan, make-up dan cermin adalah 3 elemen yang gagal dipisahkan semenjak azali lagi. Jika dipisahkan, maka pincanglah irama dan lagu.

Niat perempuan masuk ke toilet tidak semestinya ingin 'menunaikan hajat', kadang-kadang gadis-gadis masuk ke dalam toilet sebab nak membetulkan make-up. Selepas betulkan make-up, perempuan terasa diri mereka lawa ataupun "Tak pernah aku make-up se-perfect ini. Tangkap gambarlah." 

Satu lagi sebab, cermin toilet besar. Besar diniding rumah. Dekat rumah, cermin untuk make-up cuma boleh nampak dari muka sampai ke dada sahaja, dekat toilet, boleh nampak sampai ke pinggang. Boleh nampak baju baru yang perempuan tu baru beli. Sebab tu cermin toilet disayangi oleh para perempuan.


Pengcahayaan yang cukup

Kamu pernah ke masuk toilet yang tak cukup lampu? Nak berak pun payah sebab tak nampak dekat mana lubang jamban. Sekali terberak dekat lubang sinki rupanya.

Kalau kamu tengok pada syiling toilet, berapa banyak lampu yang ada. Malah, lampu yang digunakan adalah lampu yang kuat dan mampu menerangi seluruh toilet.

Lebih menarik, ada lampu betul-betul di kawasan depan cermin toilet. Sebab itu pengcahyaan di toilet adalah yang paling baik untuk membuat aksi tangkap gambar dalam toilet.

Bak kata seorang perempuan pada aku, "Lampu toilet tu terang. Ada dekat depan cermin. Baru la nampak boobs I yang besar ni.... I mean, nampak tulisan kat baju I yang besar ni... Hik, hik, hik..."


Mengisi waktu lapang

Perempuan kalau keluar ke shopping complex, mesti keluar dengan balak ataupun kawan. Dan perempuan biasanya pergi toilet secara beramai-ramai, kecuali kalau dia keluar dengan balak lah. "Saya masuk toilet, abang pegang handbag saya ye? Hik, hik, hik.."

Kalau perempuan keluar secara all-girls group, walaupun seorang saja yang berniat nak membuang air kecil, semua ahli kumpulan kena masuk ke toilet bersama.

Sedang yang seorang tu sedang enak 'menunaikan hajat', yang lain-lain pun ambillah peluang untuk bergambar dalam toilet. Tak kan lah nak terpacak saja dalam toilet itu kan? Barulah urban tangkap gambar dalam toilet. 


Lebih privacy

Tak semua perempuan suka mengambil gambar atau dilihat mengambil gambar di depan orang ramai. Ada perempuan yang takut dicop oleh lelaki sebagai perempuan stereotype kerana suka bergambar (kebanyakan perempuan adalah cam-whore ataupun gila kamera sekarang ni. Tapi aku tak kisah kalau perempuan cam-whore, tapi aku kisah kalau lelaki cam-whore).

Sebab itu, cara untuk cover perbuatan itu adalah dengan menangkap gambar dalam toilet. Tiada siapa yang nampak kecuali perempuan dalam toilet dan mak cik cleaner.


Mudah mendapat mood dan feel

Ada sesetengah perempuan yang kalau nak bergambar, dia kena mabik mood dulu. Dia kena ambik 1-2 minit untuk mendapatkan mood.

Toilet bagaikan satu dimensi lain bagi perempuan. Dengan keadaan yang penuh dengan pengcahayaan, banyak cermin dan suasana yang tenang - dan mungkin ada sedikit bunyi suara tengah meneran ketika 'menunaikan hajat' - toilet memang tempat paling sesuai untuk mendapatkan mood.

Tapi kalau dapat toilet yang busuk, jangankan mood saja yang hilang, kemungkinan untuk hilang selera selepas itu juga agak tinggi.


Untuk membuat aksi yang tak sesuai dibuat di luar toilet

Dalam toilet, cuma ada perempuan. Perempuan biasanya jarang bercerita apa yang dia nampak semasa dia berada di dalam toilet. Bak kata pepatah perempuan yang aku tolong ciptakan, "What happen in toilet, stays in toilet."

Dengan tiada mata sumbang yang memandang, maka para perempuan tanpa segan-silu boleh membuat pose seperti di bawah:

Gambar dicilok dari Aku Tak Peduli

Cuba kau bayangkan kalau perempuan buat macam ini atas kaunter KFC. Tak pun, pose dekat kerusi panjang McDonald sambil pijak kepala patung Ronald McDonald. Tak manis di mata bakal bapak mertua.


Sekian kajian tangkap muat aku ini. Kalau ada yang terkurang, sila tambah di ruang komen.