Senin, 13 Desember 2010

Tips percintaan - Pakwe, makwe dan password

Ahmad Durrah dan Chinta Chanduri sepasang kekasih yang sama-sama menuntut di UiTM Segamat dalam jurusan Ijazah Pengerusan Perniagaan (Pemasaran). Mereka sudah menjalinkan hubungan cinta semenjak dari zaman diploma lagi.

Ahmad Durrah dan Chinta Chanduri mengamalkan sistem "Tiada rahsia antara kita". Dengan kata lain - "sila bagi password e-mel, Friendster, Myspace, Facebook, Twitter dan segala benda yang menggunakan password supaya saya boleh check setiap hari supaya awak tidak curang dibelakang saya (atau diatas talian sebenarnya)".

Chinta Chanduri sangatlah jealous kepada Nur Amina, kawan baik Ahmad Durrah semenjak zaman sekolah rendah. Walaupun tidak belajar di IPT yang sama, mereka sering berhubung melalui telefon mahupun laman sosial.

Chinta Chanduri pun mendapat akal bagaimana untuk mengelakkan Ahmad Durrah dan Nur Amina berhenti berhubung. Oleh disebabkan Chinta Chanduri tahu password Facebook Ahmad Durrah (kerana mengamalkan sistem "Tiada Rahsia Antara Kita"),  Chinta Chanduri pun login masuk ke dalam akaun Facebook Ahmad Durrah.

Menyamar sebagai Ahmad Durrah, Chinta Chanduri pun menghantar private message ke dalam inbox Nur Amina. Message yang dihantar penuh dengan ayat caci maki dan ayat yang boleh memutuskan persahabatan. Chinta Chanduri menunggu masa Nur Amina online untuk memudahkan kerja dan jejaknya tidak dapat dikesan oleh Ahmad Durrah.

Maka, kecillah hati si Nur Amina apabila terbaca ayat-ayat yang memedihkan hatinya. Lalu, Nur Amina pun menghantar private message yang berbunyi, "Kalau awak tak sudi kawan dengan saya lagi, tak pe lah." Maka, Nur Amina pun remove Ahmad Durrah dari friend list-nya.

3-4 hari berlalu, Ahmad Durrah mula pelik kenapa Nur Amina tidak membalas SMS atau mengangkat telefon apabila dia memanggil. Ahmad Durrah pun dengan segera login ke Facebook untuk memujuknya melalui chat box di Facebook. Terkejut Ahmad Durrah bila melihat yang Nur Amina tiada dalam friend list-nya. Dengan pantas dia menelefon Chinta Chanduri.

"Apa yang you buat ni?" Tanya Ahmad Durrah.

"I jealous la you layan dia macam dia tu special sangat," Chinta Chnaduri cuba mempertahankan diri.

"Dia tu kawan I dari tadika tau? Dia tu banyak tolong I masa I susah. Dia kawan baik I je la. lagipun, dia dah ada balak. Dia pun dah nak tunang next month. And apa yang you buat ni mencabuli privacy I," marah Ahmad Durrah.

Pergaduhan mereka berterusan selama 3 hari. Ahmad Durrah tidak puas hati dengan tindakan Chinta Chanduri. Ahmad Durrah pun dengan segera login ke akaun Facebook Chinta Chanduri.

Ahmad Durrah lebih keji dan dahsyat. Dengan menggunakan akaun Chinta Chanduri, Ahmad Durrah pun menghantar private message ke semua kawan lelaki Chinta Chanduri. Isi private message tersebut sama seperti apa yang Chinta Chanduri hantar kepada Nur Amina.

Akibatnya, semua kawan lelaki Chinta Chanduri mula menyisihkan dirinya. Bukan setakat kawan, malah sepupu lelaki Chinta Chanduri juga sudah mula menyisihkannya selepas membaca private message yang dihantar oleh Ahamd Durrah.

Chinta Chanduri pula bengang dengan Ahmad Durrah. Mereka terus bergaduh sehinggalah semester tamat. Sepanjang cuti semester sebulan, mereka tidak berhubung antara satu sama lain. Perhubungan mereka kita bagaikan tergantung. Masing-masing mengubah status di Facebook dari "In a relationship" ke "It's complicated".

Cuti semester berakhir. Semua pelajar dengan berat hati pergi mendaftar diri untuk semester baru. Semasa hari pendaftaran, Chinta Chanduri ternampak Ahmad Durrah sedang berbual mesra dengan Ezora. Terdengar dari mulut longkang kawan-kawan yang lain, rupa-rupanya Ahmad Durrah sudah pun menjalinkan hubungan dengan Ezora sepanjang cuti semester.

Ahmad Durrah memang tidak berniat untuk memberitahu Chinta Chanduri tentang hubungannya dengan Ezora. Dia sengaja merahsiakannya dan mahu Chinta Chanduri merasa sakit hati bila dia berjalan bersama-sama ezora.

Geram kerana sudah diduakan, Chinta Chanduri segera pulang ke rumah dan menghidupkan laptopnya. Dengan segera Chinta Chanduri mengubah status Facebooknya bersama Ahmad Durrah dari "It's Complicated" ke "Divorced". Dengan segera juga Chinta Chanduri meng-tweet yang dia kini sudah single.

Tiba-tiba, Chinta Chanduri mendapat satu idea.......

==========

Seperti biasa, setiap semester pelajar di UiTM perlu mendaftarkan modul atau subjek yang ingin diambil sepanjang semester. Pendaftaran subjek boleh dibuat di laman web Student Portal UiTM.

Sebagai salah seorang pelajar UiTM, Ahmad Durrah perlulah mendaftar subjek di Student Portal. Ahmad Durrah pun segera melayari web Student Portal. Ahmad Durrah pun segera login ke Student Portal.

Sudah 5 kali Ahmad Durrah cuba login, tapi tak berjaya. Asyik keluar amaran "Your username/password is incorrect." Ahmad Durrah mula mengesyaki perbuatan khianat Chinta Chanduri memandangkan Chinta Chanduri tahu password Student Portal-nya. Menyesal rasa Ahmad Durrah kerana tidak menukar password Student Portal.

Maka Ahmad Durrah pun pergi ke bahagian admin UiTM Segamat untuk menyelesaikan masalahnya.

"Saya terlupa password Student Portal saya, puan," Ahmad Durrah membuat aduan pada salah seorang pekerja di bahagian admin.

"Ok. Kami akan hubungi bahagian Student Portal ni di UiTM Shah Alam. Esok adik datang balik," terang pekerja tersebut.

Maka Ahmad Durrah pun pulang sambil menyumpah Chinta Chanduri. Penat dan geram rasa dihati terpaksa menunggang motor Honda Cup-nya balik ke rumah sewanya di Jementah dalam keadaan hujan bertambah dengan rasa geram terhadap Chinta Chanduri.

Keesokkan harinya, Ahmad Durrah dalam semula ke admin untuk mengambil password-nya.

"Lain kali jangan hilangkan password lagi ye, dik?" Pesan pekerja admin sambil tersengih-sengih menahan ketawa semasa menghulurkan helaian kertas yang tertera nama, username dan password Student Portal milik Ahmad Durrah.

Ahmad Durrah pelik melihat keletah pekerja admin. Lalu Ahamad Durrah pun melihat apa yang tertulis pada kertas tersebut:

Nama: Ahmad Durrah bin Aliff Firdaus
Username: AHD0799297
Password: Ahmadbabimukamacamgampangperangaimacamgay

Maka, memaki hamunlah Ahmad Durrah di dalam pejabat admin sambil digelakkan oleh semua pekerja admin secara beramai-ramai.

Dari luar pejabat admin, Chinta Chanduri dapat melihat dari tingkap bagaimana Ahmad Durrah sedang menanggung rasa aib.

"Revenge is a bitch!" 

==========

Memang trend sekarang pakwe/makwe mintak password e-mail, Facebook, Twitter dan semua jenis benda yang ada password. Tujuannya? Untuk memastikan pasangan masing-masing tak main kayu tiga dibelakang.

Tapi, kadang-kadang (sebenarnya selalu) benda ini akan menyebabkan pergaduhan yang tak sepatutnya. Bila pakwe/makwe masing-masing sudah ada password masing-masing, akan timbul sifat cemburu buta tak menentu seperti apa yang terjadi pada kes Chinta Chanduri dan Ahmad Durrah.

Lebih baik kamu tak payahlah mintal password pakwe/makwe kamu. Kadang-kadang, mereka perlukan privacy juga. Setiap manusia pun perlukan privacy. So, hormatilah privacy pasangan anda. Mak bapak pakwe/makwe kamu pun tak tahu password Facebook pasangan kamu tu, yang kamu menyibuk nak tahu kenapa pulak?

Fikir-fikirkan dulu baik buruk sistem "Tiada rahsia antara kita" ini sebelum anda amalkan bersama pakwe/makwe anda. Kadang-kadang, ada perkara yang perlu di privacy-kan atas keselamatan sejagat.

Sekian.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar