Selamat menyambut Krismas @ Merry Christmas kepada semua yang menyambut perayaan ini di Malaysia.
Bagi yang menyambut Krismas di Malaysia, mesti ada yang nak merasa bagaimana agaknya rasa menyambut Krismas seperti di luar negara. Menyambut Krismas dalam keadaan sejuk dan bersalji, pokok Krismas di ruang tamu dan lain-lain.
Di sini aku nak berkongsi tips - yang mana kebanyakannya belum diuji keberkesanannya - untuk mendapatkan mood Krismas seperti di luar negara.
Salji
Pergi ke kedai yang menjual Cendol dan Air Batu Campur (ABC), beli semua ais parut di kedai tersebut. Kemudain, taburkan ais tersebut disekeliling halaman rumah. Baru dapat feel menyambut Krismas dalam keadaan bersalji. Dapatlah anda semua membuat snowman dan snow angle dengan hati bahagia.

Tapi anda perlulah ke 100 buah kedai yang menjual Cendol dan ABC untuk memenuhkan halaman anda dengan salji.
Namun, peratusan rancangan ini akan gagal agak tinggi memandangkan cuaca Malaysia yang agak panas melampau semenjak kebelakangan ini. Jalan penyelesaian yang mudah, pergi saja ke Rumah salji di Mines Wonderland. Boleh rasa sambut krismas seperti orang eskimo bila kamu lepak dalam igloo.
Tak payahlah nak bersedih sangat. Orang yang duduk Australia pun sambut Krismas masa musim panas, tiada salji juga.
Pokok Krismas
Aku pernah tanya kawan yang menyambut Krismas. Dia kata, dekat Malaysia susah nak dapat cari Pokok Krismas. Kebanyakan orang yang menyambut Krismas di Malaysia, biasanya tak meletakkan Pokok Krismas di ruang tamu mereka.
Pokok-pokok yang digunakan sebagai Pokok Krismas di luar negara seperti Douglas-fir, Fraser Fir, Stone Pine dan pelbagai jenis lagi memang susah nak di cari di Malaysia.
Kalau di luar negara, parents akan meletakkan hadiah di bawah pokok krismas di ruang tamu (kononnya macam Santa Clause) pada waktu malam semasa anak-anak sedang tidur. Esoknya, anak-anak akan bangun dan buka hadiah. Di Malaysia, susah nak buat suasana seperti itu kerana sukar nak mencari Pokok Krismas.
Penyelesaiannya, kamu sekeluarga bolehlah berkehmah di luar shoping complex. Kenapa? Kerana setiap shopping complex di Malaysia mesti ada Pokok Krismas yang besar.
Sebelum shopping complex tersebut tutup, letakkan hadiah yang anda nak bagi pada anak di bawah Pokok Krismas. Kemudian, berkhemah di luar shopping complex tersebut. Esok pagi, suruh anak anda buka hadiah yang anda letak di bawah pokok krismas tersebut.
Peratusan untuk rancangan ini gagal ialah 100%. Pertama, kalau anak anda bangun pukul 7 pagi, belum tentu shopping complex dah dibuka. Kedua, dah gila ke nak berkhemah masa Christmas eve? Baik tidur dekat rumah atas tilam yang empuk.
Payah sangat, buat saja pokok krismas gunakan botol macam ni:
Santa Clause
Apalah makna Krismas tanpa Santa Clause. Santa Clause merupakan ikon bagi perayaan Krismas. Di luar negara, ada sesetengah parents yang mengupah agensi untuk menghantar orang yang berlakon sebagai Santa Clause dan datang ke rumah mereka untuk menghiburkan anak mereka.
Di Malaysia, agensi Santa Clause tak wujud. Tapi jangan risau, masih ada peluang untuk anda mengupah orang yang sesuai untuk melakonkan watak Santa Clause. Memperkenalkan...
Jangan marah atok Lattif Borgiba. Gurau-gurau. Jangan saman saya.
Kepada semua yang menyambut, Merry Christmas and a happy new year.
Yang beragama Islam, jangan pulak korang sambut Krismas dekat disko. Nanti berulang lagi kejadian tahun lepas. Kejadian yang melibatkan Awal "Saya nak jadi pengacara terhebat sampai rancangan dekat Channel Hindustan dekat Astro pun saya nak jadi pengacara" Ashaari dan Scha "Saya tak minum arak sebab saya demam masa tu" Al-Yahya.

Tengok pada janggut. Ala-ala Santa Clause |

Tidak ada komentar:
Posting Komentar